Anda di halaman 1dari 36

Tamadun China Dlm Pemantapan

Tamadun Malaysia dan Dunia


Muhammad Zulhilmi Bin Zakaria
Petrus Anak Mini
1 PISMP RBT 2
OBJEKTIF
• Diakhir kuliah ini pelajar akan dapat:
• Memahami konsep-konsep yang wujud dalam
tamadun China.
• Memahami sistem budaya dan kepercayaan
masyarakat China.
• Mengetahui sumbangan tamadun China
dalam tamadun di Asia.
PENDAHULUAN
• Merupakan salah satu tamadun yang tertua di
dunia.
• Tamadun China bermula di Huang Ho (utara)
dan Yangtze (selatan).
• Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali
sebagai “The Painted Culture” dan “The Black
Pottery Culture”.
Huang Ho
Civilization
LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN
TAMADUN CHINA
• a) Zaman Permulaan
• - Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti
seperti Hsia, Shang dan Chou.
• - Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
feudal.
• - Peperangan merupakan ciri utama pada tahap
ini.
• - Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme,
Legalisme dan The Hundred Schools of Thought.
• b) Zaman Pertengahan/keagungan
• - Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han
dan Tang.
• - Tahap ini juga dikenali sebagai zaman
keemasan dalam tamadun China kerana
pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains,
kesusasteraan, pentadbiran, agama dan
sebagainya.
• c) Zaman Peralihan
• - Zaman ini merujuk kepada
kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas
China.
• - Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh
orang luar.
• - Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol
pada masa pemerintahan Dinasti Song.
• - China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti
Ming
• - Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang
asing – orang Manchu.
• d) Zaman Moden
• - Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada
China.
• - Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam
tamadunChina.
• - 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam
Perang Candu.
• - Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored
Nation”>
• - China mengadakan pemulihan negara dengan
melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895)
dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal.
SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH
KEPERCAYAAN
• Kepercayaan Masyarakat China
• Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan
yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat
resam.
• Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat
memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan
kekayaan.
• Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang
berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha,
Confucious dan Lao Tze.
FALSAFAH & KOSMOLOGI CINA
• a. Tian
• - Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang
Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan
mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup
seseorang.
•  
• b. Di/Ti
• - Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada
konsep Tian di mana Di bertindak sebagai
penjaga/pemelihara.
• c. Dao/Tao
• - Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia
kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao
dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang.
•  
• d. Konsep Yin dan Yang
• - Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili
perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut.
Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas,
cerah,kering, keras.
• - Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi.
e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung
• - Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai,
tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.
 
f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung
• - Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan
kesakitan dan penderitaan serta cara
mendapatkan keseronokan yang maksima.
KEPERCAYAAN BERDASARKAN
AHLI FALSAFAH CHINA
Confucious
• Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.
• Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral
dan etika manusia.
• Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan
penghormatan nenek moyang.

Taoisme/Daoisme
• Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”>
• Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi
tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian.
• Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui
konsep Yin dan Yang.
Legalisme
• Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.
• Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu
pendekatan pentadbiran yang pragmatic.
• Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-
undang yang ketat.
• Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan
konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.

Mo-Tzu
• Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.
• Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.
• Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
• Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik
dan perayaan tradisi.
Humanisme
• Merupakan asas falsafah China dan
mementingkan soal kemanusiaan.
• Menekankan sifat kasih sayang dan hormat
menghormati.

• Kepercayaan dan agama orang Cina –


penyembahan nenek moyang, Buddhisme,
agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan
Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme.
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA
• Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan
hierarki, penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral,
tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.
• Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing –
tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan
masyarakat.
• Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina
ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali
sebagai Lima Hubungan iaitu:

• Hubungan antara suami dengan isteri


• Hubungan bapa dengan anak
• Hubungan adik beradik
• Hubungan pemerintah dan rakyat

Konsep-konsep Yang Berkaitan
Dengan Nilai Sosial dan Etika
Masyarakat Cina
a. Konsep Ren/Jen
• - Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa
Filial Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas
kepada kasih sayang dan peri kemanusiaan.
• - Confucious menjelaskan Jen – love man
• - Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia.
• - Neo-Confucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri
seseorang.
• - Glongan ortodoks menganggap Jen – kunci sebuah kerajaan
yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah.

b. Konsep Junzi
• - Junzi membawa maksud personality yang ideal – berbudi
bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan.
SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA

Asas penting perkembangan sains dan teknologi


China ialah:
• Konsep Yin dan Yang
• Teori Lima Unsur
Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu
Sains di China
a) Bidang Perubatan
• - Bermula sejak kurun ke-2 masehi.
• - Karya perubatan yang terkenal
• a. Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan
China.
• b. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan
falsafah perubatan China klasik – kelebihan akupunktur, herba,
diet dan senaman.
• c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh
Chang Chung Ching.
• d. Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan
ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan.
 
b) Bidang Matematik
• - Dua karya matematik yang terkenal
• a. Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan
masa melalui baying.
• b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai
ilmu kira-kira, ukuran dan teori matematik.
• - Ahli matematik China yang terkenal
• 1. Liu Hiu
• 2. Li Zhi
• 3. Li Shanlan

c) Bidang Astronomi
• - Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian
gerhana, komet dan penggunaan gnomon dan clepsydra.
Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan
Teknologi

• Alkimia
• kompas
• serbuk letupan
• kertas
• percetakan
• seismoskop
ISLAM DI CHINA

• Islam merupakan salah satu agama yang popular


dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai telah
datang ke China pada abad ke-17.
• Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China
dan mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur,
Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek,
Bao’an dan Tartar.
• Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan
4,000 orang imam di China.
Catatan-catatan Tentang Islam di China

• Kehadiran 4 orang pendakwah di China


semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti)
iaitu:
– Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
– Kai-su (Qais bin Hudhafah).
– Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
– Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).
• Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam
bin Abdul Malik – khalifah Bani Umaiyyah) pada
tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang
Xuan Zong (Dinasti Tang).
• Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul
Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan
Dinasti Yuan.
• Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara
dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan.
• Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing)
sejak abad ke-15 menceritakan tentang
kehidupan orang Islam di seluruh China.
Pembesar dan Ulama Islam di China

• Cheng Ho
• Ma Huan – menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.
• Liu Zhi – penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah
Nabi Muhammad dan lain-lain. Karya beliau yang
terulung Tien Fang hsing li. Buku ini mengandungi hal
berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian makhluk
dan keEsaan Allah.
• Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China
dan menjadikan Chin-chi-pu sebagai pusat
perkembangan Islam.
Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan
Teknologi
a. Bidang Perubatan
• - Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China.
• - Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li
Xun.
• - Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim).
• - Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan.
• - Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan –
sehnyang chiejin tan.
• - Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da
yao fa.
• - Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita.
• - Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan
untuk bangsa Hui.
• - Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu –
menggunakan kaedah perubatan Islam.
b. Bidang Astronomi dan Matematik

• - Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke


China yang dikenali sebagai xiyi Lishu.
• - Penggunaan calendar Islam.
• - Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang
Islam (Jamaluddin) iaitu alat melihat cuaca,
alat bumi, alat bebola langit, alat rata
lengkongan dan alat curang lengkongan.
c. Bidang Ketenteraan
• - Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui
dan meriam Xiyi.

d. Bidang Ilmu Pengetahuan


• - Pembinaan masjid dan dewan untuk
membaca Al-Quran, taman, perkuburan dan
seni bina Islam.
e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik
Pelayaran
• - Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China
melintasi Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu
pelayaran dan pembinaan kapal.
• - Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula
ilmu astronomi, penggunaan kompas dan
kaedah mengukur kedalaman air laut.
Kesimpulan

• Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri


dan agak unik jika dibandingkan dengan tamadun-
tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun
China telah maju dalam pelbagai bidang
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.
Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada
negara-negara lain di Asia terutamanya kepada
negara Islam. Ini melihat kepada sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu
sehingga ke negeri China”.
K IA N
S E
RUJUKAN