Anda di halaman 1dari 33

Rancangan Integrasi

Murid Untuk Perpaduan


( RIMUP )

Ahli Kumpulan :
1. Muhammad Azman Ariff Bin Jaafar
2. Mohd Noor Safwan Bin Md Noor
3. Nur ‘Amirah Binti Ahmad Shushami
Muhammad Azman Ariff Bin Jaafar

Nur ‘Amirah Binti Ahmad Shushami

Mohd Noor Safwan Bin Md Noor


Sejarah RIMUP….
1. Pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah
menggerakkan pelaksanaan RIMUP.
2. Pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah
rendah pada peringkat awalnya.
3. Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan
tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara
pelaksanaannya.
4. Pada tahun 2004, program ini telah dimantapkan dan
dilaksanakan di sekolah menegah setelah dikaji
semula oleh Kementerian Pelajaran.
5. Buku Panduan RIMUP juga telah diubahsuai bagi
memenuhi usaha perluasan program tersebut.
6. Buku baharu ini dinamakan BUKU PANDUAN
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP).
7. Seterusnya, Kementerian telah mengintegrasikan
pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 iaitu Membina Negara Bangsa.
 Program dan aktiviti integrasi yang dilaksanakan di
sekolah lebih terancang dan berfokus.
• Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksanaan
diperingkat KPM, JPN, PPD, PPG dan Sekolah.
• Perancangan dan Strategi Pelaksanaan berdasarkan
analisis keperluan.
• Melibatkan pemantauan dan pelaporan di semua
peringkat.
Merupakan satu usaha perluasan, pemantapan, dan
penambahbaikan program sedia ada.
a.Lama: Dilaksanakan secara berkelompok di sekolah
rendah sahaja.
Baru : Melibatkan semua sekolah, ‘secara berkelompok’
dan ‘peringkat sekolah’ di semua sekolah rendah
dan menengah.
b.Lama: Tidak semua negeri terlibat.
Baru : Melibatkan semua negeri.
c.Lama : Pelaksanaan aktiviti di peringkat kokurikulum.
Baru : Merentas semua kokurikulum dan kurikulum.
OBJEKTIF
&
PELAKSANAAN
1. Menggalakkan penyertaan
masyarakat setempat, para guru 2. Mewujudkan sikap
dan murid serta warga sekolah kerjasama, tolong-menolong
dari peringkat sekolah rendah dan mewujudkan suasana
hingga sekolah menengah dalam muhibah secara sedar dan
kegiatan-kegiatan khas secara terancang.
bersama.
OBJEKTIF
RIMUP
3. Melahirkan 4. Berkongsi kemudahan,
persefahaman dan peralatan, tenaga dan
toleransi antara murid kepakaran untuk menjayakan
kegiatan-kegiatan khas secara
pelbagai kaum di bersam-sama.
sekolah.
1. Program
Kecemerlangan
Akademik

2. Sukan dan 6. e-Integrasi


Permainan

PELAKSANAAN
AKTIVITI RIMUP

3. Aktiviti
Kokurikulum 5. Meningkatkan
Patriotisme

4. Khidmat
Masyarakat
1. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

• Seminar Menghadapi Peperiksaan


• Karnival Sains dan Matematik
• Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• Jejak Sejarah
• Debat Perpaduan
• Kuiz Bina Bangsa
CONTOH:
2. SUKAN DAN PERMAINAN

• Permainan Tradisional
• Sukaneka / Sukan Rakyat
• Mencari Harta Karun
CONTOH:
3. AKTIVITI KOKURIKULUM

• Kebudayaan
• Sambutan dan Perayaan
• Perkhemahan dan Lawatan
CONTOH:
4. KHIDMAT MASYARAKAT

• Gotong-royong
• Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim
• Bantuan Bencana Alam
• Program ala “Bersamamu”
• Projek Community Chest (projek khas untuk
golongan istimewa)
CONTOH:
5. MENINGKATKAN PATRIOTISME

• Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan


Hari Kebangsaan
• Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara
• Kelab Rukun Negara
• Kempen Kibar Jalur Gemilang
CONTOH:
6. E-INTEGRASI

• satu sistem interaktif virtual dan fizikal


berasaskan tema-tema perpaduan
• ICT digunakan secara kreatif dan inovatif
• mewujudkan minda secara virtual
menggunakan platform ICT
SUMBANGAN
RIMUP
Beri semangat perpaduan kepada pelajar
dalam kalangan sekolah yang berbeza.

Mengeratkan perpaduan dalam kalangan


murid yang berbilang bangsa, etnik,
budaya,  dan agama

Menjalinkan kerjasama yang erat untuk


mencapai kesepaduan kaum yang diharapkan.
Mewujudkan keamanan, keharmonian dan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Memupuk dan menyemaikan sikap bersatu


padu dalam kalangan pelajar sejak mereka
di bangku sekolah lagi

Pupuk jiwa patriotik dan harus dipupuk dan


disemai  dalam kalangan anak-anak sejak
awal lagi
Meningkatkan pembinaan Negara Bangsa

Melahirkan generasi Malaysia yang


bersemangat muhibbah dan memiliki jiwa
dan peribadi unggul serta mampu
menghadapi cabaran secara kolektif.

Memberi peluang kepada peserta


berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama
dan bertolak ansur diantara pelbagai kaum
Kajian Pelaksanaan RIMUP

• Hasil kajian yang dilakukan oleh jemaah Nazir,


terdapat sekolah yang tidak melaksanakan program
RIMUP secara bersunguh-bersungguh
• Terdapat juga sekolah yang melaksanakan program
RIMUP, tetapi tidak melaporkan penganjuran aktiviti
atas nama RIMUP.
KESIMPULAN

1. Pada pandangan saya, Program ini tidak dapat


mencapai matlamat yang diidam-idamkan.
2. Hal ini kerana terdapat beberapa masalah yang
membelenggu program ini daripada mencapai
kejayaan.
3. Masalah ini boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu murid, ibu bapa dan guru-guru.
MURID…..

1. Murid tidak memberikan kerjasama yang baik


ketika menjalani program yang telah dirancang
oleh pihak sekolah.
2. Terdapat sesetengah pelajar yang sangat kuat
semangat perkauman mereka.
3. Pelajar mendapati program yang dilaksanakan
berat sebelah.
4. Pelajar tidak memahami tujuan sebenar program
yang dijalankan disekolah.
5. Oleh itu, mereka tidak memberikan sepenuh
perhatian dalam menjalankan aktiviti.
Ibu Bapa….

1. Pada pendapat saya, ibu bapa juga tidak memberikan


kerjasama dalam melaksanakan program yang
dirancang oleh sekolah.
2. Terdapat juga semangat perkauman dalam diri
ibubapa yang menyebabkan program ini tidak
berjaya.
3. Ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka hadir
ke sekolah pada waktu petang.
4. Mereka juga sukar menghadiri program akibat
kekangan masa dan kerja.
5. Akibatnya, anak-anak terdorong untuk tidak hadir
program di sekolah.
Guru….

1. Kebanyakan guru tidak memahami objektif RIMUP


ini.
2. Hal ini kerana mereka tidak mendapat taklimat yang
lengkap daripada guru besar atau PPD atau JPN.
3. Terdapat juga sesetengah guru yang malas dan tidak
mahu memberikan kerjasama untuk menjayakan
program tersebut.
4. Program yang dirancang juga tidak menarik minat
murid.
5. Bajet untuk melaksanakan aktiviti kurang.
RUJUKAN
Rujukan Buku

1. Choong Lean Keow ( 2008 ). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Hazri Jamil, Hashim Othman, & Rohizani Yaakub. (Eds.). (2004) Pengantar Kaedah
Mengajar Mata Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma
Publication Sdn. Bhd.

3. Noriati A. Rashid ( 2011 ). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

4. Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon ( 2010 ). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia.
Rujukan Internet

1. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/11/jejak-sejarah-rimup-
hargai-erti.html
2. http://www.slideshare.net/cikgupaklong/dasar-pelaksanaan-rimup-2008-
presentation
3. http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-
objektif.html
4. http://mbsskl.edu.my/k_ubk/category/rimup/
5. http://www.scribd.com/doc/28089188/DASAR-PELAKSANAAN-RIMUP
6. http://www.scribd.com/doc/48689871/artikel-utusan-malaysia
The End…..

Anda mungkin juga menyukai