Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PENUBUHAN

KELAB AUDIO VISUAL DAN FOTOGRAFI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

Tajuk :

Penubuhan Kelab Audio Visual dan Fotografi

IPG Kampus Ipoh, Perak

Institut Pendidikan Guru,


Kampus Cawangan Ipoh.

1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Audio Visual dan Fotografi IPG Kampus Ipoh merupakan
suatu program ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan
yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum, tetapi juga dengan kokurikulum.
Ia juga selari dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang mahu melahirkan bakal pendidik yang
sihat dari segi intelek dan juga rohani. Di samping itu juga penubuhan kelab ini
adalah kerana ingin melahirkan guru pelatih yang berpengalaman serta kreatif
dalam penghasilan sesuatu fotografi serta kemahiran dalam membuat
penyuntingan bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Program ini melibatkan
semua ahli Kelab Audio Visual dan Fotografi IPG Kampus Ipoh dan juga terbuka
kepada semua warga IPG Kampus Ipoh yang berminat.

2.0 MATLAMAT

Penubuhan Kelab Audio Visual dan Fotografi IPG Kampus Ipoh, Perak ini
diharapkan dapat melahirkan golongan yang mempunyai kemahiran dan
kelayakan di kalangan ahli kelab dalam bidang seni fotografi dan video
terutamanya dalam bidang penghasilan dan penyuntingan. Kelab ini akan
memberikan pendidikan dan latihan yang bersesuaian agar para ahli kelab
dapat mengaplikasikan kemahiran yang dilatih dalam pengajaran dan
pembelajaran kelak.
3.0 RASIONAL

Penubuhan Kelab Audio Visual dan Fotografi IPG Kampus Ipoh, Perak lebih
menekankan kepada kemahiran, latihan dan pengetahuan mengenai bidang seni
fotografi, audio dan video secara seimbang dan menyeluruh dengan potensi diri
dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek di dalam diri setiap warga IPG
Kampus Ipoh, Perak. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pentingnya pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai
sebagai seorang guru dan juga bakal guru. Di kalangan guru pelatih, ia adalah
satu faedah agar dapat disemai dalam diri dan juga dicurahkan ilmu ini kepada
generasi akan datang. Oleh itu, harapan kami agar penubuhan Kelab Audio
Visual dan Fotografi IPG Kampus Ipoh ini berjaya mencapai matlamat dan
objektifnya.
4.0 OBJEKTIF

Adalah diharapkan di akhir penubuhan Kelab Audio Visual dan Fotografi IPG

Kampus Ipoh, Perak ini ahli kelab akan dapat:

4.1 Memberikan ilmu kepada semua ahli kelab mengenai perihal seni fotografi

dan video serta audio yang sebenar.

4.2 Memberi pengetahuan yang mendalam kepada semua ahli kelab mengenai

teknik-teknik seni fotografi dan video serta audio dan dapat diaplikasikan di

sekolah kelak.

4.3 Melatih semua ahli kelab mampu menjadi seorang penyunting yang baik dan

berkaliber.

4.4 Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotogarfi & video

4.5 Memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

4.6 Ahli-ahli akan seberapa daya untuk mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti

yang diceburi dan ilmu yang dipelajari.


5.0 JUSTIFIKASI

Program ini perlu dilaksanakan untuk :

Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua IPTA/IPTS/IPG

dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.

6.0 MAKLUMAT AKTIVITI

o Latihan Kemahiran dan Teknik Fotografi dan Audio Visual

o Kursus Pengenalan Seni Fotografi dan Audio Visual

o Kursus Asas Fotografi

o Kursus Suntingan Video dan Audio

o Membantu dalam mendokumentasikan segala program yang dijalankan di IPG

Kampus Ipoh.
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Tuan Haji Abd Kadir Bin Basiran


Penasihat 1 : En. Badrul Hisham Bin Hj. Ahmad Sukar
Penasihat 2 : Pn. Ruzita Bte Sulaiman
Pengerusi : Saiful Fadli Bin Mohamed Ibrahim
Timb. Presiden : Syed Ahmad Fadzrool Bin Syed Mohd Fadzil
Setiausaha : Anas Hakimie Bin Zipri
Naib Setiausaha : Ali Husni Bin Azahari
Bendahari : Rafifi Anuar Bin Abdullah
Naib Bendahari : Najibah Bte Musa

AJK : Mohd Faris Bin Izlan


: Mohd Hafiz Bin Suhaili
: Amirul Hakim Bin Dahlan
: Nurul Azira Bte Sapian
: Mohamad Safwan Bin Mustafa
: Mohd Hafizuddin Bin Ruba’i
: Mohd Firdaus Bin Fadzil
: Md. Hisyamuddin Bin Tolahah
: Abdul Azim Bin Hussin
: Mohd Wakiyuddin Bin Rosnan
: Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi
: Fatin Bte Zukifli
8.0 PENUTUP

Diharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penubuhan Kelab Fotografi dan
Audio Visual IPG Kampus Ipoh, Perak ini. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

.................................................................
(ANAS HAKIMI BIN ZAPRI)
Setiausaha,
Kelab Audio Visual dan Fotografi ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Disemak oleh :

………………………………...
(EN. BADRUL HISHAM BIN AHMAD SUKAR)
Pensyarah penasihat,
Kelab Audio Visual dan Fotografi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
.

Disokong oleh :

…………………………………..
(EN. MOHD RAZALI B JAAFAR)
Ketua Unit,
GERKO,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

Diluluskan Oleh :

……………………………………
(TN. HJ ABD KADIR B BASIRAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.