Anda di halaman 1dari 11

1. Yang manakah antara berikut bukan ciptaan Tuhan yang unik?

A manusia C tumbuhan
B haiwan D bangunan

2. Seseorang yang percaya kepada Tuhan akan


A berasa bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki.
B memandang rendah terhadap ciptaan Tuhan.
C menghargai segala kurniaan Tuhan dengan sedaya upaya.
D mencemarkan alam sekitar.

Lee Lian sumbing ketika kecil. Selepas pembedahan, keadaan sumbingnya

lebih baik. namun percakapannya agak sengau dan kurang jelas.


3. Apakah tindakan anda jika Lee Lian ialah rakan sekelas anda?
A mengumpat tentang kekurangan dirinya kepada rakan-rakan lain
B berkawan dengannya dan menerima hakikat bahawa setiap manusia mempunyai
kelebihan dan kekurangan
C memperkecil-kecilkan kekurangan dirinya
D mentertawakan caranya bercakap

4. Jika kamu mempunyai kekurangan seperti cacat anggota badan, apakah yang perlu
kamu lakukan?
A menyalahkan takdir
B bersedih dan mengurung diri
C menerima hakikat kekurangan diri dan tidak perlu berasa malu dan rendah diri
D tidak bercampur gaul dengan orang lain

5. Siapakah pelajar di bawah ini yang tidak menghargai alam sekitar ciptaan Tuhan?
A Hashim menjaga persekitaran rumah dan sekolah
B Yoke Heng menanam pokok-pokok bunga di persekitaran rumah
C Jayanti membakar sampah di belakang rumah
D Kushairi mengamalkan kitar semula

6. Manusia dikurniakan akal dan keupayaan berfikir supaya


1
A dapat melahirkan banyak keturunan.
B tidak disamakan dengan makhluk Tuhan yang lain.
C dapat menguasai ilmu pengetahuan.
D boleh bermasyarakat.

7. Yang berikut adalah sikap orang yang boleh dipercayai, kecuali


A apabila berjanji, dia menepati janji
B apabila diberi tugasan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh
C apabila dipinjamkan sesuatu barang, dia menggunakannya dengan baik
D apabila bersalah, dia tidak mengaku akan kesalahannya

8. Kakak Alia menerima bungkusan hadiah sempena hari jadinya. Namun, kakak tiada
di rumah kerana tinggal di asrama. Apakah yang patut Alia lakukan?
A membuka hadiah tersebut dan memberitahu kakak isi bungkusan tersebut
B menyimpan hadiah itu baik-baik dan menyerahkannya kepada kakak apabila
kakak pulang
C membuka hadiah tersebut kemudian membungkusnya semula
D menyuruh ibu membuka hadiah itu

9. Siapakah antara pelajar berikut yang mengamalkan sikap menepati janji?


I Jayan berjanji untuk bertemu rakan pada pukul 5 petang tetapi dia sampai pada
pukul 5.30 petang.
II Ong Kiat berjanji untuk meminjam buku rakannya selama 2 hari. Dia
memulangkan buku itu pada hari yang dijanjikan walaupun dia belum habis
membacanya.
III Elisha berjanji untuk menyimpan rahsia rakannya. Dia tidak menceritakan rahsia
tersebut kepada sesiapa pun.
IV Rihan berjanji untuk menghadiahi adiknya dompet tetapi dia menghadiahkan
adiknya sapu tangan.
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

10. Wang rakan anda hilang. Anda ternampak rakan baik anda mengambil wang
tersebut. Apabila disoal guru, apakah tindakan anda?
A Memberitahu guru bahawa anda tidak tahu
2
B Memberitahu guru ada orang luar yang masuk ke kelas dan mengambil wang itu
C Mamberitahu hal sebenar walaupun tahu mungkin akan kehilangan rakan baik
D Mendiamkan diri

11. Yang manakah antara berikut adalah perlakuan pekerja yang tidak amanah?
A datang awal ke pajabat
B menggunakan kenderaan syarikat untuk kepentingan sendiri
C bekerja dengan bersungguh-sungguh
D menyimpan rahsia sulit organisasi syarikat

12. Apakah ciri-ciri orang yang amanah?


A menimbulkan kecurigaan orang lain semasa melaksanakan tugas
B bercakap benar dalam apa jua situasi
C datang lambat sedikit ketika berjanji untuk bertemu rakan
D mendedahkan rahsia rakan kepada abang

13. Kejayaan dan kecemerlangan diri pada masa hadapan ditentukan oleh
A ibu bapa C diri sendiri
B guru-guru D masyarakat

14. Siapakah antara pelajar berikut yang mempunyai kelebihan diri?


I Anis bijak mengurus masa
II Peter cepat putus asa
III Ganesan mahir menggunakan computer
IV Yue Lee asih berbahasa Malaysia dan Inggeris

A Anis dan Peter


B Peter dan Yue Lee
C Anis, Ganesan, dan Yue Lee
D Semua pelajar di atas

15. Yang manakah antara berikut yang menunjukkan cara-cara menjaga maruah diri?
A bercakap kasar dan menjerit-jerit
B berpakaian sopan dan berbudi pekerti tinggi
C bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
3
D mengambil pil terlarang untuk menghilangkan kerunsingan

16. Siapakah antara pelajar berikut yang mempunyai maruah diri?


A Lee San selalu menganggap dirinya bodoh dan tidak akan berjaya dalam hidup
B Usha selalu menyendiri kerana berasa dirinya hodoh dan tidak tahu bergaul
C Karim mengikut rakannya merokok kerana takut rakannya akan menyisihkannya
D Foo Lian sentiasa mempunyai keyakinan dan gigih berusaha dalam segala hal

17. Pilih ungkapan positif yang dapat meningkatkan harga diri.


A Saya yakin saya akan berjaya melakukannya.
B Saya menerima apa-apa sahaja keputusan.
C Saya segan untuk mencuba.
D Saya tahu saya akan kalah.

18. Semua pernyataan di bawah benar tentang harga diri, kecuali


A tidak melakukan sesuatu yang akan membawa malu kepada diri
B perlu berasa rendah diri dan tidak menerima kelemahan diri sendiri
C mempunyai keyakinan terhadap kebolehan sendiri
D berfikiran positif

19. Makanan seimbang ialah


A makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan.
B makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
C makanan yang panas-panas dan enak.
D makanan yang segar dan tidak menggemukkan.

20. Selain menjaga pemakanan, apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kesihatan
yang sempurna?
A Mandi apabila kotor
B Larian yang mencukupi
C Bersenam, menjaga kebersihan, dan mendapatkan rehat yang cukup
D Mendapatkan rawatan pakar kesihatan
21. Siapakan antara pelajar berikut yang mengambil makanan yang sihat?
A Seha makan ikan yang dikukus
B Fazli makan sekeping burger daging bersos mayonis
C Chew Meng makan nasi berlaukkan rendang ayam
D Kumar makan ayam dan kentang goreng
4
22. Manakah antara restoran berikut yang mempunyai ciri-ciri kebersihan?
A Pinggan dan sudunya berminyak
B Makanannya tidak ditutup
C Pekerjanya memakai pakaian yang cantik
D Persekitarannya bersih dan tiada sampah sarap

23. Tukang masak dikehendaki memakai ________ dan topi bagi menjamin kebersihan.
A bedak C pengilat kuku
B apron D baju hujan

24. Limah menjemput tetamu ibunya menjamah sedikit juadah yang telah disediakan.
Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan Limah?
A Toleransi C Hemah tinggi
B Rasional D Amanah

25. Nenek anda datang dari kampung. Bagaimana adab ketika bertemu dengannya?
A menjerit kegembiraan dan memeluknya kuat-kuat
B menyuruhnya jangan duduk lama-lama di rumah anda
C bersalam dengannya dan bertanyakan hadiah yang dibawa dari kampung
D bersalam dengannya dan bertanya khabar

26. Anda pelajar baru. Apakah perasaan anda apabila rakan-rakan sekelas anda
memberikan senyuman apabila bertemu dengan anda?
A berasa segan kerana menjadi perhatian rakan-rakan
B gembira kerana rasa diri dihargai dan diterima rakan-rakan
C benci kerana berasa diri disindir
D serba salah sama ada hendak membalas senyuman itu atau tidak

27. Siapakah antara berikut yang berhemah tinggi?


I Erna memakai jam tangan kakaknya tanpa meminta izin terlebih dahulu
II Danish bersalam dan bertanya khabar kepada rakan lamanya
III Tee Kiat bertolak-tolak ketika menaiki bas
IV Rani mengucapkan terima kasih sewaktu memulangkan buku yang dipinjamnya
daripada Yana
5
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

28. Mengapakah kita perlu mangamalkan nilai berhemah tinggi?


A Supaya dapat berbangga diri dan disanjung masyarakat
B Supaya diri terkenal dan lebih mendapat perhatian
C Supaya dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain
D Dicemburui rakan-rakan

29. Bagaimanakah adab ketika bertemu dengan rakan?


A Memberi salam dan memberikan senyuman
B Berpura-pura tidak nampak rakan
C Bersalam tetapi memandang ke arah lain
D Menepuk bahu rakan dengan kuat

30. Pilih sikap pelajar yang mengamalkan nilai bertoleransi.


I Memberi ruang untuk adik belajar dengan tenang
II Menjaga kepentingan diri sendiri dan orang lain
III Cepat melenting apabila berhujah
A I sahaja C II dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II, dan III

Soalan 31 hingga 33 berdasarkan maklumat di bawah.

Karim - Islam Ramu - Hindu


- Anak seorang guru - Anak seorang pemandu lori
- Pemalu dan baik hati - Suka menolong orang lain dan
banyak bercakap
Joseph - Kristian
- Anak orang kaya Wai Mun - Buddha
- Peramah dan suka - Anak seorang penjual ikan
bergurau - Suka mambaca dan
31. Walaupun keempat-empat individu di atas mempunyai banyak perbezaan, namum
pendiam
mereka boleh berkawan rapat. Mereka sanggup bertolak ansur dan saling menerima
antara satu sama lain. Mereka mengamalkan nilai
A kasih sayang C rasional
B toleransi D hemah tinggi

32. Mereka sedar bahawa kemampuan memahami keunikan individu adalah


A amalan hidup zaman dahulu
6
B adab dalam hidup bermasyarakat
C amalan setiap makhluk dalam dunia
D asas perpaduan dalam hidup bermasyarakat

33. Antara ciri-ciri yang diamalkan oleh keempat-empat sahabat tersebut ialah
A amalan bertegur sapa sesama ahli masyarakat
B kesanggupan seseorang memuliakan ahli masyarakat
C bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat
D sentiasa berkelakuan sopan ketika berada bersama ahli masyarakat lain

34. Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan mengamalkan nilai berdikari?
I Dapat meningkatkan potensi diri
II Cepat mendapat pekerjaan setelah tamat persekolahan
III Dapat membina keyakinan diri
IV Tidak membebankan orang lain
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D I, III, dan IV

35. Nilai berdikari dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak dengan cara
I memaksa mereka melakukan kerja di rumah sejak kecil
II menggalakkan mereka melakukan kerja yang mampu dilakukan sendiri
III memberi hukuman berat sekiranya tidak melakukan kerja rumah
IV memberi pujian apabila mereka dapat melakukan kerja rumah sendiri
A I dan IV C I,II, dan III
B II dan IV D Semua di atas

36. Pilih bukan cara untuk membina sikap berdikari pada diri kanak-kanak.
A Bimbing mereka menentukan cita-cita yang sesuai dengan potensi mereka
B Latih mereka bersendirian untuk jangka masa pendek
C Menggalakkan permainan yang mengembangkan kreativiti
D Tidak memberitahu bahawa mereka akan tinggal berasingan apabila besar nanti

37. Apakah kebaikan sikap berdikari?


A Dapat berehat kerana kebanyakan tugas dilakukan oleh orang lain
B Cepat matang dan tidak menyusahkan orang lain
7
C Dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
D Dapat tidur dan bermain dalam jangka masa yang lebih lama

38. Antara berikut, yang manakah menunjukkan bahawa kamu seorang yang berdikari?
I Mengemas bilik sendiri tanpa disuruh oleh ibu
II Membuat sarapan sendiri apabila ibu tidak membuat sarapan
III Meminta pembantu rumah mencucikan kasut sekolah
A I sahaja C II dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II, dan III

39. Aminah seorang pelajar yang rajin. Dia


A Sentiasa menghabiskan kerja sekolah pada saat akhir
B Meninggalkan kerja apabila menghadapi rintangan
C Menghadapi segala masalah dengan hati yang resah
D Sentiasa berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti putus asa

40. Bukti yang menunjukkan Jasmin merupakan seorang yang rajin ialah
A Dia selalu melengah-lengahkan tugas yang diberi kepadanya
B Dia menyiapkan sesuatu kerja dengan terburu-buru
C Dia melakukan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh
D Dia selalu berehat dan bersenang-senang

Soalan 41 hingga 42 berdasarkan rajah di bawah.

Nilai
Q
Nyawa anugerah Tuhan Tidak terlibat dengan
yang amat berharga kegiatan yang
berbahaya
Menghargai
n
nyawa diri dan
orang lain

41. Nilai Q adalah berkaitan dengan


8
A harga diri C hemah tinggi
B kasih saying D kepercayaan kepada Tuhan

42. Definisi nilai Q ialah


A Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
B Tindakan dan keputusan yang tidak membahayakan diri dan nyawa orang lain
C Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas
D Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu menjaga maruah diri

Nilai P Saksama dan tidak berat


43. Pernyataan yang berkaitan nilai P di atas sebelah
ialah
I Ibu bapa memberi pendidikan yang sama kepada setiap anak
II Mengenakan hukuman yang berbeza kepada pelajar yang melakukan kesalahan
sama
III Pembahagian tugas dalam kelas yang memuaskan hati semua pelajar
IV Pembahagian keuntungan yang sama rata dalam kalangan ahli kelab
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D I, III, dan IV

44. Keadilan akan dapat diperoleh apabila kita mempertimbangkan


I Kemenangan di pihak sendiri
II Kesan baik dan buruk
III Kepuasan hati semua pihak
A I sahaja C II dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II, dan III

45. Apabila dilantik menjadi Ketua Kelas, kita perlulah


I Melaksanakan tugas dengan sebaiknya
II Membahagikan tugas dengan adil
III Menyuruh rakan berbuat sesuatu sesuka hati
A I sahaja C II dan III sahaja
B I dan II sahaja D I, II, dan III

Soalan 46 hingga 47 berdasarkan maklumat di bawah.

9
Selaku bendahari Persatuan Sejarah,
saya mesti melaksanakan tanggungjawab
ini dengan amanah dan sempurna.
Amin

Saya menghargai dan menerima Sundram


keistimewaan yang ada pada diri saya.

Mary Lim Saya sentiasa menjaga maruah diri


saya.

Joseph
Saya akan menilai dengan teliti kesahihan
sesuatu maklumat sebelum
mempercayainya.

Letchumy Saya bertindak berasaskan


pertimbangan yang wajar.

46. Siapakah yang mengamalkan nilai rasional?


I Amin III Mary Lim
II Letchumy IV Joseph

A I dan II C II dan IV
B III dan IV D I dan III

47. Amin, Sundram, dan Joseph mengamalkan nilai


I Amanah III Rasional
II Harga diri IV Bertanggungjawab

A I, II, dan III C I, II, dan IV


B II, III, dan IV D I, III, dan IV

48. Cikgu Lee telah menerima aduan daripada ketua kelas Tingkatan 1 Merah bahawa
seorang pelajar yang bernama Diana telah mencuri wang kelas tersebut. Sebagai
seorang yang rasional, Cikgu Lee akan ___________ dengan teliti aduan tersebut.
A melihat C menilai
B merakam D menyoal
10
49. Mengapakah kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak?
A Supaya tidak membuang masa
B Supaya tidak mendatangkan akibat buruk
C Supaya tindakan itu dipuji ramai orang
D Agar menjadi individu yang berfikiran terbuka

50. Pilih sikap yang perlu ada pada diri kita untuk memperoleh keyakinan orang lain
terhadap kita.
I Bercakap bohong
II Ikhlas
III Setia
IV Pegang pada janji
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D II, III, dan IV

11

Anda mungkin juga menyukai