Anda di halaman 1dari 8

SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA

1.0 Pengenalan

Sistem bekalan ulang-alik (AU) tiga fasa adalah satu sistem bekalan AU yang
mempunyai tiga fasa yang dikendalikan dalam dua bentuk sambungan iaitu sambungan Bintang
dan Delta. Sambungan Bintang mempunyai tiga talian fasa dan satu talian neutral yang dikenali
sebagai 3 fasa-4 dawai manakala sambungan Delta mempunyai talian tiga fasa tanpa talian
neutral yang dikenali sebagai 3fasa-3dawai.

Sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sambungan bintang sahaja kerana
sambungan bintang mempunyai neutral. Sistem satu fasa adalah satu sistem bekalan AU yang
mempunyai satu talian fasa dan juga satu talian neutral. Setiap fasa pada sambungan bintang
akan disambung dengan neutral untuk mendapatkan sistem satu fasa manakala sistem tiga fasa
boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan Bintang dan Delta. Dibawah adalah contoh
sambungan Bintang dan juga Delta.

Talian-Talian
R
Y
B
N

Sistem Sistem Sistem


1 fasa (R) 1 fasa (Y) 1 fasa (B)
Sistem 3 fasa
Sambungan Delta Sistem 3 fasa
Sambungan Bintang

Rajah : Sistem Bekalan Kuasa Tiga Fasa dan Satu Fasa


2.0 Kelebihan Sistem 3 Fasa berbanding 1 Fasa

i. Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelengaraan. Bagi membekalkan
sejumlah kuasa ketara yang sama dengan sistem satu fasa, penjimatan bahan pengalir
untuk kehilangan tembaga yang sama dapat dilakukan kerana keperluan kuprum dapat
dikurangkan.
ii. Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan
struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh di antara
penyokong.
iii. Motor 3 fasa mempunyai kendalian permulaan kendiri yang lebih baik kerana kuasa
seketikanya lebih stabil dan tetap. Ini tidak berlaku dalam sistem satu fasa.
iv. Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem tiga fasa lebih tinggi berbanding sistem satu
fasa.
v. Motor tiga fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang lebih baik dan saiz yang
lebih kecil, bagi keluaran yang sama berbanding motor satu fasa.
vi. Daya kilas yang dihasilkan oleh motor tiga fasa adalah tetap sementara daya kilas motor
aruhan satu fasa berbentuk dedenyut.
vii. Alatubah tiga fasa adalah lebih ringan, kecekapan lebih baik dan lebih murah berbanding
alatubah satu fasa yang sama saiz.
3.0 Sistem Tiga Fasa

Sistem tiga fasa adalah sistem yang mempunyai tiga (3) sumber voltan yang sama
magnitudnya yang dihasilkan oleh tiga gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut
fasa 1200. Dalam sistem arus ulang alik (AU) satu fasa, apabila satu gegelung diputarkan dan
memotong urat daya magnet di antara kutub utara dan kutub selatan stator, voltan AU akan
terjana. Jika terdapat lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama dan memotong
urat daya magnet yang sama, voltan AU akan terjana mengikut bilangan gegelung yang
diputarkan. Setiap voltan yang dihasilkan mempunyai magnitud gelombang yang sama tetapi
mempunyai beza fasa tertentu antara satu sama lain. Sistem yang mempunyai lebih daripada satu
gegelung dinamakan sistem pelbagai fasa (poly-phase). Oleh itu, bagi sistem tiga fasa, ia
menggunakan tiga gegelung yang dapat menjana tiga voltan atau daya gerak elektrik (d.g.e) yang
sama amplitud dan mempunyai anjakan fasa 1200 seperti rajah dibawah. Biasanya tiga fasa ini
dilabelkan sebagai Merah (Red-R), Kuning (Yellow-Y) dan Biru (Blue-B).

Rajah : Gegelung Memotong Medan Magnet

Rajah: Gelombang 3 Fasa


4.0 Kegunaan Sistem 3 Fasa
i. Untuk hidupkan mesin 3 fasa atau beban tinggi.
ii. Untuk membekalkan kuasa ke kilang-kilang besar.
iii. Sebagai sistem penghantaran dan pengagihan kepada pengguna.

5.0 Pendawaian Tiga Fasa

i. Daripada meter, wayar bagi tiga-tiga fasa disambung ke suis utama mengikut warna
(fasa).

ii. Dalam kotak pengagihan terdapat suis utama, pemutus litar dan juga miniature circuit
breaker (MCB).

Suis Utama ELCB MCB

Dalam Kotak Pengagihan

iii. Pendawaian 3 fasa seperti dibawah. Keluaran daripada kotak pengagih akan
disambung ke litar akhir seperti soket, motor dan sebagainya mengikut fasa. Untuk
menjimatkan penggunaan wayar, connecting bar boleh digunakan untuk
menyambung fasa yang sama antara MCB. Dalam litar pendawaian 3 fasa, ia boleh
ditukarkan kepada pendawaian satu fasa untuk digunakan pada beban kecil seperti
soket dengan menggunakan satu lagi suis utama yang di sambung terus kepada salah
satu wayar fasa dan juga wayar neutral yang terdapat pada pendawai 3 fasa. Terdapat
2 jenis pendawaian 3 fasa, iaitu pendawaian 3 fasa yang mempunyai wayar neutral
yang disambung pada neutral bar atau pendawaian 3 fasa yang tidak menggunakan
wayar neutral.

Ke Litar Kecil Akhir

Rajah: Sistem Pendawaian Pada Kotak Pengagihan

6.0 Cara Mengenali Pendawaian Tiga Fasa dan Satu Fasa

6.1 Pendawaian Satu Fasa


i. Meter satu fasa hanya mempunyai 2 wayar sahaja iaitu wayar hidup dan wayar
neutral.

Wayar Hidup

Wayar Neutral

ii. Pada kotak pengagihan terdapat hanya satu suis utama.

6.2 Pendawaian Tiga Fasa

i. Pada meter terdapat empat wayar iaitu wayar untuk fasa merah, fasa kuning dan fasa
biru serta wayar neutral.

Wayar Fasa Kuning


Wayar Fasa Biru

Wayar Fasa Merah Wayar Neutral


ii. 3 fasa mempunyai 3 suis utama yang dicantum bersama

iii. Di dalam kotak pengagihan terdapat 3 warna iaitu merah, kuning dan biru yang
menandakan ia adalah 3 fasa.
Rujukan

http://www.scribd.com/doc/6230295/TEKNOLOGI-ELEKTRIK-1-Unit-8

Anda mungkin juga menyukai