Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Konsep Persekitaran Pembelajaran

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang
baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini
dapat menyumbang kepada pembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang
terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, dan menjamin keseronokan untuk
belajar.

Menurut Evertsin, Emner, & Worsham (2003), antara prinsip-prinsip


persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu-lintas didalam kelas, persekitaran yang
mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun
secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau
demonstrasi dengan mudah.

Penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati


keperluan bagi warga yang berada didalamnya. Oleh itu terdapat beberapa faktor
yang memerlukan guru dalam menyusun atur susunan bilik darjah yang mana ia
mementingkan elemen yang ditunjukkan.dalam membina satu suasana yang
mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa kesepunyaan
antara murid dan guru.

1.1 Faktor –faktor yang memberikan kesan kepada bilik darjah.

1.1.1 Susunan Perabot

Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor
yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelas
dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar.
Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada murid-
murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan. Susunan yang baik memudahkan pergerakan dan lalu-lintas murid
serta guru semasa didalam kelas. Kebersihan kelas juga dapat dijaga dan dipantau
sekiranya ruang susunan meja memudahkan pemantauan guru kepada kebersihan
kelas tersebut.

1
Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan guru. Ini merupakan salah satu
bukti sesebuah bilik darjah yang rapi dan dapat menimbulkan kesepunyaan antara
murid dan guru. Malah, sebagai tambahan murid dapat berinteraksi sesama mereka
dengan lebih baik serta selesa. Fred Steele(1973) merumuskan “ the effects of
physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic
identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan ini disokong oleh
Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan
siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari
latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Guru juga dapat menggunakan kuasa autoriti mereka melalui cara mengubah
susunan tempat duduk seperti susunan auditorium yang memberikan peluang
kepada guru untuk memantau dan melihat murid. Ia juga memudahkan guru untuk
berinteraksi,bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan lebih
jelas. Selain itu, murid dapat melihat guru dengan lebih jelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

1.1.2 Peralatan

Peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan


bilik darjah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Alatan asas seperti kapur,
pembaris, marker pen, pemadam dan sebagainya adalah satu bentuk keperluan
yang wajib tersedia didalam kelas. Contohnya, guru masuk untuk mengajar, ketika
itu kapur tulis tiada. Sesi pengajaran dan pembelajaran terbantut dan menyebabkan
murid terpaksa menunggu guru mencari kapur bagi menulis di papan hitam.

Alatan yang dinyatakan juga merangkumi Alat Bantu Mengajar. Menurut


Atan Long ( 1981) beliau membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Contohnya bagi
matapelajaran Sains, alatan seperti radas dan spesimen penting bagi menyampaikan
penjelasan kepada murid dengan lebih jelas melalui ujukaji. Jika tiada alatan yang
mencukupi dan sempurna, sukar pada guru untuk menceritakan kepada murid akan
konsep-konsep tertentu dalam Sains.

2
Faktor stail pengajaran yang direncanakan oleh guru tidak kesampaian kerana
kekurangan alatan dan kemudahan yang diperlukan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, bagi mengaplikasikan pengajaran secara berkumpulan
dalam ruang lingkung kawasan kelas yang kecil dan sempit menyebabkan stail
pengajaran yang diharapkan tidak berlaku. Begitu juga alatan audio seperti radio
atau televisyen bagi melakukan sesi pembelajaran dengan bantuan alat eletronik
tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan atau alatan tidak berfungsi dengan
baik.

Tidak dapat dinafikan jika sekolah yang terletak di pedalaman dan luar bandar
tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sepatutnya. Namun, ia bukan
menjadi alasan untuk guru mencari jalan menggunakan kelebihan dan kekurangan
yang ada untuk mencapai objektif pengajaran.

1.1.3 Pengudaraan dan Pencahayaan

Apakah kepentingan udara ? Mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah


bilik darjah ?. Sebelum anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafas anda.
Selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar bernafas?
Tentu sukar bukan. Begitu juga situasinya semasa berada didalam kelas. Jika kelas
tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam
kelas akan menjadi panas. Lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering.

Bayangkan kita duduk didalam kelas yang sesak dan pengudaraan yang tidak
baik. Berapa lama kita dapat bertahan untuk belajar didalamnya. Malah sebagai
seorang guru, berapa lama anda bertahan untuk terus mengajar dalam keadaan
sebegitu. Tentu tidak. Oleh sebab itu, pentingnya tingkap-tingkap berfungsi dan pintu
yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas dapat berlaku
dengan baik. Keadaan bilik darjah yang selesa mampu menaikkan semangat murid
untuk belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Cahaya penting sebagai salah satu faktor untuk menjadikan bilik darjah
kondusif selain daripada keperluan pengaliran udara. Bayangkan kita berada
didalam sebuah bilik yang malap dan suram. Minat dan semangat untuk belajar akan
jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi menyebabkan kita mudah rasa
mengantuk. Jika guru juga akan berasa rimas jika berada dalam situasi sebegini

3
apatah lagi murid-murid. Inilah salah satu bentuk faktor yang menyumbang kepada
rasa kesepunyaan antara murid-murid dan guru. Kelas yang mempunyai
pengudaraan dan pengcahayaan yang baik memberikan keselesaan kepada bukan
sahaja murid, namun guru yang sedang mengajar.

Secara teorinya Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga
dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang
penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap
titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua
arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut
tepat, dapat dilihat.

Ini membuktikan bahawa penglihatan manusia memerlukan cahaya sebagai


medium untuk melihat. Mata manusia merupakan organ yang paling sensitif.
Sekiranya kita hendak membaca, di sarankan membaca di kawasan yang terang
kerana ia membantu mata untuk berungsi dengan baik. Namun , jika kita membaca
di dalam gelap, mata kita akan mudah rosak.

1.1.4 Ruang

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan
tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya. Tugasan
yang diberikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung
Abu, Raju serta Mei Chun dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta
untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini
disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical
environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial
dimensions interact to shape classroom culture”.

Ruang bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat
dan selesa kepada murid-murid. Mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka
dapat menjalankan aktiviti berkumpulan atau permainan dengan lebih berkesan.
Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di
setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Stail
pengajaran dan autoriti guru dapat dilaksanakan dengan baik. Guru boleh
merancang pelbagai aktiviti dengan cara melakukan sesi pengajaran secara

4
berkelompok dan berpasangan. Secara tidak langsung guru boleh menajamkan
kemahiran mengajar dengan lebih baik.

Contohnya di sudut budaya ini Abu dapat mengetahui tentang kebudayaan


serta agama Muthu dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan
dapat memahami sensitiviti sesuatu etnik. Berdasarkan faktor ini, rasa kesepunyaan
dalam kalangan murid dapat dipupuk. Malah, hubungan baik sesama murid yang
berbilang kaum juga akan bertambah baik.

Ruang yang diselenggara dengan baik memberikan manfaat kepada murid


dan guru. Contohnya, guru menyediakan ruangan murid untuk membaca buku
cerita dan bahan bacaan pada satu ruang. Jika ruang ini diperbaiki dengan
menyediakan bahan bacaan yang sesuai serta menarik ia akan menggalakkan minat
murid untuk membaca. Secara tidak langsung ia membantu tugas guru sedikit
sebanyak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow
dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a
literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover
knowledge”.

1.1.5 Teknologi

Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi


Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting
yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada murid dan guru.
Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan
oleh Kementerian Pendidikan.

Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian


maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan
mutu pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan
aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat.

Penglibatan secara aktif oleh murid dalam mengakseskan bahan-bahan yang


diperlukan dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran
berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak 1997). Secara
tidak langsung, tugas guru untuk menerapkan segala nilai dan ilmu dapat dibantu

5
dengan adanya teknologi. Stail pengajaran juga turut akan berubah dengan bantuan
teknologi ini. Mungkin pada suatu masa nanti guru boleh menjalankan kelas
interaktif maya sekiranya pada masa itu teknologi tersebut dibangunkan dengan
baik. Malah, tidak hairanlah jika pada masa kini jika ada murid-murid tahun 1 yang
boleh mengendalikan komputer dengan lebih baik berbanding orang dewasa.

Guru juga harus memantau sekiranya mengarahkan murid melakukan


pencarian maklumat di internet. Autoriti seorang guru penting bagi memastikan
murid mudah dipantau dan dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Jangan biarkan murid mengakses maklumat sendrii tanpa guru memantau dan
mengawal mereka. Dikhuatiri mereka masuk ke laman-laman web yang tidak
sepatutnya. Jika tidak, objektif pengajaran dan pembelajaran akan tidak kesampaian.

Anda mungkin juga menyukai