Anda di halaman 1dari 6

21.

Senarai Program / Aktiviti Kokurikulum

Untuk membolehkan pelajar mencapai prestasi yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum program /
klinik diadakan secara umum untuk mengubahkan kemahiran asas pelajar kepada kemahiran
yang lebih tinggi kalau boleh ke tahap pakar.

Bil Nama Program Kekerapan Tindakan/Sasaran


1. Klinik Seni Mempertahankan Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
Diri Pelajar Tingkatan 1 dan 2
2. Klinik Latihan Taekwondo Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
Pelajar Tingkatan 3 dan 4
3. Kem Muzik untuk Koir Sekolah Sekali setahun Guru Penasihat dan Jurulatih /
Pelajar Tingkatan 3,4,5 dan 6
4. Klinik Latihan Akuatik Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
Pelajar Tingkatan 1 dan 2
5. Perlawanan persahabatan ping Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih
pong Tingkatan 1,2,3,4 dan 5
6. Pilihan Bakat Skuasy Pada awal tahun Guru Penasihat dan Jurulatih /
Pelajar Tingkatan 1 dan 2
7. Klinik Sofbol Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
Pelajar Tingkatan 1 hingga 3
8. Pertandingan badminton antara Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
kelas Pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4
9. Klinik Olahraga Towards Peak Sekali sepenggal Guru Penasihat dan Jurulatih /
Performance Pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4
10 Kem Tenis Sekali setahun Guru Penasihat dan Jurulatih /
. Pelajar Tingkatan 1 dan 2
11 Latihan intensif Bola Tampar Sebelum Guru Penasihat dan Jurulatih /
. pertandingan Pasukan sekolah

22. Senarai Program / Aktiviti Permuafakatan dengan ibu bapa / Agensi luar / Sekolah

lain.

Bil Tarikh Program / Aktiviti


1. 23/4/2005 Jogathan untuk mengutip derma bagi menaik taraf prasarana sekolah
2. 21/9/2005 Jamuan Perayaan Hari Guru bersama SJK (C) Sam Tet
3. 25/2/2006 Temasya Sukan Tahunan bersama SJK (C) Sam Tet
4. 26/3/2006 Mesyuarat Agung PIBG
5. 7/7/2006 Konsert Oskestra Cina SMJK Sam Tet untuk mengutip derma
6. 8/7/2006 Konsert Brass Band SMJK Sam Tet untuk mengutip derma
7. 8/7/2006 Hari IbuBapa / Hari Terbuka
8. 9/7/2006 Jamuan Persaraan Guru Besar SJK (C) Sam Tet
9. 21/7/2006 Jamuan Perayaan Hari Guru bersama SJK (C) Sam Tet
10 11/11/2006 Jamuan Ulang Tahun Persatuan Murid – Murid Tua
.
23. Senarai Kursus Dalaman

Bil Jenis Kursus Tarikh Tindakan

1. SMS – Pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah dan 4.3.2006 Penyelaras


Implementasi SMS
2. Kepimpinan dalam bilik darjah 22.4.2006 Pengetua
3. Kursus Kajian Tindakan 20.5.2006 Semua Guru
4. Penggunaan Jadual Penentuan Ujian dalam pengurusan 16.6.2006 Ketua Panitia
peperiksaan
5. Fonetik Dalam Bahasa Inggeris 15.7.2006 Pn. Yau
6. Kursus memeriksa dan teknik menjawab soalan peperiksaan 22.7.2006 Semua guru
untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam.
7. Kem Motivasi untuk guru 5.8.2006 Kolej Taylor

24. Senarai anugerah yang pernh diterima

Bil Anugerah yang diterima Tahun


1. Anugerah Cemerlang Akademik 2006 JPP Atas Pencapaian Gemilang dalam 2006
Kategori STPM Pencapaian Kualiti SM Bandar
2. Anugerah Cemerlang Akademik 2005 JPP Atas Pencapaian Gemilang dalam 2005
Kategori STPM Pencapaian Kualiti SM Bandar
3. Anugerah Cemerlang Akademik 2004 JPP Atas Pencapaian Gemilang dalam 2004
Kategori STPM Pencapaian Kualiti SM Bandar
4. Anugerah Prestasi Terbaik STPM 2002 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 2002
5. Anugerah Prestasi Terbaik STPM 2001 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 2001
6. Anugerah Keputusan Pencapaian Tertinggi STPM 2000 oleh Pengawai 2000
Pendidikan Daerah Kinta
7. Anugerah ALAF 2000 (LSSM Millennium Award) oleh Persatuan 2000
Penyelamat Kelemasan Malaysia
8. Sijil perhargaan daripada Tabung Darah, Jabatan Patologi di atas sumbangan 2006
dan kerjasama menjayakan Kempen Derma Darah
9. Sijil perhargaan daripada Tabung Darah, Jabatan Patologi di atas sumbangan 2006
dan kerjasama menjayakan Kempen Derma Darah
10 Sijil perhargaan daripada Tabung Darah, Jabatan Patologi di atas sumbangan 2005
. dan kerjasama menjayakan Kempen Derma Darah
11 Sijil perhargaan daripada Tabung Darah, Jabatan Patologi di atas sumbangan 2005
. dan kerjasama menjayakan Kempen Derma Darah
12 Sijil Perhargaan daripada the Salvation Army Ipoh kerana sumbangan 2005
. khidmat masyarakat

25. Kekuatan / Keunika SMJK Sam Tet


25.1 Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang cekap

Pengurusan kewangan – SMJK Sam Tet telah mencapai kelulusan kewangan akaun
sekolah tanpa teguran dari pihak akauntan negeri tiap – tiap tahun. Sekolah pernah
dicalonkan untuk anugerah kualiti pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah pada
tahun 2003.

SMJK Sam Tet telah melancarkan sistem SMS (School Management Sistem) pada Julai
2006. Sistem ini memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam pelbagai
aspek:-

a. E-Attendance

setiap pelajar mempunyai sekeping smart kad yang digunakan untuk menanda kehadiran
mereka pada setiap pagi. Masa pelajar sampai ke sekolah pada waktu pagi direkodkan
jadi pelajar yang lewat ke sekolah dapat dikesan setiap hari. Pemantauan kehadiran guru
dan staf sekolah juga direkodkan melalui sistem yang sama.

b. Modul Asas

Maklumat pelajar wujud dalam sistem ini dan data boleh diakses oleh pihak pentadbir,
guru dan juga ibu bapa. Maklumat peribadi staf juga direkod tetapi hanya untuk kegunaan
pihak pentadbir sahaja.

c. Modul Kokurikulum

Data mengenai kedatangan dan penglibatan serta pencapaian pelajar dalam aktiviti
kokurikulum direkodkan.

d. E-Reporting

Segala markah ujian dan peperiksaan serta keputusan boleh dimasukkan ke dalam modul
ini dan dicetak laporannya. Semua data boelk diakses dan disimpan secara kekal.

e. Library management system (Sistem Pengurusan Pusat Sumber)

Dengan smart kad pelajar boleh meminjam buku dari pusat seumber sekolah. Buku boleh
dikesan sama ada bebas untuk dipinjam atau boleh ditempah untuk pinjaman melalui
modul ini.

f. Student discipline

Segala salah laku pelajar serta markah demerit dan merit dimasukkan ke dalam komputer.
Maklumat ini boleh diakses ibu bapa apabila mereka melayari internet. Guru displin
boleh menghubungi guru kaunseling melalui sistem ini dan menghantar pelajar yang
bermasalah untuk sesi kaunseling apabila perlu.
25.2 Mempunyai guru – guru yang berketrampilan

a) Encik Samsul Bahari mewakili MAKSAK negeri Perak ke Kejohanan Boling Padang
MAKSAK Kebangsaan di Kota Kinabalu. Pencapaian: Pingat Emas.
b) Mewakili MAKSAK Perak dalam kejohanan Ping Pong MAKSAK Kebangsaan.
Pencapaian: Pingat Emas.
c) En. Wong Chin Choy – Pengerusi Teknik Ping Pong MSSPK, Daerah Kinta.
d) En. Anthony a/l Arulanandam – Memiliki sijil pengawai Teknik Olahraga dan Lumba
Basikal Kebangsaan. Aktif dalam beberapa kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan.
e) En. Samsul Bahari – Bendahari Persatuan Boling Padang Daerah Kinta dan Ajk
Persatuan Boling Padang Negeri Perak.
f) Puan Navamoney a/l Subramaniam – terlibat sebagai Jurulatih Utama dan Ajk Kajian
Tindakan JPNP.
g) Encik Hamidi bin Mohd – telah dicalonkan sebagai guru inovatif JPN. Kajian tindakan
beliau telah dipilih mewakili daerah Kinta.
h) Mempunyai sebilangan besar guru – guru yang komited dan berpengalaman untuk
mengajar tingkatan 6.
i) Mempunyai guru – guru yang berkelulusan Ijazah Lanjutan iaitu 2 orang berkelulusan
PHD dan 11 orang berkelulusan Sarjana.

25.3 Iklim sekolah yang menggalakkan

a) Tradisi kecemerlangan sekolah ini telah disemai pada staf dan pelajar – pelajar semenjak
setengah abad yang lalu oleh Marist Brothers. Budaya cemerlang ini menjadi tunggak
kejayaan dalam semua bidang yang dipelopori oleh pihak sekolah.
b) Budaya cemerlang ini terus diwariskan oleh semua pelajar daripada pelajar – pelajar
senior sekolah ini melalui kepimpinan dalam aktiviti persatuan, kelab dan badan
beruniform. Perbincangan berkumpulan merupakan satu fenomena yang biasa diadakan
tanpa penyeliaan rapi oleh guru penasihat. Keadaan ini telah memupuk sifat – sifat
kepimpinan dalam kalangan pelajar.
c) Wujud persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar untuk mengejar kejayaan cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum. Persaingan yang sedemikian membolehkan
sekolah memenangi pelbagai kejayaaan dalam bidang kokurikulum di peringkat
kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
d) Pelajar – pelajar mempunyai visi dan misi masing – masing yang hala tujunya seiring
dengan visi dan misi sekolah. Semua pelajar sentiasa berusaha ke arah mencapai
matlamat masing – masing sejajar dengan moto sekolah.
e) SMJK Sam Tet sungguh bertuah kerana memiliki guru – guru yang berkompentensi
dalam bidang masing – masing, berpengalaman dan komited terhadap tugas serta
tanggungjawab ke arah merealisasikan visi dan misi sekolah.
f) Guru – guru sedia berkorban dengan mengendalikan kelas – kelas tambahan pada hujung
minggu dan pada cuti sekolah untuk kelas – kelas peperiksaan. Usaha giat para guru di
sini meletakkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan SPM dan STPM antara yang
terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan.
g) Wujud persekitaran yang saling menghormati dan bekerjasama dalam kalangan guru.
Perhubungan yang mesra dalam kalangan guru menyebabkan mereka berasa selesa
bertugas di sini tanpa tekanan dan bersedia memberikan daya usaha yang ‘extraordinary’
demi kejayaan sekolah dan pelajar – pelajar.
h) Pada keseluruhannya, iklim sekolah ini amat kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. Keselamatan, kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah telah
menggalakkan pelajar – pelajar belajar dengan selesa dan berkesan. Tambahan pula,
perpustakaan sekolah dibuka khas untuk para pelajar pada waktu malam, iaitu dari pukul
7pm hingga 10pm.

25.4 Menggunakan ICT dalam hal tugasan

Sistem SMS sekolah memerlukan satu sistem rangkaian yang terkini untuk melancarkan
perjalanannya. Untuk tujuan ini, sekolah mempunyai satu server dan LAN dengan akses
internet broadband secara sambungan (four wired lines) dan tanpa wayar (wireless).
Kemudahan ini merangkumi seluruh kawasan sekolah. Semua bilik darjah, makmal
sains, bilik guru, makmal komputer, dewan serta kantin mempunyai akses internet.
Maklumat dan pengumuman sekolah disebarkan melalui sistem ini.

Makmal komputer sekolah dibuka setiap hari persekolahan dan pelajar kedua –
dua sesi boleh menggunakan kemudahan internet secara percuma. Pelajar boleh melayari
internet, upload serta download maklumat, melengkapkan tugasan serta menikmati
permainan.

SMJK Sam Tet mempunyai satu portal beralamat http://www.smjksamtet.edu.my


iaitu setiap guru mempunyai satu alamat e-mel. Dengan rangkaian ini setiap guru boleh
dihubungi apabila perlu. Laporan aktiviti sekolah dimuat naik untuk makluman semua
melalui portal ini.

Setiap bilik darjah dan makmal mempunyai kemudaha OHP dan bilik darjah
untuk tingkatan 1, 2, 6 dan rendah dan 6 Atas semua dilengkapi dengan kemudahan
projektor LCD.

8 unit CCTV dipasang di tempat strategic untuk mengawal keselamatan sekolah.


Di samping itu, sistem penggera dihidupkan pada waktu malam di setiap tangga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai