Anda di halaman 1dari 4

PERMATA NUSANTARA

Assalamualaikum Wrm. Wbt.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang saya hormati dif-dif


kehormat, barisan ahli panel yang arif lagi adil menegakkan panji-
panji keadilan, seterusnya hadirin-hadirat sekalian. Berdirinya saya
pada hari yang penuh bermakna ini adalah untuk menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk "Permata Nusantara".

Warga dewan yang saya mulaikan. Sebelum saya melangkah dengan


lebih jauh, moleklah kiranya saya mendefinisikan tajuk pidato saya
pada hari ini. Kalimah permata diertikan sebagai sesuatu yang
bernilai, manakala Nusantara pula merujuk kepada kawasan Asia
Tenggara yang terdiri daripada negara-negara ASEAN. Secara
ringkasnya, permata nusantara yang dimaksudkan di sini adalah
merujuk kepada HAMKA.

Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim
bin Syeikh Muhammad Amrullah sememangnya tidak perlu
diperkenalkan lagi. Dilahirkan di Sumatera Barat, Indonesia, beliau
sememangnya  berasal daripada keturunan ulama' dan dibesarkan
dengan didikan agama yang baik.RIWAYAT HIDUP

Sejak kecil lagi, Hamka memang terkenal sebagai seorang yang pintar
dan cerdik. Maka, tidak hairanlah kiranya beliau terkenal sebagai
tokoh kesusuateraan klasik serta pengarang yang masyur di
nusantara. SIFAT PERIBADI Dalam bidang PENDIDIKAN, Hamka
berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus
Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta berpeluang
menimba ilmu pengetahuan daripada tokoh terkenal seperti
Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Segala ilmu yang diperolehi inilah
yang menjadikan beliau seorang tokoh pejuang dalam bidang ilmu dan
pemikiran Islam.

Hadirin hadirat sekalian. SUMBANGAN Hamka sememangnya tidak


perlu diomong-omongkan lagi. Namun, sebagai generasi hari ini kita
perlulah mengenang jasa beliau sebagi seorang reformis Islam yang
terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf sehingga digelar "Hamzah
Fansuri zaman baru". Selama 25 tahun bergiat aktif sebagai penulis,
beliau telah menghasilkan 60 buah buku seperti “Tenggelamnya Kapal
Van Der Vijk”, “Di Bawah Lindungan Kaabah”, Merantau ke Deli”,
“Terusir”, “Keadilan Ilahi”, dan lain-lain lagi. HASIL KARYA beliau
menggoncang semangat revolusi di seluruh nusantara.

Konklusinya, saya menyeru seluruh sidang dewan untuk sama-sama


menghargai dan mengenang jasa-jasa tokoh Islam yang
memperjuangkan maruah agama dan negara dengan mengembalikan
kegemilangan Islam di mata dunia. Sekian sahaja pidato daripada
saya. Izinkan saya mengundur diri. Terima kasih. Wassalamua'laikum
wrm. wbt.

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul
Karim bin Syeikh Muhammad Amarallah
2. Beliau dilahirkan pada 13 Muharam 1362 H bersamaan 16
Februari 1908 Masihi di desa tanah sirah Sungai Batang,
Maninjau, Minangkabau Sumatera Barat, Indonesia.
3. Bapanya seorang ulama Islam yang terkenal dan telah
membawa pembaharuan Islam di Minangkabau.
4. Pada tahun 1934, Hamka dilantik menjadi anggota tetap majlis
konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah. Pada tahun 1946,
Hamka mengetuai gerakan Muhammadiah. Beliau bergiat cergas
menyebarkan kegiatan dakwah yang dipeloporinya ke seluruh
negara.
5. Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73
tahun.

Sifat Peribadi

1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.


2. Beliau juga terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik
serta pengarang yang masyur dan novelis terkemuka serta
mahir dalam bahasa Arab.
3. Beliau juga terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Pendidikan

1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau


mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran
sehingga khatam.
2. Pada tahun 1915 ketika berusia tujuh tahun, beliau memasuki
sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun 1918 pula, beliau
menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.
3. Beliau berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai
Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924 serta
berpeluang menimba ilmu pengetahuan daripada tokoh terkenal
seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang
dianjur oleh tokoh-tokoh tersebut adalah dalam seminar,
ceramah, perbincangan, serta persidangan.

Sumbangan

1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal


dalam bidang falsafah dan tasawuf.
2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang
banyak memberi sumbangan kepadaagama, bangsa, dan negara
melaluiorganisasi, ceramah, serta hasil-hasil karya yang
ditulisnya.
3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-
Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai
tokoh terkenal.
4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam
bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan
sehingga beliau mendapat gelaran “Hamzah Fansuri zaman
baru”.
5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai
pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah “Seruan
Islam” di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah “Pedoman
Masyarakat”, dan “Panji Masyarakat”. Beliau juga mula
mengarang dalam akhbar “Pembela Islam”, Bandung pada tahun
1930.

Hasil Karya

1. Hamka telah menulis 60 buah buku selama 25 tahun.


2. contoh karangan beliau dalam novel adalah “Tenggelamnya
Kapal Van Der Vijk”, “Di Bawah Lindungan Kaabah”, Merantau ke
Deli”, “Terusir”, “Keadilan Ilahi”, dan lain-lain lagi.
3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri
daripada “Tasawuf Moden”, Falsafah Hidup”, “Lembaga Hidup”,
“Lembaga Budi”, “Pedoman Mubaligh Islam”, dan lain-lain.
4. Antar hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat
revolusi ialah “Revolusi Fikiran”, “Revolusi Agama”, “Adat
Minangkabau”, “Menghadapi Revolusi”, “Negara Islam”,”Sesudah
Naskhah Renville”, “Muhammadiah Melalui Tiga Zaman”, “Dari
Lembah Cita-cita Merdeka”, serta “Islam dan Demokrasi”.
5. Pada tahun 1929, beliau menghasilkan buku-buku “Agama dan
Perempuan”, “Pembela Islam”, dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai