Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH AL BIRUNI

NAMA PELAJAR : NORAAINA DAWANA MOHAMED YAHYA

NO MATRIK : JEA 080078

SESI : SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR : CIK HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI : AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU


Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan

seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli

falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak

menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya

agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik.

Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut,

menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar,

mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu

falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai

memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan

ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan

ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada

pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga

menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada

persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga

meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan

kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai

golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah

2
berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,

sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan

akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu

meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban

Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke

negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam

motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu

pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan

Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun,

ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah

Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik

dan alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu

pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi

semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.

Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang

ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa

Sanskrit dan bahasa lain di India.

3
Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan

falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai

hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan

konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam

dan triniti dalam agama Kristian.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut

dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada

ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam

penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi

menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang

mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang

dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi

Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid

al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut

mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu

4
perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam

bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak

dapat diselesaikan sebelum ini.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah

menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu.

Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan

judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di

Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang

hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian

yang mengandungi 138 tajuk.

Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-

Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb,

tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal

dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-

bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang

falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia

Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan

telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu

menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

5
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan

logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.

Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang

masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul

Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini

menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya.

Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan

sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.

KESIMPULAN

Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah

bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka

merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan

mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat

martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk

negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

6
BIBLIOGRAFI

R.M.Hare. 1992. Pemikir-pemikir Agung Zaman Silam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Awang Sariyan . 2008.Falsafah dan Logika Melayu .Selangor: Synergate sdn.bhd

Hashim Musa. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai dan Ethika Melayu Suatu Pengenalan

http//www.wikipedia.biruni.com.my