Anda di halaman 1dari 5

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat
18 Februari 2000 / 12 Zulkaedah 1420
Adab-adab berkawan
‫ َو َبيَّ َن لَ ُه ْم‬، ‫َّاس ُش عُ ْوبًا َو َقبَائِ َل لِيََت َع َارفُوا‬ ‫ن‬
َ َ ََ‫ال‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ج‬ ‫ي‬ ِ َّ‫اَلْحم ُد لِلَّ ِه ال‬
‫ذ‬ َْ
‫ َوأَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلَ هَ إِالَّ اللَّهُ َو ْح َد ُه‬، ‫ْم َعا َش َر ِة لِتَ ْستَ ِق ْي َم َحيَا ُت ُه ْم‬ ِ
ُ ‫َك ْيفيَّةَ ال‬
‫ص ِّل َو َس لِّ ْم‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬، ُ‫َن ُم َح َّم ًدا َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُه‬
َّ ‫َش َه ُد أ‬
ْ ‫ َوأ‬، ُ‫ك لَ ه‬ َ ْ‫الَ َش ِري‬
‫َج َم ِع ْي َن َو َم ْن تَبِ َع هُ إِلَى َي ْوِم‬ ِ
ْ ‫ص ْحبِه أ‬
ِ ِ ‫َعلَى س يِّ ِدنَا مح َّم ٍد و َع‬
َ ‫لى آل ه َو‬ َ َ َُ َ
. ‫الدِّيْ ِن‬
. ‫ َّات ُقوا اللَّهَ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِ ُح ْو َن‬، ‫َّاس‬
ُ ‫ َفيَا أ َُّي َها الن‬، ‫أ ََّما َب ْع ُد‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan


melaksanakan apa jua suruhannya dan menjauhi apa jua
larangannya.

Antara perkara yang perlu kita berikan perhatian adalah adab


dan cara berkawan. Tidak ada manusia yang dapat hidup
bersendirian. Setiap satu dari kita mengharapkan yang lain.
Setiap dari kita tidak boleh lari dari berkawan. Inilah antara
hikmah Allah s.w.t menciptakan manusia berbagai bangsa,
warna dan bahasa. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-
Hujurat, ayat 13:
‫َّاس إِنَّا َخلَ ْقنَا ُك ْم ِم ْن ذَ َك ٍر َوأُنثَى َو َج َعلْنَا ُك ْم ُش عُوبًا َو َقبَائِ َل‬
ُ ‫يَاأ َُّي َها الن‬
‫يم َخبِ ٌير‬ ِ‫لِتعارفُوا إِ َّن أَ ْكرم ُكم ِع ْن َد اللَّ ِه أَْت َقا ُكم إِ َّن اللَّه َعل‬
ٌ َ ْ ْ ََ َ ََ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya.

Inilah tujuannya. Agar kita berkenal-kenalan. Akan tetapi setiap


sesuatu ada panduannya. Islam adalah agama yang syumul,
yang lengkap, yang menyeluruh. Maka Islam telah meletakkan
panduan untuk kita apabila kita ingin berkawan. Antara perkara
pertama yang perlu kita fahami adalah jenis orang yang kita
harus ambil sebagai kawan atau sahabat. Rasulullah s.a.w
bersabda:
‫َح ُد ُك ْم َم ْن يُ َخالِ ُل‬ ِِ ِ ِ
َ ‫اَل َْم ْرءُ َعلَى ديْ ِن َخل ْيله َفلَْي ْنظُْر أ‬
“Seseorang adalah atas agama rakannya, maka hendaklah
setiap dari kamu memerhatikan siapakan yang harus dipilih
menjadi rakan.”

Inilah kaedah orang Islam dalam bersahabat. Rasulullah


mendidik kita agar memilih sahabat yang dapat mendorong kita
menambah kebajikan dan amal soleh. Kerana setiap dari kita
akan terkesan dengan sifat, ugama dan kelakukan kawannya.
Kawan yang sopan, kawan yang mempunyai budi pekerti yang
tinggi akan mendorong kita untuk mempunyai sifat mulia
sepertinya. Akan tetapi jika kita mengambil seseorang sebagai
sahabat yang mana sifatnya adalah cenderung kepada
melakukan maksiat dan keburukan, lama-kelamaan kita juga
akan terdorong untuk melakukan maksiat itu. Juga jika kita
mengambil seorang sahabat yang suka berkat kotor,
berbohong, memaki-hamun, lama-kelamaan kita juga akan
mempunyai mulut yang cabul sepertinya. Jika kita mengambil
kawan yang suka berborak-borak, membuang masa di kedai-
kedai kopi, maka lama-kelamaan akan sekaki dengan mereka.
Maka perhatikanlah dan selidikilah sebelum kita mengambil
seseorang sebagai sahabat. Allah s.w.t berfirman didalam
surah Al-Kahfi, ayat 29:
‫َوالَ تُ ِط ْع َم ْن أَ ْغ َفلْنَ ا َقلْبَ هُ َع ْن ِذ ْك ِرنَا َو َّاتبَ َع َه َواهُ َو َك ا َن أ َْم ُرهُ ُف ُرطًا‬
Ertinya: Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut
hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui
kebenaran..

Inilah jenis orang yang mana kita dilarang untuk mengambilnya


sebagai sahabat. Orang yang lali hatinya dari mengingati Allah.
Orang yang lebih cenderung kepada melakukan maksiat dari
amal soleh. Sebaliknya Allah s.w.t menyuruh kita agar
mengambil orang-orang yang sukat beramal soleh dan selalu
bertaubat kepada Allah sebagai sahabat kita. Firman Allah s.w.t
didalam surah Luqman, ayat 15:
‫اب إِلَ َّي‬
َ َ‫يل َم ْن أَن‬ِ‫واتَّبِ ْع َسب‬
َ َ
“Dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada
Ku (Allah).”

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Sering kita mendengar keluhan atau membaca laporan tentang


bagaimana anak-anak yang baik kelakuannya ketika kecil tiba-
tiba berubah menjadi seorang yang liar apabila sudah berumur
belasan tahun. Kita tidak faham, bagaimana asuhan kita
terhadap anak-anak kita akan diabaikan apabila mereka sudah
bersekolah menengah. Mereka lebih pentingkan kawan dari
keluarga. Mereka mengambil sifat-sifat buruk yang tidak pernah
kita lihat dalam diri mereka sebelum ini.

Sebenarnya, punca utama adalah jenis kawan mereka.


Seseorang remaja yang memelih kawan yang buruk akan
secara semulajadi ingin mengikuti cara kawannya itu. Jika
kawannya merokok, dia akan cuba merokok juga. Jika
kawannya suka melepak, dia juga suka melepak. Jika
kawannya tidak suka belajar, dia juga akan akhirnya hilang
minat untuk belajar. Akhirnya timbullah masalah, yang bukan
sahaja menghantui keluarga tersebut malah memberikan malu
dan beban kepada masyarakat.

Jadi apakah jalan keluarnya? Didikan dan asuhan rohani. Kita


didik mereka bukan sahaja dengan budi pekerti, tetapi juga
dengan sentiasa memperingatkan mereka akan jenis manusia
yang boleh dijadikan kawan. Keluarga adalah benteng pertama.
Keluarga adalh unit terpenting dalam satu-satu masyarakat.
Oleh kerana itu, negara kita telah meletakkan nilai keluarga
yang utuh sebagai salah satu nilai-nilai utama negara. Apabila
seorang anak faham dan mampu mengenal kawan yang baik
dari kawan yang buruk, maka dia akan terselamat perjalanan
hidupnya. Untuk mengenal siapakah kawan-kawan anak kita,
undanglah mereka ke rumah kita. Berkenal-kenallah dengan
mereka. Perhatikan siapakah yang wajar anak kita berkawan
dan siapakah yang tidak wajar. Kemudian nasihatilah anak kita
dengan baik, siapakah yang harus dia berkawan dan siapakah
yang tidak harus. Sesungguhnya apabila kita menjalankan
tugas ini dengan hikmah, anak-anak kita akan menghargai
nasihat dan panduan dari kita.

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Saya tidak bermaksud bahawa kita menjauhkan diri dan


memasamkan muka terhadap semua orang yang kita rasa tidak
layak untuk kita berkawan, sehingga kita tidak bertegur-sapa
dengan mereka. Seorang kawan adalah berbeza dari seorang
kenalan. Seorang kawan adalah orang yang kita dampingi dan
rapat. Seorang yang kita kongsi bersama beberapa rahsia dan
curahan hati kita. Inilah jenis yang kita harus berhati-hati
apabila kita mengambilnya sebagai kawan.

Adapun seorang kenalan adalah mereka yang kita kenal. Kita


tidak rapat dengannya. Kita tidak mengongsi curahan hati kita.
Dan kita tidak terikut-ikut dengan perbuatannya. Kenalan boleh
datang dari berbagai jenis lapisan masyarakat. Yang baik dan
jahat. Yang Islam dan bukan Islam. Tidak ada halangannya.
Malah kita diharuskan agar berlaku baik kepada semua orang,
sentiasa menguntum senyum kepada mereka kerana senyum
itu adalah sedekah. Kita bercakap lembut dengan mereka dan
menghormati mereka. Tetapi kita meletakkan had pergaulan
kita, jangan sampai kita terikut-ikut dengan cara mereka.

Kita berkawan dengan orang yang baik untuk kita ikuti adab
mereka. Kita berkenal dengan orang yang kurang baik agar
mereka dapat kita nasihati dan menjadi contoh kepada mereka.

‫ َو َن َف َعنِي َوإِيَّا ُك ْم بِ َم ا فِي ِه‬، ‫يم‬ ِ ‫آن ال َْع ِظ‬


ِ ‫ب ار َك اهلل لِي ولَ ُكم فِي الْ ُق ر‬
ْ ْ َ َ َ
‫الوتَ هُ إِنَّهُ ُه َو‬ ِ‫ وَت َقبَّل ِمنِّي و ِم ْن ُكم ت‬، ‫يم‬ ِ ِ ‫ات والِّذ ْك ِر الْح‬
‫ك‬ ِ ‫ِمن اآلي‬
َ ْ َ َ َ َ َ َ َ
، ‫يم لِي َولَ ُك ْم‬ ِ ‫ول َق ولِي ه َذا وأَس تغْ ِفر اهلل الْع‬
‫ظ‬ ُ ُ‫ق‬ َ
‫أ‬ ، ‫يم‬ ِ‫الس ِميع الْعل‬
َ َ ُ َْ َ ْ ُ َ ُ َّ
، ‫ات‬ِ َ‫ والْم ْؤ ِمنِين والْم ْؤ ِمن‬، ‫ات‬ ِ ‫ولِس ائِ ِر الْمس لِ ِمين والْمس لِم‬
ُ ََ ُ َ َ ُْ ََ ُْ َ َ
.‫ين‬ ِ‫اسَتغْ ِفروهُ َفيَا َف ْو َز الْمسَتغْ ِف ِرين ويَا نَ َجا َة التَّائِب‬
َ ََ ُْ ُ ْ َ‫ف‬

Anda mungkin juga menyukai