Anda di halaman 1dari 6

Anna Asriani Muchlis

F81108002

Ilmu Sejarah

dinasti Zhou peletak dasar dari kebudayaan Cina.Alasannya karena yang

pertama kenapa dinasti Zhou disebut seperti itu adalah peletakan dasar dari feodalisme.

Pada masa itulah feodalisme mulai dikembangkan sebagai sistem pemerintahan Cina.

Sebelumnya (pada dinasti Shang), sistem pemerintahan dibagi menjadi 4 pembesar

dengan meletakkan kaisar sebagai pusat. sementara peraturan dan birokrasi

pemerintahan belum dilakukan dengan baik.

Alasan kedua adalah banyaknya aliran filsafat yang berkembang -pada masa itu. Pada

masa zaman negara-negara berperang (Zhan Guo Shidai) berbagai macam aliran

berkembang sesuai dengan tuntutan masyarakat untuk mencari “jalan hidup” danaliran

terbaik untuk mencapai kehidupan bahagia. Pada masa itulah berbagai filsuf dan aliran

filsafat berkembang. Di antaranya yang terbesar adalah Legalisme (fa jia), Mohisme (mo

jia), dan Konfusianisme (ru jia). Untuk mo jia dan fa jia akan dibahas dalam posting

lainnya.

Konfusianisme adalah aliran filsafat yang dikembangkan oleh Konfusius (Kong Zi). Beliau

adalah seorang filsuf dari negara Lu. Prihatin dengan keadaan negerinya, ia berkelana

untuk menyebarkan ajarannya yang berkisar pada masalah moral. Ada beberapa ajaran

besar dari Konfusius antara lain:

1. Wu Lun (lima hubungan utama). Ajaran ini mengajarkan manusia untuk menjaga lima

hubungan utama yaitu antara raja-menteri, bapak-anak, suami-istri, kakak-adik (laki-

laki) dan antar teman.

2. Bahwa semua manusia itu pada dasarnya baik. Meng Zi menyatakan bahwa semua

manusia itupada dasarnya baik. Untuk itu, yang diperlukan adalah kesadaran moral untuk
membuat manusia menyadari kesalahannya. Hukum yang ketat tidak diperlukan apabila

semua manusia sudah memiliki kesadaran moral yang baik.

Cina dalam mengembangkan kebudayaanya. Cina saat mengembangkan kebudayaan

(culture) dalam rangka usahanya untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Cina saat ini

mengalami “defisit kultural” yang serius, artinya Cina tidak mempunyai cukup kekuatan di

pasar kebudayaan dunia. Dan Cina tidak akan memnjadi kekuatan kebudayaan sampai Cina

menguasai pangsa pasar kebudayaan di pasar kebudayaan dunia.

Warisan Budaya Cina

Adat Budaya Cina

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan

seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan

mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik

mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan

dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza

mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan

seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Kelahiran 

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina

dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas

lahir.           

Sewaktu Mengandung 

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat

Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal

lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.
Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di

dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.

Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan

bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak

lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak

perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila

berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

  Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. 

Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana

dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal

tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang.

Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.

Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya

kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum

lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini

adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut

mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi

penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam”

seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi

akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk

menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat
bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke

atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya

lelaki jika perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh

hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat

bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini

bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali

pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak

tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala

pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir

selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan

telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat

Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan

menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada

beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama

ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai

dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan

semula tenaga.
Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri ia itu

apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah

dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah

kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih

dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati

ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut

Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah

rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk

menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru

ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata

kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama

ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu

mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan

matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi

nama bayi yang baru lahir.

 Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang

kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

 Bunyi nama mestilah sedap didengar.

 Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil

tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

 Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama

berat.
 Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta

saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang

yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga

akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan

atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala

menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang

masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Anda mungkin juga menyukai