Anda di halaman 1dari 4

KURIKULUM ABAD KE 21

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

SEMBILAN CABARAN KE ARAH WAWASAN 2020

* Cabaran Pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta
menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera,
terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan
bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah
Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi
terhadap bangsa tersebut.
* Cabaran Kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh
dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaan kini
dan segala sesuatu yang telah dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala
macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar
kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong
jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.
* Cabaran Ketiga yang sentiasa kita hadapi adalah cabaran membentuk dan
memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu
bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat
pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
* Cabaran Keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral
dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
* Cabaran Kelima yang terus menerus kita hadapai adalah membentuk sebuah
masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga bangsa
Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan
melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa
merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
* Cabaran Keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta
progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat
yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang
terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
* Cabaran Ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya
penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu
tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
* Cabaran Kelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil
lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi
ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-
kelompok kaum yang tertentu.
* Cabaran Kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan
ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai
daya ketahanan.

1.0 SENARIO MASYARAKAT MALAYSIA ABAD KE 21


Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya
saing dan berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang
adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.

Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukan


kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai
sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap
bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang
sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan
sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu mengembeling
fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.

i. Sains dan Teknologi


Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan
berfungsi sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk
keperluan kehidupan dikeluarkan dan dipasarkan peringkat antarabangsa. Untuk tujuan
ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan
inovatif.

ii. Teknologi Maklumat


Keadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan
ciptaan baru serta maklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana
maklumat menjadi paling hebat apabila high performance communication digabungkan
dengan high performance computing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan
hasil kemajuan teknologi seperti digital teknologi. World Wide Webs dan Internet.
Kita dapat mencapai, menyimpan, mendapat balik dan menggunakan maklumat dengan
cepat dalam masa yang singkat.

iii. Pasaran dan Industri


Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya.
Bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk
pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia
antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan memang satu
keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara.

iv. Modenisasi
Proses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea,
pemikiran, sistem nilai, ‘world view’, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat
Malaysia akan menjadi bertambah kompleks dan menghadapi pelbagai masalah sosial.
Keganasan, penganiayaan, jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah
penyelewangan agama dan ketaatsetiaan negara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk
ahli-ahli fikir dalam bidang agama untuk membantu mengatasi masalah soasial dalam
negara maju.

2.0 PERANAN PENDIDIKAN


Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan
utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk
menyedakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan
formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi eprtumbuhan rohani,
intelek dan jasmaninya.

2.1 Peranan Pendidikan Terhadap Individu

i. Membentuk Ciri-Ciri Sosial Individu


Pendidikan memainkan epranan penting untuk membentuk kesedaran :

o kekeluargaan
o komuniti dan masyarakat
o kebangsaan
o kejiranan
o organisasi
o serantau dan antarabangsa
ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu
Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang
sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya
juang dari segi aqidah dan ilmu.

iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang


Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk
akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi.

Individu yang terdidik mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan


agama. Mereka juga hendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai
kebudayaan kebangsaan.

iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi


Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang
boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik,
sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan
kemahiran.

2.2 Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakat

i. Sumber Kemahiran dan Ketrampilan


Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi
untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat
perlu mahir dan berketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu


Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan
dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk
mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan
pedoman dan arah.

Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh


institusi keluarga. Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan
kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak
mempunyai cukup masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.

iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai


Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas
daripada sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-
cari jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia
tersesat dalam memberikan jawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan
kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat mereka.

Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi petunjuk


dan panduan yang benar.

iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan


Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis
pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang
wujud. Tenaga manusia pelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi
jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan
terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.

v. Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak


Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa
terpaksa menumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula
terdapat ibu dan bapa terpaksan bekerja. Dengan ini sekolah akan memainkan peranan
yang tersirat iaitu sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia.

Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat yang selesa,


mengembirakan dan dapat memenuhi naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi
dewasa.