Anda di halaman 1dari 1

Hari ni saya nak berkongsi satu modul untuk ice breaking. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Jika anda berpeluang menjadi fasilitator, anda mungkin boleh gunakan teknik ini.

Baiklah, susun semua perserta dalam satu barisan ke tepi (sisi bertemu sisi) seperti dalam kawad
tapi cuma satu barisan sahaja (kalau ada 2 jantina, buat 2 barisan). Beri arahan mudah seperti di
bawah (dengan macho nya huhu);

“sekarang, saya nak anda buat satu barisan mengikut tarikh lahir, yang paling muda ke sebelah
kanan dan yang paling tua ke sebelah kiri, dalam masa seminit, GERAK!”

Peserta pun akan berlumba-lumba mendapatkan posisi masing-masing dan saling bertanya tarikh
lahir orang lain. Selalunya susah juga untuk siap dalam masa seminit terutama jika ramai. Tapi
tak mengapa, di situ letaknya cabaran hehe.

Setelah selesai, anda harus periksa satu persatu dan minta setiap orang menyebut tarikh lahirnya
kuat-kuat. Jika sudah lengkap, minta mereka mengenalpasti kedudukan kawan-kawan yang lain,
secara tak langsung, mereka pun akan termaklum tarikh lahir kawan-kawan lain walaupun tak
ingat semua hehe.

Kemudian bagi arahan kedua;

“susun daripada kanan ke kiri mengikut abjad nama penuh. Nama yang bermula huruf A di
sebelah kanan seterusnya nama yang bermula huruf selepasnya ke kiri, dalam masa 1 minit,
GERAK!”

Setelah selesai, minta setiap orang sebut nama penuh mereka kuat-kuat. Ya, secara tak langsung
mereka dah tahu nama penuh kawan-kawan mereka.

Ok, setakat itu dahulu ya!

Anda mungkin juga menyukai