Anda di halaman 1dari 33

NOTA TINGKATAN 5

IBADAH

2. KAIFIYAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Pemilihan calon suami

a. Menerangkan ciri-ciri bakal suami & isteri

¨ Berharta

¨ Berketurunan baik

¨ Cantik

¨ Beragama
b. Menghurai perempuan yang haram dikahwini

i. Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :

· Faktor keturunan. Contoh :

1) Ibu, nenek dan ke atas

2) Anak, cucu, cicit dan ke bawah

3) Adik beradik perempuan seibu sebapa

4) Adik beradik perempuan seibu

5) Adik beradik perempuan sebapa

6) Emak saudara sebelah bapa

7) Emak saudara sebelah ibu

8) Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah


9) Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah

· Faktor penyusuan. Contoh :

1) Ibu susuan

2) Adik beradik ibu susuan

3) Adik beradik susuan

4) Anak saudara ibu susuan

5) Ibu mentua susuan

· Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :

1) Ibu mentua dan ke atas

2) Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak

3) Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi)


4) Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah
disetubuhi atau tidak

ii. Haram buat sementara waktu

· Perempuan yang ditalak tiga

· Isteri orang

· Perempuan yang masih dalam idah

· Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan

· Perempuan yang tidak beragama samawi

· Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak


saudaranya dalam satu masa

· Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang


memiliki 4 orang isteri
Peminangan dan batas-batas pergaulan

a. Merisik

§ Maksud: langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta
menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang

§ Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya

b. Meminang

§ Maksud: lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk


dijadikan isterinya

§ Konsep :

- Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri

- Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan

- Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak


bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur
maksiat )

c. Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :


§ Masih seperti orang asing / ajnabi

§ Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram

Rukun-rukun nikah

1. Bakal suami

2. Bakal isteri

3. Wali;

·Syarat wali;

i. Islam

ii. Berakal

iii. Adil
iv. Bukan dalam ihram

v. Baligh

vi. Lelaki

vii. Dengan rela sendiri

· Jenis-jenis wali ;

i. Wali nasab ( keturunan )

a. Wali mujbir

b. Wali bukan mujbir

ii. Wali hakim

- Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan
perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk
mengahwinkannya
· Susunan wali ;

È Bapa (wali mujbir)

È Datuk sebelah bapa (wali mujbir)

È Adik beradik lelaki seibu sebapa

È Adik beradik lelaki sebapa

È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah

È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah

È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas

È Bapa saudara dari sebelah bapa

È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu)

È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu)

È Raja (wali hakim)


· Syarat perkahwinan dari wali mujbir;

i. anak dan bapa tidak bermusuhan

ii. bakal suami sekufu dengan anaknya

iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya

iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin

v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak


mendatangkan mudarat

· Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim

i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan

ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati

iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah

iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi


v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah

vi. Wali mnyembunyikan diri

vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan

viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain
yang setaraf dengannya

ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu

4. 2 orang saksi;

· Syarat saksi;

i. Baligh

ii. Adil

iii. Berakal

iv. Merdeka

v. Sempurna penglihatan & pendengaran


5. Lafaz ijab dan kabul;

· Syarat lafaz ijab;

· Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

· Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis

· Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran

· Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi

· Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara
ijab dan kabul

· Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan

· Syarat lafaz kabul;

· Tidak menyalahi ijab

· Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya


· Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya

· Dalam satu majlis

· Ucapan kabul selepas ijab

· Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama

· Bahasa yang jelas dan mudah difahami

· Tidak dengan lafaz taklik

Mahar

a. Maksud mahar :

· Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk
wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

b. Hukum nahar :

· wajib
c. Jenis nahar :

· Mahar musamma:

- Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

· Mahar misil :

- Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara


perempuan pihak isteri

d. Kadar mahar:

· Islam tidak menetapkan kadar mahar

· Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal
suami dan isteri

· Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan

e. Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:

· Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai
dan berpatutan
· Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang
diluar kemampuan dan taraf umatnya

· Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut


kemampuan masing-masing

f. Syarat mahar :

· Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau
manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar

· harta yang bernilai

· bukan harta yang dirampas

· bersih dan halal

· kadar dan jenis disebut dengan jelas

g. Hikmah diwajibkan mahar :

· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama

· Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga

· Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab


memberikan nafkah kepada isteri
· Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

Walimatul urus

a. Maksud walimatul urus :

· kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan

b. Hukum walimatul urus :

· Sunat muakkad

c. Adab walimatul urus :

· Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta


bergolok gadai

· Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri

· Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan


upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa
batas
d. Hikmah walimatul urus :

· Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga

· Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan

· Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin

· Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri


yang sah

Perkahwinan menurut Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebahagian daripada siri


Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

• Ekonomi
• Politik

• Perkahwinan (Munakahat)

○ Peminangan

○ Akad nikah

○ Mas kahwin

○ Walimatulurus

○ Nikah mut'ah

○ Perceraian

○ Poligami

○ Nasab

○ Seks

• Jenayat

• Adab

• Ibadah

• Kebersihan

• Ketenteraan

Kotak ini: papar • bincang • sunting

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara
lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut
peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran
bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan
dan mengharamkan zina.

Isi kandungan

[sorokkan]
• 1 Sejarah perkahwinan

• 2 Jenis-jenis perkahwinan

• 3 Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

• 4 Hikmah perkahwinan

• 5 Dalil pensyariatan

• 6 Pemilihan calon

○ 6.1 Ciri-ciri bakal suami

○ 6.2 Ciri-ciri bakal isteri

• 7 Sebab haram nikah

• 8 Peminangan

• 9 Nikah

○ 9.1 Rukun nikah

○ 9.2 Syarat bakal suami

○ 9.3 Syarat bakal isteri

○ 9.4 Syarat wali

○ 9.5 Jenis-jenis wali

○ 9.6 Syarat-syarat saksi

○ 9.7 Syarat ijab

○ 9.8 Syarat qabul

• 10 Wakil Wali/ Qadi

• 11 Mahar

○ 11.1 Jenis mahar

• 12 Walimatulurus

• 13 Konsep yang diharamkan dalam Islam


○ 13.1 Konsep rahbaniyah

○ 13.2 Konsep ibahiyah

• 14 Lihat juga

• 15 Rujukan

• 16 Pautan luar

[sunting] Sejarah perkahwinan

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia


berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu
cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini
merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia
untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan
hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan
Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah
diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik
Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. [2]

Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui


bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang
diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang
lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi
Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak
lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan
anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan
yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti
perkahwinan berlainan keturunan..

[sunting] Jenis-jenis perkahwinan

• Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh


hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had
dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan
perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami
dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga
empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

• Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan


dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini
sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat
jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang
tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua
saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]

• Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara


seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti
Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan
antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman.
Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab
Katolik).

[sunting] Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

• Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh
menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang
yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas
berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam
permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar
penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang
wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam
segala aspek.

• Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

• Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

• Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir
tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau
tiada nafsu yang kuat

• Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan
lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

[sunting] Hikmah perkahwinan

• Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan
liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

• Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

• Memelihara kesucian diri

• Melaksanakan tuntutan syariat

• Menjaga keturunan
• Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran
yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan
tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat
medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

• Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

• Dapat mengeratkan silaturahim

[sunting] Dalil pensyariatan

• Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3

• Surah An-Nuur: ayat 32

• Surah An-Nahl: ayat 72

• Surah Yaasin: ayat 36

• Surah Ar-Rum: ayat 21

• Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

• Surah Luqman: ayat 10

• Surah Qaf: ayat 7

• Surah Asy-Syu’araa: ayat 7

[sunting] Pemilihan calon

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di
dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut
panduan-panduan ini.

[sunting] Ciri-ciri bakal suami


Sekadar gambar hiasan : Perkahwinan antara Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk
Khalid

• beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t

• bertanggungjawab terhadap semua benda

• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

• berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang
benar

• tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

• rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal
untuk kebahagiaan keluarga.

[sunting] Ciri-ciri bakal isteri

• beriman & solehah

• rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami

• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

• menentukan mas kahwin yang rendah

• wanita yang subur

• masih dara
• berasal dari keturunan yang baik

• bukan keturunan terdekat

• tidak memandang harta semata-mata

[sunting] Sebab haram nikah

• Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya


(haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang
bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-
beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak
saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi
adik-beradik perempuan.”:

○ Ibu

○ Nenek sebelah ibu mahupun bapa

○ Anak perempuan & keturunannya

○ Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu

○ Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu


semua anak saudara perempuan

○ Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)

○ Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

• Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:

○ Ibu susuan

○ Nenek dari sebelah ibu susuan

○ Adik-beradik perempuan susuan

○ Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

○ Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

• Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:

○ Ibu mentua dan ke atas

○ Ibu tiri
○ Nenek tiri

○ Menantu perempuan

○ Anak tiri perempuan dan keturunannya

○ Adik ipar perempuan dan keturunannya

○ Emak saudara kepada isteri

• Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

[sunting] Peminangan

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan
untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh
Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah
harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan
bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan
merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan
oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka
hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan
dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu
penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang
wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang


lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah
melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat
Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak
boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk)
memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

[sunting] Nikah

[sunting] Rukun nikah


• Pengantin lelaki

• Pengantin perempuan

• Wali

• Dua orang saksi lelaki

• Ijab dan kabul (akad nikah)

[sunting] Syarat bakal suami

• Islam

• Lelaki yang tertentu

• Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri

• Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut

• Bukan dalam ihram haji atau umrah

• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

• Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa

• Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan


isteri

[sunting] Syarat bakal isteri

• Islam

• Perempuan yang tertentu

• Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

• Bukan seorang khunsa

• Bukan dalam ihram haji atau umrah

• Tidak dalam idah

• Bukan isteri orang

[sunting] Syarat wali

• Islam, bukan kafir dan murtad

• Lelaki dan bukannya perempuan


• Baligh

• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

• Bukan dalam ihram haji atau umrah

• Tidak fasik

• Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya

• Merdeka

• Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya


syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan
itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib
seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

[sunting] Jenis-jenis wali

• Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada
bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu
perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan
kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

• Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

• Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali,
jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali
ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

• Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau
pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini
dengan sebab-sebab tertentu

[sunting] Syarat-syarat saksi

• Sekurang-kurangya dua orang

• Islam

• Berakal

• Baligh

• Lelaki
• Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul

• Dapat mendengar, melihat dan bercakap

• Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-
dosa kecil)

• Merdeka

[sunting] Syarat ijab

• Pernikahan nikah ini hendaklah tepat

• Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran

• Diucapkan oleh wali atau wakilnya

• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak


e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti
yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)

• Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku


nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

[sunting] Syarat qabul

• Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab

• Tiada perkataan sindiran

• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)

• Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)

• Menyebut nama bakal isteri

• Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima


nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran
perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel
sebagai isteriku".
Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian
dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta
saksi mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan
perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri
itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan
diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak


isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh
suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian
suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini
disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami
dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas
perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak
perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan
disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu
membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan
perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

[sunting] Wakil Wali/ Qadi

Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau
jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk
menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan
perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan
hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin
dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan
aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping
tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi
perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil
perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan
jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa
sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang
mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti
Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan
seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

[sunting] Mahar
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal
menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib
berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan
oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh
ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang
mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah,
kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-
Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh
dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib
membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah
atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada
ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar
separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum
bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta
fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib
membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah
mahar tersebut.

[sunting] Jenis mahar

• Mahar misil : mahar yudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

• Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau


ditentukan oleh perempuan atau walinya.

[sunting] Walimatulurus

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan


dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia
bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut,
mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan
saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan
kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus
seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan
seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan
kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW
dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang
sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan
Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah
dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang
dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak
mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari
agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan
dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan
pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain
memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada
hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan
menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang
melihat aktiviti persandingan tersebut.

[sunting] Konsep yang diharamkan dalam Islam

[sunting] Konsep rahbaniyah

Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [4]
Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi
mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian, Buddha,
Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang
perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan
(membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya
dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri
yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana [5]

Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan


hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi
yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan
mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri
mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga
berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang
terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata,
“Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang
yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang
demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja [6].

Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti
golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan
kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.

[sunting] Konsep ibahiyah

Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu,
ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti
pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud
kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.

Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan
adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada
matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara
kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga
antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan
kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai

• keruntuhan akhlak

• wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)

• Merebaknya pelbagai penyakit membahaya

• Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang

• Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh

Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu
mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan
amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari
benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan
dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)
sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura
pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41%
pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum
berkahwin, janda dan berpisah dengan suami

Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai
perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara
wanita dengan wanita. Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa
negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan
paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama
termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right
Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan
lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat
secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai. [7]. Selain itu akhbar The
Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For
Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme
sebagai tanda masyarakat yang toleran.

[sunting] Lihat juga

• Penceraian dalam Islam

• Perkahwinan bersama Wanita Kitabiah dan bukan Kitabiah menurut Islam

• Pengambilan anak angkat menurut Islam

[sunting] Rujukan
1. ↑ H. Idris Ahmad, 1983; jil. 2, 54

2. ↑ Abdul Kadir, 1983: 114

3. ↑ Abdul Ghani Azmi, 1994:18

4. ↑ Kamus Munawwir, 1984: 576

5. ↑ H.OK. Rahmat, 1979:255

6. ↑ Russell Bertand, 1993:494

7. ↑ http://www.ikim.gov.my/isu43.htm

[sunting] Pautan luar

• Perkahwinan Pernikahan dan Syarat-syaratnya

• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kategori: Islam | Fiqh | Perkahwinan

• Log masuk / buka akaun

• Rencana

• Perbincangan

• Baca

• Sunting

• Lihat sejarah

Top of Form

Bottom of Form

• Laman Utama

• Tinjau

• Hal semasa

• Rencana rawak

Perhubungan
• Tentang Wikipedia

• Portal masyarakat

• Perubahan terkini

• Hubungi kami

• Menderma

• Bantuan

• Kedai Kopi

Cetak/eksport

Alatan

Bahasa lain

• ‫العربية‬

• Deutsch

• English

• Français

• Nederlands

• Русский

• Laman ini diubah buat kali terakhir pada 03:51, 24 April 2011.

• Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian


Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma
Penggunaan untuk butiran lanjut.

• Dasar privasi

• Perihal Wikipedia

• Penafian