Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya peranan Dewan Undangan Negeri adalah untuk menggubal perundangan dan dasar

negeri. Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dipanggil Enakmen.
Berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, DUN mempunyai kuasa untuk menggubal
undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Peranan DUN yang
seterusnya adalah memantau institusi pemerintah iaitu jabatan dan agensi kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN
bertanggungjawab untuk mengkritik atau menegur tindakan institusi kerajaan bagi memastikan jabatan
atau agensi negeri tersebut melaksanakan fungsinya berdasarkan dasar yang telah ditetapkan. Seterusnya,
DUN juga berperanan sebagai pengantara dalam  penyampaian suara rakyat kepada kerajaan.   

Di Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri akan memanggil persidangan dari semasa ke semasa dan dalam
masa yang sama merasmikan persidangan tersebut bagi setiap penggal. Tempoh keahlian Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) adalah tidak melebihi lima (5) tahun sekiranya DUN tidak dibubarkan dalam
jangka masa tersebut. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh juga menjadi Ahli Dewan
Rakyat dan ADUN secara serentak. Sebelum dibenarkan menyertai persidangan DUN, setiap ahli
dikehendaki mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah
bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai Ahli DUN
sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahankan perlembagaan.

Anda mungkin juga menyukai