Anda di halaman 1dari 1

Pada 20 Mei 2009, saya telah menyumbang idea untuk menyiram dan

membaja pokok bunga yang ada di rumah saya bersama adik. Hal ini kerana pokok

bunga tersebut telah tidak dibaja selama masa yang agak lama. Oleh itu, kami tel
ah
meluangkan masa supaya menyiram dan membaja pokok bunga tersebut.
Kami telah memulakan kerja pada 3.00 petang. Pertama sekali, kami telah menyumbang
tenaga untuk memotong rumput-rampai di sekeliling pokok bunga supaya mengelakkan
rumput bersaing dengan pokok bunga utuk mendapatkan nutrien dan air yang secukupny
a. Kami telah bekerjasama dengan membahgikan kerja supaya dapat mempercepatkan pro
gres kerja. Saya telah bertanggungjawab untuk memotong rumput manakala ibu saya te
lah bertanggungjawab untuk mengumpul dan membuang rumput yang telah dipotong ke da
lam satu beg plastik yang besar.
Setersunya, kami mendapati bahawa baja yang ada di rumah tidak mencukupi bagi semu
a pokok bunga tersebut. Oleh itu, kami telah menyumbang tenaga untuk membeli baja
di pasaraya yang berdekatan di rumah saya. Kami juga telah melawat ke beberapa bua
h pasaraya untuk membandingkan harga supaya dapat menjimatkan wang dan menjadi seo
rang pengguna yang bijak.
Selepas itu, kami memulkan aktiviti menyiram dan membaja pada pukul 5.00 petang. S
aya telah bertanggungjawab membahagikan baja bagi setiap pokok bunga manakala ibu
saya telah bertanggungjawab mengisikan air untuk penyiram dan menyiram pokok bunga
yang telah saya baja. Setelah membaja dan menyiram setiap pokok bunga, kami telah
menyimpan baja yang berlebihan ke dalam satu bekas dan juga menyimpan semua alat
seperti cangkul dan penyiram ke tempat asal.
Semasa menjalankan aktiviti tersebut, saya telah melakukan tugasan tersebut dengan
rajin sekali. Saya juga telah bekerjasama dengan ibu sehingga kerja diselesaikan.
Sikap prihatin saya telah menyebabkan beberapa batang pokok bunga yang tercicir d
ibaja dan ditanam seula. Selain itu, aktiviti tersebut telah mengajar saya menjadi
pemimpin kerana telah mengaawl gerak geri ibu saya.
Kesimpulannya, saya sedar bahawa kepentingan menyayangi dan menghargai alam sekita
r. Saya juga mengambil iktibar untuk meneruskan usaha saya. Saya insaf kerana sela
ma ini saya tidak mempedulikan dan tidak menghargai pokok bunga di halaman rumah s
aya. Saya telah berubah sikap ini dan akan sentiasa menjalankan aktiviti ini pada
masa depan. Nilai yang terdapat di dalam laporan ini telah bertanggungjawab dan me
nyayangi dan menghargai alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai