Anda di halaman 1dari 8

Butiran Mengajar Forehand dan Backhand

1. Forehand
 Mata pandang bulu tangkis.
 Ayunkan raket ke belakang.
 Sebelah tangan lagi diluruskan.
 Ayun raket dari belakang ke depan dengan tangan lurus.
 Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
 Ikut lajak.

2. Backhand
 Mata pandang bulu tangkis.
 Kaki kanan menyilang ke kiri.
 Kilas raket separas bahu.
 Pukul bulu tangkis.
 Ikut lajak.
Cara memegang raket forehand

1. Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket
dengan cara seperti ‘jabat tangan’. Bentuk ‘V’ tangan diletakkan pada bahagian
gagang raket.
2. Tiga jari, iaitu jari tengan, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan
jari telunjuk agak terpisah.
3. Letakkan ibu jari do antara tiga jari dan jari telunjuk.
Cara Memegang Raket Backhand

Untuk backhand griop, geser "V" tangan ke arah dalam. Letakkan tangan di samping
dalam bantalan jempol berada pada pegangan raket yang lebar.

Cara Latihan memegang raket badminton


Sebelum melakukan latihan pukulan, pemain perlu dilakukan latihan untuk adaptasi
menggerak-gerakkan pergelangan tangan dengan tetap dan memegang raket dengan
benar.

1. Peserta dilatih selalu biasa dengan memegang raket dengan jari-jari tangan, luwes,
dan tetap rileks, tetapi tetap mempunyai tenaga.

2. Lakukan gerakan raket ke arah kanan dan kiri, dengan menggunakan tenaga
pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang, sehingga terasa
terjadinya tekukan pada pergelangan tangan.

3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah.


4. Memukul bola (kok) ke tembok.

Kesalahan Yang Terjadi

a. Memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat dan sejajar.

b. Posisi "V" tangan berada pada bahagian grip raket yang lebar.
Strategi pengajaran dan pembelajaran (forehand dan backhand)

1. Secara individu

M K

K sebagai pembantu membuat servis ke M. M akan membuat pukulan forehand ke


arah kanan dan kiri K. Gerakkan kaki M ke arah bola pastinya betul. Strategi ini
membolehkan murid menguasai pukulan forehand ke pelbagai arah gelanggang.
Selepas menguasai pukulan forehand, pemain akan menggunakan strategi yang
sama untuk melakukan pukulan backhand.

M K

K masih menjadi sebagai pembantu membuat servis ke M. M mumbuat pukulan


forehand ke arah K dan K menyambut bola lalu membuat pukulan ke M lagi. Pukulan
diteruskan sehingga bulu tangkis (shuttlecock) jatuh ke lantai. Selepas membuat
pukulan sebanyak 10 kali, pemain akan ditukar menggunakan pukulan backhand
dengan strategi yang sama. Strategi ini melatih kepantasan pemain terhadap bulu
tangkis. Namun strategi ini kurang sesuai bagi kelas yang mempunyai murid yang
banyak kerana ia amat membazirkan masa.

2
1

M K

4 3

M berdiri di atas gelanggang badminton dan mata memandang bulu tangkis yang akan
diservis oleh K. K akan membuat servis ke 1 dan M perlu bergerak ke arah 1 untuk
menerima bola dan membuat pukulan backhand ke K. Selepas itu, K akan menghantar
bola ke 2 dan M perlu gerak ke 2 menyambut dan membuat pukulan backhand ke K.
Langkah diulang bagi arah 3 dan 4 dengan bertukar menjadi pukulan forehand. Situasi
ini hanya sesuai untuk pemain yang memegang raket dengan tangan sebelah kanan.
Jika pemain tersebut adalah kidal, bagi arah 1 dan 2 pemain hendak melakukan
pukulan forehand dan arah 3 dan 4 adalah pukulan backhand. Strategi ini bertujuan
untuk menguji kepantasan dan refleks terhadap bula tangkis.
2. Secara berpasangan

M2 M1 K1 K22

K1 akan menghantar bulu tangkis ke M1 dan M1 membuat pukulan forehand ke K1. K2


pula akan membuat hantaran bulu tangkis ke M2 dan M2 akan membuat pukulan
backhand ke K2. Selepas membuat 10 set pukulan, kedua-dua pasangan bertukar
tempat iaitu M1 bertukar dengan M2 dan K1 bertukar dengan K2 untuk melakukan
pukulan. Pasangan yang berada di hadapan jaring akan melakukan pukulan forehand
manakala pasangan yang jauh daripada jaring akan melakukan pukulan backhand.
Strategi ini lebih mengutamakan pemain melatih kekuatan tangan untuk melakukan
pukulan backhand.

1
3

M2 M1 K1 K22

4 2

K1 akan membuat servis dan menghantar bulu tangkis ke arah 1 dan M1 akan bergerak
untuk menerima bulu tangkis dan membuat pukulan backhand. Selepas itu, K1
menerima bulu tangkis dan membuat pukulan ke arah 2 dan M1 bergerak untuk
menerima bola dan membuat pukulan forehand. Situasi ini hanya sesuai untuk pemain
yang memegang raket sebelah tangan kanan. Bagi pemain kidal, mereka akan
membuat pukulan forehand di 1 dan backhand di 2. Pasangan K2 dan M2 melakukan
perkara yang sama dengan pasangan K1 dan M1, strategi mereka hana berbeza dari
segi jarak menerima dan membuat pukulan bulu tangkis. Selepas 10 set, setiap
pasanagan saling bertukar tempat untuk melakukan pukulan pada jarak yang berbeza.
Strategi ini melatih pemain bergarak ke arah yang berbeza untuk menerima dan
membuat pukulan forehand dan backhand. Selain itu, strategi ini juga melatih kekuatan
tangan dan tindak balas terhadap gerakan bulu tangkis.

Anda mungkin juga menyukai