Anda di halaman 1dari 1

AHMAD FAIZ BIN MALEK SIFULAZAN

5 PISMP PIAQBA 1

Refleksi Bina Insan Guru (BIG) – Lawatan Penanda Aras (benchmarking)

Pada 14 Februari 2011( Isnin), para guru pelatih semester 5 dari kelas
major Pendidikan Islam 1 dan Kajian Sosial 1 telah mengendalikan Lawatan
Benchmarking dan Bengkel di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Sekolah
Kebangsaan Minden High, Pulau Pinang. Lawatan yang merupakan salah satu
silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 40 orang guru pelatih dan
diiringi oleh dua orang pensyarah.

Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ini bertujuan


memdedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar
dimana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi
pendidikan.

Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, para guru
pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di
sekolah, memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan
dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan.

Sisamping itu, para guru pelatih akan mengetahui isu berkaitan dengan
perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan, memahami dan
melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan
pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalah yang


serius. Sehubungan itu pula, pemilihan Sekolah Kebangsaan Minden High, yang
merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan juga sekolah contoh bagi mata
pelajaran j-QAF sangat membantu para guru pelatih memahami dan
mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang disamping memahami dan
menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan
pendidikan seharian.

Anda mungkin juga menyukai