sihat
DENGAN
PANDUAN
DIET
MALAYSIA
Diterbitkan
Persatuan Pemakanan Malaysia
2000
Disokong
NutriWEB Malaysia
http://nutriweb.org.my
Kandungan
berat (kg)
IJT =
tinggi (m) x tinggi (m)
4. Jika IJT anda berada dalam julat yang NPP yang tinggi,
sihat, tetapi mempunyai ukuran ping- risiko yang tinggi
gang lebih daripada punggung,
anda masih berisiko tinggi menghidapi penyakit-
penyakit kronik. Nisbah pinggang-punggung yang
lebih daripada 1.0 (untuk lelaki) atau lebih
daripada 0.85 (untuk wanita) adalah kurang sihat.
KES-KES ISTIMEWA
1. IJT tidak boleh digunakan untuk menentukan status berat
badan jika anda hamil, seorang ahli bina badan atau
mempunyai banyak otot. Anda mungkin mempunyai IJT yang
tinggi tetapi tidak mempunyai lemak badan berlebihan untuk
dikelaskan sebagai berlebihan berat badan atau obes.
2. Untuk remaja berumur 10-18 tahun, IJT juga boleh digunakan
untuk menentukan status berat badan, tetapi julat untuk
menentukan sama ada kurang berat badan, normal atau
berlebihan, tidak sama dengan julat yang digunakan untuk
dewasa. Status berat badan untuk kanak-kanak berumur
2 hingga 10 tahun ditentukan dengan menggunakan carta
tumbesaran yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia. Untuk kedua-dua kumpulan individu ini, dapatkan
nasihat daripada pakar pemakanan atau pakar kesihatan lain.
Bijirin
Beras, oat, barli, jagung, sekoi, gandum dan
produk masing-masing adalah sumber
tenaga dan protein yang bagus. Produk
bijirin-penuh mengandungi lebih zat besi,
fosforus, vitamin B (tiamin, niasin & riboflavin)
dan gentian.
Legum
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin
B). Kacang soya – yang sangat kaya
dengan protein tumbuhan – boleh
didapati dalam pelbagai bentuk
seperti susu kacang soya, tauhu,
tempeh, protein sayuran bertekstur
dan taugeh.
APAKAH GENTIAN?
• Bayi anda harus diberi susu ibu secara ekslusif selama 4 hingga
6 bulan. Teruskan penyusuan susu ibu walaupun setelah mem-
perkenalkan makanan pejal pada umur 4 hingga 6 bulan. Jika
boleh, teruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.
• Semasa mengandung, buat persediaan mental untuk menyusu-
kan bayi. Dapatkan semua maklumat yang anda perlukan.
• Mula penyusuan susu ibu dalam tempoh setengah hingga satu
jam selepas bersalin.
• Berikan susu kepada bayi anda atas permintaan; ini akan dapat
membantu anda menghasilkan susu yang cukup.
• Tentukan bayi anda betul-betul menghisap payudara anda
semasa menyusu.
• Makan dengan cara yang sihat berdasarkan Panduan Piramid
Makanan, dengan hidangan lumayan makanan yang kaya
protein dan kalsium.
• Minum air secukupnya (6 hingga 8 gelas) sehari.
15
Adakah Anda Memerlukan Nutrien Tambahan?