Anda di halaman 1dari 5

PERANCANGAN STRATEGIK KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA SMK SANZAC

(2008 HINGGA 2012)

1.0 PENGENALAN
Pasukan Kadet Polis SMK SANZAC ditubuhkan pada tahun 2000 . Tujuan utama Pasukan
Kadet Polis Diraja Malaysia SMK SANZAC ditubuhkan untuk mendisiplinkan pelajar-
pelajar sekolah dan mengelakkan diri mereka terjebak dalam kegiatan negatif. Pelbagai
aktiviti dianjurkan setiap tahun untuk ahli-ahli kadet untuk memastikan mereka menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dan taat setia kepada agama , bangsa dan negara.
Anggota pasukan kadet polis SMK SANZAC terdiri daripada platun lelaki dan platun
perempuan. Setiap platun mempunyai seorang Sarjan, tiga orang Koperal dan 35 orang
dalam setiap platun . Pegawai kanan kadet berpangkat Inspektor merupakan guru
sekolah yang dilantik dan ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah. Semenjak
penubuhan Pasukan Kadet Polis SMK SANZAC telah Berjaya mengharumkan nama
sekolah dalam penglibatan ahli-ahlinya di peringkat daerah, negeri dan juga
kebangsaan.

2.0 VISI

Mendidik pelajar dalam ilmu kepolisan di samping menerapkan nilai-nilai disiplin yang
tinggi kepada pelajar selaras dengan tuntutan semasa.

3.0 MISI
 Melatih pelajar dengan teknik-teknik asas seperti kawad , teknik bela diri,
perundangan dan sifat kepimpinan
 Menerapkan nilai-nilai disiplin dan tanggungjawab individu kepada diri, sekolah ,
masyarakat dan Negara.
 Menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakan sejawat dari sekolah berhampiran
dan juga pihak PDRM
 Melengkapkan peralatan pasukan seperti uniform dan aksesori tambahan
 Menggalakkan pelajar dan guru menyertai aktiviti luar bagi memantapkan
pengetahuan dan pengalaman
 Menggalakkan pelajar-pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti sekolah
selaras dengan penubuhan pasukan
 Menggalakkan pelajar supaya berdikari dalam menghadapi cabaran.
4.0 OBJEKTIF
 Pelajar akan dapat menguasai kemahiran asas dalam ilmu kepolisian seperti kawad
kaki dan juga teknik perundangan
 Disiplin pelajar akan bertambah mantap selari dengan kehendak sekolah
 Mampu menampilkan pelajar yang Berjaya memipin kumpulan masing-masing
 Pendorong kepada pelajar untuk mencapai cita-cita sebenar menjadi seorang polis /
pegawai polis
 Pelajar juga dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama ahli kadet dan juga
PDRM
5.0 ANALISIS SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
1. Mendapat sokongan yang mantap 1. Sebilangan ahli tidak mampu membeli
daripada pihak sekolah , guru-guru dan kelengkapan uniform dan aksesori
ahli-ahli Kadet Polis. penuh.
2. 90% kelengkapan uniform. 2. Tiada tempat untuk menyimpan
3. 70% kelengkapan aksesori. peralatan dan aksesori pasukan.
4. Mendapat sambutan daripada pelajar 3. Masa latihan yang terhad kerana setiap
untuk menjadi ahli Kadet Polis. platun melibatkan pelajar sesi pagi dan
5. Mempunyai guru-guru yang dedikasi sesi petang.
dan berpengalaman dalam Pasukan 4. Sikap pelajar yang tidak bersungguh-
Kadet Polis Diraja Malaysia, sungguh semasa latihan kerana tidak
6. Pelajar-pelajar yang menyertai Kadet tahan dengan sesi latihan kawad yang
Polis terdiri daripada pelajar-pelajar mencabar.
yang berdisiplin. 5. Tidak ada tempat latihan yang sesuai
untuk berkawad, terpaksa
menggunakan Tapak Perhimpunan
Sekolah kerana ketiadaan padang
sekolah.
PELUANG ANCAMAN
1. Mendapat bantuan daripada pihak 1. Harga peralatan dan aksesori kadet
PDRM seperti kain untuk membuat yang mahal dan tidak mampu dibeli
uniform kadet. oleh pelajar.
2. PDRM menyediakan jurulatih yang 2. Persaingan sengit dengan Pasukan
mahir untuk melatih pelajar berkawad. Kadet Polis dari sekolah lain di Kota
3. Pihak sekolah dan guru penasihat Kinabalu menyebabkan tidak
mempunyai hubungan yang baik mendapat bantuan penuh dari pihak
dengan PDRM. PDRM.
4. PDRM sering menawarkan ahli kadet 3. Pengawalan yang rapi diperlukan
menyertai aktiviti luar kerana reputasi apabila pelajar terlibat dengan aktiviti
disiplin yang baik. luar sekolah kerana aksesori / lambang
5. Terdapat pelajar lepasan sekolah yang polis yang dipakai pada uniform
pernah menyertai Kadet Polis kini menarik perhatian orang-orang yang
menjadi polis / pegawai polis ingin menyalah guna lambang-lambang
tersebut.

6.1 PELAN STRATEGIK

ISU / MASALAH  Masalah tiada stor untuk menyimpan peralatan


pasukan.
 Kesukaran untuk mendapatkan bantuan kelengkapan
daripada PDRM kerana persaingan yang tinggi dari
sekolah lain.
 Tiada pendedahan dalam sesetengah latiha seperti
latihan menembak.
NAMA PROGRAM  Program melengkapkan aksesori Kadet Polis
 Latihan Kawad
 Program penerapan disiplin dan asas perundangan
 Program Menembak
MATLAMAT  Menjadikan pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia SMK
SANZAC sebagai pasukan berwibawa dan disegani
peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
 Mampu bersaing dengan pasukan sekolah-sekolah lain
di daerah Kota Kinabalu dalam aktiviti yang dianjurkan.
 Melahirkan ahli-ahli yang mempunyai tahap disiplin
yang tinggi dan bertanggungjawab.
 Pendedahan pengetahuan asas dan ilmu kepolisian
kepada ahli-ahli kadet polis.
TEMPOH Sasaran akan cuba dicapai dalam tempoh empat tahun bermula
dari 2007 hingga 2011
SASARAN  Semua ahli kadet
 Barisan pelapis ahli kadet ( tingkatan 1 dan 2 )
 Semua guru penasihat Kadet Polis
TOV Merujuk kepada pencapaian semasa:
 Kelengkapan uniform : 90% lengkap
 Aksesori : 75% lengkap
 Penglibatan pelajar dalam aktiviti 2008 : Johan kawad
Platun lelaki, Johan Kawad Formasi Platun Lelaki,
Perkhemahan & aktiviti menembak di lapang sasar.
 Aktiviti 2009: Johan kawad kaki (Platun Lelaki),
perkemahan & aktiviti menembak di lapang sasar
 Aktiviti 2010: Johan kawad kaki (platun lelaki), tempat
ketiga kawad formasi(platun lelaki), perkhemahan.

OTI1  Uniform : 95% lengkap


(2009)  Aksesori : 85% lengkap
 Sasaran aktiviti : 5 orang ke peringkat negeri dan
kebangsaan
 Aktiviti menembak : 4 orang
OTI2  Uniform : 98% lengkap
(2010)  Aksesori : 88% lengkap
 Sasaran aktiviti : 5 orang ke peringkat negeri dan
kebangsaan
 Aktiviti menembak : 10 orang
OTI3  Uniform : 100% lengkap
(2011)  Aksesori : 98% lengkap
 Sasaran aktiviti : 5 orang ke peringkat negeri dan
kebangsaan
 Aktiviti menembak : 15 orang
OTI4  Uniform : 100% lengkap
(2012)  Aksesori : 100% lengkap
 Sasaran aktiviti : 8 orang ke peringkat negeri dan
kebangsaan
 Aktiviti menembak : 15 orang
ETR  Uniform : 100% lengkap
 Aksesori : 100% lengkap
 Sasaran aktiviti : 8 orang ke peringkat negeri dan
kebangsaan
 Aktiviti menembak : 15 orang

Disediakan oleh ,

Haslinda Awang Hashim,


Ketua Guru Penasihat ,
Kadet Polis Diraja Malaysia,
SMK SANZAC , KINABALU.

Anda mungkin juga menyukai