Anda di halaman 1dari 2

KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM

MENCORAKKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK. OLEH ITU,


PENDIDIKAN ANAK-ANAK SEBENARNYA BERMULA DI
RUMAH.

Keluarga bahagia, itulah impian dan harapan setiap ibu


bapa. Anak-anakyang bijak dan soleh datangnya dari sebuah
keluarga yang penuh dengan kasihsayang. Tetapi, apa yang kita
lihat akhir-akhir ini di muka hadapan akhbar-akhbar, terpampang
muka anak-anak kita yang terlibat dengan kes juvana sertagejala
sosial. Kes terbaru yang hangat diperkatakan ialah membuang
bayi olehremaja kita. Tanpa rasa belas kasihan, bayi-bayi ini
dibuang seperti barangyang tidak berguna. Selain itu, kes rogol
juga semakin menjadi-jadi semenjakkebelakangan ini. Di mana
letak moral anak-anak kita? Siapakah yang patutdipersalahkan?
Oleh itu, ibu bapalah yang sepatutnya memainkan perananyang
penting dalam mendidik anak-anak.
Kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Anak-anak
diibaratkan sebagai sehelaikain putih yang bersih lagi suci. Kita
sebagai ibu bapa yangprihatin seharusnya mencorakkan mereka
sama ada menjadi insan yangberguna atau sebaliknya. Ibu bapa
kini lebih bersifat materialistik lalumengabaikan tanggungjawab
mendidik anak-anak. Mereka beranggapanbahawa anak-anak
mereka boleh menjaga diri sendiri dengan baik. Jadi,peranan ibu
bapa amatlah penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya
tanggungjawab mendidikanak-anak kepada guru. Ibu bapa
haruslah sama-sama berganding bahudengan guru untuk
membentuk sahsiah anak-anak. Pelajaran anak-anakamatlah
penting sebagai hala tuju masa depan anak-anak. Kes-kes
samsengdan buli di sekolah kebanyakannya dilakukan oleh anak-
anak yang kurangmendapat perhatian daripada ibu bapa dan
keluarga. Anak-anak tidak bolehdibiarkan tergapai-gapai tanpa
bimbingan dan dorongan daripadakeluarga.
Luangkan sedikit masa bersama anak-anak. Tinggalkanlah
sebentarurusan kerja dibelakang. Anak-anak sebenarnya
inginkan perhatian dan kasihsayang sepenuhnya daripada ibu
bapa. Fahamilah jiwa anak-anak kita.Dengarlah apa kehendak
mereka. Anak-anak zaman sekarang tidak samaseperti anak-
anak dahulu. Perlakuan anak-anak zaman sekarang sudah
banyakberubah selari dengan kemajuan sains dan teknologi.
Hargailah kejayaan yangdiperoleh anak-anak. Isikanlah jiwa
anak-anak dengan belaian dan kasihsayang daripada ibu bapa
dan keluarga. Di samping itu, ibu bapa juga turut berperanan mengawasi
tingkah lakuanak-anak. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa
perhatian ibubapa. Ambil berat tentang aktiviti anak-anak. Ambil tahujuga dengan
siapa diaberkawan, ke mana ingin dia pergi dan pada pukul berapakah dia akan
pulang.Sekiranya mereka melakukan kesalahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh
mengambil tindakan berat dengan memukul atau menghukum
atas kesalahanyang telahdilakukan oleh mereka. Sebaliknya kita
disarankan agar mengambiltindakan yang bijak dengan
menasihati dan menggunakan cara yang berlemahlembut.
Dengan cara ini, anak-anak tidak akan berasa dirinya dikongkong
olehibu bapa.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa keluarga memainkan
peranan yangsangat penting dan besar dalam kehidupan anak-
anak, Keluarga jugaberperanan dalam pembentukan sahsiah
anak-anak. Anak-anak ialah amanahTuhan kepada setiap ibu
bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklahmenjalankan
tanggungjawab yang telah diberikan agar dapat melahirkan anak-
anak yang bersahsiah mulia. Keluarga bahagia, masyarakat
sejahtera!

Anda mungkin juga menyukai