P. 1
Folio Geo Form 2

Folio Geo Form 2

|Views: 884|Likes:
Dipublikasikan oleh Irfan Iskandar
dis sum gud shit yo
dis sum gud shit yo

More info:

Published by: Irfan Iskandar on Apr 28, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/04/2013

pdf

text

original

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor Kerja Kursus Geografi 2011

Kajian Komposisi Penduduk di Bukit Jelutong dan Jenis Pekerjaan Serta Perkaitan Di Antaranya Serta Faktor Yang Mempengaruhi Antara Komposisi Penduduk Bukit Jelutong Dengan Jenis Pekerjaan Dan Cadangan Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk

Nama : Irfan Iskandar Tingkatan : 2 Beta Nama Guru : Puan Siti Zuraidah Binti Samihun

PENGHARGAAN
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini.Saya telah mendapat ramai bantuan daripada pihak-pihak yang lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi ini. Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru yang telah mengajar saya mata pelajaran Geografi iaitu Puan Siti Zuraidah Binti Samihun. Puan Siti Zuraidah telah memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, tidak juga saya lupa akan kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyakmembantu saya dalam membuat kerja kursus ini. Ibu bapa saya selalu membantu saya dalam kerja kursus kerana telah menjelaskan kepada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan tempat tinggal saya ini. Di samping itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah membantu saya semasa dalam proses temu bual dengan penduduk yang berada di tempat tinggal saya ini. Saya amat menghargai pertolongan yang diberikan mereka. Saya juga ingin memberikan penghargaan terhadap penduduk-penduduk Bukit Jelutong kerana telah memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Akhir sekali, saya ingin menyatakan juga penghargaan saya ini kepada pihak-pihak luar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung. Terima kasih atas pertolongan yang telah diberikan.

PENDAHULUAN
Saya, Irfan Iskandar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong telah menjalankan kajian saya di kawasan kediaman saya iaitu Bukit Jelutong. Saya menjalankan kajian tentang jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di Bukit Jelutong ini. Saya memilih kawasan kediaman saya di Bukit Jelutong kerana kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.

Tempoh yang diberikan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi ialah selama satu bulan. Tempoh masa yang diberikan oleh guru saya sudah memadai kerana saya dapat menghasilkan sebuah folio yang kemas dan cantik. Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari kaedah merekod fakta. Saya juga dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang pekerjaan-pekerjaan yang dijalankan oleh penduduk-penduduk Bukit Jelutong. Saya berbangga dapat menjadi penduduk di sini kerana kawasan kediaman saya ini aman damai.

OBJEKTIF KAJIAN
Setiap kajian yang dijalankan sudah pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Dengan adanya sesebuah objektif, sesebuah kajian dapat dijalankan dengan lancar tanpa menyimpang daripada objektif kajian. Oleh itu, saya juga mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif saya yang pertama ialah dapat mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di Bukit Jelutong. Saya dapat mengetahui bahawa ada penduduk yang bekerja sebagai Pengurus besar, Guru, Peniaga dan lain-lain. Objektif saya yang kedua ialah merekodkan data-data pekerjaan yang terdapat di Bukit Jelutong di dalam kerja kursus ini. Dengan ini, data-data tersebut dapat disimpan dan boleh dirujuk kembali. Objektif saya yang terakhir ialah menganalisa peratus pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Bukit Jelutong. Saya dapat mengetahui bahawa peratus penduduk yang bekerja sebagai guru adalah paling kurang.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya merupakan sebuah kawasan perumahan. Tetapi, kawasan kajian saya berada agak jauh daripada sekolah saya. Terdapat beberapa kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan perumahan saya iaitu Bukit Jelutong. Kebanyakkan penduduk Bukit Jelutong bersekolah di sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong. Ini disebabkan oleh jaraknya yang dekat. Saya memilih kawasan kediaman saya, Bukit Jelutong kerana kedudukannya yang dekat dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang alik dari satu tempat ke satu tempat yang jauh.

PETA
Peta Malaysia

Peta Selangor

Peta Lakar

KAEDAH KAJIAN

Kaedah bagi menjalankan sesebuah kajian penting kerana setiap kaedah memberikan hasil yang berlainan. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini.

Kaedah pertama yang telah saya gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah pemerhatian. Saya memerhatikan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pendudukpenduduk di Bukit Jelutong. Saya memerhatikan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Bukit Jelutong dan berjaya mengumpulkan beberapa maklumat berkenaan pekerjaan mereka.

Kaedah yang kedua saya ialah melalui internet. Melalui internet saya dapat melihat beberapa peta yang menunjukkan kawasan kediaman saya itu. Saya juga dapat memperolehi maklumat tentang kedudukan kawasan kediaman saya. Kaedah yang terakhir ialah melalui soal selidik. Saya telah membuat borang soal selidik dan saya telah mengedarkan borang-borang tersebut kepada penduduk-penduduk yang berdekatan dengan rumah saya.

DAPATAN KAJIAN
Saya telah mendapati pelbagai maklumat serta datadata tentang pekerjaan yang dilakukan oleh pendudukpenduduk Bukit Jelutong. Saya juga telah mendapat :-

KOMPOSISI PENDUDUK
Saya dapat mengetahui bahawa penduduk-penduduk di Bukit Jelutong kebanyakannya bekerja dengan keras. Penduduk-penduduk di sini juga bertanggungjawab dan banyak bekerjasama. Ini menghasilkan sebuah kawasan perumahan yang aman dan damai.

JENIS PEKERJAAN
Terdapat 4 jenis pekerjaan di Bukit Jelutong. Antaranya ialah Kerajaan, Swasta, Sendiri dan Bersara. Kebanyakan penduduk di sini bekerja jenis Kerajaan.

PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DAN JENIS PEKERJAAN
Terdapat beberapa perkaitan antara komposisi penduduk dan jenis pekerjaan. Ramai penduduk bekerja keras dan bersungguh-sungguh sehingga lewat malam. Walaupun mereka sibuk, tetapi mereka tetap prihatin dan bertanggungjawab memastikan kebersihan di kawasan rumahnya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKAITAN ANTARA KOMPOSISI PENDUDUK DAN JENIS PEKERJAAN
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkaitan antara komposisi penduduk dan jenis pekerjaan ialah pendudukpenduduk yang menjaga kebersihan diri mesti menjaga kebersihan di laman rumahnya. Mereka juga mencegah aedes. Penduduk-penduduk sebegini patut dicontohi agar kebersihan kawasan perumahan terjaga.

CADANGAN MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK
Saya mencadangkan penduduk-penduduk mesti selalu mengadakan aktiviti yang melibatkan kerjasama agar taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan. Contoh aktiviti yang perlu diadakan ialah gotong royong, hari keluarga, Hari sukan, Hari mencegah aedes dan lain-lain. Saya pasti dengan cara inilah taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan.

JADUAL JENIS PEKERJAAN KERAJAAN SWASTA SENDIRI BERSARA KAUM KERAJAAN SWASTA CINA 3 2 MELAYU 4 2 INDIA 1 2 LAIN-LAIN 1 JUMLAH 8 7 2 3 SENDIRI 1 1 BERSARA 2 1 -

-11-

GRAFIK
JENIS PEKERJAAN
9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 SWASTA SENDIRI BERSARA KERAJAAN JENIS PEKERJAAN

4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Melayu Cina India Lain-Lain Kerajaan Swasta Sendiri Bersara

RUMUSAN

Saya telah banyak mempelajari daripada menjalankan kerja kursus ini. Antara perkara-perkara yang saya mempelajari daripada kerja kursus ini ialah cara merekod data, membuat analisis, membuat soal selidik, pemerhatian dan lain-lain. Selain itu, saya dapat membuat cadangan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Banyak cadangan yang saya mencadangkan. Jika saya menggunakan ilmu ini pada masa hadapan, saya mungkin dapat mengubahkan taraf hidup penduduk. Dan akhir sekali, saya dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama jiran-jiran saya. Saya akan cuba memohon untuk mengadakan aktiviti di Bukit Jelutong. Ini dapat mengubahkan suasana di Bukit Jelutong.

LAMPIRAN

RUJUKAN
Buku : i) Nama Buku : Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ii) Nama Pengarah : Azizan bin Hj. Abu Samah iii) Tahun : 2003

Internet : www.maps.google.com, www.scribd.com

Orang : Penduduk-penduduk Bukit Jelutong Hareez Nadzree, 2 Beta Dayang Souraya, 2 Beta

UNSUR PATRIOTISME
Saya rasa, kita sebagai penduduk di Negara Malaysia, seharusnya bersatu dalam kepelbagaian. Kita patut berbangga dengan kepelbagaian komposisi penduduk Negara Malaysia. Kita juga boleh memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup penduduk di Negara Malaysia.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG

BORANG SOAL SELIDIK

Nama : Jantina :

Kaum : Jenis Pekerjaan Kerajaan Suasta Sendiri Bersara
-15-

Nama Pekerjaan Tempat Bekerja

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->