Anda di halaman 1dari 1

Ibu Ratu Hatiku

Ibu, kau wanita teristimewa buat kami.Terlalu banyak keistimewaan ibu untukku
ceritakan. Ibu seorang isteri nelayan yang buta huruf tetapi berpandangan jauh,oleh itu
dengan jerih perit ibu menyekolahkan kami dan membekalkan kami dengan ilmu agama.Kini
kami berjaya menjawat jawatan yang agak membanggakan. Ibuku, seorang ibu yang
penyayang,walaupun apa saja rintangan dan cabaran mendatang ibu lalui dengan senyuman
ketabahan dan senyuman ibu memang ada auranya, kami mengagumi keanggunan
perwatakan dan perawakan ibu. Selain itu, ibu juga pandai memasak.Kadang-kadang ibu
diundang untuk memasak di majlis majlis keramaian.Saat itu, kami adik beradik ternanti
nanti kepulangan ibu untuk merasa menu yang berbeza dengan sajian kami setiap hari.

Pengorbanan ibu terlalu besar buat kami adik beradik.Perkahwinan ibu di usia muda
dengan lelaki yang telah berusia separuh abab menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan.
Bila kudrat ayah semakin kurang, ibu pikul tanggung jawab ayah .Bermula dari saat ini
kesabaran ibu mula teruji, ayah yang semakin uzur mejadi seorang suami yang cemburu,
pemarah dan banyak ragamnya. Walaupun begitu,ibu tetap melayan karenah ayah dengan
sabar hingga akhir hayatnya. Kesian ibu, pengorbanan demi pengorbanan terpaksa ibu
lakukan untuk membesarkan kami.

Kami hargai jasa dan pengorbanan ibu. Walaupun tidak terbalas, sebagai penghargaan
kami sepakat menghantar ibu menjadi tetamu Allah kerana itulah impian ibu sejak dari dulu
lagi . Sekembali dari Makkah kami buat kejutan untuk ibu, rumah usang ibu kami perbaiki,
walau tidak sebesar mana,memadai untuk ibu menerima kunjungan anak cucu di hujung
minggu Kami sentiasa cuba memenuhi setiap keperluan ibu bukan saja wang ringgit, makan
minum tetapi masa ,dan perhatian.Kadang-kadang kami tersepit juga dengan desakan
pekerjaan dan tanggungjawab tetapi berkat asuhan dan didikan ibu dan kesepakatan adik
beradik kami masih lagi bisa membahagiakan ibu.

Anda mungkin juga menyukai