Anda di halaman 1dari 1

Beberapa Contoh situasi berkaitan dengan Hieraki Keperluan Maslow:

Dalam kehidupan seharian kita selalunya akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu.
Mudah sahaja, kita perlu makan dan minum untuk terus hidup. Contohnya dalam keadaan darurat, kita
tidak memikirkan tentang keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan kesempurnaan
kendiri untuk memenuhi keperluan yang dikatakan diwarisi ini.

Sekiranya semua keperluan fisiologi ini mencukupi, barulah kita memikirkan tentang keperluan
keselamatan. Iaitu kita tidak mahu gangguan, hidup aman dan stabil. Berfikir tentang keselamatan diri
atau kebahagian diri terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Contohnya:-
Mendapatkan pekerjaan yang stabil supaya tiada masalah kewangan dan sebagainya.

Setelah keperluan fisiologi dan keselamatan dapat dipenuhi barulah individu itu cuba memenuhi
keperluan kasih sayang pula. Mula mencari teman, rasa ingin menyayangi individu lain dan sebaliknya.
Dalam peringkat ini, ia cenderung kepada memenuhi keperluan sexuality.

Apabila individu tersebut mula rasa disayangi dan menyayangi individu lain, wujud
penghargaan pada diri sendiri dan mula untuk menghargai orang lain.

Setelah semua keperluan manusia ini tercapai, individu tersebut akan cuba pula untuk
memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri (self actualization) yang merupakan kemuncak tertinggi
dalam Teori Hieraki Maslow. Di puncak piramid ini adalah melambangkan kejayaan dalam kehidupan
individu tersebut. Dengan kata lain individu tersebut telah mencapai kesempurnaan dalam
kehidupannya.

Kesimpulannya, sekiranya individu tersebut tidak dapat memenuhi keperluan yang berada
dibawah mengikut piramid hieraki tersebut, maka akan timbul masalah psikologi dalam individu
tersebut dan keperluan lain juga susah untuk dicapai.

Anda mungkin juga menyukai