Edu

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Bagaimana cara dan persediaan guru menghadapi kanak-kanak lewat perkembangan

Guru mesti pandai memainkan peranan agar muridmurid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik. Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan disayangi .

Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas.

Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan.

Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.

Anda mungkin juga menyukai