Anda di halaman 1dari 24

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PONTIAN, JOHOR

SEJARAH
TINGKATAN EMPAT

TAJUK:
RIWAYAT NABI MUHAMMAD S.W.T

Nama : Sajaratul Syifaa’ Bt.Ibrahim


Kelas : 401 ( Harvard)
No. Maktab : 11560
Nama Guru : Puan Syariah Bt Besah

1
Isi Kandungan

1. Muka hadapan

2. Isi Kandungan

3. Biodata

4. Kehidupan semasa bayi

5. Kehidupan semasa kanak-kanak

6. Kehidupan semasa remaja

7. Sebelum dilantik sebagai rasul

8. Selepas menjadi rasul

9. Keluarga Rasulullah

10 Kewafatan baginda

.
11 Sajak

2
Biodata Rasulullah

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi

( dikenali sebagai tahun gajah kerana pada tahun itu Tentera

Abrahah menyerang Kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba

Perempuan bapa Nabi Muhammad

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah

As-Saadiah)

3
Kehidupan Semasa Bayi

Kelahiran

Keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 Ogos 570 Masihi seisi
alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya
diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul
terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.

Fatimah al-Thaqfiyah yang menyaksikan kelahiran nabi junjungan berkata, “Saya saksikan
ketika Siti Aminah melahirkan bayi yang kemudian ternyata menjadi pemimpin dunia. Saya
lihat rumah tempat bayi itu dilahirkan bermandikan cahaya. Bintang-bintang kelihatan sangat
dekat, sehingga saya bimbang kalau-kalau bintang itu jatuh di atas kepala saya.”

Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan gembira oleh keluarganya terutamanya
Abdul Muttalib. Seminggu kemudian, datuknya Abdul Muttalib mengadakan jamuan
sempena memberi nama seperti yang dimimpikan oleh Siti Aminah iaitu Muhammad yang
membawa maksud orang yang terpuji.

Oleh kerana keturunan Baginda adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isi
keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Baginda. Kaum Quraisy tidak menafikan
betapa tingginya darjat dan susur galur keturunan baginda. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Banyak riwayat menceritakan Quraisy telah
mencela baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan membabitkan isu
keturunan.

4
Salasilah ringkas keturunan Rasullullah SAW

Nabi Muhammad kemudiannya disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab, bernama
Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad S.A.W diserahkan pula
kepada Halimatusaadiah dari perkampungan Bani Sa’ad. Kampung itu jauhnya kira-kira 50
km dari Makkah ke arah Taif. Adat menyerahkan bayi kepada ibu susu ini merupakan
kebiasaan bangsawan Arab. Nabi Muhammad S.A.W berada di bawah jagaan
Halimatusaadiah sehingga usia nabi mencecah empat tahun.

Baginda menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di


perkampungan Bani Saad. Oleh itu Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang
sejahtera, lidah yang bersih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik
sekali pun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan
keheningan padang pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara bersih.

Sepanjang masa Muhammad tinggal bersama-samanya, hidup Halimatusaadiah sekeluarga


menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Malah,
dikisahkan Halimah sendiri merasa hairan kerana kambingnya tiba-tiba saja menjadi gemuk
semenjak kedatangan Muhammad. Itulah keajaiban Tuhan, memberi petanda bahawa
Muhammad itu bukan insan biasa sebaliknya bakal pembawa cahaya dan kebenaran.

Muhammad pula begitu sihat dan cerdas. Dia hidup di kalangan masyarakat yang tidak
terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Muhammad dapat
mempelajari bahasa Arab yang tulen. Dia juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa
yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan
beradab.

Dada Rasulullah Dibedah Jibril A.S

Tempoh dua tahun telah berlalu, tiba sudah saat Baginda dikembalikan kepada Siti Aminah.
Namun berat sekali rasanya untuk Halimatusaadiah melepas anak susuannya pergi. Lantas
dipujuk Siti Aminah agar dapat memberi keizinan memelihara Nabi barang setahun dua lagi.
Tambahan pula, rasa kasih pada Muhammad sudah melebihi anak sendiri. Akhirnya,
Halimatusaadiah berjaya memujuk Siti Aminah untuk terus memelihara walaupun anak
susuannya itu telah habis tempoh penyusuannya, iaitu dua tahun.

Dikatakan ketika baginda berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun maka berlakulah
peristiwa ajaib iaitu dada baginda dibedah oleh malaikat.

Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah pernah didatangi malaikat Jibril
ketika baginda masih kanak-kanak dan sedang bermain dengan kanak-kanak sebaya yang
lain.

Jibril yang lazimnya muncul dalam rupa seperti manusia telah menangkap baginda lalu tanpa
membuang masa, dada Nabi Muhammad telah dibelah terutama di bahagian organ hati lalu
dikeluarkan organ itu.

Daripada organ itu, Jibril telah mengeluarkan sebuku darah, sesetengah riwayat mengatakan
sebuku darah itu berwarna hitam lalu mereka berkata: “Inilah bahagian syaitan yang ada
padamu!”

5
Lalu organ hati itu dimasukkan ke dalam sebuah tembikar emas lalu dibasuhkan hati itu
dengan air zam zam. Hati yang telah dicuci bersih itu kemudiannya dikembalikan semula ke
tempat asalnya dan dada Rasulullah dicantumkan semula. Rasulullah SAW dikatakan
terpinga-pinga dengan kejadian yang menimpa baginda itu. Tetapi berbeza dengan mereka
yang menyaksikan bagaimana Nabi Muhammad telah ditangkap dan dibedah dadanya itu.

Belum sempat mereka menyaksikan kejadian itu sehingga habis dan Jibrail hilang dari
pandangan, dalam serba ketakutan rakan-rakan Rasulullah itu kemudiannya berlari kepada
ibu susu baginda, Halimah dan memberitahu bahawa Nabi Muhammad telah dibunuh oleh
seorang lelaki. Mereka berkata dengan cemas: “Muhammad telah dibunuh! Muhammad telah
dibunuh!”

Lalu apabila mereka kembali semula ke tempat kejadian, didapati Nabi Muhammad berada
dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Kejadian yang penuh makna itu,
bagaimanapun telah menimbulkan kebimbangan di hati Halimah. Beliau begitu bimbangkan
mengenai soal keselamatan Nabi Muhammad dan jika terjadi sebarang yang tidak diingini
tentu sahaja beliau tidak dapat melindungi anak yatim itu.

Ini menyebabkan Halimah merasakan sudah tiba masanya beliau terpaksa juga berpisah
dengan Rasulullah demi kebaikan anak itu sendiri. Walaupun perpisahan itu bakal
mencalarkan kebahagiaan beliau selama ini kerana dapat membesarkan seorang anak yang
sebaik Rasulullah. Namun beliau sedar anak susuannya perlu kembali ke tempat asal usulnya
di mana baginda dilahirkan dahulu.

Mulianya tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W seawal kecil sudah jelas terpancar apabila
dia pernah menolong budak yang diusik oleh budak-budak nakal dan diajaknya ke rumah ibu
susunya. Dia merelakan bajunya diberikan kepada budak yang malang itu. Ketika usianya
lima tahun dia dikembalikan kepada ibunya, Siti Aminah.

Berpisahlah Halimatul Saadiah dengan anak susuan yang selama ini menjadi penyeri hatinya.
Sudah bertaut kasih dan sayang di hatinya terhadap Muhammad sehingga kalau boleh tidak
ingin lagi mereka terpisah. Bagi Nabi Muhammad, jasa ibu susuannya itu tetap dikenang
sehingga baginda pernah bersabda yang bermaksud; “Bahawa dia (Halimatus Saadiah) adalah
ibuku setelah ibuku sendiri”

Kehilangan Bonda Tercinta

Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah meninggal dunia
ketika ibu baginda baru mengandungkan baginda dua bulan. Abdullah telah meninggal dunia
semasa dalam perjalanan pulang berniaga dari Syam.

Tinggallah Nabi Muhammad SAW bersama ibunya. Baginda diasuh oleh ibunya
dengan belaian kasih sayang. Apabila usianya menjangkau enam tahun ibunya membawanya
pergi ke Yathrib (Madinah) dengan tujuan menziarahi saudara maranya yang mendiami
Yathrib, agar Nabi Muhammad S.A.W dapat berkenalan dengan saudara-saudaranya. Di
samping menziarahi kubur ayahnya iaitu Abdullah yang dikebumikan di sana. Inilah kali
pertama, Nabi bakal ‘bertemu’ dengan ayah yang amat dirinduinya. Meski hanya melihat
tanah kuburan tetapi itu sudah cukup bagi menghilangkan kesepian hati seorang anak yatim
yang tidak pernah menerima kasih sayang seorang ayah.

6
Pemergian mereka berdua turut diiringi oleh Ummu Aiman. Dalam perjalanan pulang
ke Makkah, Siti Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia lalu dikebumikan di Abwa. Saat
paling menyedihkan sekali lagi menimpa nabi. Ibunya pula menyusul pergi menghadap Ilahi.
Tiada apa yang mampu dikatakan anak sekecil itu ketika melihat ibu sendiri menghembuskan
nafas di depan mata. Ketika sakit tenat, Aminah sempat berpesan kepada anak
kesayangannya “Ya Muhammad, kun rajullan, li annanni saamutu”. (Wahai Muhammad,
jadilah seorang lelaki sejati kerana sesungguhnya aku akan mati).

Pesanan itu amat bermakna walau Nabi masih kecil untuk mengerti. Bayangkan
kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh nabi. Usianya baru saja enam tahun, masih inginkan
pelukan manja dan perhatian sempurna daripada ibu tercinta. Apakan daya, Allah SWT nyata
ingin menguji kesabaran Nabi.

Maka pulanglah Nabi Muhammad SAW bersama Ummu Aiman ke Makkah. Nabi
Muhammad SAW kini sudah menjadi yatim piatu. Kasih ayah tidak dirasainya, kasih ibu
sebentar sahaja. Hanya kasih Allah kekal abadi terhadapnya.

Setelah ibunya meninggal dunia, Nabi kemudiannya dijaga oleh datuknya, Abdul
Muttalib. Kasih sayang Abdul Muttalib kepada cucunya melimpah ruah. Sangat sedih
dihatinya apabila mengenang cucu kesayangan kini sudah tiada belaian ayah dan bonda. Sayu
sekali rasanya setiap kali melihat Muhammad termenung apabila sesekali teringatkan ibunya
Aminah yang sudah pergi. Kerana itu, Abdul Muttalib sangat melebihkan Muhammad di
dalam setiap layanannya. Bagi Muttalib, Muhammadlah buah hati utama, pengarang jantung
di kala suka dan duka. Jika boleh, ingin diberinya kasih sayang yang melimpah ruah agar
Muhamamad tidak merasa kekurangan dirinya yang yatim piatu. Begitu sekali kasih sayang
Abdul Muttalib kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagi Abdul Muttalib, Nabi Muhammad SAW adalah cucunya yang paling istimewa
sehinggakan Nabi Muhammad SAW diberi tempat yang terhormat dalam majlis-majlis yang
diadakan. Pernah Abdul Muttalib menyuruh anak-anaknya memberikan tempat duduk mereka
kepada Nabi Muhammad SAW.

“Kamu mesti mendudukkan Muhammad semula ke tempatnya, di tengah-tengah. Muhammad


buah hati, belahan jiwaku…,” beritahu Abdul Muttalib.

Keunggulan baginda telah dikatakan sejak kecil lagi. Tampak pada raut wajahnya
tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat baginda.
Apabila Nabi datang ke majlis datuknya semasa kanak-kanaknya, baginda duduk di atas tilam
datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorang anak-anaknya (bapa
saudara nabi) akan duduk di atasnya. Oleh itu bapa saudara baginda cuba menariknya
daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttalib berkata ,”Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia
memiliki keistimewaan.”

Semasa di bawah asuhan datuknya, Nabi Muhammad menunjukkan sikap terpujinya.


Dia pernah membantu orang yang lapar dan miskin mendapatkan bantuan daripada datuknya,
walapun orang itu memasuki rumahnya (ibunya) tanpa izin. Malahan baginya orang itu
dianggapnya sebagai tetamunya.

7
Nabi Muhammad SAW tidak terpengaruh dengan cara hidup orang Makkah yang suka
berpesta dan berfoya-foya. Dia hanya menghargai sesuatu yang bermutu misalnya pidato Qis.
Dalam pidato itu Qis memperingatkan orang akan erti hidup dan mati.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga dengan Abdul Muttalib yang
sudah tua. Bimbang sekali hatinya memikirkan bagaimana nasib Muhammad setelah
ketiadaannya. Cepat-cepat Abdul Muttalib menyampaikan wasiat kepada Abu Talib agar
kelak dapat menjaga Muhammad. Akhirnya perpisahan itu tiba juga. Abdul Muttalib
meninggal dunia ketika berusia 95 tahun. Ketika itu Nabi Muhammad S.A.W berusia lapan
tahun. Sekali lagi perpisahan dengan orang tersayang dirasai Nabi. Kesedihannya terpaksa
ditanggung sendiri. Datuk yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh juga
sudah pergi.

8
Kehidupan semasa remaja

Di bawah Didikan Abu Talib

Selepas pemergian datuknya, Abdul Muttalib, bapa saudaranya Abu Talib menerima
wasiat Abdul Muttalib untuk menjaga Nabi Muhammad SAW. Dia menerima wasiat itu
dengan penuh rasa tanggungjawab dan Abu Talib ikhlas menjaga Nabi Muhammad S.A.W
walaupun anak-anaknya sendiri sudah ramai.

Tinggallah Nabi Muhammad SAW di rumah bapa saudaranya itu. Nabi bukanlah
seorang yang suka menumpang dan duduk berdiam diri. Malah Baginda seorang yang ringan
tulang kerana sentiasa membantu saudara-saudara sepupunya membuat kerja rumah. Malah
baginda mengambil upah menjaga kambing orang lain untuk membantu meringankan
perbelanjaan keluarga Abu Talib. Sikapnya yang begitu menjadikan Abu Talib begitu
sayangkannya.

Bukan sekadar itu sahaja, Nabi Muhammad SAW sanggup mengharungi padang pasir
yang panas semasa mengikuti rombongan dagangan Abu Talib ke Syam. Padahal perjalanan
itu tidak mudah dan begitu jauh, sedangkan usianya baru 12 tahun.

Ketika kafilah dagangan itu berhenti di Busra, Pendeta Bahira memberitahu Abu
Talib akan tanda-tanda kerasulan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W. Katanya kepada
Abu Talib, “Bawalah pulang anak saudaramu ini. Jangan sampai dia ditemui oleh Yahudi,
nanti dibunuhnya. Anak ini kelak akan menjadi Nabi akhir zaman.”

Berniaga di Syam

Usia Nabi Muhammad SAW kini mencecah 25 tahun dan baginda sudah mempunyai
pelbagai pengalaman dalam hidup. Baginda mahu berdikari dan terlibat di dalam dunia
perdagangan.

Begitupun Baginda tidak mempunyai sebarang harta untuk diperdagangkan. Namun


jiwanya sungguh besar dan mempunyai sifat dan keperibadian yang sungguh mulia.
Berbekalkan jiwa dan sifat mulia dan luhur itu, Baginda menerima amanah dari Khatijah binti
Khuwailid untuk memimpin kafilah dagangannya ke Syam. Kunjungannya ke Syam
merupakan kunjungan kedua. Baginda ditemani Maisarah.

Nabi Muhammad SAW mengawal barang-barang dagangan yang dibawanya dengan


berhati-hati. Setelah sampai ke Syam dia memilih tempat yang strategik untuk menjual
barang-barang dagangannya.

Cara-cara Nabi Muhammad SAW menjual barang amat menarik. Dia menjelaskan
keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya dan membubuh tanda harga. Dia melayan
pelanggan dengan mesra jujur dan ikhlas. Kerana sifat mulia itulah, Nabi akhirnya menjadi
orang kepercayaan kepada Khadijah. Sifatnya yang amanah itu nyata sukar ditemui pada
orang lain dan bermulalah gelaran “al-Amin” buat Nabi Muhammad SAW.

9
10
Kehidupan sebelum menjadi rasul

PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (RHA)

Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijah mendapati


hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yang hingga kini belum pernah dilihatnya,
tambahan dengan cerita-cerita yang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai
segala sesuatu yang diperhatinya di sepanjang pergaulannya dengan Rasulullah di sana,
dengan perangai-perangai yang lemah lembut, pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras,
minda penuh kepintaran dan perwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan
mutiara kehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemuka Quraisy amat
perihatin untuk mengahwini beliau, namun kesemua lamaran dan permintaan mereka ditolak,
kini hasrat dan cita-citanya itu didedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah,
Nafisah bertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijah kepada

Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujui hasrat Khadijah dan


menerima untuk berkahwin dengannya. Baginda pun memberitahu persetujuan tadi kepada
bapa-bapa saudaranya, dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudara
Khadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidak berapa lama upacara
perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akad nikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan
kepala-kepala Bani Mudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulangan Baginda
dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekor unta betina, usianya dimasa itu
sudah meningkat empat puloh tahun namun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita
pilihannya dari segi nasab keturunannya, harta dan pemikiran.

Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah Dan Baginda tidak mengahwini
mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal.
Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-
Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim,
kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai At-
Tayyib dan At-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-
anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan
Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini
wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan
Baginda enam bulan kemudian.

11
Nabi Muhhamad S.A.W BerKhalwat di Gua Hira'

Mulai sejak umur 35 Tahun, Muhammad mulai melakukan khalwat di "Gua Hira",
yang terletak di Jabal Nur, kurang lebih tiga kilometer sebelah utara Kota Makkah.

Khalwat adalah menyepi, menyendiri dan menjauhkan diri dari keramaian


masyarakat. Muhammad berangkat sendirian meninggalkan rumah dan keluarganya dan
hanya membawa bekal makanan zabib, ka'ka, minuman dan pakaian secukupnya. Di dalam
gua beliau mengagumi tentang kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T serta dzikir padaNya.
Hal ini beliau laksanakan hingga mencapai umur 40 tahun.

Pada bulan Ramadhan tepatnya tanggal 17, toba-tiba malaikat Jibril datang dengan
membawa wahyu dari Allah yang diberikan pada Muhammad, seraya berkata :

"Bacalah wahai Muhammad!"


Muhammad menjawab : "Saya tidak bisa membaca."

Jibril berkata lagi : "Bacalah wahai Muhammad"

Muhammad menjawab : "Saya tidak boleh membaca."

Lalu malaikat Jibril memeluk Muhammad dan menyuruh membaca yang ketiga kalinya.
Namun Muhammad tetap menjawab: "Saya tidak boleh membaca."

Akhirnya Jibril mengajar Muhammad membacanya, ternyata wahyu itu adalah Surah
Al-'Alaq ayat 1-5. Dengan diterimanya wahyu ini bererti Muhammad secara rasmi diangkat
oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul. Lalu beliau pulang ke rumah dengan badan gemetar dan
menggigil seraya menceritakan peristiwa itu pada isterinya Khadijah. Kemudian
isterinyamemberikan selimut pada suaminya, (Muhammad).

Gua Hira’

12
Kehidupan selepas kerasulan

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan
masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda
memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang
disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi
berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan
mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek
mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di
Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair
bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai
lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya,
disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk
pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam
berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan
mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu
sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh
masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari
berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka
sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan
tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan
Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari
Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama
Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk
melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah.
Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin
Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib.
Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan
masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk
memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di
bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru
itu.

13
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah
Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke
Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang
kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali
dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan
untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik
dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang
kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas
mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah
oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish
Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu
umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan
untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

 Piagam Madinah
-Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun
pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia

-Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.

Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu
dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang
diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran
Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan
persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan
pertolongan kaum Ansar.

14
Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah


dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai
piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

 Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala
pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
 Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama
sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
 Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-
masing.
 Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
 Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang
tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

 Menghadapi masyarakat majmuk Madinah


 Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
 Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
 Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
 Mewujudkan keamanan di Madinah
 Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
 Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
 Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
 Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
 Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan
keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah

 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.


 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
 Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
 Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah
dicatatkan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

15
Pembukaan Kota Makkah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad


berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh
bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk
menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan
supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

16
Keluarga Rasulullah

Isteri-Isteri Nabi

 Khadijah binti Khuwailid (wafat 3 SH)


 Zainab binti Khuzaimah (wafat 1 SH)
 Aisyah binti Abu Bakar (wafat 57 H)
 Hafsah binti Umar (wafat 45 H)
 Juwairiah binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
 Maimunah binti Harits (wafat 50 H)
 Mariah Qibtiah (wafat 16 H)
 Saudah binti Zam`ah (wafat 23 H)
 Sofiah binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
 Ummu Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H)
 Ummu Salamah (wafat 57 H)
 Zainab binti Jahsy (wafat 20 H)

Putra-Putri Nabi

 Al- Qasim bin Muhammad


 Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
 Ruqayyah binti Muhammad (wafat 2 H)
 Ummu Kultsum (wafat 9 H)
 Fatimah Az-Zahra (wafat 11 H)
 Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
 Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)

Cucu Nabi

 Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)


 Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)
 Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.)
 Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)
 Zainal Abidin (wafat 93H)
 Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)

Bapa Saudara Nabi

 Abbas bin Abdul Mutalib (wafat 32 H)


 Abu Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH)
 Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)

17
Cucu Nabi:

 Abdullah bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)

 Ali bin Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)

 Hasan bin Ali bin Abu Talib (3-50 H.)

 Husain bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)

 Zainal Abidin (wafat 93H)

 Ummi Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)

18
Kewafatan Baginda

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10
hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan
hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,


dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah

19
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan
beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-
kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang


lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu
kepada hamba-hamba-Mu."

Teks di atas merupakan khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

20
Saat Kewafatan Rasulullah

Ketika Rasulullah SAW menjelang kewafatannya, Beliau sedang terbaring di


tempat tidurnya di dalam rumahnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang
yang mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk ?” tanyanya. Tapi Saidatina
Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang tidak dapat
ditemui” kata Saidatina Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahandanya yang ternyata sudah membuka


mata dan bertanya pada Saidatina Fatimah “Siapakah itu wahai anakku ?”.
“Tidak tahu ayah, sepertinya aku baru kali ini melihatnya” tutur Saidatina Fatimah
lembut.

Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang


menggetarkan. Seolah-olah bagian demi bagian wajah anaknya itu hendak
dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kata
Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah pun menahan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, kemudian Rasulullah SAW menanyakan


kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ?” Tanya
Rasululllah SAW dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti
kedatanganmu” kata Jibril.

Tapi itu tidak membuat Rasulullah lega, Rasulullah SAW masih penuh
kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini ?” tanya Jibril lagi.
“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak ?”. “Jangan khawatir wahai
Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : ‘Kuharamkan
surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata
Jibril.

21
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah
peluh. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini”.

Mata Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di sampingnya menunduk


semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Tidak sukakah engkau melihatku,
hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah SAW pada Malaikat
pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut
ajal” kata Jibril. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa
maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saidina Ali segera mendekatkan
telinganya “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.


Saidatina Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii! - Umatku,
umatku, umatku”.

Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi cahaya bagi
kegelapan, obat dari seluruh penyakit, penghulu seluruh manusia, rahasia dari
segala rahasia, dan makhluk paling sempurna. Rasul yang sangat
mengkhawatirkan nasib umatnya dari pada dirinya.

22
Sajak

Ya Rasulullah, sungguh mulia engkau

Kemuliaanmu Allah dan malaikat menselawatkanmu

Wahai orang mukmin selawatkanlah ke atasnya

Engkau akan mendapat syafaat di Akhirat nanti

Wahai Nabi engkau adalah cahaya daripada segala cahaya

Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia

Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin

Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Engkau adalah Rasul pilihan

Pilihan Rasul yang awal dan akhir

Engkau adalah penyelamat umat

Engkau membawa rahmat dan berkat

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu

Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu

Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu

23
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu

Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah

Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah

Engkau adalah manusia luar biasa ikutan semua

Pemimpin yang dikehendaki adalah bayangan peribadimu

24