Anda di halaman 1dari 3

1.

Saya berpendapat bahawa PBS telah memberi kesan-kesan yang baik terhadap
murid-murid kerana PBS lebih menekankan pengusaan murid-murid di sekolah
masing-masing.Ini adalah disebabkan oleh latar belakang dan persekitaran yang
berbeza di kalangan murid, contohya murid yang belajar di bandar amatlah
berbeza dengan murid di luar bandar.Mereka berbeza dari pelbagai segi.PBS akan
membolehkan guru-guru di sekolah masing-masing menyediakan tahap
penguasaan yang sesuai untuk mereka mengikut kebolahan masing-masing. Pada
pengalaman saya, saya mengajar di sekolah luar bandar, murid-murid di luar
bandar memang sangat lemah dalam P&P, dan perlukan saya mencari cara
penyelesaikan yang paling sesuai untuk tahap mereka. Maka, dengan melalui PBS
ini, saya dapat membantu murid-murid saya dalam P&P.
2. Dalam proses pelajar melalui pentaksiran berasaskan sekolah ,seorang guru dapat
menilai potensi murid samada mereka telah menguasai apa yang telah mereka
pelajari atau belum menguasai apa yang telah mereka pelajari.Sekiranya belum
menguasai guru boleh meminta pelajar meningkatkan pencapaian mereka yang
sederhana ketahap yang lebih baik.Di samping itu, pentaksiran dapat menerapkan
nilai murni dan akhlak yang mulia secara holistik semasa proses pentaksiran
berjalan.Dalam hal ini guru tidak perlu mengadakan ujian atau peperiksaan yang
formal tetapi guru tetap mendidik menggunakan proses pengajaran,pembelajaran
dan pentaksiran secara bersepadu.

3. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat dengan kemajuan dan prestasi


pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.

4. Setelah kita mengetahui kekurangan dan kekuatan yang dimiliki oleh murid-
murid. Dengan itu,kita sebagai guru akan dapat  mereka teknik dan pendekatan
yang sesuai dan menyeronokkan agar dapat menarik minat murid-murid
belajar.Seterusnya dapat mewujudkan suasana p&p yang menarik dan berkesan
kepada murid-murid amnya.Oleh yang demikian, betapa pentingnya PBS kepada
kita warga pendidik.
5. Pentaksiran merupakan  suatu kaedah untuk mengukur pencapaian murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Setiap tahap pencapaian menggunakan band yang
tertentu yang menggantikan tugas pemarkahan bermula dari band satu sehingga
lima bergantung kepada penguasaan murid tersebut. Rasionalnya kaedah ini
memang wajib dilaksanakan kerana ianya lebih terperinci dan terancang bagi
mengenalpasti kebolehupayaan penguasaan murid dan bidang tugas guru.
6. Pentaksiran berasaskan sekokah(PBS) merupakan salah satu komponen
pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran nya
dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses
p&P.PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM).
7. Pihak sekolah bertanggungjawab melaksanakan PBS yang melibatkan guru mata
pelajaran itu sendiri.  Pelaksanaan PBS secara berterusan ini memudahkan guru
itu sendiri membuat penilaian dan penambahbaikan kepada pencapaian murid di
sekolah.  Guru mata pelajaran dipertanggungjawabkan menyedia instrumen dan
membuat penskoran bagi menentukan band murid.
8. Sebenarnya dalam merealisasikan tugas guru yang semakin mencabar ini
bukanlah satu bebanan terutamanya dengan pengenalan PBS. Walhal pengenalan
program ini merupakan satu instrumen yang perlu diperkasakan kerana secara
tidak langsung ia akan lebih memberi kesan positif kepada guru terutama dalam
penyediaan rancangan pengajaran. Malahan isu bebanan sepatutnya tidak wujud
kerana masa dan tugas pelaksanaannya semuanya dipulangkan kepada guru itu
sendiri untuk menentukannya
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada pendapat saya sangat sesuai
diaplikasikan sebagai salah satu kaedah penilaian pelajar kita pada zaman ini. Jika
kita lihat kesan daripada sistem penilaian yang berasaskan peperiksaan 100% telah
banyak membentuk pelajar mementingkan keputusan peperiksaan semata mata,
akhirnya perkembangan potensi mereka tidak berkembang secara seimbang dari
segi JERIS, ini seterusnya mengagalkan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Melalui
PBS potensi pelajar akan dapat dicungkil sejak dari peringkat awal dan secara
seimbang, di mana pelajar akan diberi kepercayaan memlaksanakan semua
tugasan dengan sendirinya, dalam jangka panjang ia akan dapat menbentuk
sahsiah pelajar yang lebih ketrampilan dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Intelek, Rohani dan Sosial.
10. cikgu pbs adalah satu program kerajaan yang menjurus kearah melahirkan insan
yang seimbang iaitu yang cikgu katakan JERIS. itu jelas, pengalaman cikgu
melaksanakan pbs bersama murid sungguh baik dan saya rasa cikgu bernasib baik
mendapat murid yang aktif dan punyai komitmen yang tinggi. saya tidak katakan
pbs ini saya lihat dari sudut negatifnya  tapi sebagai kekangannya, aras murid ,
bilangan murid dan faktor persekitaran banyak memperngaruhi pbs
ini.walaubagaimanapun sebagi guru itu dilihat sebagai cabaran
11. Melalui pentaksiran kita dapat mengukur, memantau dan boleh memberi 
maklumbalas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid di
sekolah.melalui pentaksiran ini juga guru dapat memberi maklumbalas
berpandukan standard prestasi semasa murid ,yang dimaksudkan tahap penguasan
dan kualiti kerja murid. Walaubagaimanapun sedikit kekangan dirasai apabila
jumlah murid terlalu ramai yang memerlukan kometment yang tinggi serta
memerlukan ketelitian dalam mengurus semua avidens dan ini sudah pasti
memerlukan masa yang banyak .
12. PBS yang dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif membolehkan saya
mentaksir melalui pemerhatian, ujian lisan, perbincangan, temu bual dan
penulisan semasa proses P&P.  Pentaksiran sumatif pula boleh dilakukan pada
akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.  Ini dapat membantu saya
memantapkan pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh dan
seterusnya mengubah suai strategi pengajaran saya.
13. Salah satu daripada rasional PBS ialah dalam bilik darjah,guru memerlukan idea
untuk membuat murid tertarik dengan pengajaran dan apa yang disampaikan oleh
guru.dengan erti kata lain, guru perlu kreatif dan inovatif dalam merancang
aktiviti dan pengubahsuaian strategi pengajaran yang bersesuain dengan
minat,bakat dan kebolehan pelajar.
14. Dengan adanya PBS , murid-murid lebih berkeyakinan untuk mengahadapi
masalah semasa pembelajaran mereka . Seperti dari segi kognitif murid-
murid , perkembangan pemikiran murid berlaku dengan pesat sewaktu
mereka bersekolah sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal
mereka . Aspek kognitif menjadi fokus utama dalam proses P&P di sekolah .
Dengan adanya PBS serta berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan
murid , iaitu cara berfikir , merasa dan bertindak , maka penyusunan
objektif mengikut keupayaan dari mudah kepada yang lebih susah ,
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan
dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan . Peringkat yang lebih
rendah akan dicapai terlebih dahulu , diikuti peringkat selanjutnya yang
lebih sukar . Contohnya murid-murid yang menyertai Program LINUS akan
dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu perdana , linus dan tegar . Dengan itu ,
guru dapat menyediakan P&P mengikut tahap murid-murid dan objektif
pengajaran akan tercapai . Guru juga dapat menilai murid secara
menyeluruh dan berterusan dan murid-murid yang lemah akan terus
dibantu supaya tahap pencapaian murid dapat dipertingkatkan .

15. PBS merupakan satu sistem yang baik untuk guru mengenalpasti kekuatan atau
kelemahan terhadap seseorang murid dengan lebih mendalam. Disamping itu,
guru juga dapat merancangkan P&P yang lebih sesuai dan berkesan untuk murid.
Akan tetapi pihak yang berkenaan menjalankan program ini tanpa membuat
persediaan yang baik/cukup menyebabkan keadaan kelam-kabut di antara sekolah.