Anda di halaman 1dari 22

SEDIMEN

PINGGIR PANTAI

Topik 6

AG20303 Dinamika Pinggir


Pantai
Pengenalan
• Sedimen adalah material, bahan atau hasil
pemecahan batuan, mineral dan material organik
terapung/ terkandung di dalam air, udara,
maupun yang dikumpulkan di dasar sungai atau
laut oleh agen semulajadi atau sebaliknya.
• Bahan atau sediemn pantai mempengaruhi
proses pinggir pantai kerana sifatnya boleh
mempengaruhi proses pengangkutan, hakisan
dan juga pemendapan.
• Sumbernya bukan sahaja daripada pantai dan
laut, tetapi juga daripada sungai
Sedimen Pantai
• Sedimen pantai terbentuk daripada proses hakisan pantai,
iaitu dari bahagian daratan yang dibawa oleh sungai, dan dari
laut dalam yang dibawa oleh ombak/ arus ke kawasan pantai.
• Pembentukan sedimen pantai juga boleh disebabkan oleh
proses pemendapan.
• ‘Pergerakan sedimen pantai’ atau ‘Proses pengangkutan’
adalah istilah bagi proses pergerakan sedimen pantai’
• Sedimen pantai terbentuk secara berlapis di pantai.
• Saiznya adalah pelbagai di antara lapisan, bergantung
kepada TENAGA semasa proses pemendapan dan VARIASI
SEMULAJADI SAIZ partikel yang sedia ada dalam sistem
pantai.
• Lapisan sedimen boleh dikenalpasti dengan kaedah ‘scooping’
atau ‘korekan’.
Jenis sedimen yang utama
• Batu kerikil (disebut juga sebagai
kelikir)
• Pasir
• Pasir halus
• Kelodak (disebut juga sebagai
lempung)
• Tanah Liat
Bahan pantai
Merujuk kepada Tengku Anuar & Shaharuddin (1989), Bahan
pantai adalah terdiri daripada:

1. Batu lada- 20-200mm; batu tongkol jika ukuran melebihi


200mm; batu pebble jika ukurannya 60-200mm; kelikir jika
ukurannya 20-60mm
2. Batu kelikir yang halus, sederhana atau kasar(gravel)- 2
hingga 60mm
3. Pasir halus, sederhana dan kasar – 0.06-0.2 mm
4. Kelodak halus, sederhana dan kasar- 0.002 hingga 0.06mm
5. Tanah liat atau lumpur- ukurannya kurang daripada 0.002mm

Catatan: Mengikut piawaian British.


Carta Sedimen

Sumber: USGS (United States Geological Survey)


sedimen
Contoh sedimen pantai
Butiran halus pasir
Mengalami kadar lurutan yang tinggi

Butiran kasar
Mengalami lurutan yang lemah
di pantai

Butiran kasar, bercengkerang


Mengalami lurutan yang lemah di pantai

Sumber: http://www.beg.utexas.edu
Contoh sedimen pantai
Sedimen pasir karang Sedimen Pasir Hitam

http://extreme.ucsd.edu
Saiz bahan sedimen dan daya
pengangkutannya
• Besar-
seperti kerikil dan batu lada biasanya diangkut melalui proses
golekan
Semakin besar dan berat, makan daya pengangkutannya
semakin rendah/ lemah

• Sederhana –
mengalami proses seretan di sepanjang pesisir pantai atau
antara ombak pecah dan gigi air

• Kecil dan ringan-


seperti kelodak akan diangkut melalui proses ampaian
Pembentukan sedimen pantai
• Sedimen pantai boleh wujud daripada pelbagai keadaan, iaitu sama da melalui proses
pemendapan atau proses hakisan di peinggir pantai.

• Contohnya pada tebing pesisir

Kebanyakan sedimen di tebing pesisir terdiri daripada campuran tanah liat, pasir, kerikil
dan batuan bulat/besar (ada juga yang menyebutnya sebagai batu lada),

Tebing tinggi pinggir pantai (Seaside cliffs) atau tebing (bluffs) menghasilkan campuran
sedimen seperti yang disebutkan di atas yang mengalami proses KIKISAN oleh kombinasi
OMBAK dan AIR PASANG.

Apabila ombak bertemu di tanjung pantai berbatu oleh proses PEMBIASAN (refraction),
batuan akan mengalami KIKISAN, manakala sedimen daripada kawasan ini akan
TERMENDAP di kawasan pantai.

Di kawasan tropika, mendapan cengkerang dan tulang hidupan laut menyumbang kepada
pembentukan pantai pasir putih.

Mendapan volkanik/ gunung berapi dan lava membentuk pantai pasir hitam di beberapa
kawasan.
Sedimen pantai daripada sungai
• 1. Halus dan padat-
seperti tanah liat, kelodak dan lumpur- diangkut daripada sungai ke
laut melalui arus suangi- biasanya bahan ini terampai/ terapung di
permukaan air

• 2. Tidak padat dan kasar


Biasanya membentuk pantai adalah kurang daripada jumlah dibawa
kearah pantai)* Jumlah bahan yang terapung bermaksud, jumlah yang
dibawa oleh air

• 3. campuran padat dan tidak padat


Mempunyai campuran bahan yang padat dan tidak padat. Biasanya
membentuk pantai rata dan mempunyai tumbuhan.- Lazimnya
wujud di kawasan pertemuan antara air laut dan sungai (air masin
dan air tawar)- tenaga ombak di kawasan ini biasanya rendah
Sedimen pantai daripada laut
• Biasanya batuan dan tanih yang
mengalami hakisan dan pemendapan
• Sedimen ini diangkut ke pantai dan
kemudiannya sama ada dimendapkan
atau dihanyutkan semula ke laut.
• Contohnya daripada hakisan
timbunan tanah yang disebabkan oleh
agen seperti ombak dan angin.
Pengangkutan dan pembentukan sedimen
daripada sungai
Faktor yang mempengaruhi Pengangkutan
sedimen
• Tenaga arus- Arus kuat=proses giat
• Tenaga ombak yang terhasil semulajadi atau gangguan tektonik
• Pasang surut- Tingkat pasang surut besar = pengangkutan bahan lebih
jauh
• Darjah kecerunan pantai- Makin curam= makin senang bahan diangkut;
berbanding landai (senang dimendap)
• Halangan pantai- Halangan banyak = pengangkutan tersekat (contoh
halangan: benteng, tumbuhan bangunan, tembok dll.)
• Sudut pantai- sudut tegak dengan arah bertentanga ombak= lebih banyak
sedimen diangkut
• Saiz sedimen- Sedimen kecil=mudah larut= lebih mudah diangkut
• Bentuk sedimen- Sedimen bulat= lebih mudah diangkut; berbanding yang
licin atau nipis/ pipih
• Angin – angin yang tidak kuat mempercepatkan pemendapan sedimen
• Muatan bahan sedimen- lebih banyak sedimen=lebih laju proses
pemendapan
Pantai Pasir Hitam

Pantai Pasir Hitam Langkawi.


Sumber: http://www.langkawi-beaches.com/pantai-pasir-hitam.htm l
Pantai Pasir Putih
White sand beach, Grace Bay, Providenciales, Turks and
Caicos Islands, 1995.

Pasir yang dibawa dari terumbu pantai luar oleh tindakan ombak

Sumber: http://www.unesco.org/csi/pub/source/ero17.htm
Sumber sedimen pantai dan konsep hakisan-mendapan

Sedimen susur pantai yang Sedimen susur pantai yang


masuk ke sistem pantai keluar daripada sistem pantai

• Suapan Pantai (melalui • Pemendapan dan


sedimen daripada daratan) pemenuhan muara
• Hakisan tebing • Perlombongan (pasir pantai)
• Hakisan Sungai • Pengangkutan arah luar
• Suapan Pantai pantai
(melalui sedimen daripada • Pengorekan pasir luar pantai
lautan) • Lubuk marin
• Pengangkutan sedimen ke
arah pantai

Nota: Hakisan pantai: perpindahan sedimen dala sistem pantai melebihi daripada yang memasuki sistem

Pemendapan pantai: Sedimen yang masuk ke sistem pantai adalah jauh melebihi daripada sedimen yang
dihantar keluar

Pantai seimbang: Sedimen susur pantai memasuki sistem pantai hampir bersamaan dengan sedimen
susur yang keluar daripada sistem tersebut.

Sumber: Jabatan Perancangnan Bandar dan Desa, 2000.; http://gedung.nahrim.gov.my


Klasifikasi sedimen

Sumber: http://pubs.usgs.gov/of/2004/1003/htmldocs/images/figures/shepfig.gif
Segitiga tekstur tanih
Pasir Segi tiga tekstur
membanti klasifikasi
tanih.
Contohnya,
Tanah tanah liat 30%;
clay 30% Silt 40% pasir 30% dan lempung
40%

Maka kelas tanih ini


ialah tanah liat
berlempung (clay loam)
kerana titil pertemuan
semua peratusan
adalah pada jenis tanih
ini.

Titik penentu

Sand 30%
Contoh Klasifikasi pantai berdasarkan jenis
sedimen

• Pantai Kerikil
• Pantai yang terbentuk oleh mendapan sedimen
berukuran kerikil (diameter butir > 2 mm).

• Pantai pasir
• Pantai yang dibentuk oleh mendapan sedimen
berukuran pasir (0.5 – 2 mm).

• Pantai lumpur
• Pantai yang dibentuk mendapan lumpur (material
berukuran lempung dengan diameter < 0.5 mm).
Sekian
Terima Kasih

- Dapatkan nota anda di


LMS Smart UMS-

Anda mungkin juga menyukai