Anda di halaman 1dari 14

Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

SISTEM ATMOSFERA

3.1 Struktur dan Kandungan Atmosfera

Mengandungi 5 lapisan utama:-

i. Troposfera -18km
ii. Stratosfera -50 km
iii. Mesosfera -100km
iv. Termosfera- 500km
v. Eksosfera – lebih 500km

Kandungan gas dalam udara:-

i. Gas Nitrogen- 78%


ii. Gas Oksigen- 20.95%
iii. Gas Karbon Dioksida 0.03%
iv. Gas-gas Nadir- 0.9%
v. Wap Air – 0.9%
vi. Ozon – 0.000007%

3.2 Cuaca dan Iklim

3.2.1 Konsep Cuaca

Merujuk kepada fenomena harian perubahan unsur cuaca seperti suhu, hujan, angin, kelembapan
udara di sesuatu tempat yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.

Iklim

Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelempaban udara dalam tempoh 35 tahun. Iklim
adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh yang singkat.

Perbezaan iklim dan cuaca dari segi masa dan keluasannya.

Cuaca dilihat dalam tempoh masa yang pendek dan ruang yang kecil (kawasan setempat seperti
cuaca di Bandar KL) manakala iklim dilihat dalam tempoh masa yang panjang dan ruangnya
adalah luas (seperti iklim sebuah negara, Wilayah, Benua).

3.2.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim

a) Bahangan Suria :

- Matahari (72% gas hidrogen dan 27% gas helium) merupakan punca tenaga paling utama

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 1


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

untuk menggerak dan meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi.
- Tenaga matahari membekakan kira-kira 99.97% daripada jumlah tenaga yang terdapat
dalam sistem bumi atmosfera dan selebihnya daripada punca tenaga endogenik.
- Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan
wujudnya cuaca dan iklim.
- Bahangan Matahari/ suria dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet
yang pendek (0.2 - 0.4 mikron).

b) Bahangan Bumi

- Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan
membebaskan bahangannya pada waktu malam.
- Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang (suhu bumi
jauh lebih rendah berbanding sinaran matahari)
- Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan
atmosfera.

c) Suhu

- Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.


- Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinaran matahari/ bahangan matahari yang
mempunyai tenaga haba di dalamnya.

d) Kerpasan

- Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.

f) Kelembapan Udara

- Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara


- Kelembapan udara terbahagi kepada 2 jenis:

(i) kelembapan mutlak


(ii) kelembapan bandingan

g) Tekanan udara

- Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi.

h) Angin

- Adalah udara yang bergerak secara mendatar


- Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi (SEJUK) ke kawaan tekanan udara rendah
(PANAS).

i) Litupan Awan

- Merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter antara 0.02 – 0.06 mm serta
terapung di udara.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 2


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

3.2.3 Konsep Imbangan Bahangan

- Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara bahangan matahari
yang masuk ke sistem bumi – atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan
semula ke angkasa.

- Imbangan haba merupakan perbandingan antara sinaran matahari yang masuk dengan
sinaran matahari yang keluar. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki
sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh
pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Begitu juga dengan sinaran bumi,
bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan melalui proses yang sama dengan
sinaran matahari.

3.2.4 Proses Pemindahan Haba

Terdapat 4 proses pemindahan haba iaitu:

i) Proses Serakan - Partikel-partikel akan menyerak bahangan matahari secara mendatar


apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.

ii) Proses Serapan - Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera juga menjalani proses
serapan.

iii) Proses Pantulan - bahangan matahari apabila terkena partikel-partikel, sebahagiannya


akan dipantulkan semula ke angkasa secara menegak ( vertikal).

iv) Proses Albedo - Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan
bumi. Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari
yang akan dipantulkan. Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke permukaan bumi akan
diserap dan diguna oleh hidupan. Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan pula
oleh permukaan bumi secara langsung.

3.2.5 Taburan Suhu Secara Menegak

Konsep

Merujuk kepada taburan suhu mengikut ketinggian muka bumi. Taburan suhu ini ditentukan oleh
proses pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak. Dari segi tenaga, proses ini belaku
melalui pengeluaran haba pendam akibat pemeluwapan, penyejukan bahangan di udara dan juga
air lintang.

Faktor

Penurunan mengikut tinggi (suhu jatuh mengikut ketinggian dalam atmosfera sehingga 8 km
dari permukaan bumi).

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 3


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

3.2.6 Taburan Suhu Secara Mendatar

Konsep

Taburan tenaga suria mengikut kawasan atau ruang di permukaan bumi. Suhu sebenarnya
terhasil melalui sinaran suria yang membekalkan tenaga haba yang menyebabkan persekitaran
menjadi panas lalu indeks suhu sekitar meningkat.

3.2.7 Menjelaskan Kelembapan Udara


Kelembapan udara merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara (atmosfera) pada
masa-masa tertentu. Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis:-

a) Kelembapan Mutlak

Bermaksud jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh
tertentu. Ia juga dikenali sebagai ketmpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter
padu (g/m3).

b) Kelembapan Bandingan

Bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam jisim udara pada suhu dan
tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan kelembapan sebenar sesuatu jisim udara
dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.

3.2.8 Menjelaskan Proses

a) Sejatan

Konsep

Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan
berlaku pada permukaan air.

Proses

Wap air yang tersejat akan naik ke atas kerana ia menjadi ringan (berbentuk gas). Sejatan
berlaku apabila tekanan wap air pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding tekanan wap di
dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.

Faktor

Faktor yang mempengaruhi proses sejatan:-


i. Suhu
ii. Tekanan wap
iii. Angin dan Turbulens
iv. Kemasinan air
v. Kelembapan bandingan

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 4


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

vi. Luas permukaan air.

b) Pemeluwapan

Konsep

Ditakrifkan sebagai wap air kepada cecair (titisan air). Wap-wap air yang tersejat ke udara tidak
selamanya akan kekal sebagai wap air da ia akan mengalami perubahan. Titisan –titisan air ini
(cecair) akan terapung di atmosfera sebagai awan.

Proses

Berlaku apabila suhu dan jisim udara tersebut menurun hingga ke takat embun (0°C). Penurunan
suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik, iaitu semakin tinggi jisim udara itu
naik, maka suhu dalamnya semakin menurun.

Faktor

Faktor yang mempengaruhi proses pemeluwapan:-

i. Kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup


ii. Proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
iii. Mesti terdapat nukleus pemeluwapan.

c) Pembentukan Awan.

Konsep

Awan ialah titisan-titisan air yang halus yang terapung dalam udara dan biasanya wujud dalam
kawasan ketinggian kurang dari 12 2000 meter. Awan biasanya terjadi hasil daripada
pemeluwapan di aras yang tinggi.

Proses

Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi
kadar pemeluwapan, maka semakin tebal awan yang terbentuk.

d) Kerpasan

Konsep

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai
cecair atau pepejal. Contoh kerpasan ialah hujan, hujan batu, hujan gerimis dan salji.

Proses

Sebelum berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau
kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut
sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai hujan,hujan batu dan salji.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 5


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

Faktor

Faktor pembentukan kerpasan (terdapat 2 teori):-

i. Teori Bergeron - findeisen


- Pertumbuhan hablur ais.

ii Teori Perlanggaran
- Pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui pelanggaran oleh
titisan-titisan air yang jatuh.

e) Jenis Kerpasan di Kawasan Tropika Lembab

i) Hujan Perolakan

Konsep

Hujan yang terbentuk akibat daripada pergerakan udara yang tidak stabil ke troposfera dan
membentuk awan kumulus dan kumulonimbus.

Proses dan Faktor

Hujan perolakan ini berlaku apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahari.Udara
disebelah atasnya di panaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba.Air di permukaan
bumi akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila menjadi lebih ringan dan naik ke
aras yang lebih tinggi. Udara yang telah dipanaskan tadi,akan naik ke lapisan di troposfera secara
perolakan.apabila sampai ke paras pemeluwapan, sebahagian daripada wap bertukar menjadi
awan kumulus. Di paras yang lebih tinggi, ia menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin
sejuk daripada awan di skelilingnya. Bila awan ini bertambah besar dan berat, ia akan turun
sebagai hujan perolakan.

ii) Hujan Orografik (Hujan Bukit)

Konsep

Hujan ini terbentuk akibat daripada pemeluwapan yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki
lereng bukit atau banjaran gunung. Biasanya hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit atau
banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya
menerima angin kering tanpa hujan.

Proses

Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Apabila berlaku
tiupan angin, ke atas awan-awan tadi ,udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng
bukit atau banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi
sedikit akan gugur sebagai hujan.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 6


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

e) Tekanan Udara dan Edaran Umum Atmosfera.

i) Tekanan Udara

Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadp kawasan di bawahnya.
Tekanan ini berubah mengikut ketinggian. Biasanya tekanan udara akan berkurangan apabila
semakin jauh ke troposfera dari permukaan laut.Ini adalah disebabkan kira-kira setengah
daripada jisim atmosfera berada di bawah daripada 18,000 kaki. Tekanan udara sedunia adalah
tidak sama antara satu tampat dengan tempat yang lain dan juga antara satu masa dengan masa
yang lain.kerana taburan tenaga dan lembapan global adalah tidak sama. Terdapat satu perkaitan
antara taburan tenaga dengan taburan tekanan. Kawasan yang berlebihan tenaga adalah kawasan
bertekanan udara rendah manakala kawasan yang kekurangan tenaga merupakan kawasan
bertekanan udara tinggi. Tekanan udara di dunia di pengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu taburan
daratan dan lautan, taburan suhu global dan latiud (garis lintang).

Dalam konteks edaran umum atmosfera,sebahagian besar tenaga haba


yang diangkut oleh tropika ke kutub adalah dalam bentuk haba rasa dan selebihnya dalam bentuk
haba pendam yang bergerak dalam bentuk wap-wap air yang diporolehi dari proses sejatan.
Akibat putaran bumi yang mewujudkan daya korolis maka edaran umum atmosfera menjadi
lebih kompleks. Ini kerana arus-arus udara yang bergerak ke kutub dan ke kawasan tropika akan
dipengaruhi oleh daya korolis tersebut yang menyebabkan pergerakan angin menjadi terbias.

ii) Angin Wilayah

Angin jenis ini merupakan angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba dengan kelajuan
lebih 70 km/jam dan berupaya membawa hujan sebanyak 80 mm. Ia membawa hujan lebat
dipantai barat semenanjung Malaysia dan berlaku pada masa tiupan angin monsun baratdaya
(Mei-Ogos). Angin ini dikatakan terjadi apabila dibahagian pantai timur Sumatera berlaku
pengembangan udara secara adiabatik akibat pemanasan.

iii) Angin Fohn dan Cinuk, angin katabatik, angin anabatik, bayu laut dan bayu darat
serta angin badai selari

Merupakan angin tempatan.

f) Menjelaskan gangguan atmosfera

i) Siklon Tropika

Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan tropika. Ini kerana kawasan tropika adalah lebib
panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain didunia. Apabila suhu tinggi maka tekanan
udara dikawasan itu menjadi rendah.

ii) Tornado

Berbeza dengan ribut tropika dari segi saiz kawasan liputan, halaju serta tempoh ia berlaku.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 7


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

3.3 Kaitan Sistem Atmosfera Dengan Manusia

3.3.1 Pengaruh cuaca dan Iklim terhadap aktiviti ekonomi.

i. Perikanan
ii. Pertanian – setiap jenis tanaman memerlukan iklim dan cuaca yang berlainan.
iii. Perdagangan
iv. Pelancongan – Iklim yang berlainan di kawasan berlainan telah mewujudkan pelbagai jenis
tarikan semulajadi.
v. Perindustrian
vi. Pembalakan.

3.3.2 Menjelaskan fenomena Iklim

i) Banjir

Konsep

Seringkali dataran-dataran tanah pamah yang terletak berhampiran tebing sungai akan
mengalami banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang tutun dengan intensisti yang tinggi.

Contoh-contoh sungai dan dataran tanah pamah yang seringkali mengalami fenomena banjir
teruk ialah sungai Huang Ho di China, Delta Muara Sg Ganges di India.

Banjir besar seumpama ini akan mengorbankan nyawa manusia, ternakan dan harta benda.

ii) Kemarau

Konsep

Keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu
tempoh yang lama atau panjang.
- Kemarau boleh terjadi disebabkan faktor semulajadi (seperti fenomena El- Nino) dan
faktor manusia.

iii) Siklon Tropika

Konsep

Terjadi di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika adalah lebih
panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

- Siklon Tropika boleh dibahagi kepada Ribut Tropika / Taufan dan Tornado.

a) Ribut Tropika/ taufan

Konsep

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 8


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

Berlaku di kawasan garis lintang 8o-35o U dan selatan Khatulistiwa.

- Ia terbentuk di merata-rata tempat di lautan, misalnya di Lautan Pasifik.


- Terjadi akibat pemanasan yang tinggi dari habaMatahari, arus lautan juga menjadi panas
dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalau naik ke atas mewujudkan
sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.
- Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi, maka angin akan
bertiup masuk dengan kencang ke kawasan tekanan udara rendah tersebut.
- Angin mampu bertiup kencang melebihi 270 km sejam dalam bentuk berpusar.
- Contoh: Negara yg kerap dilanda taufan- Filipina.

b) Tornado

- Ia berbeza dengan taufan dari segi Kawasan liputan , hala tuju serta tempoh ia berlaku
tetapi dari segi mekanisme kejadian masih sama.
- Saiz liputan tornado adalah lebih kecil, namun halajunya lebih tinggi (melebihi 650km
sejam) tetapi tempoh berlaku lebih pendek berbanding taufan.
- Juga dikenali sebagai puting beliung.
iv) Fenomena El- Nino dan La - Nina.

a) Fenomena El -Nino.

i) Konsep El-Nino

- Merujuk peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca
menjadi panas.
- Ia seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau

ii) Proses Kejadian

- Ia adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam setiap 3 – 5 tahun.
- Dalam keadaan normal, angin timuran akan bertiup dari timur ke barat
merentasi Lautan
- Pasifik.
- Angin ini akan mengangkut kelembapan udara (awan). Yang terbentuk di
Lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan monsun di bahagian barat Pasifik seperti
Malaysia dan di kawasan Asia Tenggara dan Australia.
- Semasa kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku. Air laut yang panas akibat
peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.
- Hal ini akan melemahkan, menghentikan atau mengubah pola tiupan angin timuran dari
darat ke laut atau dari barat ke timur.
- Oleh sebab itu, hujan monsun turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan
sepatutnya di Asia Tenggara.
- Kesannya cuaca panas, kemarau dan suhu yang tinggi di alami di Negara Asia
Tenggara.

iii) Kesan Fenomena El - Nino.

a) Kejadian kemarau yang panjang.


b) Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutan

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 9


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

c) Menjejaskan kesihatan
d) Mengancam penghasilan pertanian makanan
e) Krisis bekalan air
f) Mengancam sumber kehidupan akuatik.

b) Fenomena La – Nina.

i) Konsep La-Nina.

Merujuk kepada kejadian fenomena banjir.

ii) Proses kejadian fenomena La- Nina.

- Apabila El- Nino berakhir, bermakna suhu permukaan Lautan Pasifik juga akan menurun
(dianggarkan 3-5°C).
- Kejatuhan suhu Lautan Pasifik akan menyebabkan tekanan udara menjadi lebih tinggi
berbanding bahagian daratan.
- Ini membolehkan angina bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang
banyak untuk dilepaskan sebagai hujan.
- Antara contoh keladian La - Nina yang telah dialami oleh negara-negara terletak di timur
Lautan Pasifik.

iii) Kesan-kesan Fenomena La - Nina.

a) Kejadian banjir besar. Contoh: Bandar Itaqui di Selatan Brazil, Bandar Santiago di Chile.
b) Mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
c) Kehilangan tempat tinggal

.
3.4 Perubahan Iklim

3.4.1 Konsep
- Pemanasan global dikaitan dengan kenaikan suhu dunia.
- Peningkatan ini berlaku di semua skala mikro atau makro.
- Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global bermakna wujudnya
ketidakseimbangan dalam bajet haba. Bumi-matahari. Input haba yang terpaksa diterima oleh
bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang dikeluarkannya.

3.4.2 Punca Penipisan Lapisan Ozon.

a) Konsep penipisan.

- Merujuk kepada terputusnya ikatan koralen tiga atom oksigen (O 3) yang


selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan gas kloroflorokarbon (CFC) di lapisan
Stratosfera.
- Penipisan lapisan ozon membolehkan radiasi sinar Lembayung matahari
menembusi permukaan bumi dengan mudah.

b) Punca-punca berlakunya penipisan ozon.

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 10


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

i) Kegiatan perindustrian
- Industri pendingin Udara. – Pengguanaan CFC (carbon fluro chloride)
- Contoh: Gas ini dikeluarkan apabila berlaku kebocoran peralatan dan peringkat servis.
- Industri Pencuci dan Pelarut: CFC dalam bentuk cecair sebagai bahan pencuci minyak
dan gris dalam peralatan elektronik , elektrik, mikrocip dalam komputer.

ii) Ujian pelancaran roket dan Peluru Berpandu.


- Contoh: Rusia dan AS – terbukti terdapat lubang ozon di benua Antartika.

iii) Sektor Pertanian


- Penggunaan baja Nitrogen yang banyak- menghakis lapisan ozon.

iv) Kapal terbang supersonic, membebaskan nitrogen oksida yang menipiskan lapisan ozon.

c) Kesan Penipisan lapisan ozon.

a) Pemanasan global
b) Ancaman kesihatan
c) Menjejaskan sektor pertanian.

3.4.3 Kesan-kesan Perubahan Iklim terhadap Alam Sekitar Fizikal dan Aktiviti Manusia.

a) Kesan ke atas sistem geomorfologi.

- Peningkatan kadar luluhawa (luluhawa fizikal)


- Pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi.
- Kawasan pantai lebih cepat terhakis.

b) Kesan ke atas sistem atmosfera.

- Menggalakkan kejadian El-Nino (kemarau) dan La-Nina (banjir)


- Kejadian pulau haba.

c) Kesan ke atas sistem hidrologi

- Pengurangan sumber/ kuantiti air benua.


- Simpanan air tanah akan berkurangan.

d) Kesan ke atas sistem ekologi.

- Kebakaran hutan
- Memusnahkan kehidupan flora dan fauna
- Memusnahkan kehidupan akuatik.

e) Kesan kepada aktiviti manusia.

- Menjejaskan kegiatan pertanian


- Menjejaskan sector pelancongan

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 11


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

- Menjejaskan aktiviti harian


- Mengancam kesihatan manusia/penyakit.

3.5 Mikro Iklim Bandar

3.5.1 Konsep Mikro Iklim Bandar

Merujuk fenomena cuaca dan iklim mikro yang terbentuk dan dialami oleh keluasan di sesuatu
kawasan terbatas iaitu dikawasan bandar. Ciri-ciri iklim mikro ini amat berbeza dengan kawasan
pinggir bandar atau keadaan sebelum berlakunya pembandaran.

3.5.2 Perubahan unsur cuaca dan iklim di bandar.

i) Pulau Haba

Konsep

Peningkatan terhadap suhu di pusat bandar melebihi daripada suhu persekitaran dipinggir
bandar.

Faktor

- Kekurangan litupan tumbuhan/pokok


- Terdapat banyak bangunan konkrit
- Pelepasan banyak gas-gas rumah hijau
- Pencemaran daripada kenderaan bermotor
- Pencemaran sektor perindustrian

Langkah-langkah mengatasi

- mengwujudkan kawasaan hijau


- mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau
- mengurangkan pengunaan sumber bahan api
- mengurangkan penggunaan gas CFC.
- Kempen kesedaran

ii) Pencemaran Udara

Konsep

Kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas, habuk, zarah, debu dan
sebagainya di atmosfera.

Faktor

- Pembakaran bahanapi fosil oleh kenderaan bermotor


- Sektor perindustrian terutama kilang memproses
- Pembakaran terbuka

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 12


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

Langkah-langkah mengatasi

- Galakkan masyarakat menggunakan petro tanpa plumbum


- Kempen kongsi kenderaan
- Penguatkuasaan undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar
- Pendidikan samada secara formal atau tidak formal

iii) Jerebu

Konsep

Merujuk kepada partikel-partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.Partikel ini
terbentuk didalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil menghasilkan satu lapisan
kabus nipis menyelubungi ruang atmosfera di sesuatu kawasan.

Faktor

Terdapat 2 faktor iaitu faktor semulajadi dan faktor buatan manusia.

i) Faktor semulajadi

- Kebakaran hutan contoh di Pulau Sumatera dan Kalimantan pada 1997.


- Letusan gunung berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina pada tahun 1991.

ii) Faktor buatan manusia

- Pencemaran asap kenderaan bermotor terutama dikawasan bandar.


- Pembakaran secara terbuka ditapak pelupusan sampah dan sektor pertanian.
- Sektor perindustrian iaitu industri memproses hasil pertanian dan kawasan quari.

Kesan-kesan jerebu

- Mengurangkan jarak pengelihatan dan risiko kemalangan terutama pengguna jalanraya,


kapalterbang dan kapal laut.
- menjejaskan sektor pertanian
- ancaman kesihataan kepada manusia dan haiwan.
- Menjejaskan sektor pelancongan.

Langkah-langkah mengatasi

- Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Kaedah menyembur larutan garam iodin kedalam
awan kumulonimbus.
- Kerjasama serantau. ASEAN menjalin kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan
di Indonesia.
- Penguatkuasaan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan.
- Mengurangkan kadar pencemaran udara oleh sumber kenderaan bermotor.

iv) Hujan Asid

Konsep

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 13


Modul P&P Geo 942/1 Tema 3 - Sistem Atmosfera

Air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi(pH < 5) seperti air hujan yang
mengandungi asid sulfrik adan asid nitrit.
Punca

- Perindustrian
- Kenderaan bermotor
- Stesen janakuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu.
- Punca semulajadi iaitu letusan gunung berapi

Kesan

- Memusnahkan ekosistem hutan


- Kerosakkan ekologi
- Meningkatkan keasidan tanah
- Kerosakkan harta benda
- Gangguan kesihataan

Langkah mengatasi

- Mengawal pencemaran udara terutama dari sektor industri


- Penguatkuasaan undang-undang Alam Sekitar
- Kempen cintai Alam Sekitar

NSNJ 2009© KHS Terbilang 2010 14

Anda mungkin juga menyukai