Be La Jar

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Belajar merupakan satu perkara wajib yang pada umumnya dilakukan di sekolah mahupun

institusi pengajian ketika proses pelajaran berlangsung oleh para pelajar dan dibimbing oleh
pengajar. Proses belajar hendaklah dilakukan dalam keadaan yang tidak kelam-kabut kerana
pembelajaran yang dilakukan secara terburu-buru memiliki impak yang tidak baik.

Berikut adalah tips dan panduan yang dapat membantu dalam mempersiapkan diri
menghadapi ujian :

1. Belajar secara berkumpulan

Belajar berkumpulan dapat menjadikan kegiatan belajar menjadi lebih mudah kerana pelajar
ditemani rakan-rakan yang mungkin lebih memahami sesuatu perkara. Malah, pelajar juga
dapat menjadikan ia sebagai satu proses latih tubi dengan membantu rakan yang tidak
memahami topik terbabit.

2. Rajin Membuat Catatan Intipati Pelajaran

Bahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di atas kertas atau buku
kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Ini
merupakan salah satu cara untuk pelajar mengingati perkara-perkara penting.

3. Membuat Jadual Waktu Yang Baik

Ada baiknya pelajar membuat jadual belajar dalam menguruskan waktu agar pelajar tidak
bosan dengan apa yang dikerjakan. Sebaiknya, tempoh belajar adalah dari 20 minit ke 40
minit dengan pertukaran mata pelajaran yang berlainan. Boleh juga diselang-selikan dengan
kerja atau waktu santai. Apa yang penting, pelajar perlu elakkan rasa bosan dalam proses
pembelajaran.

4. Disiplin Dalam Belajar

Apabila pelajar telah membuat jadual belajar maka ianya harus dijalankan dengan baik.
Contohnya seperti belajar menepati waktu dan lakukan serius tidak sambil main-main. Jika
waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi.
Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum tamat.
Bermain dengan rakan-rakan atau game dapat merosakkan mood belajar. Sebaiknya kegiatan
bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika
dilakukan sebelum waktu belajar. Jika bermain video game sebaiknya pilih game yang lebih
mendidik dan tidak melalaikan atau mempunyai tahap(level) yang boleh mengakibatkan
keseronokan melampau.

5. Menjadi Aktif Bertanya dan Ditanya

Jika terdapat perkara yang belum jelas, maka tanyakan kepada guru, teman atau orang tua.
Jika pelajar bertanya biasanya pelajar akan ingat jawapannya. Jika bertanya, bertanyalah
secukupnya dan jangan bersifat menguji orang yang ditanya. Tawarkanlah pada rakan untuk
bertanya kepada pelajar hal-hal yang belum mereka fahami. Semakin banyak ditanya maka
pelajar dapat semakin ingat dengan jawapan dan apabila pelajar juga tidak tahu jawapan yang
benar, maka pelajar dapat membahasnya bersama-sama dengan rakan-rakan. Pengajar garang
dan cengil? Itu adalah satu proses dalam mendidik pelajar menjadi lebih berdaya saing.
Untuk ilmu, pelajar seharusnya tabah dan jadikan ia satu dorongan kerana pengajar yang
garang mahukan yang terbaik untuk pelajarnya.

6. Belajar Dengan Serius dan Tekun

Ketika belajar di kelas dengarkan dan catat apa yang guru sampaikan. Cuba catitkan perkara
yang penting kerana kadang kala hal tersebut tidak ada di dalam buku yang mungkin keluar
dalam ujian. Ketika ada waktu terluang baca kembali catitan yang telah dibuat tadi dan
hafalkan sambil cuba fahami maksudnya. Jika pelajar sudah merasa bersedia dengan suatu
pelajaran maka ujilah diri sendiri dengan soalan latih tubi. Setelah itu periksa jawapan dengan
kunci jawapan. Pelajari sebab-musabab mengenai soalan yang didapati salah. Ingat, latih tubi
akan membiasakan diri para pelajar dengan pelbagai bentuk soalan.

7. Hindari Belajar Hingga Larut Malam

Jika waktu ujian sudah dekat biasanya pelajar akan panik kerana belum cukup bersedia. Jalan
pintas yang sering dilakukan oleh pelajar yang belum bersedia adalah dengan belajar hingga
larut malam. Sebaiknya ketika menjelang ujian, pelajar perlu tidur awal kerana jika tidak
tidur semalaman akan mengakibatkan pelajar terlewat bangun dan semestinya akan
membawa kesan buruk kepada kesihatan.

8. Jujur Dalam Mengerjakan Soalan Dan Ujian

Hindari meniru ketika sedang mengerjakan soalan atau ujian. Meniru merupakan satu
kesalahan serius kerana pemahaman yang kurang dalam sesuatu perkara boleh
mengakibatkan kecederaan serius pada orang lain. Misalnya seorang pengimpal yang lalai
boleh mengakibatkan kimpalan yang tidak kukuh yang mana pada bila-bila masa akan
membahayakan pengguna.

Semoga tips cara belajar ini dapat memberikan manfaat untuk pelajar semua

Anda mungkin juga menyukai