Anda di halaman 1dari 3

Cara Memupuk Perpaduan Antara Kaum Dikalangan Mahasiswa dan Mahasiswi

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan
dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan
dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Begitu juga di peringkat IPTA pada
umumnya dan khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS), perpaduan dikalangan
penuntutnya adalah sangat penting demi melancarkan lagi aktiviti pembelajaran dan seterusnya
menyaut baik saranan kerajaan demi memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah IPT (institut pengajian tinggi)
ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan penuntutnya. Kita haruslah
berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu
mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan
negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti
Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan
kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka,
negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara
juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap mahasiswa dan siswi. Bendera negara kita, Jalur
Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang
suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya
harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan
menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan
maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana
kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.
Seseorang pelajar haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negara. Kita
juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan
terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan
mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu
dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malaysia merupakan sebuah
negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara
Malaysia. Mengkhianati Negara bersamaan dengan mengkhianati universiti kita sendiri, oleh itu
sifat setia dan sayang pada Negara dan universiti haruslah ada pada diri setiap pelajar UMS.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah


university dan UMS khususnya. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan
bertolak ansur dan bertoleransi antara pelajar. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar,
dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan demi
kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara pelajar yang berbilang kaum amat penting
untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa
mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat
resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelajar pelbagai kaum
seperti gotong-royong daapt memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Sifat berdisiplin dikalangan pelajar juga amat penting dalam memupuk perpaduan.
Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti haruslah
dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang pelajar haruslah berakhlak dan berbudi
pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. pelajar yang peramah dan
berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi universiti mereka. Kita haruslah
berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai pelajar yang biadap atau kurang ajar.
Seseorang pelajar juga haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara
untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan universiti mereka. Pelajar yang bersifat
amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara
pelajar.

Mahasiswa dan siswi juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk
memajukan universiti. Penuntut yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi pelajaran
mereka dan juga pembelanjaan mereka semasa menjalani pengajian. Mereka harus bersifat
berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan mahupun
pinjaman pada setiap masa. Pelajar juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau
pembaharuan dalam universiti tanpa menjejaskan perpaduan universiti. Misalnya apabila
berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi
cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita
haruslah mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bekerjasama untuk menghadapi apa jua
cabaran dalam universiti dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan pelajar.

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah IPT untuk
menjamin kedamaian di kalangan penuntutnya. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di UMS mahupun di Negara Malaysia yang tercinta ini.

Anda mungkin juga menyukai