htm#_top
Prosa Melayu
Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak
mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional
dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah
pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita
jenaka dan cerita asal usul dan epik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula
termasuk cerpen, novel dan skrip drama.
Prosa Tradisional
Cerita Penglipur Lara
Cerita penglipur lara merupakan suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan
secara lisan oleh tukang cerita ang disebut sebagai penglipur lara. Sesuatu cerita penglipur
lara biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk diceritakan.Kebanyakan cerita
berkisar istana, tentang kisah anak-anak raja yang mempunyai pelbagai keistemewaan dan
kesaktian. Pada umumnya, anak-anak raja itu mempunyai pembantu yang cukup setia yang
berperanan sebagai penyelamat. Cerita penglipur lara lazimnya bermuat pelbagai jenis puisi
lama misalnya bahasa berirama, gurindam dan syair yang menarik sesuai dengan jalan
ceritanya.
PENGLIPUR LARA
Cerita Jenaka
Cerita Jenaka merupakan sejenis cerita rakyat yang bahan ceritanya diambil daripada
kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri daripada beberapa episod yang lengkap. Cerita
jenaka bermuat kisah-kisah kejadian lucu yang ditimbulkan oleh pelakuan-pelakuan watak
yang bodoh lagi lurus dan kadangkala cerdik
Epik
Epik merupakan prosa atau puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan
kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh negara yang menjadi
legenda sesuatu bangsa atau negara. Antara perkara penting dalam sebuah epik ialah :
Wira adalah tokoh yang penting dan mengagumkan, termasyhur dari segi sejarah dan
tokoh legenda.
Tokoh yang diceritakan memiliki sifat-sifat luar biasa, berani dan gagah perkasa.
Kuasa-kuasa luar biasa seperti alat kesaktianturut mengambil bahagian dalam cerita
untuk membantu tokoh dari semasa ke semasa.
Latar ceritanya meliputi negara-negara besar di dunia atau alam semesta.
Prosa Moden
Cerpen
Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas,
panjangnya antara 500 hingga 15,000 patah kata. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai,
terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema, latar, watak,
gaya dan sebagainya. Cerpen berbeza dengan novel, terutamanya dari segi cerita yang
berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas.
Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad, jangka waktu yang pendek dan
pertalian ceritanya tidaklah kompleks.
Drama
Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan
oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. Aksi
dan dialog penting dalam drama, baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Drama
cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui
aksi dan dialog para watak. Lazimnya, skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang
untuk dipentaskan. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti
pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus
mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton.
Novel
Ada pelbagai pengertian yang diberikan untuk novel. Namun secara umumnya novel
bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Secara khususnya pula, novel
merupakan suatu bentuk cereka yang mengisahkan peristiwa yang benar-benar berlaku atau
yang imaginatif dengan penyertaan watak yang kesemuanya digarap menurut suatu pola
tertentu. Novel berbezadaripada cerpen dari segi panjangnya dan penceritaannya tidak
terbatas pada satu-satu watak. Selain itu, peristiwa-peristiwa dan latar yang terkandung dalam
novel pun tidak terhad dengan mengambil jangka waktu yang panjang. Seterusnya pertalian
cerita dalam novel lebih kompleks daripada cerpen.
PUISI MELAYU
Puisi ialah suatu bentuk tulisan atau pengucapan yang berirama yang dilahirkan
melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Terdapat
dua golongan puisi melayu iaitu Puisi Tradisional yang terdiri daripada Pantun dan Syair.
Sajak pula dari golongan Puisi Moden.
Pantun
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional yang dianggap paling popular.antara ciri-
ciri pantun ialah :
1. Serangkap pantun atau seuntai pantun terdiri daripada dua bahagian.
2. Dua kerat pertama, yakni baris pertama dan kedua disebut pembayang maksud
atau sampiran.
3. Dua kerat yang akhir, yakni baris ketiga dan keempat merupakan maksud
pantun.
4. Bahagian sampiran biasanya berisi ibarat atau misalan yang membayangkan
apa-apa yang dikemukakan dalam bahagian maksud pantun.
5. Bahagian maksud pula mengandungi isi sebenar yang hendak disampaikan.
7. Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris pertama dipadankan
dengan suku kata di hujung baris ketiga.
8. Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris kedua pula
dipadankan dengan suku kata di hujung baris keempat.
9. Hal yang demikian membentuk bunyi atau rima “ab ab”.
10. Tiap-tiap baris dalam serangkap pantun yang baik harus mempunyai lapan
hingga dua belas suku kata.
Pantun terdiri daripada bebarapa jenis yang dikenal menurut jumlah barisnya, misalnya ;
Pantun dua kerat
Walau bagaimanapun, jenis pantun yang masih popular sekarang ialah pantun dua
kerat dan pantun empat kerat.
Contoh:
Selain daripada itu terdapat juga pantun empat kerat yang dikenali sebagai pantun
berkait iaitu pantun yang terdiri daripada beberapa rangkap yang saling berkait antara satu
sama lain. Misalnya baris kedua dan keempat pada rangkap yang terdahulu dulang pada baris
pertama dan ketiga dalam rangkap yang berikutnya.
Contoh:
Contoh ;
Terdapat enam jenis syair dalam Kesusasteraan Melayu yang didasarkan pada isinya
iaitu ;
Syair kiasan – Syair Ikan Terbuk dan Syair Burung Pungguk
Syair panji – Syair Panji Semirang dan Syair Ken Tambuhan
Syair saduran – Syair Damar Wulan dan Syair Tajul Muluk
Syair sejarah – Syair Singapura Dimakan Api dan Syair Sultan Muhamad
Sajak
Sajak ialah sejenis puisi moden yang bebas sifatnya. Ia tidak terikat pada sesuatu pola
khusus, walaupun kadang kala mempunyai ciri rima dan irama. Sajak mementingkan
keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-kata yang saling
berhubungan. Seperti juga hasil prosa, sajak juga mempunyai tema yang merupakan inti atau
terasnya. Tema ini umumnya didasarkan pada pengalaman penyairnya yang didapati daripada
pengalaman langsungnya dengan alam dan kehidupan manusia. Bebrapa contoh tema
termasuklah keadilan, keamanan, kebebasan, kemanusiaan, penindasan dan banyak lagi.
Pada umumnya bahasa sesuatu puisi memperlihatkan kehalusan, kesempurnaan dan
keindahan serta penyusunannya. Bahasa puisi agak ekonomis yang terbit daripada baris-baris
yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas. Namun ia masih mampu mendukung makna
yang diharsatkan. Ianya banyak memperlihatkan sifat konotasi, yakni mempunyai makna
yang lebih daripada satu, lebih kaya dan lebih luas yang bertujuan membangkitkan emosi dan
imaginasi pembaca.
Suasana merupakan salah satu unsur dalam sajak yang dapat membantu
memperkuatkan temanya. Ianya terbina daripada gambaran-gambaran yang disajikan melalui
penggunaan bahasanya. Simbol atau perlambangan digunakan untuk menyatakan sesuatu
makna yang di luar daripada makna langsung kata-kata tersebut. Penggunaan kata seperti laut,
ombak, bulan, gunung, mentari, fajar, senja merupakan nilai simbol yang menarik dalam
puisi. Unsur imej atau citra merupakan kesan daripada gambaran yang timbul melalui
penggunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sajak.
Unsur bunyi, yakni irama dan rima juga penting dalam melahirkan sajak yang indah
dan menarik. Unsur bunyi yang menarik biasanya melalui pemilihan dan penggunaan kata-
kata yang terpilih dan teratur.