Anda di halaman 1dari 3

1.

Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

PRINSIP PERTAMA : KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai
teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya.
Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni
adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai
umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah
al-A’raaf :96,

PRINSIP KEDUA : KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini
bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka.
Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat
melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang
bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah
SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan
pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan
peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11
PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam.
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan
kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti
ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat
antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumu’ah : 10

KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat
secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah
matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan
kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada
kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek
kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-
Qasas : 77

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu
tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh
undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam
Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian
dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman
Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13.

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan
ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara
Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang
kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin
kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa
itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2

PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan
manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada
kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan,
manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan
dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat
dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran
udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada
ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia
KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan
persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah
SWT dalam al-qur’an surah al-Anfal: 60