Anda di halaman 1dari 3

Latar Belakang Kajian

Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara
pembelajarannya. Dibawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman
baru. Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang
pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Individual Learning Styles
: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan
perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Gregroc (1979)
mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu
apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses
maklumat daripadanya.
Sebagai rumusannya, gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seorang individu yang
bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu
pengalaman atau kemahiran yang diingini.

Pernyataan Masalah
Adalah diketahui umum bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Misalnya, ada yang suka belajar dengan secara diri sendiri; ada yang suka belajar dengan kawan karib
atau secara kumpulan; ada yang suka belajar melalui syarahan atau perbincangan; ada yang suka belajar
melalui pemerhatian, kajian atau rujukan bahan; ada yang suka belajar dalam keadaan sunyi dan tenang;
tetapi ada yang suka belajar dalam keadaan yang ada siaran irama lagu atau muzik; dan pelbagai gaya
belajar beraneka ragam yang lain. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya
pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Kajian-kajian berkaitan ujian kecerdasan manusia
menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara kecerdasan manusia dengan kebolehan individu
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan seterusnya menaakul persekitaran bagi menyelesaikan
masalah. Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan mengatakan bahawa
sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka
mempunyai pelbagai cara belajar.
Oleh yang demikian kesediaan belajar adalah faktor yang penting untuk membawa pelajar kea rah
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan mudah, seronok dan berkesan. Guru harus memahami dan
menggunakan kesediaan belajar pelajarnya untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai serta sepadan dengan kebolehan muridnya. Implikasi kesdiaan belajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan sebagai strategi pengajaran kumpulan dan pengajaran

1
individu untuk melayan perbezaan individu. Guru dapat merancang aktiviti pembelajaran yang boleh
menghasilkan perasaan kepuasan murid, demi memupuk dan meningkatkan tahap kesediaan belajar untuk
aktiviti pembelajaran yang berikutnya. Kesediaan belajar ini diharap dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dengan membentuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, kajian yang akan dijalankan ini akan mengenalpasti profil skor jenis gaya
pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mengikut kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar masing-
masing.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk;
1. Mengetahui profil skor jenis gaya pembelajaran pelajar.
2. Mengetahui hubungan antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar mengikut faktor
demografi ( jantina, kaum dan aliran ).
3. Mengetahui hubungan kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar dengan gaya pembelajaran yang
sesuai.

Kaedah Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara tinjuan menggunakan borang soal selidik secara atas talian (on-line).

Instrumen Kajian
Instrumen yang akan digunakan ialah perisian yang dibagunkan oleh sekumpulan penyelidik dari
Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikenali sebagai e-MILES. Sistem e-MILeS dapat mengenalpasti
kebolehan atau keupayaan kepintaran pelbagai (MI- Multiple Intelligences) seseorang individu pelajar
untuk disesuaikan dengan gaya pembelajaran (LeS – Learning Style) mereka. Sistem e-MILeS dapat
mengira komposit skor untuk kedua-dua MI dan LeS bagi setiap pelajar dan seterusnya dapat
mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan bagi individu tersebut. Sistem e-MILeS ini akhirnya
akan membuat rumusan sama ada individu tersebut akan berkesan dengan pembelajaran personal atau
impersonal. Jika individu tersebut lebih cenderung ke arah gaya pembelajaran personal maka Sistem ini
akan mencadangkan individu berkenaan mengikuti Modul Pembelajaran I. Jika individu lebih cenderung
ke arah gaya pembelajaran impersonal sistem ini akan mencadangkan individu berkenaan mengikuti
Modul Pembelajaran II. Modul Pembelajaran I adalah sesuai bagi individu hemisfera kiri iaitu bagi
individu yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam kemahiran logik matematik, verbal linguistik dan
visual-ruang. Bagi individu ini juga antara bentuk pembelajaran yang dicadangkan adalah pembelajaran

2
secara membaca, mencari bahan sendiri atau membuat pembentangan . Manakala Modul Pembelajaran II
adalah sesuai bagi individu hemisfera kanan iaitu bagi individu yang mempunyai keupayaan yang tinggi
dalam kemahiran muzik, kinestetik badan, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan kerohanian. Bagi
individu ini antara bentuk pembelajaran yang dicadangkan adalah pembelajaran secara menggunakan
diagram, menonton video atau menyanyi. Oleh itu para guru dan pelajar dapat berbincang kaedah
pembelajaran yang paling disukai oleh para pelajar bagi memberi kesan yang tinggi dalam proses
pembelajaran.

Responden
Populasi kajian adalah terdiri daripada seramai 500 orang pelajar Tingkatan Empat sekolah menengah
sekitar daerah Hulu Langat, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai