Anda di halaman 1dari 23

Pengenalan

Negara Kurang Membangun merupakan negara-negara yang boleh dikelasifikasikan sebagai

negara yang mundur atau Negara dunia ke tiga atau .Ia di tandai dengan ciri seperti ketiadaan

sektor industri yang kukuh,tahap teknologi,kepakaran yang rendah dan pendapatan perkapita

yang rendah serta kebergantungan kepada ekonomi tradisional.Negara-negara kurang

membangun ini merupakan bukan negara yang mundur dari segi

perlombongan,pertanian,hasil-hasil hutan dan aktiviti perdagangan serta mempunyai sosial

politik yang stabil namun kehadiran penjajah Barat yang menjajah negara tersebut

menyebabkan negara tersebut mengalami krisis ekonomi yang teruk kerana kekayaan mereka

dicabuli oleh pihak Barat1.

Kajian yang telah dilakukan oleh United Nation Conference on Trade and

Treatment (UNCTAD) dalam laporannya pada tahun 2002 terdapat lebih kurang 49 peratus

negara di dunia ini dianggap sebagai status mundur iaitu kira-kira 104 buah negara bangsa2.

Umumnya keadaan ekonomi di Negara Kurang Membangun ini cukup mudur dan

berkembang dengan kadar yang sangat perlahan.Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh

Negara kurang Membangun dari segi ekonomi seperti modal,kepakaran dan teknologi dalam

usaha membangunkan ekonomi negara mereka telah memperlihatkan kepentingan bantuan

asing dan pelaburan asing langsung(FDI) dalam usaha membantu Negara Kurang

Membangun ini membangunkan ekonomi Negara mereka.

Kedua-dua alat ekonomi iaitu bantuan asing(foreign aid) atau Pelaburan asing

langsung(FDI) ini mempunyai kebaikkan dan kelemahan yang tersendiri namun bagi Negara

Kurang Membangun alat ekonomi yang lebih baik akan saya terangkan di akhir ulasan saya

nanti.
1
. Bachmann,Hans,THE EXTERNAL RELATIONS OF LESS-DEVELOPED COUNTRIES,Frederick
A.Praeger Publisher,New York,1968,p.32-33.
2
. Ibid
DEFINISI

PELABURAN ASING LANGSUNG (FDI)

Pelaburan asing langsung ialah pergerakan modal yang pengurusannya dikawal secara

langsung oleh pelabur atau firma asing. Pelaburan asing langsung biasanya melibatkan

pembelian loji dan kelengkapan. Firma antarabangsa pula ialah firma cawangan , firma induk

yang dipunyai sepenuh atau sebahagiannya oleh pelaburan asing. Semua keputusan yang

penting , termasuk perancangan , penyelidikan dan pembangunan dibuat oleh pegawai-

pegawai di ibu pejabat firma induk. Firma antarabangsa tidak semestinya memaksimumkan

untung di tiap-tiap cawangan ; tetapi memaksimumkan untung bagi keseluruhan kumpulan

firma itu. Secara halusnya pelaburan asing langsung dan firma antarabangsa adalah berlainan;

tetapi untuk perbincangan di sini kedu-duanya dianggap sama. 3

Syarikat multinasional (MNEs) telah menjadi salah satu pendorong utama ekonomi dunia dan

mula dilihat penting dalam menjana ekonomi negara di seluruh dunia.

TEORI PELABURAN ASING

Ada dua teori yang menjelaskan mengapa firma ataupun pelabur asing membuat pelaburan

di negara-negara lain , iaitu; pendekatan integrasi dan pendekatan pemilikan aset.

Pendekatan integrasi

Mengikut pendekatan integrasi , sesebuah firma mahu mengembangkan kegiatan

perniagaannya dengan cara menjalankan integrasi ke depan atau ke belakang.

3
Yusof.m , Ekonomi Antarabangsa(1990),Dewan bahasa dan pustaka kuala Lumpur,(pp247)
Integrasi ke depan – sesebuah firma membuka cawangannya di negara lain untuk

mengembangkan kegiatannya. Dengan cara ini firma itu menjimatkan kos

pengangkutan , mengelakkan tarif yang dikenakan oleh negara tuan rumah dan

seterusnya dapat menbekalkan pasaran barangnya di negara tersebut. Misalnya . banyak

firma jepun membuka cawangan di Malaysia . Cawangan ini juga memasang kereta

yang diimport ke Malaysia . Dengan cara ini firma kereta Jepun dapat mengelakkan

cukai. Di Malaysia , banyak kereta yang diimport dikenakan cukai yang lebih tinggi jika

dibandingkan dengan cukai kereta yang dipasang di Malaysia . Satu cara untuk

mengurangkan cukai ini ialah dengan mengimport komponen kereta itu dan dipasang di

cawangannya di Malaysia.

Integrasi ke belakang – firma juga membuat pelaburan di negara asing untuk

memperoleh bahan mentah. Jika firma ini tidak berbuat demikian , sumber bahan

mentah mungkin dimiliki oleh firma lain dan pembekalannya mungkin

terjejas.Misalnya , Syarikat telefon di Amerika Syarikat memiliki beberapa firma

perlombongan aluminium di Amerika Selatan untuk membekalkan keperluan

aluminiumnya.Ada juga firma yang membuat komponen barang keluarannya di negara

membangun yang upah buruhnya lebih daripada upah buruh di negara maju. Misalnya

banyak komponen elektronik dipasang di Malaysia dan barang komponen ini akan

dieksport semula ke firma asalnya untuk dipasang selanjutnya dan dijadikan barang

siap.
FAEDAH-FAEDAH

NEGARA-NEGARA TUAN RUMAH

Modal bagi pelaburan yang masuk dalam negara tuan rumah dapat dimobilisasikan dan

dapat diguna.Negara-negara yang selalu kekurangan modal dan dapat menggunakan sumber

asli yang benar-benar menegakkan produk-produk yang berguna seterusnya menjana

pekerjaan dan pendapatan. Apabila modal dimobilisasikan sama ada dari pelaburan dari

negara induk ke negara tuan rumah ia mempercepatkan produktiviti.

Disebabkan sifat efektif banyak negara tuan rumah yang dapat mewujud dan menarik

MNC untuk melabur di kawasan-kawasan palaing mundur di negara mereka. Kebanyakan

syarikat-syarikat tempatan yang secara relatif mempunyai modal yang lebih kecil di MNC ini

tidak berminat untuk melabur di kawasan mundur di negara mereka.

Kebanyakan negara tertarik dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh MNC kepada

buruh tempatan. Subsidinary kepada MNC yang menjalankan industri pembuatan dikatakan

faedah yang significant kepada negara tuan rumah.4 Ini kita lihat dari segi aktiviti pengantian

import dan juga mempromosi eksport. Produk yang diimport sebelum ini oleh negara tuan

rumah memberi kesan positif kepada imbangan pembayaran negara. Negara tuan rumah juga

mendapat faedah melalui pemindahan teknologi .

MNC juga menjana pendapatan kepada negara tuan rumah melalui cukai yang dibayar

kepada tuan rumah. Dalam tahun 2005 cukai yang dibayar oleh kepada tuan rumah berjumlah

US$80 million di mana 20% darinya dibayar kepada negara-negara sedang

membangun.Selain itu .terdapat juga persaingan MNC dan industri tempatan.Negara-negara

induk juga ada faktor-faktor yang mereka membimbangkan aktiviti yang dilakukan di luar

negara.
4
Michael todoro,Economic for a Developing country,new york:Longman (2003),pp148
AKTIVITI MNC ( MULTI NATIONAL COPERATION )

Dari segi tenaga kerja dikatakan pekerjaan di negara induk sekarang ini dieksport oleh

MNC dalam beberapa cara.Salah satunya adalah pasaran asing yang sebelumnya bergantung

kepada barangan induk. Sekarangnya berkali dengan barangan dari subsidinary industri

negara induk di negara tuan rumah. Disebabkan itu pengangkutan mungkin meningkat di

negara induk.Peralihan dari import substitution imbangan pembayaran juga negatif.

Teknologi yang selalunya cipta dan dikembangkan dengan bantuan dana kerajaan

persekutuan .Kadang-kadang akan diniagakan oleh modal MNC melalui lesen dan

bayaran loyalty kepada syarikat induk di mana faedahnya dikecapi oleh MNC sahaja. MNC

dikatakan lebih mementingkan keuntungan mereka dari concederansi ekonomi negara-negara

induk . Kdang-kadang matawang negara induk menjadi lemah. MNC akan memindahkan

banyak matawang negara induk yang lemah kepada matawang lebih kukuh dan ini

menimbulkan krisis mata wang di negara induk.

Disebabkan pelaburan oleh sesetengah MNC dari sesebuah negara kadang-kadang

terlampau luas dan banyak negara induk terpaksa bertanggunjawab terhadap MNC di serata

dunia . Kadang-kadang ini menyebabkan negara induk terpaksa menolak dasar kerajaan

untuk menjumlah agar negara-negara luar negara memberi bayaran terbaik bagi MNCnya. Ini

memberi kesan kepada hubungan politik antarabangsa yang kadang-kadang tidak

menggambarkan keadaan dan keperluan hubungan antarabangsa yang sebenar. Ini

menyebabkan wujudnya konflik antara negara induk dan negara tuan rumah.

Hubungan atau kaitan hubungan antarabangsa menyebabkan ekonomi negara induk dan

negara tuan rumah.Ini kerana ia bergantung antara satu sama lain dan kadang-kadang

menjejaskan status negara.MNC menjadi tebusan negara tuan rumah dan negara induk pula

menjadi tahanan atas sumber yang keperluan negara induk.


POLISI-POLISI MENGAWAL KESAN-KESAN DARI AKTIVITI MNC

Kebanyakan negara tuan rumah cuba mengenakan pelbagai syarat dan undang-undang

untuk mendapatkan manfaat sebanyak mungkin dari pelaburan lansung asing di negara

meraka.Antara yang biasa dikenakan seperti syarat keuntungan,percukaian,monopoli dan

sebagainya.Ia memang memaksimunkan faedah kepada negara penerima namun mungkin

menyebabkan pelabur asing kurang berminat melabur di negara mereka.Banyak negara

terutamanya Amarika Latin dan Asia Tenggara mewajibkan pelabur asing menjual 51% dari

ekuiti mereka kepada pelabur tempatan,dan melakukan perkongsian(joint-venture).Ini kerana

negara penerima mengangap ini dapat membolehkan perkongsian teknologi ,kepakaran5.

KEBAIKAN PELABURAN ASING

Pelaburan asing mempunyai lima kebaikan iaitu meningkatkan daya pengeluaran dan guna

tenaga , menjimatkan kos , mendatangkan kesan ekonomi bidangan, menggalakkan pelaburan

tempatan , dan membaiki imbangan pembayaran.

A. Meningkatkan daya pengeluaran,guna tenaga sesebuah negara

- Kedatangan pemodal asing yang membuat pelaburan dapat meningkatkan daya

pengeluaran sesebuah negara dan juga mempertingkatkan jumlah guna tenaga6.Hal

ini di dorong oleh sistem pengunaan teknologi canggih oleh MNC dan kecekapan

sistem pengeluaran MNC . Apabila daya pengeluaran buruh naik, maka permintaan

buruh bertambah .Oleh itu guna tenaga juga turut bertambah. Ini penting bagi negara

yang mempunyai penduduk yang banyak dan kadar pengangguran yang tinggi

terutamanya dalam sektor bandar.Jika modal asing dilaburkan dalam sektor


5
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 533
6
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 528
perindustrian sektor ini akan berkembang dan menawarkan kadar upah yang lebih

tinggi daripada kadar upah dalam sektor pertanian atau luar bandar. Ini

menyebabkan buruh akan berhijrah dari kawasan luar bandar ke sektor perindustrian

di bandar.7Lesotho contohnya antara negara yang berkembang pesat dalam industri

tekstil kesan kemasukan pelabur asia di mana mampu mengeluarkan tekstil pada kos

yang rendah8.Apabila daya pengeluaran meningkat maka eksport meningkat dan

keuntungan meningkat jadi cukai yang dibayar turut meningkat,ini semua menjana

peningkatan pendapatan negara penerima.Rekod membuktikana peningkatan 1%

pelaburan asing lansung secara langsung meningkatkan GDP perkapita antara 0.3

hingga 0.4 peratus9.

B. Menjimatkan kos

- pelaburan asing yang menjimatkan kos menerusi ekonomi bidangan akan dapat

mengurangkan kos pengeluaran untuk industri tersebut.Apabila kos pengeluaran

berkurangan ,harga barang keluaran menjadi murah.Ini merupakan laba kepada

pengguna kerana penduduk negara tersebut dapat nikmati barangan pada harga yang

rendah.Kos perbelanjaan kerajaan bagi sesuatu sektor turut dapat dikurangkan

kerana peranan MNC dalam membangunkan sektor tersebut,ini membolehkan

kerajaan menumpukan perbelanjaan kepada sektor tertentu yang lebih

penting.Sedangkan kerajaan dapat meningkatkan pendapatan melaui lesen-lesen

perniagaan yang dikenakan ke atas syarikat MNC dan cukai-cukai yang dikenakan

ke atas aktiviti syarikat MNC.

7
Yusof.m , Ekonomi Antarabangsa(1990),Dewan bahasa dan pustaka kuala Lumpur,(pp249)
8
From: Africa in the World Economy - The National, Regional and International Challenges
Fondad, The Hague, December 2005, www.fondad.org
9
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 527
C. Kesan ekonomi bidangan

- faedah atau manfaat daripada kegiatan MNC kepada proses pembangunan ekonomi

ialah melalui ekonomi bidangan merujuk kepada kos seunit produk yang rendah.

pelabur asing tidak sahaja membawa modal fizikal dan kewangan kepada negara

tuan rumah ; tetapi juga dapat mengembangkan pengetahuan ,teknologi , maklumat

pasaran , kemahiran pengurusan , pengetahuan organisasi, dan rekaan keluaran baru

dan teknik baru10. Jika buruh di dalam negara tuan rumah bekerja dalam industri ini,

mereka akan menjadi semakin mahir dalam kegiatan pengeluaran barang tersebut.

Teknologi baru dari firma ini dapat digunakan oleh negara tuan rumah untuk melatih

pekerja yang lain. Keadaan ini boleh memberi kesan ekonomi bidangan.

D. Menggalakkan pelaburan tempatan

- pelaburan asing juga dapat menggalakkan pelaburan di negara tuan rumah melalui

kesan rantaian , sama ada rantaian ke belakang atau rantaian ke depan atau kedua-

duanya sekali11.Ini melalui perkembangan industri hiliran dan huluan yang wujud

untuk mendokong kewujudan syarikat MNC ini.Contohnya kewujudan syarikat

MNC dalam industri Getah memungkinkan kewujudan pelabur tempatan yang

menceburi industri huluan untuk membekalkan anak-anak getah dan baja kepada

syarikat MNC dan kewujudan industri hiliran yang memproses getah keluaran MNC

seperti kilang tayar.Di Afrika misalnya kewujudan MNC mengalakkan

perkembangan industri tempatan dan kewujudan lebih ramai usahawan12.

- E. Membaiki imbangan pembayaran

10
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 528-529
11
From: Africa in the World Economy - The National, Regional and International Challenges
Fondad, The Hague, December 2005, www.fondad.org
12
From: Africa in the World Economy - The National, Regional and International Challenges
Fondad, The Hague, December 2005, www.fondad.org
- pelaburan asing juga dapat membantu atau mengelakkan kerumitan imbangan

pembayaran dalam jangka pendek dan jangka panjang. Dalam jangka pendek,

kemasukan pelaburan asing dapat menjimatkan kegunaan mata wang asing di negara

tuan rumah , yakni negara tuan rumah tidak perlu bersusah payah meminjam wang

dari negara asing untuk meningkatkan pembangunan ekonominya. Pelaburan asing

adalah pengaliran masuk modal ke negara tuan rumah ; oleh itu pelaburan asing

dapat membaiki akaun modal dan seterusnya membaiki imbangan pembayaran . Di

samping itu kebanyakan pelabur asing menanam modal dalam sektor yang

berorientasikan eksport. Jadi, pelaburan asing dapat meningkatkan pengeluaran

eksport dan apabila eksport bertambah, akaun dagangan akan bertambah baik. Ini

akan dapat membaiki imbangan pembayaran dalam jangka panjang.Malah

kewujudan syarikat MNC ini di sesebuah negara kurang membangunmembolehkan

barangan tertentu yang sebelum ini di importmengeluarkan barangan tertentu kini

boleh didapati dalam negara tanpa di import,ini mengurangkan pengaliran keluar

wang ke luar negara dan membaiki imbangan pembayaran negara.

F-Menggalakan Pemindahan Teknologi,kepakaran dan pengetahuan

Kebaikan FDI juga Mengalakan pemindahan teknologi,kepakaran dan pengetahuan

ke negara penerimaIni kerana kebanyakkan firma terdiri dari MNC negara maju dari

Jepun,Amarika Syarikat,dan Eropah yang banyak menjalankan kajian dalam

menghasilkan produk terbaik,cara pengeluaran terbaik,cara pemasaran,pengurusan

dan mendapatkan maklumat pasaran,ini membolehkan syarikat asal negara kurang

membangun mempelajari dan mendapat manfaat dari kewujudan syarikat MNC di

negara mereka13 .Contoh seperti kewujudan syarikat MNC di

13
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm `529
Negeria,Ghana,Amarika Latin, dimana ramai pengurus tempatan di ambil dan diberi

latihan pengurusan oleh syarikat MNC14 .

Keburukan Pelaburan Asing Langsung

Tidak semua aktiviti pelaburan asing langsung di sesebuah negara membawa

kebaikan ia juga mempunyai kesan negatif.

A-Manipulasi bahan mentah tempatan

Negara sedang membangun yang menjadi pusat pelaburan MNC terutamanya dalam

industri cari gali atau ekstraktif sering melihat syarikat-syarikat MNC ini mencuri

bahan mentah negara mereka.Terutamanya MNC yang terlibat dalam cari gali

petroleum,gas,tembaga dan bauksit.Ini kerana kebanyakan jumlah keuntungan

dibawa dan disalur ke negara asal MNC dan negara yang menjadi tempat pelaburan

tidak mendapat apa-apa faedah yang sebenar.

B-Keuntungan yang diperoleh disalur kembali ke negara tuan rumah

Kebanyakkan Negara menyatakkan bahawa sebahagian besar hasil dari keuntungan

pelaburan MNC di negara mereka tidak digunakkan untuk bangunkan kemudahan

asas,jalankan tanggungjawab sosial di negara penerima sebaliknya disalurkan ke

negara asal mereka.Ini menunjukkan bagaimana MNC hanya mengutamakan negara

induk mereka dari pembangunan negara tempat mereka melabur.

C-Mendominasi ekonomi tempatan

Kewujudan syarikat MNC di sesebuah negara turut dikatakan mendominasi ekonomi

sesebuah negara.Syarikat tempatan yang memiliki modal yang kecil,tahap

teknologi,dan kepakaran yang rendah tidak mampu bersaing dengan syarikat MNC
14
Ibid hlm 530
yang memiliki modal yang besar,teknologi tinggi dan mampu mengupah tenaga

mahir.Ini meyebabkan syarikat tempatan tidak mampu bersaing dari segi kualiti dan

harga produk kerana pembelian bahan mentah secara pukal,teknologi yang canggih

dan sistem pengeluaran yang efektif membolehkan syarikat MNC mengeluarkan

produk pada harga yang rendah berbanding firma tempatan.Akhirnya ekonomi

negara dikuasai syarikat MNC.

D-Kebergantungan kepada teknologi yang di bawa MNC

Kerana terlalu bergantung kepada teknologi yang di bawa masuk syarikat MNC

maka insentif Penyelidikan dan Pembangunan(P&P) di peringkat tempatan menjadi

perlahan.Malah masalah timbul dimana teknologi yang dibawa masuk terlalu

canggih dan tidak sesuai dengan kepakaran tempatan.Syarikat MNC turut bertindak

mengaut keuntungan dari royalti dan lesen dari teknologi yang dibawa masuk15.

BANTUAN ASING

Bantuan asing dikatakan bantuan yang tidak tepat kerana ia bukan sutu sumbangan

yang secara percuma.Definisi bantuan asing- pemindahan modal dan kepakaran secara rasmi

di sebuah kerajaan atau agensi rasmi negara penderma ke sebuah negara lain yang dibuat

berdasarkan terma-terma yang lebih longgar berbanding dengan pasaran modal dan pasaran

buruh antarabangsa dan ianya disalurkan bilateral dan multilateral.Ia boleh juga di

definasikan sebagai pemindahan sumber secara sukarela dari sesebuah kerajaan kepada

kerajaan berdaulat yang lain melalui negara atau melalui organisasi tertentu untuk

meringankan beban penduduk di sesebuah negara yang menerima bantuan16.

Beberapa definisi dapat di gunakan untuk merujuk istilah Bantuan Asing( foreign aid).
15
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 531
16
L.CAROL,Foreign aid,diplomacy,devolepment,domestic politics,University Of Chicago
Press,Chicago,2007,hlm 9
1. Foreign aid: a technique of economic statecraft where aid is used as an instrument of

policy in order to achieve certain goals.17

2. assistance (as economic aid) provided by one nation to another.18

TUJUAN

Mengenai tujuan bantuan asing dijalankan,ia bukan isu baru dan telah lama

diperdebatkan pakar-pakar dalam bidang hubungan antarabangsa di dunia.Dalam kaca mata

pemikir realist melihat bantuan asing sebagai satu faktor kekuatan,keselamatan dan faedah

di masa hadapan.Ia turut dilihat sebagai alat diplomasi yang berkesan,George Liska

contohnya turut memperkatakan bahawa bantuan asing adalah alat kuasa politik19.

Bagi ahli falsafah Marxisme melihat bantuan asing sebagai alat negara kapitalis yang

dominan dalam mengawal dan mengekploitasi negara sedang membangun.Mereka melihat

negara maju berbuat demikian kerana untuk mengikat negara penerima bantuan dalam isu

tertentu terutamanya kepentingan ekonomi seperti perdagangan20.

Bagi pemikir Liberal melihat bantuan asing kesan daripada kecenderungan negara untuk

bekerjasama untuk menangani masalah kebergantungan antara satu sama lain dan kerana isu

globalisasi.Mereka membawa contoh seperti mengawal sesuatu penyakit,menyediakan

kemudahan tertentu21

TEORI BANTUAN ASING

17
Evans,G., Newnham, J. (1998) page 177, Dictionary of International Relations (London: Penguin Group).

18
http://www.merriam-webster.com/dictionary/foreign+aid
19
L.CAROL,Foreign aid,diplomacy,devolepment,domestic politics,University Of Chicago Press,Chicago,2007
hlm 3
20
Ibid hlm 3
21
.ibid hlm 4
TEORI PENAMBAHAN

Jika melihat kepada tabungan atau simpanan ia merupakan sebagai satu faktor

pembangunan.Sekiranya sebuah negara kekurangan dana yang mampu dijanakan sebagai

modal untuk pembangunan. Mengikut teori ini negara tersebut memerlukan bantuan dalam

bentuk modal yang disalur masuk sebagai sumber tabungan yang akan meningkatkan dan

diperlukan oleh ekonominya.

Mengiktut teori ini sekiranya berlaku peningkatan dalam populasi tetapi ini tidak

disertakan peningkatan dalam tabungan negara. Populasi bertambah akan menggunakan

penggunaan dana , maka pengeluaran negara harus ditingkatkan dan bantuan asing diperlukan

untuk meningkatkan dana bagi mencapai tahap pelaburan.

TEORI PENGGANTIAN

Mengikut teori ini bantuan asing adalah sesuatu yang negatif, kerana ia mengurangkan

daya usaha negara penerima.Menurut teori pengajian sikap bergantung akhirnya

menyebabkan ekonomi mengalami keadaan yang tidak ubah (STAGNANT).Ia lebih menilai

bantuan asing sebagai satu yang membekukan pemikiran sesebuah negara untuk bangunkan

negaranya sendiri tanpa bantuan asing

TEORI NEGARA PENDERMA

Mengikut teori ini bantuan asing berdasarkan objektif negara penderma terutama objektif

jangka masa panjang di dalam jangka politik dan ekonomi.Negara penderma tidak melibatkan

dalam pembangunan negara penerima tetapi cuba mempromosikan pembangunan ekonomi

yang akan menjamin kestabilan negara. Mengikut teori ini .adalah agak sukar untuk menilai

jumlah bantuan yang perlu disalurkan kerana negara penderma menggunakan andaian faedah

masa hadapan yang dapat dinikmati melalui bantuan masa kini.


TEORI NEGARA PENERIMA

Mengikut teori ini segala bantuan yang diterima oleh negara penderma akan disesuaikan

dengan keperluan masing-masing tanpa memberi kesan kepada hubungan antarabangsa

dengan negara penderma.

KAEDAH BANTUAN ASING

BANTUAN BILATERAL

Bantuan bilateral merupakan sumbangan terus dari kerajaan negara A kepada negara B

dimana jumlah tujuan dan juga objektif bantuan biasanya ditentukan oleh negara penderma .

Di bawah bantuan bilateral kerusi ditentukan oleh rundingan dua hala samada dari negara

penderma dan negara penerima.22.Ia biasanya dijalankan oleh agensi sesebuah negara seperti

United States Agency for International Devolepment(USAID),Britain’s department for

International Devolepment(DFID) dan the International Development Agencies of

Canada(CIDA)23.Amarika Syarikat umpamanya pernah membelanjakan 13 Billion Dollar

untuk bangunkan eropah semasa era perang dingin 24.Perancis turut memberikan bantuan

kepada negara-negara bekas tanah jajahanya di Afrika yang merdeka dalam usaha

membangunkan ekonomi mereka25.US pernah menyalurkan sebanyak 17 Billion Dollar iaitu

1.5% dari GNP utuk bangunkan eropah setelah Perang26.

BANTUAN MULTILATERAL

Bantuan ini merupakan bantuan yang diberikan oleh negara-negara secara kolektif

samada di bawah penubuhan serantau ataupun dibawah agensi-agensi antarabangsa Cth:


22
Roberts s. Walters,Vavid h.Blake,The political of global economic relations,New Jercy: Prentice Hall.pp160
23
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 412
24
L.CAROL,Foreign aid,diplomacy,devolepment,domestic politics,University Of Chicago
Press,Chicago,2007,hlm 28
25
Ibid hlm 29
26
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 409
IMF , UNESCO.27Antara yang lain ialah United Nations Devolepment

Programe(UNDP),Inter Amarican Devolepment Bank.Bantuan Bilaterl mula berkurangan

namun bantuan Multilateral mula mendapat tempat di mana dari meningkat dari 47% pada

1970 kepada 77% pada 199728.

JENIS-JENIS BANTUAN

Bantuan kewangan

Bantuan ini diberikan untuk menyokong bantuan projek dan juga program pembangunan

di negara-negara penerima samaada bantuan ini disalurkan untuk menyokong projek dan

belanjawan negara ataupun kegunaan awam.Kebanyakan bantuan kewangan adalah dalam

bentuk mata wang tempatan dan mata wang negara luar .Terdapat dua pinjaman ;

i. Hard loans - mempunyai tempoh pembayaran pendek dan kadar bunga tinggi

ii. Soft loans – mempunyai tempoh pembayaran panjang dan kadar bunga rendah

Bantuan teknikal

Bantuan ini diberikan dalam bentuk pembekalan peralatan teknologi canggih atau

menghantar pakar dalam bidang-bidang relevent sperti program

komputer,rkonomi,pendidikankejuruteraan,perhutanan,geologi,kesihatan dan undang-undang

untuk negara penerima samaada mengantikan pekerja tempatan atau melantik pekerja untuk

meningkatkan kemahiran mereka29.Kadang-kadang negara penderma menjadi penasihat

27
Roberts s. Walters,Vavid h.Blake,The political of global economic relations,New Jercy: Prentice Hall.pp160
28
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 410
29
Ibid hlm 410
kepada negara penerima.Beberapa program dan pertubuhan bantuan Amerika yang terkenal

seperti ’Point Four’ dan ’Peacce Corps’ telah mengambil bahagian dalam projek seperti

kawalan malaria,pemekanismean pertanian, pentadbiran awam,pemajuan perikatan,program

pengajaran, reklamasi tanah,pembinaan jalan dan pembinaan kemudahan perubatan.

Bantuan makanan

Bantuan makanan disalurkan apabila negara pendrma mengalami lebihan keluaran

hasil makanan seperti pertanian.Jenis makanan yang disalurkan biasanya seperti

bijirin,gandum,ternakan,dan susu.Tindakan ini bagi melambakkan lebihan pengeluaran di

negara penderma kerana bimbang berlaku inflasi dan mengatasi kegagalan polisi pertanian

mereka30.

Bantuan kecemasan

Bantuan ini kepada negara-negara mengalami malapetaka seperti banjir dan bencana alam

lain,dan ia memerlukan bantuan asas dan bantuan-bantuan sukarela.Bergantung kepada

negara penderma dan juga bergantung kepada keadaan negara penderma kadang-kadang

bantuan kecemasan mengadakan terma-terma longgar supaya dibayar balik.

Bantuan Ketenteraan

Ada empat jenis program bantuan luar yang utama iaitu bantuan tentera ,bentuan

teknikal,bantuan dalam bentuk grad dan program import barang komoditi dan pinjaman

pembangunan,Jenis bantuan yang pertama barangkali adalah jenis yang tertua kerana bantuan

tentera teknik lama yang digunakan untuk memperkuat pakatan.Kebanyakan bantuan tentera

ada kebaikan .Negara yang menerima bantuan tidak sahaja sentiasa bergantung pada negara
30
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 416
yang pemberi bantuan untuk membina angkatan tenteranya yang moden tetapi juga tidak

akan dapat menggerakan angkatan tentera itu dengan berkesan sekiranya negara pemberi

bantuan enggan memberikan sokongan latihan,barang ganti, dan kemudahan penyelenngaran

yang diperlukan.Amarika Syarikat9(US) telah meluluskan 4.8 billion dollar untuk bantuan

kelengkapan dan latihan ketenteraan kepada sekutunya iaitu berjumlah 28% keseluruhan

bantuan asing US31.

Kebaikkan Bantuan Asing

A-Membantu negara untuk teruskan kelangsungan negara mereka.

Terdapat negara di dunia yang memang perlu bergantung kepada bantuan negara lain untuk

terus bertahan.Terutamanya negara miskin dan mengalami proses pembangunan yang teramat

perlahan seperti negara Lesotho sebuah negara yang tidak memiliki sumber galian mahupun

tanah yang sesui untuk bangunkan ekonomi merea,dan memang bergantung kepada bantuan

asing.

B-Menjana pembangunan ekonomi sesebuah negara

Kebanyakkan negara memiliki sumber mineral dan potensi tertentu untuk bangunkan

ekonomi mereka,namun tidak memiliki modal,kepakaran atau teknologi untuk bangunkan

ekonomi negara mereka.Contoh negara yang memiliki sumber tetapi tiada kepakaran ialah

Nigeria,Negara yang memiliki kepakaran,teknologi namun tidak memiliki modal seperti

Argentina,Brazil dan Mexico.Jadi bantuan asing sangat penting dalam membantu negara-

negara ini.Dengan bantuan asing sektor ekonomi yang sebelum ini tidak dapat dibangunkan

mampu digerakkan.

C-Membantu negara semasa kecemasan

31
A,B.Andrew,Foreign Aid.Control,Corrupt,Contain?,Nova Science Publisher,2006.hlm 9
Kedaan kecemasan akibat malapaetaka atau bencana alam yang menimpa sesebuah negara

kadang-kala boleh melumpukan ekonomi sesebuah negara.Di saat ini bantuan dari negara

luar cukup penting.Bantuan dari segi makanan dan keperluan asas,serta kewangan untuk

bangunkan negara amat diperlukan untuk hadapi bencana alam yang menimpa.Contohnya

bantuan yang diberikan negara Amarika Syarikat semasa Tsunami melanda Acheh dari segi

makanan,pengangkutan helikopter sea hawk untuk mengangkut bantuan32.

Keburukan Bantuan Asing

A-Defisit dalam imbangan pembayaran

Walalupun dikenali sebagai bantuan namun ia perlu dibayar kembali malahan terselindung

agenda ekonomi dan politik di sebalik bantuan yang diberikan sesebuah negara.Defisit yang

dialami bukan saja disebabkan negara penerima terpaksa membayar balik bantuan yang

diberikan berserta kadar faedah malah terdapat syarat lain terutamnya syarat perdagangan

yang merugikan negara penerima bantuan asing ini,Contohnya Perancis mewajibkan negara

penerima bantuan membeli peralatan dari Perancis yang mahal.Hal ini akibatkan Import

negara penerima meningkat sedangkan eksport tidak selaras dengan import ini akibatkan

defisit dalam perbelanjaan dimana import melebihi eksport(perbelanjaan melebihi

pendapatan).

B-Negara Penerima hilang inisiatif untuk berusaha

Bantuan yang sering diberikan oleh sesebuah negara turut mendorong sesebuah negara

penerima hilang sifat berdikari untuk terus survive tanpa bantuan negara lain.Kerana syarat

bantuan yang mengikat negara penerima juga melahirkan kebergantungan negara penerima

kepada negara pemberi pinjam tanpa inovasi dan inisiatif untuk bangunkan negara mereka

32
Redirected from,http://www.freewebs.com/bencanatsunami/berita1.htm,31.3.2011
sendiri.Apa yang berlaku ialah mereka terlalu biasa menerima bnatuan tanpa pernah berfikir

cara terus Survive tanpa bantuan.

C-Bantuan yang disalurkan memiliki agenda politik

Sepeti yang dilihat oleh pemikir Realist dan Marxist seperti yang saya nyatakan di atas setiap

bantuan asing tiada lain memiliki agenda politik yang tersendiri,bantuan diberikan kerana

kepentingan di masa hadapan.Bantuan politik di sini mungkin sokongan ke atas dasar politik

negara Pemberi bantuan di peringkat antarabangsa dan sebagainya,rakan dalam ketenteraan

dan mengahalang dari bersekutu dengan musuh mereka33.Atau mendapat sokongan dalam

proses pengundian sesuatu usul di peringkat antarabangsa. David Boldwin ada

mendefinisikan ekonomi sebagai alat dasar negara yang terkandung dalam bukunya

“Economic State Craft” yang diterbitkan pada tahun 1985. Beliau mendefinisikan ekonomi

sebagai alat dasar negara iaitu penggunaan sumber-sumber ekonomi seperti kekayaan

semulajadi, hasil industri, hasil pertanian, serta Keluaran Negara Kasar (KNK) sesebuah

negara untuk mencapai objektif kepentingan negara supaya pihak sasaran akur kepadanya.

Matlamatnya pula boleh dibahagikan kepada matlamat positif dan juga negatif 34.Bagaimana

bantuan Amarika Syarikat kepada Negara miskin di Amarika Latin bertujuan membantu

membantras kegiatan penyeludupan kokain35.

C-Tumpuan bantuan asing yang tidak selari dengan keperluan Negara Penerima

Kebanyakkan bantuan asing seperti modal,kepakaran dan teknologi ditumpukan kepada

industri atau sektor yang menguntungkan dan memberi manfaat kepada Negara pemberi

bantuan tanpa memikirkan keperluan sebenar Negara penerima bantuan.Kebanyakan bantuan

33
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,,hlm 417
34
K.J. Hosti, Politik Antarabangsa: Suatu Rangka Kerja Analisis, terjemahan Haji Hassan Ahmad, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1992, hlm. 261-262
35
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 411
tertumpu untuk bangunkan kemudahan di Bandar ini menimbulkan masalah peningkatan

jarak jurang sosial antara masyarakat luar Bandar dan Bandar,ini menimbulkan kegagalan

dalam membasmi kemiskinan36.

Yang mana lebih baik FDI atau Bantuan Asing

Pengkajian dijalankan setelah menilai kebaikan dan keburukan yang dibawa masuk

pelaburan asing langsung(FDI) dan bantuan asing keatas sesebuah negara.Setelah menilai

ciri-ciri Negara kurang membangun menunjukkan bahawa Pelaburan asing langsung lebih

baik kepada Negara Kurang membangun kerana jika dinilai dari segi kelemahan yang dibawa

oleh bantuan asing menunjukkan kerugian untuk tempoh jangka panjang melalui pembayaran

balik bantuan berserta faedah disamping terpaksa menerima syarat perdagangan yang tidak

adil dan merugikan Negara penerima bantuan.Namun jika dinilai dari kelemahan FDI ianya

tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi Negara kurang membangun kerana kewujudan

MNC akan beri pendapatan kepada Negara penerima melalui cukai,lesen disamping

wujudkan peluang pekerjaan.Bercakap mengenai kelemahan FDI seperti dominasi ekonomi

tempatan oleh MNC namun jika dilihat dari sudut positif ia menggalakan persaingan sihat

dan inovasi oleh syarikat tempatan untuk menyaingi syarikat MNC ini,kelemahan manipulasi

bahan mentah tempatan turut menjurus kepada gerakkan ekonomi Negara kerana wujudkan

peluang pekerjaan,masalah teknologi jika dinilai dari sudut positif akan mengalakkan syarikat

MNC menghantar tenaga tempatan mengikuti kursus untuk tingkatkan kemahiran,hal ini

dapat tingkatkan kemahiran buruh tempatan.Malah yang penting pelaburan MNC bersifat

berterusan dan tidak hanya bersifat untuk tempoh masa tertentu seperti bantuan asing.Jelaslah

kepada kita bagaiman FDI sememangnya alat ekonomi yang lebih baik bagi Negara kurang

membangun berbanding bantuan asing.Malah menerima bantuan asing bermakna anda perlu

mnerima syarat mereka seperti syarat perdagangan yang tidak adil,sokongan politik dan
36
Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &
Company,USA,2001,hlm 417
sebagainya, sedangkan Pelaburan Asing Langsung perlu menerima syarat Negara untuk

membolehkan mereka melabur di sesebuah Negara contohnya syarat sesebuah Negara dari

segi percukaian,jumlah keuntungan yang boleh dibawa pulang dan terdapat syarat Joint

Venture iaitu kerjasama antara syarikat MNC dan tempatan yang jelas semua ini

mengutungkan Negara Kurang Membangun.

Kesimpulannya

Kesimpulannya ,pelaburan asing lebih baik untuk negara-negara sedang membangun

dari bantuan asing,pelaburan asing, mereka melaburkan sesuatu supaya ia dapat digunakan

lagi dan tidak mudah diancam dan berterusan menjana ekonomi sesebuah negara.Manakala

bantuan asing,ia mengeluarkan bantuan disamping itu kadar bunga ditinggikan malah

bantuan asing hanya diberikan untuk tempoh waktu tertrntu sahaja.Hal ini akan menyebabkan

kebanyakan negara-negara kurang membangun susah untuk membayar balik dan kadangkala

ekonomi negara tersebut akan dikuasai oleh bantuan asaing tersebut sehingga pembayaran itu

diselesaikan sedangkan Pelaburan asing langsung membawa masuk modal mereka sendiri

tanpa perlu dipinjam dan tidak perlu dibayar balik.


Biblografi

1.Yusof.m , Ekonomi Antarabangsa(1990),Dewan bahasa dan pustaka kuala Lumpur,

2.Michael todoro,Economic for a Developing country,new york:Longman (2003),

3. Roberts s. Walters,Vavid h.Blake,The political of global economic relations,New Jercy:


Prentice Hall

4. WWW.ASK.COM

5.WWW.WIKIPEDIA.COM

6.Spero and jeffry hart,The politics of international economic


relations,Bedford:st.Martins19996

7. Grossman, G.. Economic System, Second Edition, Prentice-Hall, Inc. New Jersey, 1967.

8. K.J. Hosti, Politik Antarabangsa: Suatu Rangka Kerja Analisis, terjemahan Haji Hassan
Ahmad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1992

9. A,B.Andrew,Foreign Aid.Control,Corrupt,Contain?,Nova Science Publisher,2006

10. . Bachmann,Hans,THE EXTERNAL RELATIONS OF LESS-DEVELOPED


COUNTRIES,Frederick A.Praeger Publisher,New York

11. From: Africa in the World Economy - The National, Regional and International Challenges
Fondad, The Hague, December 2005, www.fondad.org

12. L.CAROL,Foreign aid,diplomacy,devolepment,domestic politics,University Of Chicago


Press,Chicago,2007

13. Perkins.Radelets.Snodgrass.Gillis.Roamer,Economics Of Devolepment,W.W.Norton &


Company,USA,2001

Anda mungkin juga menyukai