Anda di halaman 1dari 1

Ahmed Akmal bin Abdull Wahid

No. 2, Jalan Puncak 1,


Taman Puncak Bukit Katil,
75450 Bukit Katil,
Melaka
___________________________________________________________________________

Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam


Pejabat Ketua Menteri,
Aras 4 (Suite), Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka. 28 April 2011

Y.A.B Datuk Seri,

PERMOHONAN JAWATAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

Perkara di atas dirujuk.

Saya Ahmed Akmal Bin Abdull Wahid (No K/P 870924-43-5645) amat berminat untuk
memohon jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

2. Untuk pengetahuan Y.A.B Datuk Seri, saya merupakan pemegang Ijazah dalam
bidang Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) daripada Universiti Teknnikal Malaysia Melaka,
UTeM, Durian Tunggal Melaka. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Disember
2011.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pengurus Jualan di Kiosk GPMS
UTeM di Pusat Persatuan Pelajar UTeM, sebuah syarikat usahasama antara ahli-ahli GPMS
UTeM. Jawatan yang saya sandangkan sekarang adalah jawatan sementara saya sebelum saya
tamat belajar di UTeM. Selain itu, saya bergiat aktif di dalam GPMS Negeri Melaka sebagai
Ketua Sekretariat.

4. Bersama surat ini saya sertakan resume sebagai rujukan untuk pihak Y.A.B Datuk
Seri.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
Y.A.B Datuk Seri. Keprihatinan Y.A.B Datuk seri terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

…………………………

(AHMED AKMAL BIN ABDULL WAHID)

Anda mungkin juga menyukai