Anda di halaman 1dari 5

SIRI BERkicaP DEngAN Jin...

Episod:

APA HUKUM MEMAKAN TAHI


HIDUNG SENDIRI?

“Apa hukum seekor gorilla mengorek hidungnya di depan khalayak ramai?”


SIRI BERkicap dengaN Jin...

A lkisah | Maka tersebutlah perkataan ada sebuah teratak bangsawan di tanah Kampung
Kona Leper tempatnya, Teratak Bondaku namanya. Dalam teratak itu tinggallah seorang
budiman, Raden Redza Gusti Nusantri namanya, bersama sekeluarganya hendaknya.

Arakian, pada satu hari yang hening ketika budak-budak sekolah balik dari sekolah
menaiki hafilah kuning warnanya, maka kelihatan sugul sekali raut wajah Raden Redza Gusti
Nusantri. Risau melihat sahabatnya begitu, berkatalah sahabat Raden Redza, Rakupaten
Budi Somtam namanya, kepada Raden Redza, “Bro, pasai pa aku tengok muka hang ni cam
kucing mati anak je? Tak best-lah macam ni. Nak usya awek Sarung Nangka pun terbantut.”
Mendengar pertanyaan itu, dengan hembusan nafas yang berat umpama keluh kesah Mak
Esah, berkatalah Raden Redza kepada Rakupaten Budi sahabatnya, “Aku ada beberapa
persoalan yang sangat beratla beb. You tau tak mana-mana individu yang bijaksana lagi
wise that can help aku to answer all these questions, my friend?” Dengan rasa tak
bersalahnya menjahanamkan bahasa sendiri, Raden bertanya kembali kepada sahabat baik
dunia akhiratnya itu. Lalu berkatalah Rakupaten Budi kepada Raden Redza, “Hmm.. aku rasa
ko mungkin boleh bertanyakan kepada Tok Moh Jiwa Hangat. Mungkin dia boleh membantu.
Tapi ko kena sediakan pengerasnya dululah. Biasanya CD album terbaru Siti Nurhazila pun
dah mencukupi. Nak lagi best, ko selit sekali topup Maxshit RM10.” Mendengar jawapan itu,
berbungalah hati Raden Redza. Sekadar CD blue eh silap CD Siti Nurhazila dan topup RM10,
apalah nak dibandingkan dengan jawapan terhadap persoalan yang bakal diperolehinya itu.
Dalam perjalanan pulang setelah mengadakan temujanji dengan Tok Moh Jiwa Hangat
melalui akaun Twitter-nya, Raden Redza tersenyum kambing kegirangan.

Pada hari yang ditetapkan, dibawah limpahan sinaran penumbra bulan yang
tergerhana itu, menapaklah Raden Redza dan Rakupaten Budi pergi ke rumah Tok Moh Jiwa
Hangat dengan begitu angkuh dan mendada. Sesampainya mereka di halaman banglo Tok
Moh, maka salam pun diberi tanda adat yang berakar umbi masih tersisa dalam diri,
walaupun sebenarnya mereka memberi salam adat salam tak ikhlas, dengan perlahan
terkuak daun pintu dan dengan control ayu, terpacullah anak Tok Moh yang bergetah itu,
Nina Sudara Dewana namanya, menjemput abang dua orang itu masuk kedalam rumah itu.
Jika tidak kerana hajat dan tujuannya, nescaya sudah berdarahlah hidung Raden Redza
melihat keayuan anak dara Tok Moh itu. Mantap beb! Mungkin itulah yang dimonolognya
dalam hati salinya itu.

2|Halaman
SIRI BERkicap dengaN Jin...

“Ada hajat apa gerangan anak muda datang kemari?” Dengan songel kualiti premium
yang tak lekang dimulutnya itu, Tok Moh Jiwa Hangat memulakan bicara. Maka berkatalah
Raden Redza dengan penuh alim-alim kucing sambil mengusya-usya anak Tok Moh yang
sedang berlenggang cat walk ke arah dapur untuk membuatkan kopi Cap Kapal Laut kepada
tetamu yang dua itu, “Tok, saya ada satu persoalan yang telah membelenggu pundak saya
sejak beberapa ketika Tok. Saya rasa Tok mungkin boleh menjawabnya. Atau mungkin
setelah Tok menurun, jin belaan Tok mungkin boleh menjawabnya bagi pihak Tok Moh.”
“Katakanlah persoalan itu. Jika Tok mampu menjawabnya, Tok akan tolong.” Bicara Tok
Moh sambil menyerahkan raga kosong kepada Raden Redza. Rakupaten Budi memberikan
isyarat kepada Raden Redza untuk menyerahkan CD album Siti Nurhazila dan topup RM10
ke dalam raga tersebut, tanda persetujuan akad melunaskan pengeras tersebut.

“Tok,” Kata Raden Redza dengan penuh budiman. “apa hukum makan tahi hidung
sendiri? Boleh tak kalau saya warnakan bulu ketiak dengan kaler biru? Dan apakah hukum
meluruskan bulu kaki menggunakan teknik rebonding?” Katanya dengan penuh
pengharapan. Mendengar persoalan itu, maka Tok Moh pun menarik nafas dalam-dalam.
Dipejamkan matanya, dan dilepaskan nafas itu, panjang helanya. “Nak, ambillah balik
pengeras ni. Takpelah, Tok dah download dah minggu lepas guna Unifi. Tok pun dah
terminate nombor Maxshit. Tok langgan Digijik sekarang, berkenan pulak Tok dengan
henpon HTC. Anak baliklah rumah, kemudian mandi wajib lapan kali. Lepas tu belajarlah
tajwid dengan Tok Siak Kampung Kona Leper. Baliklah nak. Kopi tu Tok suruh anak Tok
bungkuskan. Malam dah ni.” Maka menyingalah Raden Redza mendengar jawapan Tok Moh
itu, kerana ia berbaur penghinaan walau tak mencapai tobaqat sarcasm. Dengan dengusan
yang keras, diajaknya sahabatnya Rakupaten Budi meninggalkan rumah Tok Moh tersebut
sambil menghentak-hentak kaki laksana budak lima tahun merajuk tak dapat beli poster
Jastin Bibir. Salam pun tak diberikannya. Hak ptuih! Sentap sungguh Raden Redza dengan
Tok Moh.

Dibawah banyangan penumbra bulan nan gerhana, mereka berdua berlalu pergi,
meninggalkan baglo Tok Moh itu. Sayup-sayup kedengaran suara orang terpekik terlolong.
Dan malam terus menyanyi...

Wallahua’lam

3|Halaman
SIRI BERkicap dengaN Jin...

Assalamualaikum wbt, dan salam revolusi. I'lam.

Masailah. Bagi aku, ada beberapa jenis soalan yang ada, iaitu:

 Soalan yang patut ditanya.


 Soalan yang tak sewajarnya ditanya.
 Soalan yang tak perlu ditanya.

Soalan Yang Patut Ditanya

Adapun soalan yang patut ditanya itu adalah soalan-soalan perlu seperti yang berkaitan
dengan S.O.P, terminologi, yang berkaitan kefahaman secara umum, konsep, dan lain-lain.
Misalannya S.O.P solat, maksud 'kafir', konsep-konsep berpuasa dan yang membatalkan
puasa, "Siapa nama kamu?", “Apa sumber rujukannya?” , “Apa taraf hadis ni?” “Apa tafsir
bagi ayat ini?”, "Please teacher, may I go out?" dll.

Soalan Yang Tak Sewajarnya Ditanya

Soalan yang dilarang oleh Allah, yang boleh membatalkan aqidah, etc. Contohnya, apa itu
roh secara terperinci? Bila Hari Kiamat? Macam mana rupa Nabi? Berapa orang Ashabul
Kahfi? Berapa kilo berat sayap malaikat? Macam mana rupa syaithan? Bagaimana zat Allah?.

Soalan Yang Tak Perlu Ditanya

Soalan berkaitan perincian terhadap contoh, sensitif, yang common sense, yang sia-sia,
yang tak perlulah nak ditanya. Contoh; Si Polan ni layak masuk syurga tak? Boleh tak berak
tepi Jalan Raja Chulan? Siapa Iskandar Zulkarnain? Apa hukum menjentik tahi hidung ke
arah kereta yang sedang melintasi kita? "Boleh tak menari poco-poco masa khatib tengah
baca khutbah Jumaaat?”, “Berapa saiz buah dada kakak ko?"

4|Halaman
SIRI BERkicap dengaN Jin...

Sepatah Dua Jampi Serapah

Sebenarnya, kalau kita ni mempunyai akal yang sihat, dan ilmu yang agak OK (tak dalam
mana, tapi cukuplah nak buat pedoman hidup) dan kefahaman yang jelas (takdelah terang
benderang umpama sebutir permata yang sirna, tapi cukuplah untuk menerangi lorong
kehidupan, boleh buat suluh jugaklah kalau jalan kehidupan tu gelap), korang akan dapat
tahu, mana satu soalan yang perlu ditanya, mana satu yang tak sepatutnya keluar daripada
mulut kita.

Contohlah, boleh tak makan daging panda? Memanglah soalan ni nampak OK dan
takde silapnya. Tapi worth ke tanya soalan macam ni? I mean, ada panda tak dalam negara
kita? Tak. Peluang untuk kita menjamah daging panda pun, adalah bila berada dalam
keadaaan darurat tersesat kat lokasi tertentu di Negara China dalam hutan buluh yang
hanya wujud panda merangkak beramai-ramai tepi jalan, yang pada masa tu kita dalam
keadaan menggigil kebuluran dan dah takde benda lain nak dibuat alas perut.

Soalan lain, wajar ke tak seorang perempuan korek hidung depan orang ramai? Tak
pun, apa hukum seorang isteri menceritakan pengalaman malam pertamanya kepada rakan-
rakannya? Atau, boleh ke tak seorang lelaki ajnabi mengusap-usap belakang badan seorang
perempuan yang halal dikahwini, tapi berlapis? Der, ko takde benda lain ke nak tanya?
Benda common sense je der, apsal la ko nak kecoh-kecoh der.

Fahamkan konsep, sebab bila konsep dah faham, tak payah nak peningkan kepala
dengan contoh-contoh yang mengaplikasikan konsep tersebut.

Kesian. Terima kasihan.

Nukilan ikhlas tapi bersyarat lalu jadilah ia macam tak ikhlas tanpa syarat,

Pendakyah

thetachphyrophobicsociety

5|Halaman

Anda mungkin juga menyukai