Anda di halaman 1dari 2

1. lemah bahasa Inggeris adalah berpunca dari pemikiran mereka yang tidak maju.

Pelajar

USIM selalu berpendapat jika bertutur dalam bahasa Inggeris, mereka akan melupakan

bahasa Melayu.

2. pelajar-pelajar juga jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka pelajari. Dengan

lebih jelas lagi pelajar-pelajar teramat malas untuk membuat ulangkaji dan mereka juga

tidak memgamalkan ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas.

3. terlalu kurang membaca bahan bahasa Inggeris, tidak mengambil tahu isu-isu semasa dan

pemikiran mereka terlalu cetek. Mereka tidak mempunyai minat untuk membaca

suratkhabar bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar juga terlalu memfokuskan minat mereka

kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja contohnya mereka lebih berminat kepada

suratkhabar hiburan seperti Kosmo dan Harian Metro.

4. Mereka juga menganggap bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan

menyusahkan. Apabila mereka telah menganggap begitu, terlalu mustahil bagi mereka

untuk meminati bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu melatih diri mereka

untuk mencuba berulang kali bertutur dalam bahasa Inggeris antara satu sama lain.

Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan takut kepada kesalahan.

5. Pelajar- pelajar juga mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sesetengah daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan

diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan

sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri.

6. disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan

penggunaan bahasa Inggeris. Disebabkan itu, mereka terlalu terhad untuk menggunakan

bahasa Inggeris.
7. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak

memberi peluang untuk berinteraksi.

8. Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris.

9. Mereka malas untuk mengulangkaji dan menambah pengetahuan dari segi pemahaman

terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar.

10. mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan. Sikap ini ada pada

kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu ambil tahu terhadap perkataan

baru yang tidak pernah didengar. Mereka hanya bergantung kepada kurikulum sedia ada.

http://nazwati.wordpress.com/2008/03/17/pelajar-ipt-lemah-bahasa-inggeris/

Anda mungkin juga menyukai