Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS BAB 10

Matahari memancar terang dan cuaca agak panas. Fuad menyesal melambat-lambatkan
perjalanannya ke Felda Lembah Klau. Pagi tadi dia menelefon Farhana dan bersantai pula di beranda
rumah. Pukul sembilan pagi baru dia bertolak.Fuad dan Pak Said singgah di kedai untuk bertanya
tentang Pak Ngah Lias dan gembira tidak terhingga apabila mengetahui beliau masih hidup.Mereka
tiba di rumah Pak Ngah Lias dan disambut oleh seorang budak lelaki.Setelah memperkenalkan
diri,Pak Said sebagai orang tengah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Fuad.Berubah
air muka Pak Ngah Lias. Beliau memanggil Fuad sebagai Abdul Halim dan merupakan anak kepada
Roslan. Robert Lim nama Islamnya ialah Roslan dan Seman memberi nama cucunya, Abdul Halim
menurut Pak Ngah Lias. Fuad terharu kerana dua puluh tujuh tahun baru dia mengetahui nama
sebenarnya. Kalaulah nama itu dibawa sepanjang usia itu, tidaklah hidupnya selara ini.Fuad
menegaskan dia sekarang Islam. Pak Ngah Lias bersyukur kerana selepas kematian Seman, dia cuba
mencari Abdul Halim. Namun, keadaan darurat tidak mengizinkannya terus mencarinya.Dia Cuma
berdoa agar Abdul Halim akan kembali ke pangkuan keluarganya suatu hari nanti.

Niat Fuad mencari kubur ibunya diteruskan apabila mereka bersetuju menjejaki rumah Mariah,
kakak angkat Mariana.Tiba di Kampung Sedili,Fuad agak kecewa apabila mengetahui Mariah telah
berpindah mengikut suaminya.Atas kesungguhannya Pak Ngah Lias,mereka singgah di rumah jiran
terdekat dengan Mariah dan bertemu Pak Samsudin menegaskan Mariana tidak meninggal dunia
kerana tiada kuburnya di kampung ini.Yang dia tahu Mariana gila meroyan dan mencekik anaknya
menyebabkan Pak Seman membawa balik cucunya balik ke Lembah Klau.Kubur Mariana juga tiada di
Lembah Klau dan Pak Seman ialah orang Perlis. Mustahil dia membawa mayat Mariana sejauh itu
untuk menyembunyikannya. Pak Samsuddin yakin Mariana tidak meninggal dunia dan satu harapan
terbentuk dalam dirinya untuk menemui ibu kandungnya. Fuad bersuara dan berkemungkinan hal ini
ada kaitan dengan keluarga sebelah bapanya. Mungkin datuk tidak mahu ayahnya mencari ibunya
lagi.Menurt Pak Samsuddin lagi,Mariah telah berpindah selepas ibunya bersalin dan tidak diberitahu
ke mana mereka berpindah.

Harpan untuk menemui ibunya diberitahu kepada Peter Lim dan Swee Lan. Mereka terkejut
Mariana masih hidup . Mereka meminta Fuad menghubungi bapanya di Kuala Lumpur untuk mencari
barang peninggalan ibunya.Namun Fuad berkata dalam hatinya menemui ayahnya adalah usaha
terakhir. Peter Lim menelefon Robert Lim setelah diminta Fuad dan Robert Lim meminta Fuad ke
Kuala Lumpur kerana ada banyak gambar Mariana dan sebentuk cincin yang ditempah untuk
perkahwinan mereka.Sebelum melelap pada malam itu,Fuad teringat akan arwah Sofia, Farhana dan
ibunya.Fuad bangun bersolat memohon pertolongan Allah agar menemukannya dengan ibunya.

Anda mungkin juga menyukai