Anda di halaman 1dari 5

KITAB DURUM NAFIS

(Bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang


arif dalam dunia ini hanyasanya baharu setengah daripada barang
yang disediakan oleh Allah Ta'ala kepada mereka itu di dalam
akhirat kerana memuliakan mereka itu di dalam dunia ini.) 

Terjemahan dan Penjelasan:

Terbukanya hijab oleh Allah Ta'ala ke atas hati orang-orang arifin billah
di dunia ini lagi sebelum mati adalah sebagai satu tanda Allah Ta'ala
memuliakan mereka di dunia lagi dan ianya hanyalah sebahagian/sedikit
dari kurniaan yang Allah Ta'ala akan berikan di alam akhirat untuk
menunjukki betapa besar anugerahNYA keatas mereka itu. Maksud
terbuka hijab di sini adalah pembukaan hijab yang 'Hak' bukannya
pembukaan hijab yang disandarkan kepada keupayaan jin (kasyaf jin)
atau makhluk (iblis & syaitan) selain Allah Ta'ala m seumpama melihat
alam-alam ghaib oleh bomoh yang bathil. Keupayaan dan pemberian
yang bathil ini dikenali sebagai istidraj yang mana ianya bukan anugerah
Allah Ta'ala ke atas Aulia'-Aulia'NYA tetapi pemberian yang menjauhkan
diri dari Jalan Kebenaran. Amat Jauh Berbeza sekali berbanding dengan
anugerah Allah Ta'ala ke atas para-para Ariffin billah dan Aulia'-
Aulia'NYA. Dengan panduan guru mursyid sesorang murid salikin akan
dipimpin dan memahami antara Kasyaf Hak dan Kasyaf Bathil) 
Wallahu A'lam . Intaha.

(Hai saudaraku takut oleh mu daripada bahawasanya lupa engkau


daripada memandang Wahdatul Af'al yang ia menyampaikan akan
dikau kepada memandang keelokkan yang wajibal wujud . Dan
takut oleh mu daripada bahawa bangsakan pada mengadakan satu
perbuatan ada ia.)

Terjemahan dan Penjelasan:

Takutilah/risaulah/waspadalah wahai pembaca sekelian . Apabila kamu


lupa memandang segala perbuatan diri mu ini pada hakikatnya terbit
daripada perbuatan Allah Ta'ala yang menyampaikan kepada
memandang /syuhud akan zat Allah Ta'ala yang wajib ujudNYA,
sebenarnya adalah lupamu itu semata-mata kerana memandang segala
perbuatanmu itu adalah terbit dari perbuatan dirimu sendiri.
Apabila Allah Ta'ala belum menghendaki terbuka hijab kamu
memandang akan Af'al NYA kamu terus dilupakan dan dilalaikan
memandangnya. Walau pun kamu berusaha untuk mengingatnya , tetapi
apabila Allah Ta'ala menghendaki terbukanya hijab itu IA akan
mempermudahkan jalan bagimu . Carilah Wasilah atau Jalan Tawasul
melalui keberkatan yang Allah Ta'ala limpahkan ke atas guru yang
memimpin rohanimu itu. Barakallahu fikum .

(tanbih ya ikhwani) ertinya ini suatu perkataan yang menjaga hai


segala saudaraku.
(Bermula hasil kata Syeikh Wahhab Sha'rani Qaddasallahu Sirrihi
(Semoga Allah mensucikan Ruh/Sirr nya) syarahnya di dalam kitab
Al Jauhar Wad Durur ia menukil daripada perkataan Syeikh
Muhyiddin Ibn Arabi radiallahu anhu. Bermula segala akuan ini
sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang hak Allah
Ta'ala padahal Hak Allah Ta'ala jua yang berbuat ia di sebalik hijab
akuan ini tetapi diri akuan ini tiada ia mendindingi akan kita
daripada memandang Allah Ta'ala. Dan adalah misalnya seperti
bayang-bayang kayu di dalam air itu tiada ia menegahi lalu perahu
hanya sanya yang mendidingi itu pada sangkaan kita kepadanya
jua. )

Terjemahan dan Penjelasan:

Keakuanmu itu adalah memandang ujud perbuatan diri mu dan itu


adalah dinding yang menghijab kamu daripada memandang perbuatan
Hak Allah Ta'ala , pada hakikatnya Hak Allah Ta'ala yang
memperbuatkan segala sesuatu di sebalik hijab keakuanmu itu .
Keakuanmu itu tidak mendindingimu daripada memandang perbuatan
Hak Allah Ta'ala namun kamu masih terdinding.
Pengarang kitab ini memberi misal perumpamaan seperti 'bayang-
bayang kayu' di dalam air yang dilihat seolah-olah menghalang laluan
perahu/sampan di atas air padahal ianya cuma pada sangkaanmu jua.
Apabila kamu melalui laluan itu ternyata bayang-banyang kayu itu tidak
mengahalangi perjalanan perahu tersebut.
Dan pandang kita kepadaNYA jua dan barangsiapa yang terbuka
daripadanya hijab itu nescaya dilihatnya segala yang
memperbuatkan perbuatan itu Allah Ta'ala sendirinya dan
barangsiapa tiada terbuka hijab itu terdindinglah ia dengan akuan
ini daripada memandang fa'il yang hakiki yakni yang berbuat yang
sebenar iaitu Allah Ta'ala.)

Terjemahan dan Penjelasan:

Maka hendaklah kamu memandang akan segala perbuatan Allah Ta'ala


yang terbit pada dirimu dan pada sekelian alam yang kabir (besar) .
Barangsiapa yang dibukakan Allah Ta'ala akan hijabnya ini maka
nescaya dapat melihat akan segala perbuatan itu terbitnya daripada
perbuatan Allah Ta'ala semata-mata, yakni DIA yang memperbuatkan
akan segala perbuatan pada hakikatnya.
Dan sampailah kamu kepada makam mentauhidkan Af'al Allah
subhanahu Wa Ta 'ala. Tempuh rasa di tahap ini mungkin sekejap dan
mungkin lama berbeza-beza ia sekadar mana yang dianugerahkan oleh
Allah Ta'ala. Fana di dalam Af'al Allah Ta'ala ini merupakan suatu intipati
ibadah yang sangat tinggi di sisi Allah Ta'ala sebagaimana diriwayatkan
di dalam beberapa hadis di mana barangsiapa yang berfikir/fana sesaat
adalah lebih baik daripada 70 tahun , 100 tahun dan juga menyebut
1000 tahun ibadah sunat. Semuanya bergantung kepada tahap2 fana
seseorang itu.
Sebaliknya barangsiapa yang tidak dibukakan hijabnya maka
terdindinglah ia daripada penglihatan tersebut kerana masih
memandang wujud dirinya dan hasil perbuatan dirinya sendiri. Dan
terdindinglah ia daripada melihat hakikat segala perbuatan itu daripada
perbuatan Allah Ta'ala.

(Maka tiap-tiap mazhab kaum pada perbuatan hamba itu adalah 4


mazhab.)
Fahaman atas perbuatan hamba itu terbahagi kepada 4 Mazhab.

(Pertama kaum yang tiada mengetahui mereka itu akan


bahawasanya Allah Ta'ala yang berbuat akan segala
perbuatannya itu dan hanya diiktikadkannya oleh mereka itu
bahawasanya yang berbuat segala perbuatan yang baharu itu
hamba jua dan adalah qudrat hamba jua dan adalah qudrat hamba
yang baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba
yang baharu itu maka itu mazhab muktazilah yang bid'ah lagi fasik.)

Terjemahan dan Penjelasan:

Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah


Mazhab Muktazilah yang bid'ah lagi fasik. Kaum ini tidak berpegang
kepada bahawasanya Allah Ta'ala yang melakukan dan menzahirkan
segala perbuatan tetapi beriktikad bahawa segala perbuatan itu adalah
terhasil daripada qudrat hamba yang baharu lagi memberi bekas. tanpa
perganmtungan kepada Allah Ta'ala. Contohnya , seseorang telah
berusaha dalam mencari rezeki dan memperolehi kekayaan yang
banyak. Atas fahaman Muktazilah ialah kekayaan yang diperolehi itu
adalah hasil bekas daripada usaha seseorang itu bukannya daripada
Allah Ta'ala. Fahaman ini seolah-olah hamba sudah putus dan tidak ada
pergantungan kepada Allah Ta'ala hanya bergantung kepada hasil
usahanya sendiri. 

(Kedua mazhab jabariah, iaitu kaum yang mengetahui mereka itu


dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala perbuatan
itu sekeliannya daripada Allah Ta'ala sendirinya dan keraslah atas
mereka itu memandang akan segala perbuatan itu daripada Allah
Ta'ala sendirinya dan tiada sampai mereka itu kepada yang
menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba kerana kurang
daripada mereka itu darjat kamal maka tersalahlah mereka daripada
jalan syariaat dengan sebab tiada menyandar kan segala perbuatan
hamba itu kepada mereka itu maka iaitu iktikad zindik.)

Terjemahan dan Penjelasan:

Mazhab yang pertama dalam memahami perbuatan hamba ialah


mazhab Jabariah iaitu iktikad yang zindik. Kaum Jabariah berpegang
dengan iktikad bahawa tiap-tiap saegala perbutaan itu terbit dari Allah
Ta'ala samaada baik atau jahat sedangkan hamba itu ibarat debu ditiup
angin tidak mempunyai usaha dan ikhtiar. Maka menyandarkan segala
perbuatan maksiaat mereka juga kepada Allah Ta'ala kerana sifat darjat
mereka yang rendah dan banayak menyalahi hukum-hukum syariaat.
Fahaman ini seolah-olah menyalahkan segala perbuatan maksiaat yang
dilakukan oleh mereka kepada Allah Ta'ala tiada bagi mereka usha dan
ikhtiar untuk menjauhi perbuatan maksiaat tersebut. Itulah sebabnya
Iktikad Jabariah ini dihukumkan iktikad yang zindik.
(Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu akan bahawasanya
segala perbuatan sekeliiannya daripada Allah Ta'ala tetapi ada bagi
hamba itu usaha dan ikhtiar dan dengan keduanya itulah hamba
memperbuatkan segala perbuatannya dan keduanya tempat taaluk
hukum syarak tetapi keduanya itu tidak sekali-kali memberi
bekaspada perbuatan yang baharu hanya memberi bekas itu Allah
Ta'ala sendirinya jua. Maka iaitu iktikad Asya'ariah iktikad yang
ma'abud yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat. Tetapi
tiada sampai mereka itu kepada martabat kkasyaf kerana terdinding
mereka itu dengan sebab makna usaha danikhtiar daripada hamba
jua tiada dipandang akan segala pebuatan itu daripada Allah Ta'ala
sendirinya. Maka tiap-tiap daripada thoifah yang 3 ini atas
penglihatnya itu. (Ghusyawat) yakni dinding yang menuntut
daripada sampai penglihat mereka itu daripada memandang
wahdatul Af'al . Selama-lamanya mereka itu dalam dinding yang
tertutup tiada sampai kepada makam kasyaf dan musyahadah dan
mukhafafah.)

(Keempat mzhab Ahlul Kasyaf, yakni orang yang terbuka pada


mereka itu dinding iaitu kaum yang memandang akan kejadian
segala perbuatan daripada Allah Ta'ala dan kesandarannya itu
daripada hamba misalnya seperti qalam orang yang menyurat
adalah yang menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua dan
qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Dan adalah
hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan dan yang
memperbuat itu orang yang meyurat jua. Wallahu A'lam. Yakni
segala yang berlaku di dalam segala alam ini Allah Ta'ala jua yang
menjadikan ia.) Intaha.

Anda mungkin juga menyukai