Anda di halaman 1dari 7

Ciri-ciri sebuah teks ucapan: i.

Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi


majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan);
ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut
kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan,
pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih,
penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan,
salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan
penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan
Jeniri Amir (PTS,2005).

Buku ini berupaya menjadi petunjuk ataupun panduan praktis dalam penulisan pelbagai
jenis teks ucapan. Panduan praktis itu berlandaskan teori ilmiah dan dipersembahkan
dengan gaya bahasa yang segar dan lincah serta mudah diikuti.
Di negara kita, sudah banyak buku berkaitan bagaimana menyampaikan ucapan
diterbitkan. Namun, belum ada buku berkenaan bagaimana menulis ucapan, seolah-olah
menulis ucapan kurang penting berbanding menyampaikan ucapan. Sesiapa sahaja sukar
hendak berhadapan dengan khalayak apabila diminta berucap. Justeru, persiapan
termasuk penulis-an teks adalah penting dan membantu.
Menyedari kekosongan itu dan pentingnya buku berkaitan teknik penulisan ucapan, maka
lahirlah buku Teknik Menulis Ucapan ini iaitu buku pertama seumpamanya di negara
kita. Hasrat hendak menulis buku ini sudah lama terpendam sejak saya mula menulis
ucapan lebih daripada 20 tahun lalu. Sejak pengalaman pertama menulis ucapan pada
1982, seorang demi seorang kemudiannya meminta saya menulis ucapan bagi pelbagai
tujuan. Lalu saya terfikir, mengapa tidak dirakamkan pengalaman itu?
Buku ini berupaya menjadi petunjuk ataupun panduan praktis dalam penulisan pelbagai
jenis teks ucapan. Panduan praktis itu dilandasi oleh teori ilmiah dan dipersembahkan
dengan gaya bahasa yang segar dan lincah serta mudah diikuti.
Buku ini boleh digunakan oleh mereka yang perlu menyampaikan ucapan sama ada ahli
politik, ketua jabatan, tokoh korporat, pegawai perhubungan awam, kakitangan sektor
awam dan swasta ataupun mahasiswa dan pelajar sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu
mempertajamkan ucapan mereka. Buku ini menjelaskan pelbagai aspek menulis ucapan
iaitu daripada menyelidik, mengolah hingga ke proses menyunting. Penekanan khas
diberikan kepada strategi dan teknik retorik sebagai alat penting bagi memastikan ucapan
itu hidup dan berkesan. Teknik retorik adalah penting dikuasai kerana itu adalah paksi
ucapan walaupun perkataan retorik banyak disalah faham dan diberikan makna negatif.
Kandungan
Daripada Pengarang
Bab 1 Penulis Ucapan
Persiapan Rapi
Pendapatan Lumayan
Kadar Bayaran
Menjadi Jutawan
Kepuasan
Bab 2 Persiapan
Kuasai Ilmu Pengetahuan
Menguasai dan Memahami Kuasa Bahasa
Memahami Jenis-jenis Retorik
Pendengar yang Baik
Kemahiran Interpersonal
Suka Bertanya
Kritis dan Analitis
Tekun dan Bulatkan Tekad
Mahir Menggunakan Komputer
Ketahui Akta
Bertanggungjawab
Menepati Janji
Amanah
Sentiasa Ingin Tahu
Berani dan Gigih
Bercita-cita Tinggi
Bab 3 Menggali Maklumat
Korek Kepala Sendiri
Gali Pengalaman Orang Lain
Wawancara
Lingkungan
Akhbar dan Majalah
Maklumat di Internet
Ensiklopedia
Buku
Buku Petikan
Buntu Idea
Sumber dan Persoalan
Bab 4 Pelbagai Jenis Ucapan
Ucapan Majlis Anugerah
Ucapan Makluman
Ucapan Perpisahan
Ucapan Politik
Ucapan Penghargaan
Ucapan Nasihat
Ucapan di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen
Ucapan Tahniah
Ucapan Motivasi
Bab 5 Memancing Khalayak
Jenis Pendahuluan
Pendahuluan Petikan
Pendahuluan Ringkasan
Pendahuluan Penglibatan Peribadi
Pendahuluan Latar Belakang
Pendahuluan Harapan
Menyatakan Syukur
Pendahuluan Madah
Pendahuluan Imbasan Lalu
Memperkenalkan Tujuan
Memuji Khalayak
Kaitkan dengan Tarikh
Pendahuluan Latar Belakang Watak
Pendahuluan Lelucon
Pendahuluan Gambaran
Menceritakan Pengalaman Peribadi
Bab 6 Menstrukturkan Maklumat
Menganyam Fakta
Mencengkam Khalayak
Membina Wacana
Pengolahan
Kronologi
Mengadun Maklumat
Peralihan
Alat Perangkai
Kreativiti
Bab 7 Merangkai Idea
Pengulangan Kata
Urutan Aksi ataupun Faktor
Peralihan Masa
Idea Persamaan
Idea Bertentangan
Bab 8 Tema dan Fokus
Ideologi
Fokus
Urutan
Relevan
Bab 9 Tepukan Gemuruh
Tukang Cerita
Ucap Selamat Tinggal
Tutup dengan Merumuskan Idea dalam Kandungan
Tutup dengan Rayuan Supaya Tindakan Diambil
Meninggalkan Tanggapan Positif
Tutup dengan Visi ataupun Pandangan Masa Depan
Penutup Ulangan Pendahuluan
Penutup Terdekat
Penegasan Semula Tujuan
Tutup dengan Mengulangi Idea Pusat
Penutup Anekdot
Penutup Semula Jadi
Penutup Pernyataan Langsung
Penutup Kejutan
Penutup Kata-kata Nasihat
Penutup Soalan
Penutup Petikan
Langkah Konkrit
Penutup Ucap Tahniah dan Syabas
Bab 10 Daripada Statistik ke Anekdot
Statistik
Kuasa Bukti
Fakta
Maklumat
Anekdot
Bab 11 Daripada Contoh ke Perbandingan
Contoh
Penjelasan
Analogi
Kecindan
Puisi
Testimoni
Madah Bestari
Peribahasa dan Simpulan Bahasa
Pantun
Takrif
Perbandingan dan Perbezaan
Bab 12 Bermain Retorik
Triad: Kumpulan Bertiga
Pengulangan
Klausa Adverba Ulasan
Penggunaan Kata Ganti Nama Berulang-ulang
Merujuk Khalayak dengan Panggilan ‘Enak’
Berlawanan
Keterbalikan
Penamsilan
Soalan Retorik
Gunakan Bahasa Figuratif yang Sesuai
Bab 13 Ucapan Bergaya
Latar Belakang Penyampai
Sesuai dengan Khalayak
Masa
Sesuaikan dengan Tajuk, Isu dan Persoalan
Gunakan Bahasa Lisan
Diksi
Citraan
Bab 14 Rahsia Stail
Mudah Difahami
Bahasa yang Menarik
Kuasai Mekanis Penulisan
Pastikan Ayat Tidak Terlalu Panjang
Pelbagaikan Ayat
Ungkapan yang Segar dan Bertenaga
Ekonomis
Ketepatan Pilihan Kata
Bahasa Baku
Elakkan Bahasa Bombastik dan Bahasa Teknikal
Langsung
Jitu dan Padat
Bahasa Perlu Jelas
Kesilapan Gaya
Bab 15 Urutan
Pertautan
Strategi
Perenggan Berkesan
Pelbagai Kaedah
Tiga Komponen
Pola Urutan
Bab 16 Menyemak dan Menyunting
Bab 17 Reka Letak Teks
Jenis dan Saiz Tulisan
Jarak Langkau
Cara Menaip
Reka Letak dalam Bentuk Puisi
Kesan Bingkai
Bullet
Nombor
Muka Surat
Huruf Tebal
Perenggan
Tajuk dan Subtajuk
Panduan Asas Menulis Teks Ucapan

Dalam apa-apa juga penulisan, pasti ada cara dan formatnya. Begitulah juga
dengan teks ucapan. Teks ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Anda
telah mengetahui bahawa kandungan teks ucapan terdiri daripada empat
bahagian, iaitu:

1. Kata alu-aluan
2. Pendahuluan
3. Isi-isi
4. Penutup

Dalam menghuraikan panduan penulisan ini, saya akan menerangkannya


mengikut bahagian teks ucapan.

1. Kata alu-aluan

Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol.


Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara
Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama
yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau
pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri,
maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat. Namun, jika
tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat,
maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga
sekiranya majlis yang diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka
panggilan hormat yang digunakan ialah Yang Diraikan. Senarai panggilan hormat
yang lain akan dibicarakan dengan lebih mendalam dalam Bab 3 buku ini.

2. Pendahuluan

Terdapat pelbagai cara untuk memulakan ucapan. Ucapan bukan sahaja boleh
dimulakan dengan rasa kesyukuran, tetapi juga boleh dimulakan dengan
imbasan pengalaman, kisah berunsur ringan, latar belakang sesebuah institusi
dan pantun.

i. Pendahuluan dengan rasa kesyukuran

Banyak antara kita memulakan ucapan dengan memanjatkan rasa kesyukuran


terhadap limpah kurnia Ilahi. Sebagai contohnya;

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada
malam ini bagi menjayakan program Makan Malam Negeri sempena
Perhimpunan Perpaduan dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Pendahuluan dengan imbasan pengalaman

Pendahuluan dengan imbasan pengalaman selalunya dibuat oleh seseorang


tokoh berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau. Pendahuluan
dengan imbasan pengalaman ini sebenarnya dapat mendekatkan diri seseorang
dengan khalayak. Sebagai contohnya;

Apabila saya masuk ke dalam dewan ini dan melihat cikgu-cikgu, saya teringat
pada zaman saya berkhidmat sebagai guru kira-kira 30 tahun yang lalu. Saya
mula berkhidmat di SMK (P) Jalan Bunga. Pada ketika itu, saya diminta
mengajarkan Sains sedangkan opsyen saya ialah Bahasa Malaysia. Namun, hal
itu tidak melunturkan semangat saya. Saya sahut cabaran tersebut. Pada tahun
pertama, saya memang macam budak baharu belajar, tetapi cabaran ini
menjadikan saya lebih berusaha menjadi seorang guru.

iii. Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan

Pendahuluan dengan kisah berunsur ringan pastinya amat menarik jika


digunakan. Pendahuluan ini sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian
khalayak agar mendengar ucapan yang akan disampaikan. Sebagai contohnya;

Saya berasa serba salah untuk berucap di hadapan ini kerana pada pagi ini,
salah seorang tetamu kita merupakan pakar dalam bidang penampilan. Dari pagi
tadi, saya membelek diri saya di hadapan cermin dan bertanya-tanya pada diri
sendiri sama ada tudung yang saya pakai pada pagi ini sesuai atau tidak dengan
baju yang saya kenakan. Takut juga saya ketika ini beliau sedang menilai
penampilan saya di hadapan ini.

iv. Pendahuluan dengan latar belakang

Pendahuluan berbentuk latar belakang merupakan pendahuluan yang kerap


digunakan apabila menulis teks ucapan bagi majlis perasmian bangunan,
institusi dan pertubuhan, dan majlis perpisahan. Sebagai contohnya;

Kepada tetamu yang pertama kali menjejakkan kaki di Sekolah Perintis, selamat
datang saya ucapkan. Untuk makluman semua, Sekolah Perintis ditubuhkan
pada tahun 2000 yang pada mulanya hanya mempunyai 120 orang murid dan 12
orang guru. Pada ketika itu, Sekolah Perintis hanya mempunyai sebuah blok
pentadbiran dan sebuah blok bilik darjah. Kelengkapan untuk proses pengajaran
dan pembelajar-an juga tidak seberapa lengkap. Dalam keadaan yang serba
terhad ini, Sekolah Perintis mula beroperasi untuk mendidik anak bangsa.

v. Pendahuluan dengan pantun

Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang boleh digunakan untuk


memulakan sesuatu ucapan. Pantun yang biasa digunakan ialah pantun empat
kerat. Sebagai contohnya;

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismilah pembuka bicara.

b) Jenis retorik dan cirinya


i. Pemerian
ii. Pemujukan
iii. Penerangan
iv. Penceritaan
v. Pendedahan
vi. Penghujahan

Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik,
bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda,
retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian
orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahsa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.