Anda di halaman 1dari 5

Refleksi tayangan cerita Megamind(27/01/2011)

Pada 27 januari 2011, satu tayangan filem inggeris iaitu Megamind telah
diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Filem ini mengisahkan Megamind dan
Metro Man yang telah menjadi saingan sejak kecil. Megamind dan Metro Man, kedua-
duanya berhati mulia. Namun persepsi orang ramai terhadap Megamind supaya
percaya bahawa dirinya telah ditakdirkan untuk menjadi jahat. Dalam kebanyakan
perkara, Metro Man sering dapat melakukannya dengan betul, manakala kebanyakan
perkara yang hendak dilakukan oleh Megamind berakhir dengan kutukan dan maki
hamun orang ramai. Metro Man dilahirkan dengan kuasa mirip Superman, manakala
Megamind cuma berlandaskan kepintaran dan bakat rekacipta luar biasa yang
dimilikinya. Metro Man membesar sebagai wira, manakala Megamind pula menjadi
penjahat yang paling berbakat dalam menghasilkan pelbagai rekacipta. Hobinya
menculik Roxanne Ritchi, supaya kemudiannya diselamatkan oleh Metro Man. Pada
suatu hari, tanpa disangka-sangka Megamind telah berjaya menghapuskan Metro Man.

Hal ini menyebabkan bandaraya Metro City menjadi kacau bilau. Akhirnya,
Megamind berasa sangat bosan dan dilanda kemurungan. Megamind berpendapat
tidak ada maknanya lagi untuk dirinya berperanan sebagai penjahat sekiranya tidak ada
kuasa kebaikan yang datang menentangnya. Megamind juga berasa sangat sedih
kerana telah berjaya menghapuskan Metro Man. Akhirnya, Megamind telah berjaya
mendapatkan DNA Metro Man, lalu tanpa disengajakan, DNA tersebut telah tersuntik ke
dalam lubang hidung Hal Stewart. 

Hal Stewart akhirnya memiliki kuasa luar biasa. Kemudian Megamind dan Minion
masing-masing menyamar sebagai Bapa Kandung Angkasa Lepas Hal Stewart dan Ibu
Tiri Angkasa Lepas Hal Stewart. Mereka melatih Hal Stewart menjadi Titan, wira baru
yang bakal menentang Megamind. Namun usaha mereka menjadi angin apabila
Stewart tidak berminat menjadi Titan, sebaliknya lebih berminat menjadi penjahat yang
dikenali sebagai Tighten. Tighten mendatangkan kerosakan pada muka bumi ini. Rasa
cemburunya terhadap percintaan Roxanne Ritchi dengan Bernard (lakonan suara oleh
Ben Stiller) serta penipuan yang dilakukan oleh Megamind yang menyamar sebagai
Bapa Angkasa Lepas dan Bernard menyebabkan Ben Stiller mengamuk dan terus
memburu Megamind dan memusnahkan Metro City. Disebabkan Tighten gagal mencari
Megamind, dia pun menculik Roxanne Ritchi dan mengugut untuk membunuh Roxanne
Ritchi jika Megamind tidak memunculkan diri. Megamind akhirnya bertukar peranan,
daripada seorang penjahat kepada hero. Dengan kepintaran dan bakat rekacipta yang
dimilikinya, Megamind akhirnya berjaya menewaskan Tighten. Megamind
menggunakan sejenis alat pengurai DNA untuk mengurai DNA Metro Man yang
terdapat di dalam lubang hidung Tighten. Tighten hilang kuasa begitu sahaja.
Megamind pula kini disanjung sebagai wira.

Filem ini juga memberi telah beberapa kesedaran atau impak yang dapat
diterapkan dalam hidup terutamanya sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah, sebagai
seorang pelajar atau guru pelatih, kita mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu
yang kita inginkan atau berusaha mencapai kejayaan. Di dalam cerita ini, sikap
megamind yang tidak pernah berputus asa untuk menakluki Metro City memberikan
kesedaran yang positif kepada diri saya walaupun jika kita lihat sebenarnya bukan satu
contoh yang baik.

Selain daripada itu, filem ini juga mengajar saya supaya fikirkan kesan atau
impak yang akan terjadi selepas satu-satu keputusan dibuat atau perkara dilakukan. Di
dalam filem ini Megamind tidak berfikir panjang tentang apa yang akan terjadi jika
Metro Man sudah tiada dan apa yang akan terjadi selepas dia mencipta Titans. dalam
situasi sebagai seorang pelajar, kita mestilah memikirkan dari setiap aspek sebelum
membuat apa-apa keputusan atau melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana, pada
masa akan datang ia akan memudahkan kita dan kita dapat melakukan tugas kita
dengan senangnya.

Filem ini juga mengajar saya supaya menghargai sebuah persahabatan. Di


dalam filem ini, sikap Megamind yang pentingkan diri sendiri dalam membuat
keputusan telah melukai perasaan sahabatnya iaitu Minion dan menyebabkan
hubungan persahabatan mereka telah terputus. Dalam konteks sebagai seorang
pelajar, persahabatan amat penting bagi mendorong kita untuk mencapai kejayaan
selain daripada dorongan daripada keluarga. Bak kata pepatah buang yang keruh
,ambil yang jernih. Kita mestilah sentiasa memaafkan jika sahabat kita membuat
kesilapan, kerana mereka juga sama seperti kita manusia biasa.

Akhir sekali, watak yang saya gemari di dalam filem ini ialah watak Megamind.
Walaupun pada mulanya Megamind merupakan seorang yang jahat dan kejam,
akhirnya dia telah berubah setelah beberapa kejadian berlaku. Sama juga seperti kita
manusia di alam realiti, yang mana setiap manusia tersebut boleh berubah sama ada
baik menjadi buruk atau buruk menjadi baik.
Refleksi tayangan cerita Children Of Heaven (09/02/2011)

Pada 09 Februari 2011, satu lagi filem yang bertajuk Children of Heaven telah
dipertontonkan kepada pelajar. Filem ini mengisahkan seorang anak kecil bernama Ali
Mandengar (diperankan oleh Amir Farrokh Hashemian) hidup sangat sederhana di
tengah-tengah keluarga bersama dengan kedua orang tuanya dan kedua adiknya.
Pada suatu ketika, di sebuah tempat kedai sepatu Ali hendak mengambil sepatu adik
pertamanya Zahra yang telah siap diperbaiki. Kemudian ketika hendak membeli
kentang di sebuah kedai runcit, sepatu adiknya tersebut hilang kerana diambil oleh
seorang pengutip sampah. Ali kebingungan.

Saat menceritakan kejadian itu kepada adiknya, adiknya menangis dan meminta
Ali mencari sepatunya semula kerana ayahnya tidak mungkin mampu untuk
membelinya sepasang sepatu lagi. Ali berusaha mencarinya namun tak berhasil.
Ali bersedia meminjamkan sepatunya kepada adiknya (Zahra) tersebut dengan cara
berganti-ganti memakai jika hendak ke sekolah iaitu Zahra memakai pada pagi hari
dan Ali memakainya di tengah hari. Hal ini mengakibatkan Ali sering terlambat masuk
sekolah dan mendapat masalah.

Zahra masih berusaha mencari dan akhirnya dia berjaya menemukannya dan
dipakai oleh kanak-kanak lain dan zahra mengekori anak tersebut dan ternyata kanak-
kanak tersebut merupakan orang yang susah dan bapanya buta. Akhirnya mereka
memadamkan niatnya untuk mengambil kembali sepatu tersebut dan mereka berdua
terus berganti-ganti memakai kasut.

Suatu hari pertandingan lari jarak jauh antara sekolah telah diadakan yang
mana hadiah ketiga berupa sepasang sepatu olahraga. Ali sangat bersemangat untuk
mengikuti pertandingan ini, kerana dia sangat memerlukan sepatu itu, dan akan
ditukarkannya dengan sepatu untuk wanita, khas untuk diberikan kepada Zahra,
adiknya tercinta.
Ali mengikuti pertandingan tersebut meskipun pendaftarannya agak terlambat,
namun diterima. Dia terus berusaha lari sekuat tenaga,lari dan terus lari dan pada
akhirnya dia mendapat tempat yang pertama di dalam perlumbaan tersebut.

Daripada kisah di antara Ali dan Zahra banyak nilai dan pengajaran yang saya
pelajari. Antaranya ialah sedar bahawa ada orang yang lebih susah daripada kita. Kita
sering beranggapan bahawa kitalah orang yang paling malang kerana selalu sahaja
berhadapan dengan kesusahan. Akan tetapi, tanpa pengetahuan kita, ada lagi orang
yang lebih merana.

Selain daripada itu, filem ini juga mengajar saya erti sebuah pengorbanan yang
mana Ali sanggup datang lewat dan meminjamkan kasutnya kepada Zahra hanya
kerana tidak mahu membebani bapanya dan ingin mencari semula kasut Zahra yang
telah hilang. Jadi dalam konteks sebagai seorang bakal guru, kita perlulah melakukan
sedikit pengorbanan demi mencapai matlamat dan demi kejayaan anak didik kita.

Di dalam filem ini juga, nilai murni seperti bertanggungjawab juga jelas kelihatan.
Contohnya, Ali bertanggungjawab sepenuhnya di atas kehilangan kasut adiknya. Ali
tidak sedikit pun membebani kedua orang tuanya. Jadi, sebagai seorang bakal guru,
kita mestilah bertanggungjawab di atas semua perkara yang kita lakukan. Kita perlulah
mengaku jika kita telah melakukan kesalahan.

Akhir sekali, watak yang saya gemari dalam filem ini ialah Ali. Ali seorang abang
yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dia lakukan. Dia juga mempunyai
kesungguhan yang amat tinggi demi mencapai impian ataupun kehendaknya. Jika kita
lihat dalam konteks seorang bakal guru pelatih, kita mestilah bersungguh-sungguh
dalam melakukan tugasan yang diberikan dan memberikan komitmen yang tinggi demi
mencapai impian dan kejayaan. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai