Anda di halaman 1dari 2

Hadirin sekalian, mengumumkan keberangkatan tiba kedua-dua pengantin

serta keluarga masuk ke dewan…

Yang berbahagia, datuk², datin², haji², hajah², tuan² dan puan² , hadirin-hadirat
yang dihormati sekalian, assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya mewakili pihak keluarga kedua pengantin mengucapkan selamat datang


ke majlis resepsi walimatul urus antara Salehuddin Wasli dan Rosmaria Osman.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis menjemput En Saari bagi
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan..

Amin² ya rabal alamin. Mudah-mudahan majlis kita diberkati serta


hubungan ikatan perkahwinan yang terjalin ini akan sentiasa diredhai
allah S.W.T jua, insyallah.

Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan upacara berinai. Untuk itu,


saya menyerahkan majlis ini kepada kumpulan marhaban untuk
meneruskan acara dan akan diteruskan ketika sesi menepung tawar.
Dipersilakan…

Bagi mendahului istiadat menepung tawar, dijemput

1. Datin Azizah Datuk Hj Fadzil


2. Encik Sadan Karim serta isteri
3. Tn Hj Salleh Hj Ibrahim serta isteri
4. Ustazah Rohanah bt
5. Pn Hjh Rokiah Hj Ibrahim
6. Pn Saamah Sadan serta suami
7. En Osman Sakir serta isteri
8. En Roslan serta isteri
9. Kapt. Kamaruzzaman Samad serta isteri
10. En Zainuddin Wasli serta isteri

Terima kasih diucapkan kepada semua penepung tawar diatas acara


berinai itu tadi.
Seterusnya, majlis menjemput kedua-dua mempelai serta ahli² keluarga
untuk makan beradap. Dipersilakan…

Tuan² dan puan², saya ingin menjemput yang berbahagia Tn Hj Salleh Hj


Ibrahim untuk memberikan sepatah dua kata, dipersilakan..

Dengan itu, selesailah sudah majlis resepsi walimatul urus En.


Salehuddin Wasli dan Pn. Rosmaria Osman. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada semua hadirin kerana hadir dan memeriahkan lagi
majlis pada malam ini. Dengan itu,

Hadirin berpakaian serba indah,


Raikan majlis gilang-gemilang,
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila hadirin berangkat pulang.

Sekian,
wabulahitaufiq wal hidayah assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai