Anda di halaman 1dari 8

Teknik Penyoalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi
antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan
konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas
yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung
kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam
kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak,
mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar
tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh
ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di
dalam kelas? Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu
maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap
saling memahami dan bekerjasama.

Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru
kerana hampir kesemua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan. 

Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan


Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi,
untuk mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain, untuk
menegaskan kepentingan isi dengan memberikan penekanan kepadanya, untuk mengarah pelajar ke
hala yang betul dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah
untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk menganalisis, mensintesis
dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Tujuan utama
penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.
ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis.
iii. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Teknik soal jawab dianggap teknik terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana soalan
yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan


Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah
menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Berikut ini
merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan kejayaan teknik ini
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
i. Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang
ii. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
iii. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar
iv. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar
v. Beri peluang kepada pelajar untuk memikirkan jawapan
vi. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada
murid tertentu sahaja.
vii. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.
viii. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.
ix. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
x. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir
xi. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
xii. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.
Ciri-ciri Soalan yang Sesuai Digunakan 
Soalan-soalan yang diolah perlulah bersifat pelbagai. Sifat semula jadi soalan yang boleh
dipelbagaikan bertujuan untuk memastikan tindak balas yang berbeza di kalangan pelajar. Satu cara
yang konvenien untuk mengkategorikan soalan ialah dengan melihat frekuensi penggunaannya
mengikut tahap domain kognitif. Ini bermakna soalan-soalan harus dapat dikategorikan dengan
baik. Umpamanya:
i. Pengetahuan
Soalan-soalan berbentuk pengetahuan merupakan soalan yang dapat mencerna ingatan mudah.
Kategori soalan jenis ini perlulah dipilih oleh guru terutamanya ketika menyampaikan tajuk, topik
atau idea baru kepada pelajar.
ii. Pemahaman
Setelah didedahkan dengan sesuatu konsep dan pengetahuan, guru seharusnya menyoal soalan-
soalan yang berbentuk pemahaman. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
berlangsung dalam dimensi memahami atau kegiatan memaham.
iii. Aplikasi
Seterusnya ciri-ciri soalan yang berikut ini melibatkan penggunaan informasi yang diberikan kepada
pelajar. Soalan-soalan aplikasi bertujuan untuk membantu pelajar menggunakan pengetahuan
menerusi informasi-informasi yang disalurkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Analisis
Ciri-ciri soalan analisis ialah soalan bentuk ini berfungsi untuk memisahkan idea. Pada peringkat
yang lebih tinggi, pelajar akan dikemukakan dengan soalan-soalan menganalisis dan guru perlulah
berhati-hati agar pelajar dapat mengikuti isi pembelajaran dan menggunakan semua kemahiran
yang diterapkan kepada mereka.
v. Sintesis
Soalan sintesis merupakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar mencantum dan
mewujudkan suatu idea baru menerusi maklumat awal yang didedahkan kepada mereka. Kemahiran
ini juga menghendaki kemahiran yang tinggi di mana guru dapat membimbing pelajar sehingga
mereka mampu mensintesis maklumat.
vi. Menilai
Pada peringkat yang paling tinggi, soalan berbentuk menilai akan diberikan kepada pelajar. Menilai
bermakna pelajar harus dapat membuat dan juga mempertahankan justifikasi mereka.
Kategori-kategori Soalan lain
Terdapat juga cara lain untuk mengkategorikan soalan. Ia boleh dilakukan menurut fungsinya yang
utama, umpamanya:
i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question)
Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan mengikut urutan
kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Soalan-soalan mencungkil
Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil pengetahuan pelajar
secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru untuk menghasilkan soalan-soalan yang
kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar tidak berasa bosan.
iii. Soalan-soalan terbuka
Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai keupayaan dan
pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal guru sebaliknya bagi tujuan
mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut. Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang
diharapkan agar guru dapat mengenal pasti kedudukan pemahaman pelajar.
iv. soalan-soalan bercapah
Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara meluas. Soalan-
soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop pemikiran dan ini sangat penting bagi
mereka.
Kesan Kemahiran Penyoalan dan Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat banyak kesan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya ialah
seperti yang berikut:
i. Murid bertambah aktif
Menambahkan minat pelajar dan mengelakkan mereka daripada berasa jemu. Ia juga akan dapat
menguji pengetahuan sedia ada pelajar.
ii. Dapat mengenalpasti masalah pelajar
Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik pelajaran, dia akan sukar atau tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru akan dapat mengenalpasti masalah pelajar.
iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
Menerusi teknik ini, hubungan guru dan murid akan lebih erat dan pelajar lebih bersedia dan
berkeyakinan menghadapi sesuatu ujian.
iv. Membantu pelajar
Teknik penyoalan juga akan dapat membantu pelajar menjangkakan soalan-soalan yang mungkin
atau menjangkakan tajuk-tajuk penting dalam peperiksaan. Ini membolehkan mereka untuk
mengulangkaji topik-topik berkenaan.
Peranan Guru
Apabila kita bercakap tentang teknik mengajar, kita sebenarnya menumpukan perhatian kepada
pencapaian guru yang mengajar, iaitu cara tertentu yang dilakukannya dengan menggunakan
kemudahan bahan pengajaran serta langkah yang diamalkannya. Seorang guru menjadi tumpuan
pelajar kerana dia sendiri akan bertanggungjawab bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkannya.
Dalam teknik penyoalan, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran ini sangat
mementingkan peranan guru. Peranan guru amat penting untuk menentukan proses teknik ini dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran guru untuk mempelbagaikan teknik soalan akan
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik dan berkesan.
Teknik soal jawab yang baik merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping
dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Kesimpulan
Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan antara suatu perkara
yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik darjah, setiap pelajar akan
mengemukan soalan kepada guru bertujuan untuk memahami setiap konsep yang disampaikan oleh
guru semasa didalam kelas. Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi penting
agar pelajar dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran mereka ke tahap
yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai oleh setiap pelajar sama
ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menegah mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik
seperti ini juga dapat membantu pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu
dengan lebih giat lagi. Guru juga perlulah mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat
berfikir mengenai topik yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan mudah dan
berkesan. Oleh itu kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dapat
bidang pendidikan.

Related Posts:
 Pembelajaran Masteri
 Seni Dalam Pendidikan (SDP)
 Tingkah laku Bermasalah Pembelajaran – Pengenalan
 Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa
 Melahirkan Kakitangan Yang Berkualiti Dalam Meningkatkan Kecemerlangan Organisasi

Tagged as: iklim komunikasi, jenis soalan, Pengajaran dan Pembelajaran, Teknik Penyoalan

{ 14 comments… read them below or add one }

Sofea February 15, 2011 at 12:04 am


hi,
bercerita ttg soalan, saya ada soalan ni.
nak tny cket ttg hosting yang pihak anda gunakan.
adakah ianya ok?
maksud saya, selepas mendaftar hosting dan domain di laman mereka, adakah mereka
mmberikan tutorial langkah seterusnya kepada pihak anda…?

REPLY

sohaaila April 29, 2011 at 9:28 pm


tolong sebutkan berapa langkah penyoalan yang mampu merangsang kemahiran berfikir dan
pembelajaran di bilik darjah?dengan menggunakan contoh spesifik bagaimana langkah
penyoalan dapat dilaksanakan dalam kelas?

REPLY

Yann April 29, 2011 at 10:26 pm


wah ni soalan ujian 1 upsi yer…..ooooo pandai yer

REPLY

Rozita April 30, 2011 at 12:09 am


Salam..ya mmg soalan ujian 1( pjj ) saya pun jumpa ruangan ini.. tak mengapa kita berkongsi
ilmukan..kan tq tuan Kuzzlan!!!

REPLY

wan April 30, 2011 at 2:03 am


betul… tolonglah kami setidak2nya kami tahu apa yang patut kami buat dgn soalan
begini..bukan nak cedok 100%.

REPLY

Fayz April 30, 2011 at 8:38 am


thanks…boleh dijadikan rujukan. sebagai pembuka minda time nak start buat ujian 1 ni…
ija April 30, 2011 at 10:10 am
patut la mcm pernah baca soalan tu.. ujian 1 upsi..huahua..

REPLY

ina April 30, 2011 at 10:29 am


10Q, blh tgk sy dgn soalan ini, berilah tunjuk ajar

REPLY

amiza April 30, 2011 at 10:44 am


saya pun nak tumpang sekaki. Sbenarnya saya kurang faham dengan tajuk ni..camna nak
buat

REPLY

norli0809 April 30, 2011 at 11:11 am


10q yea…memang membantu …..semoga anda diberkati.

REPLY

thana April 30, 2011 at 11:52 am


saya pun ingin tumpang . harap tolong saya dlm tajuk ini… 10q

REPLY

era April 30, 2011 at 1:35 pm


wow!boleh juga jadikan artikel ini sebagai panduan menjawab soalan.tq.

REPLY

lew April 30, 2011 at 2:11 pm


saya juga berharap dapat bantuan daripada tuan tentang soalan tersebut (bagaimanakah
langkah-langkah penyoalan dapat merangsangkan kemahiran berfikir dan pembelajaran di
dalam kelas). Bantuan tuan amat saya hargai…

REPLY

Glo April 30, 2011 at 3:52 pm


salam sejahtera,
saya juga memerlukan bantuan tuan / puan..tentang soalan ini…
1. terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu merangsang
kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah.
2. dengan menggunakan contoh contoh spesifik bincangkan bagaimana langkah langkah
penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong kajian tersebut
REPLY

Read more: http://kulanzsalleh.net/pengajaran-dan-pembelajaran/teknik-penyoalan-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran#ixzz1KzWzuZPo

Anda mungkin juga menyukai