Anda di halaman 1dari 42

Perbankan Islam_______________________________________________________________________

1.0 Pengenalan.

Menurut kamus ekonomi tahun 1993, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, mentakrifkan

ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji gelagat atau kelakuan manusia dalam

memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak

terhad serta saling bersaing antara satu sama lain.

Strategi bank dalam menghimpun dana adalah dengan memberikan layanan yang sesuai

dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan serta menperolehi keuntungan.

Keuntungan diperolehi melalui bunga atau faedah atau riba bagi bank yang berdasarkan prinsip

konvensional dan bagi hasil untuk bank yang berdasarkan prinsip syariah. Bagi memastikan

pelanggan kekal dalam mendapatkan perkhidmatan bank yang sama bank akan memberikan

cendra mata, hadiah, undian, atau balas jasa lain bagi menambah minat masyarakat untuk

menyimpan wang mereka dan melabur di bank.

Menurut pasal 1 Undang - Undang 4 tahun 2003 tentang Perbankan, Bank adalah Bank

umum dan Bank Perkreditan Rakyat yang melaksanakan kegiatan usaha secara konvensional

atau berdasarkan prinsip syariah yang dalam kegiatannya tidak memberikan jasa dalam lalu

lintas pembayaran. Manakala menurut undang-undang 10 tahun 1998 mendefinisikan bank

adalah badan usaha yang menghimpun dari masyarakat dalam bentuk simpanan dan

menyalurkan kepada masyarakat dalam rangka meningkatkan taraf hidup rakyat.

1
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963

dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah

ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan

mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung

dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali

sebagai Lembaga Tabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank

perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan

produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah

(SPTF). Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti

urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada

percampuran dana.

Sistem perbankan Islam telah ditubuhkan untuk menggantikan kepada sistem konvensional

yang sedia ada. Secara amnya, sistem perbankan Islam telah berkembang sejak tahun 1983 di

bawah Akta Bank Islam 1983. Sistem ini diwujudkan ekoran daripada keperluan kepada sistem

perbankan Islam. Agenda yang akan dibincangkan di dalam tajuk ini ialah mengenai pengalaman

Malaysia iaitu imbasan sejarah perbankan Islam di Malaysia, dasar-dasar utama atau strategi

yang dilaksanakan, perkembangan berkaitan yang melibatkan sektor-sektor lain dalam ekonomi,

landskap kewangan Islam dan usaha-usaha di peringkat antarabangsa.

2
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

2.0 SISTEM EKONOMI DUNIA (EKONOMI KONVENSIONAL)

Gregori dan Stuart berpendapat sistem ekonomi ialah satu himpunan mekanisma institusi

untuk membuat keputusan dan melaksanakan keputusan berkaitan dengan pengeluaran,

pendapatan dan penggunaan di sesuatu kawasan. Oleh itu, sistem ekonomi merupakan interaksi

antara seseorang yang terlibat dalam sesebuah organisasi, mengikut peraturan dan arahan di

dalam pengeluaran, pengagihan serta penggunaan barangan dan perkhidmatan. Selain itu, sistem

ekonomi boleh dikatakan satu peraturan masyarakat yang menentukan sesuatu pengeluaran

barangan di pasaran.

2.1 CIRI-CIRI EKONOMI KONVENSIONAL

Penyusunan keputusan meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah

pembuatan keputusan yang diamalkan oleh orgnisasi, ekonomi dan pihak kerajaan merupakan

ciri utama tentang ekonomi. Organisasi tersebut meliputi sesebuah masyarakat yang dianggotai

oleh sekumpulan ahli yang sering berinteraksi antara satu sama lain untuk melaksanakan sesuatu

aktiviti dan matlamat. Terdapat ramai anggota terdapat di dalam sesuatu organisasi, maka

organisasi akan mengadakan peraturan, pengagihan tugas, penyelarasan, dan pemantauan aktiviti

serta penjelasan mengenai insentif yang akan diberikan. Hal ini, akan menunjukkan perbezaan

asas sesuatu ekonomi.

3
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Ciri kedua, berkaitan dengan mekanisme menyediakan maklumat dan penyelaraskan

keputusan merujuk kepada dua bentuk ekonomi iaitu ekonomi dirancang dan ekonomi di

pasaran. Dalam ekonomi dirancang, sumber agen akan diselaraskan melalui arahan tetap yang

didokumenkan dan dibuat boleh agensi pusat. Manakala, ekonomi pasaran melibatkan organisasi

yang akan membuat keputusan mengenai penggunaan sumber berdasarkan kuasa penawaran dan

permintaan. Oleh itu, keadaan pasaran akan menyelaras proses membuat keputusan unit-unit di

dalam ekonomi.

Perbezaan antara kedua-dua ekonomi tersebut adalah dari segi pembuatan keputusan iaitu

ekonomi pasaran, yang melibatkan hak untuk memilih dan hak untuk menggunakan apa yang

pelanggan inginkan. Manakala ekonomi dirancang pula, keputusan dibuat oleh unit perancangan

yang mengatur aktiviti pengeluaran dan barangan yang mahu dikeluarkan.

Hak orang ramai untuk memiliki harta, merupakan ciri ketiga terdapat tiga jenis hak

tersebut iaitu hak memindah milik melibatkan pemberian pemindahan atau penjualan kepada

orang lain. Kedua, hak untuk menggunakan harta dan ketiga hak untuk menggunakan apa-apa

harta yang terhasil daripada harta yang dipegangnya itu.

Ciri keempat yang membezakan sesuatu sistem ekonomi ialah cara insentif diberikan

kepada orang ramai. Insentif ialah alat yang boleh merangsang atau memotivasikan orang ramai

untuk melakukan sesuatu perkara.

4
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

2.2 Jenis-jenis ekonomi konvensional

2.2.1 Sistem Ekonomi Kapitalis

Prinsip ekonomi kapitalis adalah kebebasan untuk memiliki harta secara persendirian,

kebebasan ekonomi dan persaingan bebas serta ketidaksamaan ekonomi. Matlamat kegiatan

ekonomi di bawah sistem ini ialah pemilikan dalam bentuk wang. Sistem kapitalisme bebas dari

kawalan peraturan. Sistem ini dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Sistem ini

membolehkan seseorang individu berhak untuk menggunakan dan mengawal barang-barang

ekonomi yang diperolehinya.

Dengan kata lain, individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal

sahaja kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta

dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan

masyarakat. Di mana, persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi

yang cekap. Pada umumnya persaingan dalam sistem kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan

dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan sistem-sistem ekonomi yang lain.

2.2.2 Sistem Ekonomi Komunis

Prinsip ekonomi komunis adalah hak milik atas alat-alat produksi oleh negara, proses

ekonomi berjalan atas dasar rencana yang telah dibuat dan perancangan ekonomi sebagai aktiviti

dalam proses ekonomi yang harus dilalui.

5
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Sosialisme berjuang untuk mengembalikan kuasa ekonomi kepada golongan proliter

secara demokrasi dan sederhana. Walau bagaimanapun sehingga menjelang perang Dunia Ke-2

(1940-1945) ia kurang berkesan mencapai matlamatnya. Pendekatan baharu menggunakan

kekerasan dicadangkan iaitu dikenali sebagai komunisme. Ianya mendapat sambutan di Barat

sesudah kegagalan sosialisme dalam revolusi Perancis, yang bermotokan persamaan (equality),

kemerdekaan (liberty) dan persaudaraan (fretinity).

Sistem komunis merupakan satu sistem ekonomi sosialis yang radikal dan satu doktrin

politik yang diasaskan oleh Karl Marx. Menerusi sistem ini, semua tanah dan

modal sama ada yang asli atau buatan manusia, berada di tangan negara sepenuhnya. Rakyat

akan menerima pendapatan menurut keperluan mereka, bukan mengikut kebolehan mereka.

Sebenarnya tidak ada perbezaan pokok antara fahaman sosialis dengan komunisme. Guru

bagi kedua fahaman tersebut adalah Karl Marx. Tujuan utama penganjur sosialisme ialah untuk

menegakkan kerajaan dictator oleh sosialis: Karl Marx mengarahkan agar semua komunis

mestilah bekerja untuk mengasaskan fahaman sosialisme.

Oleh itu, penganjur komunis Rusia telah menamakan negara mereka ‘Union of Soviet

Socialist Republic’ bukannya ‘Union of Soviet Communist Republic’. Dalam ‘The Communist

Manifesto’ Karl Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat akan mengasaskan pemerintahan

dictator pekerja-pekerja sosialis. Untuk itu tiga perkara diperlukan untuk menghapuskan semua

hak milik persendirian, menghapuskan unit keluarga, menghapuskan segala agama dan Ekonomi

Campuran.

6
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

2.2.3 Sistem Ekonomi Sosialis

Prinsip ekonomi sosialis adalah hak milik atas alat-alat produksi oleh koperasi-koperasi

pekerja,dan masyarakat yang lain. Selain itu, pemerintah menguasai alat-alat produk yang

penting. Manakala, proses ekonomi berjalan atas dasar mekanisme pasar. Perancangan ekonomi

adalah sebagai pengaruh dan pendorong dengan usaha menyesuaikan permasalahan individual

dengan permasalahan masyarakat.

Kegelojohan dan ketamakan kapitalis yang luar biasa itu menghasilkan kezaliman ke atas

masyarakat. Kezaliman ini melahirkan ketegangan yang meluas di Barat. Kelahiran sosialisme

mula mendapat sambutan dan begitu laris.

2.2.4 Sistem ekonomi campuran (kebajikan)

Sistem ekonomi kebajikan adalah berasaskan sistem ekonomi campuran. Bentuk

kapitalisme bercampur dengan ciri-ciri sosiolisme seperti yang terdapat pada negara eropah

seperti England, Germany dan Sweden. Objektif utamanya ialah untuk mengawal keterlaluan

yang terdapat pada ekonomi kapitalisme dan seterusnya mengurangkan tarikan sosiolisme atau

komunisme.

Falsafahnya adalah terhadap kepercayaan bahawa kebajikan individu adalah terlalu

penting untuk diserahkan sahaja kepada operasi kuasa pasaran. Di bawah sistem ekonomi

campuran, hakmilik harta boleh berubah dari hak milik individu secara mutlak kepada hakmilik

negara sepenuhnya. Nisbah di antara satu sama lain mungkin berubah dengan perkembangan

ekonomi itu. Cara bagaimana sesebuah perusahaan itu dimulakan juga berbeza.

7
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Perusahaan kecil-kecilan mungkin dibiarkan kepada individu manakala perusahaan yang

lebih besar menjadi hakmilik negara dan dijalankan oleh negara. Malaysia mempunyai sistem

ekonomi campuran yang terbuka, berorientasikan eksport dan bergantung kepada mekanisma

harga serta pasaran.

3.0 Sistem Ekonomi Islam

Dari perspektif kajian ilmu, Hilani Mujir Tahir (1991) menerangkan bahawa ekonomi

Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal

mengguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan

masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. Dari definisi ini, terserlah beberapa ciri penting iaitu

pengukur nilai yang mutlak kepada gelagat manusia adalah didasari oleh akidah Islam.

Selain itu, kepentingan diri boleh diutamakan selama mana ia tidak menjejaskan

kepentingan masyarakat. Dalam hal ini, pemerintah mempunyai kuasa untuk memantau dan

menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin hak dan keadilan semua pihak. Seterusnya,

matlamat ekonomi islam bukan semata-mata untuk kepentingan individu, masyarakat dan negara

tetapi yang lebih utama ialah mendapat keredhaan daripada allah s.w.t. ciri inilah yang terabai

dalam sistem konvensional .

Ekonomi Islam ialah suatu usaha kegiatan manusia mengikut nilai-nilai hukum dan

peraturan tertentu dalam menguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk dimanfaatkan

semaksima mungkin, bukan sahaja untuk keperluan diri dan tanggunggannya, tetapi juga untuk

menjamin hak dan kepentingan ramai bagi memenuhi kehendak semua pihak dengan matlamat

8
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

akhirnya untuk mendapat keredhaan Allah. Beberapa perkara penting dapat dikenalpasti dalam

ilmu ekonomi, iaitu wujudnya penggunaan alat seperti sumber yang bermanfaat untuk dunia dan

akhirat, melalui kaedah iaitu perilakunya mengikut syariat dan nilai agama dan matlamat

bermaksud bermatlamat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

3.1 Ciri-ciri Ekonomi Islam

Sumber adalah dianggap sebagai anugerah dari Tuhan kepada manusia sebagai pemegang

amanah untuk dimanfaatkan dengan penuh ihsan. Islam mengketengahkan prinsip pemegang

amanah berbanding prinsip kepentingan diri sendiri. Selain itu, Islam mengiktiraf hak milik

persendirian tetapi kepentingan masyarakat mendahului kepentingan individu; perolehan harta

adalah memalui kaedah yang menepati hukum Syariah.

Ciri-ciri seterusnya ialah Ekonomi Islam mengamalkan prinsip kerjasama, berbanding

teknik pertembungan bagi mencapai keseimbangan dan menjalankan Konsep harta adalah

sebagai sumber yang produktif sekadar memenuhi kepentingan peribadi bagi tujuan

meningkatkan pengeluaran ekonomi negara dan tahap kehidupan.

Ciri-ciri lain, Islam mengutamakan pemilikan awam bagi industri-industri yang ada

kepentingan bagi semua golongan masyarakat seperti keperluan air, elektrik, gas dan seumpanya.

Selain litu, dalam semua urusan, seseorang perlu mengamalkan sifat taqwa agar dapat dielakkan

dari aktiviti menindas, penipuan, keuntungan berlebihan, diskriminasi, dan seumpamanya.

9
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

3.2 Prinsip Syariah dalam Perbankan Islam

Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan

operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat

(peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah

perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah). Di antara konsep-konsep Islam

yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah perkongsian untung (Mudharabah),

simpanan (Wadiah), usaha sama (Musyarakah) dan kos tokok (Murabahah)

Sistem perbankan Islam, secara tidak langsung ia akan melibatkan prinsip transaksi yang

berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah dipraktikkan di

Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang-undang Melaka.

Kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh undang-

undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri tersebut berterusan

sehinggalah campur tangan Inggeris.

Walaubagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara berkaitan

dengan muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula daripada fasal

29 hingga fasal 34. Namun yang jelas, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan

riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-undang

tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga. Satu lagi bukti

pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale). Salleh Buang

menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-bay’ al-

Wafa’ iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik.

10
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.0 KEBERKESANAN SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

4.1 Prestasi Sistem Perbankan Islam

Industri perbankan Islam terus mencatat perkembangan kukuh sepanjang tahun 2003

dengan peningkatan bahagian pasaran dari segi aset, pembiayaan dan deposit berbanding

keseluruhan sistem perbankan. Prestasi lebih baik ini disokong oleh kedudukan permodalan yang

kukuh berikutan kenaikan modal dan peningkatan keuntungan serta aktiviti pembiayaan yang

lebih tinggi terutama dalam sektor kenderaan pengangkutan dan harta kediaman. Kualiti aset

juga bertambah baik dengan penurunan nisbah pembiayaan tak berbayar bersih dan peningkatan

peruntukan kerugian pembiayaan.

4.2. Pengalaman Malaysia

Sejarah awal perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan

dalaman. Faktor-faktor luaran adalah dengan tertubuhnya Bank Islam yang pertama iaitu Dubai

Islamic Bank di Dubai U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun

1975. Pada tahun 1976 hingga 1985, penubuhan secara pesat institusi kewangan secara Islam di

seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan

dan Iran dengan menukarkan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam.

Faktor dalaman juga memainkan peranan yang penting dalam pengoperasian sistem

perbankan Islam. Ianya disebabkan oleh gesaan masyarakat Islam di Malaysia ke arah

penubuhan bank Islam ekoran kejayaan bank-bank Islam di Timur Tengah. Di samping itu, ia

juga dapat dilihat menerusi kejayaan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan yang

disegani yang telah terbukti kejayaannya yang merupakan institusi simpanan Islam.

11
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Selain daripada itu, ianya juga disebabkan oleh kesedaran dan sikap pro-aktif kerajaan

Malaysia untuk menyediakan satu saluran perbankan alternatif kepada umat Islam.

Kesemua faktor-faktor ini telah membawa kepada beberapa perkara penting yang telah

dilaksanakan. Antara pelaksanaan yang telah dilakukan ialah penggubalan Akta Bank Islam

1983, penggubalan Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan penubuhan Bank Islam pertama di

Malaysia pada tahun yang sama.

4.2.1 Akta Bank Islam 1983 (ABI)

Akta Bank Islam 1983 telah memberi kuasa kepada BNM untuk mengawalselia dan

memantau bank-bank Islam. Antara ciri-cirinya ialah lesen perbankan universal kepada Bank

Islam untuk menjalankan urusan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan syariah.

BNM juga perlu menjalankan pemeriksaan on-site secara berterusan iaitu dengan mengaudit

setiap urusan perbankan Islam.

BNM juga perlu membuat penilaian dan kelulusan akaun tahunan bagi bank-bank Islam

termasuk pembukaan cawangan-cawangan baru. ABI juga memberi penekanan di atas

pematuhan kepada keperluan pengawal seliaan iaitu seperti CAR, SRR dan LRR. Bank-bank

Islam juga perlu mengemukakan data statistik secara berterusan kepada BNM. Bukan itu sahaja,

bank-bank Islam perlu menubuhkan jawatankuasa dalaman syariah dalam setiap penubuhannya.

4.2.2 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK)

Akta ini membolehkan kerajaan mengeluarkan sijil atau bon Pelaburan Kerajaan

berdasarkan prinsip Islam. Tujuannya supaya membolehkan bank-bank Islam mematuhi

keperluan mudah tunai dan melabur lebihan dana yang tidak digunakan secara sementara. Antara

12
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

jenis bon kerajaan yang dikeluarkan setakat itu ialah Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang

ditubuhkan sejak 1983 berdasarkan konsep Qardhul Hasan.

4.2.3 Penubuhan BIMB pada tahun 1983

Penubuhan BIMB dalam bulan Julai 1983 sebagai Bank Islam pertama merupakan

langkah awal atau peringkat pertama perbankan Islam. Operasi-operasi BIMB dari tahun 1983

hingga 1992 telah dianggap sebagai tahun-tahun monopoli kerana keputusan kerajaan untuk

memberi tempoh 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, membenarkan BIMB beroperasi

tanpa saingan yang boleh menjejaskan pertumbuhannya dan yang terakhir sekali memberi

peluang kepada Bank Islam mencipta sebanyak mungkin produk perbankan Islam.

Manakala pada tahun 1990 pula, BNM telah menggariskan wawasan untuk mewujudkan

satu sistem kewangan Islam yang komprehensif dan beroperasi sebelah menyebelah dengan

sistem kewangan konvensional.

4.2.4 Sistem Dwi Perbankan

Sistem Dwi Perbankan telah dipecahkan kepada dua pernyataan visi. Pernyataan visi

yang pertama pada tahun 1990 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang

komprehensif seiring dengan sistem kewangan konvensional. Pernyataan visi yang kedua pula

ialah pada tahun 2001 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang cekap,

berkembang maju dan komprehensif yang dapat menyumbang kepada keberkesanan dan

kecekapan sektor kewangan Malaysia dalam mencapai keperluan ekonomi negara. Sistem ini

wujud disebabkan oleh sesebuah bank Islam tidak mencerminkan satu sistem perbankan kerana

ia memerlukan peserta-peserta yang ramai ekoran daripada produk-produk yang banyak. Dengan

13
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

itu, umat Islam di Malaysia akan mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem perbankan yang

selaras dengan agama mereka.

Bukan itu sahaja, ianya dapat menyediakan satu perbankan alternatif yang baru dan lebih

luas kepada rakyat yang membolehkan masyarakat membuat pilihan produk secara Islam atau

konvensional. Sistem Dwi Perbankan juga ditubuhkan ekoran daripada penubuhan perantara-

perantara kewangan yang baru untuk menyokong Sistem Dwi Perbankan di mana senarai produk

kewangan Islam akan menjadi lebih komprehensif.

Akhir sekali, tahap kecanggihan produk dan perkhidmatan yang lebih tinggi dalam era

Teknologi Maklumat dan persekitaran berasaskan ilmu pengetahuan dapat merangsangkan

Sistem Dwi Perbankan.

4.3 DASAR-DASAR UTAMA

Pada tahun 1993, sistem perbankan Islam telah membuat satu pengenalan Skim

Perbankan Islam (SPI) bagi Fasa 2. Skim Perbankan Islam ini sepanjang tempoh 1993 hingga

2000 telah mengambil langkah-langkah atau dasar-dasar yang utama dengan cara menubuhkan

pasaran wang secara Islam, menzahirkan kewangan dengan sasaran 5 % serta memperluaskan

cawangan perbankan Islam. Di samping itu ditubuhkan Majlis Penasihat Syariah sepusat dan

Penubuhan Bank Islam yang ke 2 iaitu Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful. Di BNM juga

terdapat Jabatan Perbankan Islam dan Takaful yang ditubuhkan.

4.3.1 Skim Perbankan Islam

Sebahagian daripada strategi untuk membangunkan sistem perbankan Islam ialah dengan

mewujudkan jumlah peserta yang ramai. Antara kaedah yang paling berkesan untuk

14
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

menyebarkan perbankan Islam kepada orang ramai ialah dengan menggunakan kos yang paling

rendah dalam tempoh yang paling singkat. Di bawah SPI, institusi perbankan konvensional

dibenarkan menawarkan produk perbankan Islam dengan menggunakan prasarana yang sedia

ada. BNM telah menggariskan panduan SPI di bawah BAFIA antara lain, seksyen 32 tidak

membenarkan berurusniaga barangan yang haram seperti arak dan judi. Seksyen 124 pula telah

memberi laluan kepada bank konvensional untuk menjalankan aktiviti perbankan Islam di

bawahbahagian perbankan Islam. Skim ini bersifat voluntary dan tertakluk kepada semua garis

panduan BNM.

4.3.2 Ciri-ciri Skim Perbankan Islam (SPI)

SPI ini adalah aktiviti sukarela dan BNM tidak memaksa semua bank menyertainya.

Skim ini bersifat voluntary. Sekiranya bank konvensional menyertai SPI, mereka mestilah

mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh BNM. Antara garis panduan yang telah

ditetapkan oleh BNM ialah bank dikehendaki menubuhkan `Islamic Banking Division (Bahagian

Perbankan Islam) dan mestilah diketuai oleh kakitangan Islam sekurang-kurangnya Penolong

Pengurus Besar. Sementara itu, bank SPI mesti memperuntukkan dana perbankan Islam sebagai

modal kerja bagi perbankan Islam.

Bank-bank SPI hendaklah mempunyai akaun semasa atau penjelasan secara Islam yang

berasingan dengan BNM. Manakala kod keahlian bagi pemegang akaun SPI juga berasingan

dalam RENTAS (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities). Terdapat juga sistem

penjelasan cek yang berasingan dalam SPICK (Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan). Bank

SPI juga mestilah mempunyai pelaporan statistik yang berasingan dalam FISS (Financial

Institutions Statistical System).

15
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.3.3 Bank-bank Skim Perbankan Islam (SPI) dan Produk

Kini bilangan bank SPI yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak 9 kumpulan

perbankan tempatan, Bank perdagangan : 9, Syarikat Kewangan : 8, Bank Saudagar : 5, Bank

Asing : 4, Syarikat diskaun : 7 dan jumlah kaunter SPI adalah sebanyak 2,200 kaunter.

Bilangan produk pula mencapai angka lebih daripada 30 produk. Antaranya produk

pengambilan deposit iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun pelaburan. Manakala

produk pembiayaan pula terdiri daripada produk pembiayaan runcit, pembiayaan korporat dan

pembiayaan perdagangan. Semua perkhidmatan di SPI adalah berdasarkan kepada yuran dan ia

adalah sama dengan perkhidmatan perbankan biasa.

4.4 Langkah-langkah dasar utama yang diambil

4.4.1 Pasaran Wang Secara Islam

Pasaran wang secara Islam adalah pasaran yang pertama di negara ini di mana ia telah

ditubuhkan pada bulan Januari 1994. Di dalam pasaran wang secara Islam ini terdapat dua

komponen yang utama, iaitu;

4.4.2 Pelaburan Mudharabah Antara Bank

Pelaburan jenis ini membolehkan bank yang mempunyai lebihan dana melabur dalam bank yang

kekurangan dana berdasarkan konsep Mudharabah. Biasanya tempoh matang pelaburan adalah

sehingga 1 tahun dari tarikh mula melabur dan nisbah perkongsian untung telah dipersetujui

bersama.

16
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.4.3 Urusniaga nota Islam

Antara jenis nota yang ada di pasaran ialah IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted

Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada November 2000, BNM

telah mmeperkenalkan instrumen baru iaitu Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, kaedah

menjual sesuatu barang dengan harga tangguh kemudian membelinya balik daripada pembeli

secara tunai dengan harga yang kurang daripada harga jualan.

Pasaran wang secara Islam telah mencatatkan pertumbuhan yang tinggi daripada RM2.1

billion pada tahun 1994 meningkat kepada RM301.9 billion pada akhir Disember 2000.

Manakala jumlah urusniaga harian di antara RM3b RM4b.

4.4.4 Penzahiran Kewangan

Bank SPI merupakan model laporan kewangan di mana laporannya memasukkan

penzahiran operasi perbankan Islam sebagai subset laporan utama. Contohnya Kunci Kira-kira

dan Penyata Untung Rugi bagi operasi perbankan Islam dilaporkan di dalam Nota Akaun bagi

memudahkan pendeposit atau pelabur membuat keputusan dan menilai prestasi SPI melalui

jumlah aset, deposit dan pembiayaan perbankan Islam.

4.4.5 Sasaran 5 % oleh Bank Negara Malaysia

BNM telah memberi garis panduan kepada sektor perbankan Islam untuk menguasai

pasaran dari segi aset sekurang-kurangnya 5 % sebelum akhir tahun 2000. Menjelang akhir 2000,

industri perbankan Islam telah mencapai lebih daripada sasaran iaitu 6.9 % dan ini menunjukkan

peningkatan terhadap pertumbuhan ekonomi seterusnya dalam sektor perbankan Islam.

17
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.4.6 Cawangan Perbankan Islam

BNM berhasrat untuk menambahkan lagi cawangan perbankan Islam di mana sektor ini

memberi keuntungan yang lumayan. Justeru itu, BNM menggalakkan bank-bank SPI supaya

membuka cawangan perbankan Islam sepenuhnya di mana sebanyak 9 cawangan SPI telah

dibuka dan beroperasi di 122 cawangan bank-bank Islam.

4.4.7 Majlis Penasihat Syariah Sepusat

Bagi memastikan institusi perbankan Islam ini konsisten dan seragam maka BNM telah

mengambil langkah menubuhkan Badan Penasihat Syariah Sepusat pada Mei 1997 bagi

mengawasi dan mengawalselia SPI berada dalam landasan syariah Islam. Pada tahun 1997 juga

BNM telah menubuhkan badan syariah yang terulung di Malaysia untuk industri perbankan

Islam dan takaful yang terdiri daripada para ulama, ahli akademik dan pakar perbankan Islam.

Dalam hal ini, Majlis Penasihat Syariah BNM saling bekerjasama dengan Majlis Penasihat

Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

4.4.8 Bank Islam Kedua

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan Bank Islam Kedua yang mula

beroperasi pada 1 Oktober 1999. Penubuhannya adalah berikutan penggabungan BBMB dan

BOCB. Kesemua asset perbankan Islam BOCB, BBMBK (Syarikat Kewangan) dipindahkan ke

BBMB. Manakala asset konvensional BBMB dan BBMBK dipindahkan pula ke BOCB. Kini

18
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

BBMB telah ditukarkan nama kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad. Di mana Bank

Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah menyerahkan lesen BAFIA dan kemudian dilesenkan

semula di bawah Akta Perbankan Islam. Seramai 1,000 orang kakitangan BBMB, BOCB dan

BBMBK diserapkan ke BMMB. Dengan modal berbayar berjumlah RM300 juta dengan

pembukaan 40 buah cawangan peringkat permulaan.

4.4.9 Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful

Langkah dasar utama yang diambil adalah menubuhkan pelan induk perbankan Islam dan

Takaful yang merupakan salah satu bahagian dalam Pelan Induk Sektor Kewangan yang

dilancarkan pada 1 Mac 2001 dan satu lagi bab khusus untuk perbankan Islam dan Takaful.

BNM telah menggariskan pelan yang strategik untuk perbankan Islam dan takaful untuk tempoh

10 tahun akan datang.

4.4.10 Penubuhan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful (JPIT)

Sebagai langkah mewujudkan dasar-dasar utama maka ditubuhkan Jabatan Perbankan

Islam dan Takaful pada 2 Oktober 2000 untuk mencapai objektif peningkatan penembusan

pasaran perbankan Islam dan takaful dalam sistem kewangan di Malaysia.

JPIT bertanggungjawab untuk merangka pelan strategik dan polisi-polisi yang sesuai untuk

perbankan dan kewangan Islam yang berlandaskan syariah Islam.

19
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.5 PERKEMBANGAN BERKAITAN PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

4.5.1 Syarikat- syarikat Takaful

Syarikat-Syarikat Takaful yang ada pada masa sekarang adalah untuk melengkapkan

operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi perbankan Islam. Syarikat-syarikat takaful ini

dikawalselia di bawah perundangan yang berbeza dengan perbankan Islam iaitu, Akta Takaful

1984. Syarikat Takaful yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1984. Berikut adalah

perkembangan terkini sektor takaful:-

4.5.1.1 Terdapat dua syarikat takaful, iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan

Takaful Nasional Sendirian Berhad (TNSB)

4.5.1.2 Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat iaitu,

pertumbuhan tahunan sebanyak 68% dari tahun 1986 2000.

4.5.1.3 Jumlah takaful keluarga dan takaful am adalah di antara RM 2 juta pada tahun 1986 dan

RM 1.2 bilion pada tahun 2000

4.5.2 Pasaran Modal Islam

Pasaran Modal Islam ini di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti (SS) berjaya diwujudkan

ekoran kejayaan sistem perbankan Islam. Elemen-elemen yang terdapat di bawah Pasaran Modal

Islam ini adalah, Pasaran Ekuiti dan Pasaran Hutang Islam. Di bawah Pasaran Ekuiti terdapat

Amanah Saham Islam, Indeks Islam BSKL, Kaunter Halal (MPS SS), Firma broker saham secara

Islam dan Jendela broker saham Islam. Manakala, untuk Pasaran Hutan Islam pula, terdapat Bon

Islam, Nota Dagang Islam, Bon Khazanah (bon tanda aras) dan Bon Mudharabah Cagamas.

Pasaran Hutang Islam ini meliputi 28.5% daripada pasaran hutang swasta.

20
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.5.3 Pasaran Ekuiti Amanah Saham dan Broker Saham Islam

Terdapat 17 tabung Amanah Saham secara Islam di pasaran pada akhir 31 Mac 2000.

Tiga tabung amanah ini dipegang oleh kerajaan dan 14 tabung lagi dipegang oleh pihak Swasta.

Jumlah dana yang terkumpul adalah sebanyak RM 6.0 bilion. Untuk Broker Saham Islam pula,

terdapat sebuah firma broker saham Islam dan tiga jendela broker Saham Islam oleh syarikat-

syarikar broker saham konvensional. Broker Saham Islam ini bertindak sebagai broker untuk

membeli dan menjual saham yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya

Sekuriti (MPS SS)

4.5.4 Indeks Islam BSKL

Telah diperkenalkan pada April 1999. dan berfungsi adalah untuk menjejaki prestasi

saham-saham yang berlandaskan syariah di dalam BSKL. Ianya dibina daripada kaunter-kaunter

yang diluluskan oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti. Pada 27 April 2001, kira-kira 627 atau 78%

daripada sekuriti-sekuriti yang diluluskan tersenarai di dalam BSKL.

4.5.5 AIBIM dan IBFIM

AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia Islamic Banking

Institutions In Malaysia) terdiri daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan sistem

perbankan Islam yang lain-lain. AIBIM merupakan pertubuhan institusi-institusi perbankan

Islam di Malaysia. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk mengemaskini dan memantapkan lagi

operasi perbankan Islam di Malaysia. Di samping itu, ianya juga menyeragamkan operasi sistem

perbankan Islam di bank-bank Islam. AIBIM juga bertindak sebagai platfom untuk menyuarakan

pandangan atau isu perbankan Islam secara kolektif khususnya kepada Bank Negara Malaysia

(BNM)

21
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) adalah institut latihan untuk

perbankan Islam dan syarikat kewangan Islam di Malaysia. IBFIM pada asalnya adalah BIMB

Research and Training (BIRT), telah ditukar kepada IBFIM secara rasminya pada Februari 2001

dan juga dimiliki oleh seluruh industri Perbankan Islam. Matlamat utama IBFIM adalah untuk

melahirkan golongan yang pakar dalam perbankan konvensional dan perbankan Islam serta

syariah.

4.6 LANSKAP KEWANGAN ISLAM

Mengikut perancangan yang telah dibuat oleh SPI, Bank Islam merupakan bank yang

terbesar menguasai 20 % daripada saham perbankan dan insuran yang kukuh pada tahun 2001.

Institusi Perbankan Islam dan syarikat Takaful akan kukuh dan mempunyai modal yang besar

iaitu RM10 billion. BNM telah merangka pengawalan syariah yang lengkap dan menubuhkan

institusi perundangan yang khusus untuk kewangan Islam. Maka, sekumpulan individu dan

pasukan pengurusan yang terlatih dan berkaliber akan dipilih supaya Malaysia akan menjadi

pusat kewangan Islam yang terulung di rantau ini (Rujuk lampiran V).

4.7 PERKEMBANGAN GLOBAL INDUSTRI KEWANGAN ISLAM

Untuk mencapai perkembangan yang lebih kukuh dan komprehensif di dalam industri

perbankan Islam, peningkatan kerjasama yang erat dan komitmen antara negara-negara Islam

adalah diperlukan. Disamping itu juga, sumbangan dan penyertaan oleh negara-negara Islam

diperlukan untuk menghubungkan jurang antara negara-negara Islam di dalam perkembangan

industri perbankan Islam dalam negara mereka. Keseragaman pasaran dan kehematan perbankan

dan kewangan Islam boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam satu

pasaran yang telus.

22
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Malaysia pada hari ini, menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan

dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia mempunyai struktur sistem

Perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka

pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah

ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan komprehensif.

4.8 USAHA-USAHA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

4.8.1 Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (LOFSA)

Usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam

serantau. Ianya dimulakan dengan penubuhan pasaran kewangan Islam antarabangsa secara

usahasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) dan juga bank-bank pusat terpilih.

Perjanjian Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara IDB, Bahrain Monetary Agency,

Bank of Sudan, Bank Indonesia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan dijangka

akan dilancarkan pada akhir tahun 2001.

4.8.2 International Islamic Financial Market (IIFM)

Bank Negara Malaysia, LOFSA, Bank-bank Islam, dan beberapa buah bank pusat sedang

aktif mengadakan mesyuarat pada tahun lepas untuk menubuhkan IIFM. IIFM akan ditubuhkan

untuk menggalakan penjanaan mudah tunai dan instrumen kewangan di kalangan bank-bank

Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, pada ketika ini bank-bank Islam di antarabangsa

tidak mempunyai pasaran wang secara Islam. Hanya Malaysia sahaja yang mempunyai pasaran

23
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

wang secara Islam. IIFM membuka peluang-peluang pelaburan dan menggerakkan dana-dana

Islam secara aktif. Terdapat dua model yang terlibat :-

4.8.2.1 IIFM di peringkat Malaysia

4.8.2.2 LMC (Liquidity Management Center) yang dibangunkan di Bahrain.

Diharapkan penubuhan IIFM dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh bank-bank Islam,

khususnya dalam pelaburan produk tunai.

4.8.3 Islamic Financial Services Organization (IFSO)

Dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, IFSO akan ditubuhkan sebagai sebuah organisasi

antarabangsa untuk menyelaraskan dan menyeragamkan sistem pengawalan dan penyediaan

berhemat untuk institusi kewangan Islam. Pelarasan ini penting kerana negara Islam kini

menggunakan piawaian yang berbeza sehingga menyukarkan sistem perbankan Islam digunakan

untuk perdagangan. Oleh yang demikian, IFSO mengeluarkan standard yang sama untuk sistem

perbankan Islam. Penubuhan IFSO bukan sahaja membantu memantapkan perbankan Islam,

malah membolehkan negara Islam yang mempunyai banyak wang, menyimpan melalui sistem

perbankan Islam.

Struktur IFSO terdiri daripada:-

4.8.3.1 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB)

4.8.3.2 Jawatankuasa Teknikal

4.8.3.3 Sekretariat

24
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Diharapkan penubuhan IFSO dapat menjadi satu badan untuk mengawalselia sistem perbankan

dan kewangan Islam dan juga dapat memberi manfaat kepada semua.

4.8.4 AAOIFI (Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions)

AAOIFI ditubuhkan untuk memajukan piawai perakaunan dan pengauditan bagi institusi

kewangan Islam. Setakat ini, hanya Bahrain dan Sudan yang mengaplikasikan AAOIFI di dalam

kewangan mereka. AAOIFI telah menerbitkan 12 garis panduan termasuklah standard

perakaunan kewangan dan juga kod etika untuk para perakaunan dan juruaudit bank-bank Islam

dan institusi-institusi kewangan AAOIFI beribupejabat di Bahrain.

4.8.5 IRTI (Islamic Research and Training Institute)

IRTI yang beribupejabat di Jeddah ditubuhkan sebagai satu organ IDB untuk melakukan

penyelidikan dan menyelia institut latihan dan pendidikan ekonomi Islam dan kewangan Islam.

IRTI menganjurkan persidangan dan seminar untuk meningkatkan tahap kesedaran pasaran dan

untuk menggalakan kewangan Islam lebih telus.

4.8.6 IIRA (International Islamic Regional Agency)

IIRA akan ditubuhkan sebagai agensi penarafan antarabangsa bagi institusi kewangan

Islam dan produk-produk kewangan Islam. IIRA juga dijangka ditubuhkan di bawah naungan

Bank Pembangunan Islam (IDB)

25
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

4.9 ISU BERKAITAN SISTEM PERBANKAN ISLAM

4.9.1 Sistem Perbankan Islam yang dijalankan oleh Bank Konvensional tidak memperuntukkan

SRR (Statutory Reserve Requirements) di Bank Negara Malaysia (BNM). Keadaan ini memberi

keburukan kepada Bank Islam kerana jumlah dana yang digunakan adalah terhad. Apabila bank

konvensional menawarkan produk perbankan Islam, SRR ditampung oleh bank konvensional itu

sendiri.

Dalam masalah ini, BNM belum membuat perbezaan SRR antara Sistem Perbankan

Islam dan Bank Konvensional. Kewajaran kepada perbezaan SRR untuk kedua-dua sistem ini

belum dapat dipastikan kerana jika SRR dilaksanakan untuk sistem perbankan Islam sahaja,

ianya masih diperingkat kajian kerana ia perlu mengkaji fakfor-faktor kepada sistem perbankan

Islam dan mengambil kira keburukan kepada BNM. Contohnya, setiap RM 1 di dalam Bank

Islam, memberi nilai 4 sen di BNM.

4.9.2 Sistem Perbankan Islam telah menawarkan pelbagai produk-produk perbankan Islam di

pasaran. Tetapi, sesetengah produk yang ditawarkan tidak diterangkan secara teliti dan terperinci

oleh pihak bank. Ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak memahami secara

keseluruhan.

Sebagaimana yang telah difahami, setiap produk perbankan Islam mendapat kelulusan

BNM. Setakat ini, BNM telah menubuhkan dua jawatankuasa perunding yang khusus kepada

peserta-peserta industri. Dua jawatankuasa tersebut adalah, Jawatankuasa Pembangunan Pasaran

(Committee of Market Development) dan Jawatankuasa Penyelidikan Pasaran (Committee of

Market Research). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyelaraskan segala perkara-perkara

yang berkaitan dengan isu dan produk sistem perbankan Islam. Pihak BNM memang menyedari

26
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

terdapat kekeliruan tentang istilah perbankan Islam. Istilah perbankan Islam telah diseragamkan

untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya juga dapat diatasi di mana bank-bank sistem perbankan

Islam itu sendiri mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah. Manakala, BNM bertindak

sebagai pemantau dari masa ke semasa.

4.9.3 Berhubung dengan syariah, terdapat perselisihan pendapat dalam konsep perbankan Islam.

Isu yang dipertikaikan di sini ialah tindakan yang diambil oleh BNM untuk mengurangkan

khilaf.

Merujuk isu khilaf di atas, memang terdapat Jawatankuasa Syariah di BNM. Tugas

Jawatankuasa Syariah ini adalah untuk menggariskan isu-isu yang berlawanan, isu-isu yang

berkaitan dengan syariah dan juga isu-isu bukan syariah berhubung dengan istilah sistem

perbankan Islam. BNM sendiri tidak pasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu

syariah atau isu operasi, tetapi ianya dikaitkan dengan syariah.

5.0 Cabaran dan peluang perbankan Islam di Malaysia

Sistem kewangan Islam bersifat kurang risiko dan lebih kepada amalan perkongsian

keuntungan di samping mampu melindungi sistem kewangan itu daripada krisis kewangan global

seperti sekarang. Hakikatnya institusi kapitalis riba global sedang menuju kemelesetan dan

pendokongnya bakal berdepan gelombang kemuflisan terbesar dalam sejarah yang membuka

peluang kepada sistem kewangan Islam diterjemahkan kepada masyarakat dunia keseluruhannya.

Islam sangat mementingkan kesejahteraan umat dan memerangi segala bentuk sistem atau

struktur berteraskan riba yang memudaratkan kehidupan manusia

27
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

5.1 Globalisasi Perkhidmatan

5.1.1 Kewangan Islam

Dengan aspek dimensi antarabangsa kewangan Islam menjadi semakin nyata, landskap

kewangan telah melalui perubahan yang besar dengan pesertanya lebih pelbagai dan

persekitarannya yang lebih kompetitif. Ini seterusnya menjadi pemangkin bagi peningkatan

inovasi kewangan dan penghasilan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang

lebih luas. Perkembangan ini telah menarik minat peserta global konvensional dari negara-negara

bukan Islam, terutamanya dari segi penyertaan yang meningkat dalam pasaran kewangan Islam

dan perolehan kepentingan strategik dalam institusi kewangan Islam domestik.

Dengan terbukanya peluang kepada institusi perbankan dan peserta lain, sistem

kewangan Islam menjadi lebih pelbagai dan pasaran kewangan Islam semakin luas berkembang.

Perkembangan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan pesat kewangan Islam di seluruh

dunia, dan kewangan Islam kini muncul sebagai antara segmen paling pantas pertumbuhannya

dalam industri perkhidmatan kewangan. Susulan perkembangan tersebut, skop perniagaan

kewangan Islam telah berkembang daripada hanya tertumpu pada pembiayaan runcit dan

perdagangan, kepada penawaran produk kewangan yang lebih canggih untuk memenuhi

permintaan pelanggan global yang berubah-ubah.

Produk berasaskan Syariah ini termasuklah ekuiti swasta, pembiayaan projek, originasi

dan terbitan sukuk, serta produk pengurusan dana, aset dan harta. Pasaran sukuk khususnya,

telah menjadi saluran penting bagi aktiviti mendapatkan dana dan pelaburan antarabangsa, dan

28
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

telah berkembang pada kadar 40% setahun. Potensi besar pasaran sukuk dalam sistem kewangan

antarabangsa sememangnya merupakan kemuncak baharu inovasi dalam kewangan Islam malah

merupakan bahagian penting proses globalisasi kewangan Islam. Sukuk Musyarakah dan Ijarah

yang diterima secara meluas di peringkat global kini membentuk sebahagian besar terbitan sukuk

global. 75 Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2008 Pembangunan struktur sokongan bagi

kewangan antarabangsa merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan

kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Islam (Islamic Financial Services Board, IFSB) pada tahun 2002 untuk menetapkan

piawai kehematan kewangan Islam, dan juga pewujudan Pertubuhan Perakaunan dan

Pengauditan Institusi Kewangan Islam (Accounting and Auditing Organization for Islamic

Financial Institutions, AAOIFI) pada tahun 1990.

Kedua-dua badan penetap piawai antarabangsa ini memainkan peranan penting dalam

menyelaraskan piawai kehematan dan perakaunan merentas negara-negara yang berbeza. Apa

yang lebih penting ialah peranan badan tersebut menghasilkan amalan terbaik antarabangsa

dalam pembangunan kewangan Islam global. Lantaran usaha bersepadu untuk menghasilkan

amalan terbaik antarabangsa yang kukuh dalam rangka kerja kehematan dan penyeliaan, daya

tahan dan kemampanan jangka panjang industri kewangan Islam dapat dikekalkan. Globalisasi

turut membawa bersama-samanya elemen saling bergantung yang lebih ketara.

Meskipun kesalinghubungan yang lebih nyata ini dijangka menghasilkan pengagihan

modal yang lebih cekap merentas sempadan, yang seterusnya mengurangkan kos modal, langkah

ini juga boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya pemindahan risiko merentas negara. Ini

29
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

menekankan lagi keperluan untuk memastikan mutu globalisasi kewangan. Meskipun sifat

intrinsik kewangan Islam sememangnya menggalakkan pengurusan risiko dan memberi

keyakinan melalui penzahiran dan ketelusan, risiko baharu yang berpunca daripada globalisasi

harus diambil kira. Ini bagi memastikan institusi kewangan Islam berupaya menguruskan risiko

dan pihak berkuasa pengawalseliaan mempunyai peralatan yang perlu untuk menangani sebarang

implikasi penyahstabilan.

5.2 Munculnya Cabaran Baharu

Dimensi antarabangsa kewangan Islam yang kian nyata membawa bersama-samanya

cabaran baharu. Kemunculan institusi kewangan Islam yang lebih pelbagai dan pembangunan

pasaran kewangan Islam yang kian meluas telah mempercepat lagi perkembangan pengantara

perbankan Islam, takaful dan pasaran modal yang canggih. Ini juga telah membawa kepada

terciptanya instrumen kewangan berstruktur yang canggih dan kompleks termasuk struktur

hutang-ekuiti hibrid. Persaingan yang kian sengit bukan sekadar mempercepat langkah inovasi

produk dan perkhidmatan tetapi juga proses operasi dan saluran penyampaian. Perkembangan ini

menyumbang kepada profil risiko urus niaga kewangan Islam yang semakin kompleks.

5.3 Inisiatif Strategik Global

Langkah-langkah kerjasama antarabangsa telah dilaksanakan berikutan kesedaran tentang

betapa pentingnya daya tahan kewangan industri bagi perkhidmatan kewangan Islam diperteguh

dalam persekitaran yang kian mencabar ini. Justeru, bagi menerajui pembangunan strategik

industri ini, pelan Induk 10 tahun bagi pembangunan industri kewangan Islam global telah

30
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

dilaksanakan. Pelan ini merupakan inisiatif bersama Islamic Development Bank (IDB) dan IFSB

untuk menyediakan rangka tindakan pembangunan sistem kewangan Islam yang teratur merentas

negara bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu industri perkhidmatan kewangan Islam yang

teguh, berkesan dan progresif. Rangka tindakan ini turut menggariskan strategi umum

pembangunan komponen utama pelbagai bahagian sektor kewangan Islam.

Antaranya, panduan untuk menentukan pilihan terbaik bagi tahap pembangunan berbeza

sistem kewangan Islam agar ia dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan  bangunan

ekonomi, serta menjadi komponen penting sistem kewangan antarabangsa. Perlu ditekankan

bahawa pelan induk ini bukan sekadar menyediakan rangka tindakan pembangunan sistem

kewangan Islam yang jitu dan padu lagi komprehensif, tetapi ia juga menggalakkan pemahaman

dan kesedaran yang lebih mendalam termasuk menyediakan Buletin Suku Tahunan Suku Keduaa

2008 76 maklumat tentang jangkaan tahap pencapaian yang diperlukan buat mereka yang ingin

menyertai sistem kewangan Islam. Satu lagi inisiatif global yang penting dalam kewangan Islam

ialah pengisytiharan piawai kehematan dan penyeliaan antarabangsa oleh IFSB. IFSB telah

mempercepat penghasilan piawai ini bagi menangani risiko ciri-ciri kontrak kewangan Islam

yang unik dan khusus.

Dalam pelaksanaan piawai ini apa yang penting ialah pengukuhan keupayaan institusi

kewangan mengurus risiko. Di samping itu, pelaksanaan piawai ini perlu diperlengkap oleh

pengawasan yang berterusan agar dapat mengenal pasti dari awal lagi risiko yang baru muncul

dan juga untuk memastikan institusi tersebut bersedia untuk menguruskan risiko.

31
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

5.4 Daya Tahan Diperkukuh oleh Ciri-Ciri Intrinsik Kewangan Islam

Ciri-ciri intrinsik kewangan Islam turut menyumbang kepada daya tahan keseluruhannya.

Ini terbentuk daripada prinsip Syariah yang merupakan tunggak utama kewangan Islam. Injunksi

Syariah menghendaki urus niaga kewangan diasaskan oleh aktiviti produktif yang menghasilkan

kaitan rapat antara aliran kewangan dengan aliran produktif. Di bawah konsep perkongsian

risiko, pembiaya kewangan dan peminjam saling berkongsi risiko. Dalam pengaturan sebegini,

aktiviti benar dijangka menjana pulangan yang cukup untuk menampung risiko.

Ekoran itu, pihak-pihak yang berurus niaga dilindungi daripada pendedahan kepada

risiko yang melampau memandangkan prinsip Syariah melarang leveraj berlebihan dan

penglibatan dalam aktiviti kewangan spekulatif. Oleh itu, prinsip intrinsik perkongsian

keuntungan dan risiko menyediakan kaedah sekatan dan imbangan (check and balance) dalaman

terhadap urus niaga kewangan Islam. Gabungan kesemua ciri tersendiri ini dan pelaksanaan

piawai dan amalan pengurusan risiko berhemat dapat menyumbang kepada keteguhan dan daya

tahan sistem kewangan Islam.

5.6 Analisis perbandingan perbankan konvensional dan perbankan Islam

Menurut Ahmad Yaacob Ibrahim apa yang dinamakan sistem perbankan syariah,

bukanlah sebuah sistem perbankan Islam tetapi sebuah sistem perbankan konvensional yang

mengubah sistem riba menjadi sistem jual beli bagi mendapatkan keuntungan. Sebuah kegiatan

ekonomi Islam harus bersumberkan kepada ekonomi Islam yang hanya bersumber kepada Al

32
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Quran dan Sunnah Nabi Muhammad, bukan bersumber pada sistem ekonomi konvensional.

Mengapa dikatakan bukan sistem perbankan Islam, kerana sumber asasnya iaitu ekonomi Islam

itu belum ada. Yang ada baru berupa perkara asas tentang ekonomi Islam yang berkaitan dengan

perbankan Islam, iaitu ciri-ciri, perbandingan dengan ekonomi konvensional, sehingga sekarang

Ekonomi Islam itu tidak jelas. Keadaan ini sangat berbahaya kerana sistem perbankan syariah

ini, dikaitkan sebagai ekonomi Islam. Ini menunjukkan terdapat beberapa kelemahan dalam

konsep halal dan haram di dalam kalangan masyarakat kita.

Menurut Sarjana Arab riba bermaksud tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas

modal pinjaman yang berhubungan dengan masa dan persetujuan menjadi syarat. Riba terbahagi

kepada dua jenis iaitu riba jual beli (Riba al-Buyu) dan riba hutang-piutang( Riba ai-Duyun).

Riba jual-beli merujuk kepada jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau semasa

penyerahan barang-barang tertentu. Barang-barang yang dimaksudkan iaitu merujuk kepada

mata wang dan bahan makanan asas.

Aktiviti riba dan jual-beli terbahagi kepada dua iaitu riba al-Fadl dan riba al-Nasiah. Riba

al-Fadl merujuk kepada aktiviti jual-beli antara bahan ribawi sama sejenis, tetapi tanpa

persamaan timbangan atau sukatan yang sama semasa berlakunya urusan jual beli barang

tersebut. Manakala, riba al-Nasiah berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan

penangguhan bayaran. Riba al-Nasiah diharamkan atas sebab berlakunya penangguhan bayaran

secara tukaran barang sejenis. Justeru, kedua-dua riba ini, akan menindas masyarakat dan

menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.

33
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Riba hutang-piutang merujuk kepada lebihan yang diisyaratkan atau dijanjikan untuk

diberi kepada pihak pemiutang. Terdapat dua jenis riba hutang-piutang, pertama; riba al-Qard

dan riba al-Jahilliyah. Riba al-Qard merujuk kepada hutang atau pinjaman yang diisyaratkan atau

dijanjikan sesuatu faedah untuk kepentingan pihak peminjam dan pemiutang. Manakala, riba al-

Jahiliyah adalah bayaran lebih dari hutang asal.

Menurut Alex William, riba adalah faedah yang dikenakan atas pinjaman adalah sama

dengan keuntungan yang diperolehi dari urusan jual beli menurut ekonomi Islam. Menurut beliau

lagi nilai keuntungan dan nilai faedah adalah sama, maka tiada perbezaan di antara kedua-

duanya.

Menurut kajian kami, Alex William telah membiarkan konsep agama. Menurut agama

Islam, kedua-duanya adalah berbeza seperti mana firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah

iaitu, pada hal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Menurut kajian kami,

terdapat beberapa perbezaan di antara konsep keuntungan dengan faedah riba seperti yang di

laksanakan dalam perbankan Islam dengan perbankan konvensional.

Bagi menjayakan sesuatu perniagaan adalah berteraskan matlamat mencari keuntungan

yang merujuk kepada harga jualan melebihi kos untuk memberi keuntungan. Selain itu, wujud

mulbadalah iaitu tukaran barang dengan barang atau dengan bayaran wang. Berbeza dari segi

perbankan konvensional ataupun riba, ia menetapkan faedah daripada barang yang diniagakan.

34
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Wang yang disimpan tanpa dilabur tidak akan bertambah malah wang tersebut akan

dikenakan zakat sebanyak 2.5% di mana aktiviti pembekuan mata wang adalah bertentangan

dengan dasar perbankan Islam yang mengikut dasar ekonomi Islam. Seterusnya, Islam juga tidak

mengiktiraf bunga menerusi hutang seperti perbankan konvensional iaitu riba. Selain itu, riba

adalah konsep yang mementingkan kepentingan satu pihak sahaja. Maka ia berunsur satu

penindasan. Manakala, Islam mementingkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan

individu atau satu pihak sahaja.

Biarpun, terdapat pelbagai teori untuk menengakkan amalan riba, namun ia tetap haram

di sisi Islam. Di antara teori-teori yang menyokong teori riba ialah teori pemiutang manghadapi

risiko, teori peminjam membuat keuntungan, teori produktiviti modal dan teori kerendahan nilai

barang masa akan datang berbanding dengan masa sekarang. Justeru itu, segala teori yang

dikemukakan bertentangan dengan ekonomi Islam.

Jual Salam dikenali juga sebagai bai-Salaf, adalah jual-beli yang dilakukan dengan

bayaran harga secara tunai. Manakala, penyerahan barang ditangguhkan pada masa akan datang.

Terdapat perbandingan antara harga dalam perhutangan dalam perbankan Islam dengan pinjaman

konvensional. Perbankan Islam menekankan harga bertindak balas melalui harga jualan.

Manakala, perbankan konvensional bertindak balas melalui kadar faedah.

35
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Di samping itu, perbankan Islam merujuk kepada kadar keuntungan yang ditentukan di

muka hadapan. Sebaliknya, perbankan Konvensional merujuk kepada kadar faedah bergantung

kepada kadar asas pinjaman bank. Perbandingan lain ialah, perbankan Islam merujuk kepada

harga yang tetap dan pasti. Manakala, perbankan Konvensional merujuk kepada dalam keadaan

tidak pasti iaitu perubahan dari semasa ke semasa, penalti kepada faedah dan permodalan faedah.

Faktor perbezaan lain ialah keuntungan kontrak yang dinyatakan di muka depan adalah

harga sebenar menurut perbankan Islam. Manakala, perbankan Konvensional meletakkan kadar

faedah yang ditandatangani bukanlah ukuran bagi harga sebenar. Seterusnya, keuntungan kadar

keuntungan pasaran boleh dikenakan menurut perbankan Ialam manakala, kadar faedah adalah

sangat sensitif terhadap pasaran mengikut perbankan Konvensional.

Etika di Barat lahir daripada evolusi industri iaitu di penghujung abad ke-19. Fredick

Taylor mengemukakan cadangan mengenai prisip-prinsip pengurusan Saintifik yang menyentuh

mengenai pengagihan kerja kepada aktiviti-aktiviti kecil, kaedah Saintifik dalam memilih dan

melatih pekerja, pembahagian kerja yang jelas antara pengurus pengurusan dan pekerja serta

menyentuh asas-asas disiplin dalam organisasi.

Manakala, Henri Fayol mengemukakan saranan mengenai fungsi-fungsi pengurusan iaitu

perancangan, pengendalian, pengarahan, penyelarasan, dan kawalan. Manakala, menurut prinsip

36
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

etika Islam setiap tindakan yang dilakukan mempunyai nilai moral dan agama yang mesti

disedari. Tuntutan moral dan agama ini, bertujuan mendekati diri kepada Allah.

Terdapat beberapa pengelasan prinsip etika Islam secara asas meliputi dalam Al-Quran

dan Al-Sunnah. Antara prinsip-prinsip itu adalah kebenaran, amanah, keikhlasan, persaudaraan,

keadilan, serta sains dan pengetahuan. Ajaran Islam tidak mengetepikan pentingnya perniagaan

dalam kehidupan manusia, namun urus niaga harus mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Islam.

Sistem Perbankan Konvensional yang monopoli perniagaan antarabangsa sering

membuka ruang kepada peniaga untuk memperolehi kekayaan segera dengan jalan mudah

seperti mengamalkan rasuah. Kadang-kala cara yang beretika memerlukan masa yang panjang

untuk memperolehi keuntungan. Manakala, sistem perbankan Islam adalah bermatlamat mencari

keredhaan Allah S.W.T yang menjangkau dari hanya kehidupan dunia semata-mata seharusnya

membataskan tindakan kepada kaedah yang berkat dan dituntut oleh Allah.

Kewujudan Sistem Perbankan Islam dinegara ini adalah satu alternatif kepada umat

Islam, dan rakyat negara ini dapat berurusniaga dan bermuamalat dari sudut kewangan mengikut

dasar yang tidak berlawanan dengan hukum Islam. Kalau terdapat kelemahan dari segi operasi,

hal tersebut boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa.

37
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Bagi saya, sistem yang diperkenalkan ini telah menampakkan perkembangan yang

positif. Kalau diperingkat awal, hanya Bank Islam sahaja yang menawarkan sistem yang

sedemikian rupa, tetapi kini sistem ini telah diterimapakai oleh beberapa institusi kewangan lain,

ini adalah perkembangan yang baik untuk institusi kewangan yang berbentuk islamik itu terjun

dalam arus perdana.

Konsep Perbankan Islam muamalatnya tanpa riba, amalan ini sudah tentu direstui Islam.

Manakala operasi, kita dapati pihak bank dan pelanggan melakukan akad berdasarkan kepada

perkongsian untung dan rugi, iaitu sama-sama menerima keuntungan mengikut pembahagian

peratus yang telah disepakati, dan kalau berlaku kerugian, sama-sama memikulnya. Kadar

pemberian untung meningkat mengikut pertambahan jumlah keuntungan yang diperolehi.

Sistem perbankan konvensional tidak demikian, baik dilihat dari segi konsep mahu pun

dari sudut operasi. Sistem ini, kebanyakan muamalatnya dijalankan secara riba. Faedah atau

bunga telah ditetapkan semasa akad tanpa melihat kepada keuntungan atau kerugian. Peratus

bunga atau faedahnya berdasarkan kepada jumlah modal yang terlibat. Faedah tetap tanpa

mengambil kira untung atau rugi. Kadar bayaran faedah kepada pelanggan tidak bertambah

walaupun bank mendapat keuntungan berlipat ganda.

Dakwaan yang menyatakan tidak wujud perbezaan, hanya satu dakwaan yang tidak dapat

dibuktikan. Dakwaan itu mungkin dikeluarkan secara rambang tanpa dibuat kajian secara lebih

38
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

telus dan adil. Mungkin terbit dari operasi perbankan secara Islam mengambil untung pada kadar

8% disamakan dengan pengambilan kadar faedah 8% atau 9% atau 10% oleh pihak Bank

Konvensional. Tetapi pihak yang mendakwa itu patut membuat kira-kira yang tepat bagi

menunjukkan perbezaan sebenar.

Kadar keuntungan 8% yang diambil oleh perbankan secara Islam adalah salah satu

tujuannya untuk membeli pulangan kepada pendeposit atau pelanggan dengan kadar yang agak

tinggi.Kalau rendah keuntungan yang diambil, maka rendah pula keuntungan yang diberikan

kepada pelanggan. Satu perkara lagi, oleh kerana perbankan secara Islam masih tunduk dibawah

Bank Negara Malaysia, satu realiti yang perlu diambil kira.

Memang sistem perbankan secara Islam adalah untuk umum, bukan untuk orang-orang

Islam sahaja. Masalah sekarang ini, orang Islam sendiri belum memberi kepercayaan sepenuhnya

kepada sistem ini, apa lagi kepada mereka yang bukan Islam.

Bagi saya keyakinan dan kepercayaan orang-orang Islam sendiri terhadap kemampuan

sistem kewangan secara Islam ini sangat penting. Saya difahamkan di Sudan, pada mulanya ada

dua sistem yang beroperasi, sistem secara Islam dan konvensional. Oleh kerana masyarakat

yakin dan memilih sistem secara Islam, akhirnya sistem konvensional terpaksa ditutup dan tidak

beroperasi lagi.

39
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Langkah meyakinkan masyarakat, bahawa sistem kewangan secara Islam adalah lebih

baik, perlu diperhebatkan. Seminar-seminar mengenai sistem kewangan Islam diadakan dari

semasa ke semasa, terutama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Latihan-latihan yang berterusan di kalangan pekerja-pekerja bank, untuk mempertingkatkan

mutu kecekapan perkhidmatan, suasana yang lebih Islamik dapat diwujudkan dibank-bank, baik

dari sudut kemesraan, layanan dan lain-lain.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bahawa sistem perbankan secara Islam ini, boleh

disifatkan sebagai masih baru. sistem ini perlu diberi masa untuk membuktikan keupayaannya

dan mendapat keyakinan dari masyarakat. Selagi sistem ini belum dapat memasuki arus perdana,

selama itulah sistem ini akan menghadapi halangan dan rintangan untuk menyaingi sistem

kewangan dan ekonomi yang sudah bertapak begitu lama dan berakar umbi dalam pemikiran

masyarakat.

Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin

dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan,

dalam saat-saat ditimpa kemalangan. Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah

dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Mengikut

Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab iaitu

''Gharar' diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas).

40
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga

(premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen

gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan. Terdapat empat

jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak iaitu Gharar di dalam hasil pertukaran, Gharar

di dalam kadar pampasan, Gharar di dalam hasil kepada pertukaran dan Gharar di dalam tempoh

masa .

Takaful sesuatu aktiviti yang pematuhan kepada hukum syarak (Islam) dan pengendali

takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta. Selain itu,

peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabarru’ dan bebas

daripada riba, gharar dan maisir . Seterusnya terdapat majlis pengawasan Syariah dan

keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful serta peserta berdasarkan kepada

Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan.

Manakala insurans konvensional pula tidak mematuhi hukum syarak dan kontrak

urusniaga adalah jual beli. Selain itu, Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi

penjamin kepada peserta serta syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor

komersial. Faktor lain yang diamalkan oleh insurans konvensional ialah banyak unsur-unsur

riba, gharar dan maisir dan Tiada majlis pengawasan Syariah. Seterusnya, keuntungan akan

diagih mengikut keputusan syarikat.

41
Perbankan Islam_______________________________________________________________________

6.0 KESIMPULAN.

Perlaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia telah dibuktikan berjaya melalui

beberapa pendekatan yang merangkumi sistem dwi perbankan, ruanglingkup undangundang

yang komperehensif, sokongan sektor pasaran modal dan sekuriti dan pemantauan serta polisi

perbankan dan sumber manusia. Pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu ini

membolehkan perlaksanaan sistem perbankan Islam berjalan dengan lancar dan berkembang

pesat bukan sahaja di arena tempatan malahan antarabangsa.

Dari aspek keberkesanan perlaksanaan sistem perbankan Islam pula, secara umumnya

kita dapat melihat perkembangan positif sama ada dari sudut peratusan aset perbankan Islam

mahu pun pertambahan produk-produk perbankan berdasarkan pelbagai konsep yang diterima

oleh rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.

Walaupun dengan pencapaian perlaksanaan sistem perbankan Islam ini, namun sehingga

kini hasrat untuk memartabatkan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia masih belum dapat

dicapai sepenuhnya. Hingga kini masih terdapat perbezaan ekonomi yang ketara antara

penduduk bandar dan luar bandar, perbezaan pemilikan kekayaan negara antara kaum masih

jelas dan penguasaan harta masih berada ditangan kelompok kecil tertentu. Sebagai contoh

matlamat Dasar Ekonomi Baru yang mensasarkan penguasaan 30 peratues ekonomi bumiputera

masih belum dicapai walaupun dasar ini telah dilaksanakan sejak tahun 1970 lagi. Sehubungan

dengan itu, perlaksanaan sistem perbankan Islam ini perlu dipergiatkan lagi secara berterusan,

berhikmah dan bersifat global.

42

Anda mungkin juga menyukai