Anda di halaman 1dari 3

Bukan senang mencari cinta.

Apa lagi untuk menyulamnya.

Terkadang ia terkandas . Hingga cita cita menjadi abu. Jiwa menjadi arang. Malah adakalanya
mengunggah iman. Mencacatkan tawakkal. Melemahkan amalan.

Kadang kita pelik, kenapa cinta kita dipermainkan. Diperbudakan. Dipersendakan setelah
terbinanya hati ini. Terbinanya cita cita ini. Namun tatkala bangunan cinta itu hampir siap untuk
diisi dengan keindahan. Ianya diletupkan tanpa belas kasihan. Tanpa wasiat dan pesanan.
Tersungkurlah bangunan cinta itu menjadi serbuk penderitaan …

Apakah ianya suatu ‘ takdir ‘ yang telah ditetapkan atau sekadar ‘ alasan ‘ untuk menutup
kezaliman! Hingga akhirnya cinta yang dibina tahun ketahun tidak kesampaian!

Begitulah tamsilnya kehidupan ‘ takwa’ yang kita cari diramadhan ini. Sukar diraih tanpa
kesetiaan.

Kerana ia diliputi duri-duri jalan.

Duri-duri ketamakan dan cita cita keduniaan.

Duri-duri ketakutan dan kecemasan.

Duri-duri ketakutan dan kemudaratan.

Bagaimana untuk menyulamnya dengan amal amal soleh jika hati kita penuh dengan kegelapan
sepertimana kegelapan yang dilalui oleh Nabi Yunus. Dengan kegelapan malam. Kegelapan laut
dan kegelapan didalam perut ikan!

Memang ‘takwa’ tidak akan bermukim didalam kegelapan!

Dan takwa juga akan terkandas bila hati tidak sensitif. Perasaan yang tidak jernih dan ketakutan
yang tidak terus menerus dengan Allah.

Itulah dia pengaruh takwa yang sukar untuk digapai kerana takwa adalah sumber akhlak yang
mulia dan satu-satunya jalan dalam memberantas kerusakan, kejahatan dan kemaksiatan. Malah
takwa adalah akar dalam pembentukan jiwa dan akhlak seorang untuk menghadapi suka duka
kehidupan, membedakan yang baik dan yang buruk dan sabar dalam menerima cobaan dan
musibah.

Namun , jalan untuk mencapai tidaklah mudah. Ada wasail yang harus dikerjakan untuk
mengapainya!

Akh …

aku menceritakan takwa kerana kita sering lalai mengejarnya. Terkadang lupa. Terkadang kita
malas untuk bermujahadah.

Ini terbukti apabila aku menyusun program program Ramadhan untuk kamu semua tapi amat
dingin sambutannya …

Aku tidak tahu kenapa? Apakah puasa melemahkan kamu? Apakah lapar dan dahaga itu cukup
untuk menghidupkan ruh kamu yang kontang bagai padang ‘high chapparal’ itu!

Kenapa begini? Seharusnya ramadhan inilah sepatutnya ‘ jiwa’ kamu menjadi besar. Apalagi
tarbiyah tarbiyah yang telah kita lalui itu menjuruskan kita untuk membesarkan jiwa. Namun
sikap kita menunjukan sebaliknya!

Tidakkah kamu ingat sejarah ‘Ahzab’?

Waktu yang amat perit dialami oleh tentera tentera islam waktu itu.

Mereka bukan sahaja lapar malah terkepung dalam kedinginan yang mencekam dan kematian
yang bisa datang tiba tiba!

Tidaklah sesenang kamu yang hanya sedikit lapar dan dikepung oleh traffic jamn yang menggila!

Namun mereka tetap bersemangat. Obses dengan kemenangan dan janji murabbi mereka
Muhamad SAW serta janji Allah dan pertolongan Allah hingga akhirnya mereka berjaya dengan
ujian iman itu. Berjaya dalam mencapai status takwa mereka.

Tidakkah ianya menjadi pelajaran bagi kita untuk membesarkan jiwa dan membakar ‘hamasah’
kita untuk meraih maqam takwa itu?

Akh,

kita masih berkesempatan lagi menggunakan Ramadhan ini untuk meraih pertolongan Allah
mencari takwa.

Lupakanlah dunia yang berwarna ini sebentar. Lupakanlah persiapan persiapan Raya dan
persiapan persiapan lainnya yang tidak boleh membuahkan takwa.

Cukuplah akh! Cukuplah!


Biarkanlah dunia ini terus berpusing dan berpusing dalam ketaatannya terhadap perintah Allah!

Dan marilah kita terus berpegang teguh dengan prinsip dan sikap kita untuk mencari dan
menjana iman dan mencari redhaNya kerana tanpa usaha yang berterusan pasti cinta kita tak
kesampaian ….

muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Anda mungkin juga menyukai