Anda di halaman 1dari 4

SKRIP MC program amanat 2011

Teks Ucapan
Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengawas Zon Pudu 2010
BIL Cue Skrip
1 Pengumuman dan Sidang Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.
Pemakluman
Sebelum memulakan majlis, terdapat beberapa makluman
Majlis inginmeminta kerjasama siding hadirin sekalian untuk sama-sama
berdiri ketika tetamu kehormat memasuki dewan
Pemakluman seterusNya, diminta AJK pengelola dan guru pengiring sila
penuhkan kerusi dihadapan bagi memastikan majlis lagi tersusun dan
teratur.
Peserta akan dibenarkan duduk selepas VIP mengambil tempat.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

2 Ketibaan Tetamu Mengumumkan ketibaan


Kehormat Yg. Berbahgia Datuk Haji Astaman Abd Aziz
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa
Diiringi oleh En Emri Abd Jalal

Serta barisan pentadbir SMK Cochrane perkasa

3 Bacaan doa Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis ingin menjemput
Ustaz Ibrahim Mohamad untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz


Ibrahim Mohamad atas bacaan doa itu tadi.

4 Para Hadirin dan Indah berbalam si awan petang,


Hadirat duduk Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

6 Ucapan Aluan
Pengerusi Majlis Yang Berbahgia Datuk Haji Astaman Abd Aziz
Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa

Yang Berusaha
En Emri Abd Jalal

Yang Berusaha

fazdir SMKCP 2011


SKRIP MC program amanat 2011
Pn. Hjh Siti Zarinah bt Che Omar
Pengetua SMK Cochrane Perkasa

Pengerusi PIBG
Pn Hanipah Bt Endut
Penolong kanan akademik
En. Pian Chen
Penolong kanan hal ehwal murid
En Aminuddin jaafar
Pen olong kanan ko-kurilum,
En Abd Rashid Idris
Penolong Kanan petang
, ketua-ketua bidang, rakan-rakan guru, dan juga para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Bismillah hirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Pembuka wacana pemanis bicara

Salam Alu-aluan saya ucapan kepada sidang hadirin sekalian ke


Majlis Penyampaian amanat daripada Yang Berbahgia Datuk Hj
Astaman Abd aziz untuk para pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan PMR atau SPM pada tahun ini.

Objektif utama program ini diadakan adalah dengan harapan :


i) supaya Pelajar dapat mengetahui tentang perkara-perkara yang
seharusnya dilakukan sebelum menjelang peperiksaan.
ii)Para pelajar menyedari bahawa peperiksaan yang akan
ditempuhi oleh mereka, akan menentukan masa depan mereka.
iii)Para pelajar akan lebih bersedia dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dalam menempuh peperiksaan.

Program ini adalah sebagai persediaan untuk kecemerlangan


akademik serta sahsiah pelajar. Pihak sekolah amat mengalu-
alukan inisiatif yang diambil oleh Yg Bhg Datuk Hj Astaman
Abdul Aziz selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.

Justeru, pihak sekolah telah merancang pelbagai program khas


bagi memberi motivasi dan momentum sebagai penggerak kepada
pelajar-pelajar agar mereka sedar dan berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang. Kerjasama bersepadu daripada semua
pihak juga adalah amat diperlukan dalam membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Sekali lagi Pihak sekolah ingin merakam jutaan


penghargaan kepada Yg Bhg Datuk Hj Astaman Abdul Aziz
kerana sudi menjayakan program khas bersama pelajar yang akan

fazdir SMKCP 2011


SKRIP MC program amanat 2011
menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2011. Jasa baik beliau
kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih
7 Ucapan alu-aluan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
pengetua
Bagi memulakan ucapan majlis kita pada hari ini
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
Puan Pengetua SMK Cochrane Perkasa
Pn Hjh Siti Zarinah bt Che Omar
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas ucapan puan Pengetua itu tadi.

8 Ucapan tetamu Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekalian.
kehormat
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, kemuncak majlis kita pada
hari ini.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan rasa berbesar hati ingin menjemput


Yg Berbahgia Datuk Hj Astaman Abd Aziz
Selaku Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa
Untuk menyampaikan amanat beliau sekaligus menyempurnakan
perasmian penutup Program Amanat bersama Yayasan Pendidikan
Titiwangsa pada hari ini.

Sehubungan dengan ini, majlis dengan rasa penuh hormat dan


takzimnya mempersilakan

Alhamdulillah begitulah tadi ucapan Perasmian Penutup Program


amanat yayasan pendidikan titiwangsa yang telah disempurnakan
oleh yg berbahgia Datuk hj Astaman abd aziz

InsyaAllah segala amanat bestari dari tun akan kami jadikan


panduan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


di atas amanat yang beliau sampaikan itu tadi.

9 Penyampaian Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


cenderamata .

fazdir SMKCP 2011


SKRIP MC program amanat 2011
Dengan ini majlis ingin menjemput
Puan Hanipah Bt Endut untuk mengiringi
Yang Berusaha
Puan Hjh Siti Zarinah bt Che Omar
Pengetua SMK Cochcrane Perkasa
Untuk menyampaikan cenderamata ingatan sejati kepada yang
diraikan tetamu kehormat kita pada hari ini
Yg berbahgia Datuk Hj Astaman Abd Aziz

. Dipersilakan dengan segala hormatnya

Terima kasih diucapkan kepada puan pengetua atas kesudian


beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi

13 Menjemput pengetua Sebelum majlis melabuhkan tirai , saya bagi pihak majlis dan ajk
Mengiringi YB Pengelola Program amanat 2011 ingin mengambil kesempatan
tetamu kehormat ke untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
dewan jamuan Semua yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sebelum bersurai majlis mempersilakan Pn Hjh Siti zarinah bt Che


omar untuk menjemput dan mengiringi

Yang Berbahagia
Datuk Hj Astaman Abd Aziz
Dan tetamu kehormat
Ke dewan jamuan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Para pelajar diminta tunggu sebentar
Sekian daripada saya pengacara anda mengundurkan diri dan
terima kasih diucapkan.

fazdir SMKCP 2011

Anda mungkin juga menyukai