Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. –
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain,
manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.
Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut
ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik,
sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-
murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,
sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh
teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun
semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik.
Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh
yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di
benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh
guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang
boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh
menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di
lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri
sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang
demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru
itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan
modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap
amanah yang di berikan.