Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN 1a : UJIAN 1 (72 MARKAH)

NAMA : ZURIATI BT AB RAHMAN


NO MATRIK : D20102040644
KUMPULAN : EL-D05
Tugasan 1a : Ujian 1 (72 markah)

Soalan 1: Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti
mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan menggunakan contoh-
contoh yang spesifik, bincangkan bagaimana langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi
menyokong dapatan kajian tersebut.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang apabila diikuti mampu
merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik darjah. Namun begitu aras penyoalan berbeza
dan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Antara langkah-langkah penyoalan yang dapat merangsang kemahiran
berfikir dan pembelajaran yang produktif adalah seperti berikut:

Langkah satu, guru mengajukan soalan kepada seluruh kelas, baik yang ingin menjawab secara
sukarela mahupun sebaliknya. Mulai penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan
menjawab (jika perlu). Perlu diingat, guru mesti mengelak daripada memilih murid tertentu sajaha
sebelum mengajukan soalan.

Selain itu, soalan yang diajukan mesti tepat dan tidak menggunakan ayat melerek-lerek sehingga
menyukarkan murid dan secara tidak langsung murid akan malas menjawab soalan tersebut. Di samping
itu, guru juga mesti setarakan soalan mengikut kebolehan murid supaya murid berasa seronok apabila
mampu menjawab dan seterusnya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Soalan
yang diajukan juga mestilah seimbang mengikut tahap. Di mana soalan tahap rendah menggalakkan dan
merangsang penyertaan murid lebih ramai berfikiri manakala soalan tahap tinggi membina kemahiran
berfikir aras tinggi serta meningkatkan kefahaman. Selain itu, elakkan daripada mengajukan soalan
panjang dan berbentuk mengancam. Ini kerana ia akan menyebabkan murid mempunyai perasaan takut
atau negatif setiap kali guru bertanya soalan serta menghadkan respon yang diperolehi.

Contoh soalan aras rendah: Apakah nama bunga kebangsaan kita?

Contoh soalan Aras Tinggi : Bagaimanakah tumbuhan membuat makanannya

Sendiri?

Langkah ke dua guru mesti memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time) kepada murid selepas
soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid. Masa berfikir yang sesuai
adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diajukan iaitu antara 3-5 saat untuk soalan biasa
dan soalan yang lebih mencabar mesti dipanjangkan sedikit masa. Ada kemungkinan masa yang diberi
bukan sahaja lebih panjang bahkan murid juga perlu diberi peluang berbincang dalam kumpulan.
Mengikut kajian, peruntukan masa berfikir yang sesuai dapat meningkatkan kemahiran anlitik dan
menyelesaikan masalah.

Langkah ke tiga pula guru memilih murid yang hendak menjawab soalan secara sukarela.
Contohnya guru mengajukan soalan terbuka kepada semua pelajar, dan meminta sesiapa yang sukarela
untuk menjawab soalan itu dengan mengangkat tangan dan menjawab soalan itu. Pemilihan murid
secara rawak berupaya mengekalkan perhatian murid sepanjang sesi soal-jawab. Selain itu, jika murid
menjawab secara beramai-ramai pula guru mestilah memanggil nama murid tertentu untuk menjawab
soalan tersebut dengan lebih jelas lagi. Namun begitu, sebelum guru mengajukan soalan, terlebih guru
mestilah mengingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan dan
sebagainya, agar keadaan kelas terkawal dan tidak merugikan masa.

Langkah seterusnya dalam penyoalan adalah amat penting bagi guru dan murid-murid lain
memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid. Selain itu guru juga mesti
memberi respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan murid. Contohnya dengan mengatakan “ jawapan
kamu salah”. Sebaliknya guru mengolah jawapan murid menggunkan ayat yang berbeza, jika guru ingin
meneruskan perbincangan dan soal-jawab berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan
murid dengan peneguhan positif. Manakala jika jawapan murid salah, kenal pasti bahagian yang betul
serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau jawapan alterantif daripada murid lain.

Selain itu langkah seterusnya beri galakan jika murid tidak boleh menjawab. Misalnya dengan
memberi klu atau isyarat bagi memudahkan mereka menjawab soalan yang diajukan. Di samping itu
guru juga perlu mengolah semula soalan kepada bentuk yang mudah difahami. Seterusnya guru juga
boleh menyoal lebih lanjut bagi mendapatkan penjelasan tentang idea murid, mencabar murid dan
seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi. Contoh soalan tahap tinggi di mulai dengan “
Mengapa?”, “ Bagaimanakah kamu tahu?”, “ Boleh terangkan lebih lanjut?”, Apakah buktinya”, dan
sebagainya. Tujukan soalan yang sama kepada murid lain, sebelum menerima sesuatu jawapan ataupun
tujukan soalan lain yang dibangkitkan murid kepada murid lain. Kemudian kaitkan semua jawapan dan
idea murid untuk membantu murid membuat satu kesimpulan.

Langkah seterusnya dalam penyoalan ialah guru harus memberi penekanan atau membuat
ringkasan jawapan tepat yang boleh diterima. Kemudian guru mesti menyatakan semula tujuan atau
soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh
diterima dengan seboleh-bolehnya menggunakan jawapan murid. Manakala bagi penyoalan yang
bertujuan mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah ini tidak sesuai. Sebaliknya ajak
murid menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya, itupun jika soalan berbentuk inkuiri.
Soalan 2 : Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan tentang perhubungan
antara pembolehubah.

Soalan 2(a). Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang boleh
dicapai melalui aktiviti tersebut di atas.

Pengajaran induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian


membuat generalisasi atau kesimpulannya. Manakala Kaedah pengajaran secara inkuiri induktif
terbimbing pula berbentuk guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama murid merancang
mengemukan beberapa contoh khusus, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-
muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam
setiap contoh itu. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Hasil pembelajaran yang sesuai
dengan kaedah pengajaran inkuiri induktif terbimbing adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran : Sains

Tajuk : Elektrik

Tahun : 3 Firdaus

Hasil Pembelajaran : 2.2.1

Ramalkan bahan mana yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Berdasaran hasil pembelajaran yang dipilih domain pembelajaran yang terlibat ialah:

1.Domain Kognitif

- mengenal pasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

menyatakan apa yang berubah setelah menghubungkan bahan bukan konduktor ke litar elektrik.
2. Domain Afektif

- Murid mengeluarkan buku teks dan bersedia untuk belajar.

- Murid cuba menyambung bahan-bahan yang diberi ke litar untuk menguji

sama ada bahan tersebut konduktor atau tidak.

-Menanam sikai kerjasama dan tolak ansur di dalam kumpulan

3.Domain Psikomotor

- Murid dapat melakukan aktiviti ujikaji untuk mengenal pasti bahan konduktor dengan baik.

Soalan 2 (b): Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat hasil
pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya
melalui kaedah ini?

Saya memilih hasil pembelajaran tersebut kerana ia sesuai dengan kaedah pengajaran Inkuiri Induktif
Bimbingan. Berdasarkan segala aktiviti yang dirancang hasil pembelajarannya amat sesuai dengan
kaedah ini. Yang mana semasa murid melakukan eksperiman/ ujikaji, guru hanya memantau dan
membimbing. Selaian itu kaedah ini dapat ini dapat memberi kefahaman dan ingatan yang tinggi kepada
setiap murid apabila mereka melakukan sendiri eksperimen tersebut.

Semasa set induksi berlangsung guru merangsang murid berfikir dengan meminta murid memerhati
satu model litar elektrik yang lengkap dan meminta murid menyatakan apakah punca mentol menyala.
Seterusnya murid diminta menyebut bahan-bahan yang tedapat di dalam bakul yang disediakan kepada
setiap kumpulan. Kemudian murid diminta meramal bahan yang diberi sama ada kondukor ataupun
tidak. Untuk mengukuhkan dan menjelaskan lagi jawapan murid, Seterusnya murid diminta membuat
penyiasatan keatas bahan-bahan tersebut dengan menyambung bahan-bahan tersebut pada litar yang
dibina. Guru hanya memantau aktiviti murid.
Kaedah ini juga menggalakkan murid bekerjasama antara kumpulan. Selain itu kaedah ini membolehkan
murid bergerak daripada situasi atau contoh spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu
menyebabkan murid ‘menemui’ prinsip, hukum, atau teori.

Soalan 2(c) : Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa fasa 2
pengajaran ( menstruktur/ menstruktur semula idea) mengikut model pengajaran 4-fasa dengan
memberikan contoh-contoh spesifik merujuk kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih
kurang 30 minit.

Tajuk pengajaran ialah Elektrik. Objektif pembelajaran ialah setengah bahan adalah konduktor
elektrik .Hasil pembelajaran ialah ramalkan bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Pengajaran bermula dengan set induksi yang mengambil masa selama 5 minit. Set induksi bermula
dengan guru merangsang murid berfikir dengan meminta murid memerhati set litar elektrik yang
lengkap dan meminta murid menyatakan kenapa mentol tersebut menyala. Guru meminta murid
menyatakan hasil pemerhatian mereka. Guru mencungkil idea murid dengan mengajukan soalan “
apakah yang menyebabkan mentol menyala. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan
dipelajari.

Aktiviti fasa kedua dalam pengajaran dan pembelajaran saya ialah dalam langkah pertama iaitu guru
memberi sebuah bakul berisi bermacam-macam jenis bahan kepada setiap kumpulan. Kemudian murid
diminta menyatakan jenis-jenis bahan yang terdapat dalam bakul tersebut. Berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid dapat menyatakan bahan-bahan tersebut iaitu kertas, besi, klip kertas, sudu plastic,
sudu besi, paku, pemadam, butang plastic dan penyedut minuman.

Aktiviti fasa kedua yang seterusnya ialah dalam langkah kedua iaitu aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan
diminta membina litar elektrik lengkap, kemudian cuba membuat penyaiasatan keatas bahan-bahan
yang dinyatakan tadi dengan menyambung bahan tersebut kepada litar yang dibina. Guru hanya
memantau dan membimbing menyelesaikan masalah. Kemudian murid diminta membuat persembahan
hasil dapatan mereka. Melalui pengalaman murid, murid dapat menyatakan bahawa aktiviti yang di buat
pernah dilakukan dirumah iaitu semasa hendak membuka sesuatu alat elektrik yang plugnya ada kaki
tidak sama dengan lubang soket yang hendak dimasukkan. Caranya murid telah menusuk salah satu
daripada lubang tersebut dengan sebatang pensil. Cara ini adalah baik untuk keselamatan kerana pensil
bukan bahan konduktor.
Seterusnya aktiviti pengayaan murid diminta menyelesaikan tugasan diberi. Murid diberi soalan
latihan berbentuk struktur. Murid juga di minta melukis semula litar elektrik yang lengkap pada
bahagian yang disediakan.

Pembelajaran ditutup dengan guru meminta murid membuat refleksi tentang apa yang telah
dipelajari.

Soalan 2 (d) : Apakah ciri utama dalam aktiviti anda janakan itu, yang menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing?

Ciri-ciri utama dalam aktiviti yang dijanakan menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dapat
mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif terbimbing ialah:

1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan contoh khusus berkaitan topik diikuti dengan
aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-murid, seperti dalam aktiviti pengajaran, guru meminta
murid menyatakan jenis-jenis bahan yang terdapat dalam bakul yang diberi dan meminta murid
menyatakan antara bahan tersebut yang mana bahan konduktor elektrik.

2. Murid melakukan aktiviti pembelajaran menyelesaikan masalah secara kumpulan, manakala guru
hanya memantau aktiviti dan membimbing murid. Dengan kata lain murid terlibat secara aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti dalam aktiviti pembelajaran murid diminta membuat
penyaiasatan keatas bahan-bahan yang terdapat dalam bakul untuk menguji bahan mana konoktur
elektrik dan bukan. Kemudian murid membentangkan hasil dapatan mereka diikuti murid soal jawab
dengan murid.
Soalan 2 (e) : Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak
melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.

Aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan
antara pembolehubah ialah:

1. Peringkat permulaan pangajaran untuk guru memperkenalkan tajuk dan menerangkan hasil
pembelajaran serta mencungkil idea sedia ada murid tentang tajuk dan konsep yang hendak diajar.
Terdapat pelbagai cara mencungkil idea seperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan
kumpulan dan membuat demostrasi.

2. Permualaan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan dijana
guru terlebih dahulu.

3. Murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan hujah masing-masing.
Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang.

4. Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari,
bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut dan membandingkannya dengan idea asal
yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai