Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH LOMPAT KIJANG

Adalah dipercayai bahawa lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.Kali
pertama lompat kijang dipertunjukkan ialah dengan pelompat melakukan dua kali lompatan ,
tetapi menggunakan sebelah kaki yang sama sebelum membuat lompatan yang menyerupai
lompat jauh.Ini bermakna lompat kijang adalah gabungan lompat jauh dan gaya kijang.Versi
terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1986 di Athens dan dimenangi
oleh James Connolly dari Greek.

Dibandingkan dengan lompat jauh ,lompat kijang tidak terdapat pada zaman kuno
ketika manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat.Dalam Sukan Olimpik
Kuno yang memasukkan lompat jauh,tidak terdapat acara lompat kijang dipertandingkan.Ini
bermakna bahawa lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada lompat
jauh.Malah pada sukan masa silam tidak terdapat langsung menyatakan tentang acara ini.

Pada peringkat awal ,lompat kijang dikenali sebagai hop, step and jump , kemudian
ditukarkan kepada triple jump.Acara ini mula diterima sebagai sukan berdasarkan kepada
kemasukannya dalam Sukan Olimpik pertama itu, hingga mendapat sambutan.Dari Ireland,
lompat kijang diperkenalkan ke Scotland dan terus ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-
19.Seperti dalam lompat jauh yang dijalankan daripada kedudukan henti,permulaan yang sama
digunakan untuk lompat kijang.Malah dalam Sukan Olimpik pertama ,kedua dan ketiga acara
lompat kijang dijalankan daripada kedudukan henti.

Seperti kebanyakan sukan yang muncul ketika itu,sambutan yang diterima oleh rakyat
Amerika Syarikat terhadap acara lompat kijang amat menggalakkan.Perubahan pada teknik
lompatan dilakukan dari masa ke semasa bagi memudahkan peserta yang mengambil
bahagian.Daripada melakukan dua kali lonjakan (hop) , kemudiannya diubah kepada satu
lonjakan diikuti satu langkahan sebelum membuat lompatan .Kini lompat kijang terus
menggunakan teknik yang diperkenalkan pada tahun 1940-an itu dan terus kekal hingga kini.

Sumbangan utama dan terpenting ke arah pengembangan dan penggalakkan acara


lompat kijang diakui bermula tahun 1930-an oleh orang Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua
oleh serang rakyat Brazil ,Alhemar Ferreira da Silva,serta seorang berbangsa Soviet yang tidak
diketahui namanya.Mereka inilah yang dipercayai bersama-sama bertanggungjawab
mengembang serta mempopularkan acara lompat kijang ke merata dunia. Kini lompat kijang
merupakan satu lagi acara olahraga kategori acara padang yang tergolong dalam bahagian
lompatan.Untuk sekian lama, acara ini dikhususkan kepada golongan lelaki sahaja, tetapi
beberapa tahun kebelakangan acara ini sudah disertai oleh kaum wanita.Sukan SEA yang
diadakan di Cheangmai, telah memasukkan acara lompat kijang sebagai acara yang
disenaraikan.Sebagai acara yang disertai oleh kedua-dua lelaki dan wanita ,maka teknik, kaedah
dan prinsip tentang acara ini boleh digunakan untuk lelaki dan wanita.
PERATURAN LOMPAT KIJANG

Sebagai acara dalam sukan olahraga ,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh IAAF .Ini bermakna semua peserta yang mengambil
bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekalipun harus mematuhi undang-
undang ini :-

1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi
undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi


lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya.

3. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih daripada lapan orang
peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta diberikan tiga lompatan dan mana-
mana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam
pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada seorang
yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta kelapan terbaik,tiga
lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian
kurang daripada lapan orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta
yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira pemenang.

4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang
sama dengan kaki yang mendarat untuk lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan
kedua,peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan
melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan ini lompatan
dikira batal.

5. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong
larian dan lompatan.Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan
pelepas ,lompatan dikira batal.

6. Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat


kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan.
7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling
dekat dengan garisan atau paling dekat dengan papan melonjak ,tanpa mengira sama
ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh
peserta.

8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan
pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.

9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah disediakan.

10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan oleh pegawai
pertandingan.

11. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah dilarang ,kecuali kasut
atau spikes.
KESALAHAN PESERTA

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh peserta lompat kijang ialah seperti yang berikut :

1. Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan menyentuh
kawasan di luar pelepas.
2. Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama.
3. Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan.
4. Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan.
5. Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat
lompatan.
6. Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa
melakukan lompatan.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SUKAN LOMPAT KIJANG

Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan
kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara –acara padang yang lain .Adalah menjadi
tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelenngkapan ini sebelum
pertandingan bermula.

1. LORONG LARIAN
 Lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah
berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang.
Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja.
 Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang
boleh mengganggu peserta ketika melompat.

2. PAPAN LONJAKAN
Papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau
lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupun kecil dari segi saiz.
Papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan
diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada
lorong larian .
Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkan penanda plastisin untuk mengesan
tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin
ini .
Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan.

3. KAWASAN PENDARATAN
Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratan selepas
melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk
mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta .
Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter
panjang .Kawasan ini diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan.
Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan
pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendaratan peserta sebelumnya .
4. PITA PENGUKUR
Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan
menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .
Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan
dengan yang lebih mudah ,pantas dan tepat.
Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak
tepat.

5. BENDERA ISYARAT
Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi
bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa
seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di
kawasan pendaratan.
Bendara berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan
sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.
TEKNIK LOMPATAN

Teknik lompatan telah mengalami perubahan yang telah dilakukan dari semasa ke
semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan
dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan
satu langkahan sebelum membuat lompatan.

Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak
tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas
tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Setelah sekian lama acara ini dipelopori
oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet
wanita. Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia
Tenggara, Sukan SEA turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan.

Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan
wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam
kategori tersebut. Perkembangan acara ini sudahpun sampai ke peringkat sekolah. Sekolah-
sekolah telah mula menganjurkan acara lompat kijang peringkat sekolah pada hari sukan di
sekolah.

GAYA LOMPAT KIJANG


GAYA POLISH / GAYA LOMPATAN MENDATAR ( FLAT STYLE OF JUMPING )

 Gaya Polish telah diperkenalkan oleh seorang peserta dari Poland yang bernama Josef
Schimdt.
 Perkataan Polish yang bermaksud ‘orang Poland ‘ digunakan kerana Josef Schimdt telah
menggunakan gaya ini untuk menjuarai acara lompat kijang di Sukan Olimpik pada 1960
dan 1964.
 Jarak lompatan terbaiknya ialah 16.85 meter .
 Beberapa cirri khusus yang terdapat dalam gaya ini menekankan kepada kelajuan lari
landas dan membuat lonjakan yang rendah sahaja.
 Jarak lompatan pertama tidak mencapai jarak yang maksimum dan hanya seakan – akan
seperti jarak lompatan yang terakhir .
 Fasa yang paling kecil jarak lompatannya ialah fasa lonjakan yang kedua.
 Kadar peratusan lonjakan adalah dengan nisbah 35 : 30 : 35

GAYA RUSSIAN / GAYA DWI LENGAN ( DOUBLE ARM STYLE )

 Gaya ini diperkenalkan oleh peserta lompat kijang dari Russia , Viktor Saneyew .
 Beliau telah dapat mengatasi rekod Josef Schimdt pada Sukan Olimpik 1968.
 Seterusnya , beliau memperbaiki rekodnya sendiri pada tahun 1972 dan 1976.
 Pencapaian terbaiknya ialah 17.39 meter.
 Dalam gaya ini , diperkenalkan peratusan lonjakan dengan nisbah 37 : 30 : 33.
 Gaya ini menekankan jarak yang paling maksimum pada lonjakan pertama atupun hop.
 Oleh itu , ia sesuai dipraktikkan oleh peserta yang mempunyai kaki yang kuat kerana ia
perlu membuat lonjakan yang tinggi dan panjang pada lonjakan yang pertama.
LANGKAH KESELAMATAN / PENYESUAIAN SUKAN LOMPAT
KIJANG
Acara lompat kijang memerlukan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum
memulakan latihan atau pertandingan . Bagi mengelakkan daripada risiko kecederaan , lakukan
aktiviti regangan secukupnya yang melibatkan julat pergerakan yang maksimum. Antara aktiviti
yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kecederaan otot gastrocnemius , quadriceps .
hamstring , deltoid , trapezius dan sternocleidomastoid ialah seperti yang berikut :

1. Aktiviti : Melakukan aktiviti heel raise dengan mengangkat bar bell .


Tujuan : Meningkatkan kekuatan otot pergelangan kaki.

2. Aktiviti : Lakuan lompat selang-seli dengan mengangkat bar bell.


Tujuan : Meningkatkan kekuatan kumpulan otot kaki dan kuasa eksplosif.

3. Aktiviti : Melakukan aktiviti lantunan melepasi pagar rendah dan tinggi dengan dua kaki.
Tujuan : Meningkatkan kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

4. Aktiviti : Melompat dengan bola segar di atas dengan badan dilentikkan.


Tujuan : Menguatkan otot belakang badan dan kuasa eksplosif.

5. Aktiviti : Bergayut pada palang , ayunkan kedua-dua kaki ke sisi dan ke depan.
Tujuan : Meningkatkan kekuatan dan kelembutan badan.

6. Aktiviti : Bounding ( lari langkau lompat )


Tujuan : Menguatkan dan meningkatkan kuasa eksplosif.